Anda di halaman 1dari 4

SI TANGGANG ANAK DERHAKA

Syair: Tersebutlah kisah satu cerita,


Cerita bermula kisah derita;
Sedihnya Si ibu kecewa hatinya,
Kerana dihalau anak derhaka.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana. Penjaga detik
yang patuh pada waktu dan setia pada randiknya. Salam hormat buat guru-guru dan rakan-
rakan yang saya kasihi.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Cerita banyak jenis cerita


Cerita dongang dahulu kala
Tampil saya ingin bercerita
Kisah Si Tanggang Anak Derhaka.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang tua bernama Mak Umpit dan seorang anak
lelakinya Si Tanggang. Kehidupan mereka amatlah miskin. Hidup mereka seharian, bak kata
pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Walau bagaimanapun, Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita


tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang serba kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman
rumah……

“Ibu, kehidupan kit aini amatlah miskin. Tanggang rasa eloklah tanggang pergi merantau
di negeri orang mencari kekayaan. Nanti……bolehlah Tanggang dirikan mahligai yang
indah buat kita. Malah, akan Tanggang kalungkan intan permata di tubuh ibu.”

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar kata-kata anaknya itu.


Apa??? Kau nak tinggalkan ibu….? Ibu sudah tua Tanggang….kasihanilah
ibu…..jangan tinggalkan ibu, Tanggang”.

Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Tiba-tiba, muncul
seorang kawannya sambil berkata, “ Tanggang, ada kapal datang, marilah kita tengok .”

Mendengar sahaja kapal, Tanggang begitu teruja. Dia segera berlari menuju ke muara
sungai. Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai berhampiran
rumahnya. Si Tanggang terus pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda kapal tersebut. Si
Tanggang meminta untuk dijadikan anak kapalnya.

Melihat akan kesungguhannya , Nakhoda kapal bersetuju menerima Si Tanggang


menjadi anak kapalnya. Si Tanggang berasa gembira. Si Tanggang pun berjanji akan bekerja
bersungguh-sungguh tanpa mengira waktu siang dan malam.

Dengan perasaan yang gembira, Si Tanggang terus memberitahu ibunya. Akhirnya,


walaupun amat keberatan, Mak Umpit terpaksa mengalah dan membenarkan Si Tanggang
pergi belayar. Si Tanggang berjanji kepada ibunya akan kembali ke kampung setelah ia
menjadi kaya.

Setelah sekian lama bekerja dengan berkat kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya
menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin
dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang
dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di
kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersama Si Tanggang dan anak-anak kapal
belayar untuk berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh
di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah
diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita
kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi
berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk
berjumpa anak kesayangannya itu.

2
” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati
ibu semenjak kepemergianmu nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada
isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si
Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku
tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Kerana terlalu sedih, Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh
anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya
Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru kepada Tuhan;

“Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari susuku
ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak
yang durhaka!!!”

Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kuat telah turun. Kilat dan guruh memecah langit
telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera.
Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....

” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....


Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....”

Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Bahteranya pecah akibat dipukul
ombak yang kuat. Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di
dalamnya semakin hilang......
Akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada
penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

3
Apabila ribut reda…Si Tanggang, isterinya, kapalnya,dan semua anak kapalnya telah
bertukar menjadi batu.
Para hadirin sekelian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka kepada
kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke
dewasa.
Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa. Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai