Anda di halaman 1dari 4

SKRIP CERITA TAHAP 1

”SI TANGGANG ANAK DERHAKA”

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu


ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus
dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Para hadirin sekelian,


Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya
dalam kisah ” Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada
pagi yang berbahagia ini.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat


sebuah keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit
dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-
harian, bak kata pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang


menyapu di halaman rumah. Si Tanggang memberitahu ibunya bahawa
kehidupan mereka sangat miskin. Dia meminta izin daripada ibunya untuk
merantau ke negeri orang bagi mencari kekayaan. Si tanggang berjanji akak
membina sebuah mahligai yang indah dan akan mengalungkan intan permata
pada tubuh ibunya.

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak


kesayangannya itu. Mak Umpit dengan bersedih hati tidak membenarkan Si
Tanggang meninggalkannya kerana Mak Umpit sudah tua.
Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si
Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya
yang tua di kampung sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si


Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang
sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja
yang cantik jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si
Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di
kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersama Si Tanggang
dan anak-anak kapal belayar untuk berniaga. Dalam pelayaran tersebut
akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung
kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh
orang-orang kampung. Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita
kepulangan anak kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi, Mak Umpit terus
mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak
kesayangannya itu.

” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini?


Rindunya rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa


malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu
kandungnya. Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari
kapalnya. Si Tanggang mengarahkan pengawal untuk menghalau perempuan
tua itu.
Kerana terlalu sedíh, Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki
dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula
sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah
tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan;

“Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang


kususui dari sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini,
tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!”

Tidak semena-mena satu ribut yang amat kuat telah turun. Kilat dan
guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara
anak kapal riuh rendah di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah
suara Si Tanggang melaung-laung memanggil ibunya sambil meminta ampun
dan maaf.

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di


dalamnya semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak
kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si
Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekelian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan
menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik
dan membesar dari kecil hingga ke dewasa.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai