Anda di halaman 1dari 3

TAJUK CERITA : Si Tanggang Anak Derhaka.

Syair : Tersebut kisah satu cerita,


Cerita bermula kisah derita;
Sedihnya ibu kecewa hatinya,
Kerana dihalau anak kandungnya.

Selamat sejahtera kawan-kawan, hari ini saya ingin menyampaikan sebuah


cerita yang bertajuk, Si Tanggang Anak Derhaka.
Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bernama Si Talang
dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang.
Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak
yang bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang serba kekurangan menjadi
penghalang cita-citanya.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara
sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda
kapal tersebut meminta untuk dijadikan anak kapalnya.
Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar, tetapi
mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke kampung semula
setelah menjadi kaya.
Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang
diambil sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik
menjadi nakhoda yang baru. Dia digelar Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya
menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan. Tidak lama
kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang
membawa isterinya belayar ke merata tempat dan negeri.

-IMZ/SKPeJ11-

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asalusulnya. Kedua ibu bapanya berasa amat gembira. Mereka mendayung sampan
menuju ke kapal Si Tanggang.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si Tanggang
malu melihat keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya memanggil-manggil Si
Tanggang tetapi Si Tanggang berpura-pura tidak mengenali mereka. Apabila
isterinya bertanya, Si Tanggang mengatakan bahawa ibu bapanya sudah tiada.
Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke tebing sungai
dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, ibunya memandang ke
langit dan berdoa : Oh, Tuhan tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang
bahawa akulah ibu kandungnya.
Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum. Laut bergelora dan
kapal Si Tanggang terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah Si Tanggang
berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan
menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, Si Tanggang berteriak
meminta ampun kepada ibunya :Ibuampunkan Tanggang(2X).
Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat
dipukul ombak yang kuat. Apabila ribut reda Si Tanggang, isterinya, kapalnya,dan
semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.
Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa. Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Cerita rakyat, cerita Malaysia,


Moga terhibur pelbagai bangsa;

Salam 1 Malaysia daripada saya.

Daun mengkudu biji selasih,


Sekian, terima kasih;
Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai