Anda di halaman 1dari 16

FACULTY OF EDUCATION

HBML2103SMP
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU (SMP)

Name: MOHD NOOR EZZANI BIN MD ZUBIR


Matric Number: 820220025773001
NRIC: 820220025773
Telephone Number: 018-5788045
Email address: ezzani82@gmail.com
Tutors Name: AHMAD ZAKUAN BIN MOHD RAZI
Email : buyung@oum.edu.my
Other Email : zakuan32800@yahoo.com

Learning Centre: Perak Learning Centre


Mei 2013 Semester

TABLE OF CONTENT

1 | Page

KANDUNGAN

M/S

1.0 Pengenalan

2..0 Definisi Tatabahasa dan Konsep Pengajaran Tatabahasa


4-8
2.1 Prinsip-Prinsip Pengajaran Tatatabahasa Bahasa Melayu di Peringkat Sekolah
Rendah.
3.0 Rancangan Pengajaran Harian yang Mengaplikasikan Pengajaran Tatabahasa Secara 9-11
Tidak Langsung
4.0 Masalah yang Dihadapi Oleh Murid Semasa Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Aspek Tatabahasa

12-14

6.0 Kesimpulan

15

7.0 Rujukan

16

1.0 Pengenalan
Bahasa adalah satu sistem. Pelbagai komponen dalam pembinaan sesuatu bahasa. Hal ini
demikian kerana dalam bahasa terdapat sistem bunyi, sisitem kata dan sistem ayat serta sistem
makna. Dalam pembentukan sebuah ayat, kata diperlukan dalam menjadi salah satu asas
kepada pembinaannya. Seterusnya kata itu dirangkai dengankata yang lain menjadi frasa, lalu
frasa digabungkan dengan frasa yang lain menjadi klausa atau ayat. Oleh itu, ayat itu terbina
daripada perkataan-perkataan membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bahagian atau
2 | Page

cabang dalam linguistik yang mengkaji pembentukan ayat inilah yang dikenal sebagai
sintaksis.
Bahasa itu tersusun dan sistematik. Bahasa yang baik adalah bahasa yang menepati
sistem dan juga difahami dan diterima oleh pengguna bahasa tersebut. Sistem bahasa terdiri
daripada tiga sistem yang utama iaitu, sistem fonologi, tatabahasa dan semantik. Tatabahasa
merupakan aspek yang signifikan dalam sistem bahasa. Hal ini berikutan kerana, apabila kita
berbahasa sistem tatabahasa adalah penting untuk melahirkan ungkapan dan komunikasi yang
baik. Selain itu juga, tatabahasa menjadi panduan kepada kita untuk membina kata dan ayat.
Pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah rendah adalah signifikan sebagai
pendedahan kepada murid-murid dalam pembentukan dan pembinaan ayat.

Namun,

pengajaran dan pembelajaran tatabahasa terhadap murid bukanlah suatu perkara yang mudah.
Hal ini berikutan kerana, untuk memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tatabahasa,
murid perlu mengetahui asas tatabahasa dengan betul. Jelas di sini bahawa, peranan seorang
guru bahasa Melayu itu sangat signifikan dalam membantu murid untuk memahami disiplin
tatabahasa terhadap murid.
Berdasarkan tugasan ini, kajian dan eksplorasi lebih tertumpu kepada aspek prinsipprinsip pengajaran tatabahasa, pembinaan Rancangan Pengajaran Harian dan huraian tentang
masalah yang dihadapi oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. . Tugasan
ini juga memberikan ruang untuk mengetahui, memahami dan juga mampu mengaplikasikan
pengetahuan intelek untuk pengaplikasian yang sesuai.

2.0

Definisi Tatabahasa dan Konsep Pengajaran Tatabahasa

Tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang
betul bagi sesuatu bahasa tertentu (Awang Sariyan, 2002). Contohnya, bahasa Melayu
mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan

3 | Page

atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang
dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan.
Manakala Arbak Othman (1984:16) menjelaskan tatabahasa ialah peraturanperaturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan
perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Jelasnya, tatabahasa
tidak lain

adalah

tentang

struktur

rentetan

ucapan

dan

pengelompokan

serta

pengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang berulang-ulang yang ditinjau menurut


fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubungan
antara satu sama lain yang menghasilkan struktur-struktur tertentu. Tambahannya lagi,
tatabahasa dapat didekati dengan ukuran hubungan sintagmatis dan paradigmatis.
Melalui Arbak Othman (1981:1) menyatakan nahu atau tatabahasa ialah undangundang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi
penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang tertentu, umpama sistem bunyi dan bentukbentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis.
Jelas beliau, tatabahasa mempunyai ciri-ciri yang teratur dan kemas yang dipanggil
oleh ahli-ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Peraturan-peraturan sistem
pengucapan itulah yang difahami sebagai tatabahasa. Dengan kata lain, tatabahasa itu bukan
hanya huraian tentang kewujudan sistem bahasa, tetapi juga alat bagi membentuk ayat, frasafrasa, morfem-morfem dan suku-suku kata yang gramatikal dalam sesuatu bahasa.
Hamdan Sheik Tahir (1979: 29) pula menyatakan tatabahasa secara amnya
merangkumi dua aspek; aspek pertama ialah morfologi, iaitu bentuk dan struktur kata dan
aspek kedua ialah sintaksis, iaitu penyusunan kata dalam frasa dan ayat.
Ahmad Salehuddin Saman (2004:12) yang menyatakan bahawa murid-murid didapati
sukar membina ayat kerana mereka masih keliru dengan makna di dalam sesuatu ujaran atau
tulisan kerana kekurangan maklumat kontekstual. Oleh itu, terdapat ramai ibu bapa yang
mempunyai perasaan bimbang apabila anak mereka didapati tidak pandai bertutur, tidak boleh
berkomunikasi, lambat membaca dan bersikap pasif dengan guru dan rakan sebaya apabila
berada di sekolah.
Amizan Adnan (2011:53) menjalankan kajian terhadap 148 orang murid mendapati
seramai 35 orang murid melakukan kesalahan sintaksis dalam pembinaan ayat dengan
menggunakan ayat tergantung. Penggunaan stuktur ayat yang tunggang-langgang pula begitu
4 | Page

ketara dalam pembinaan ayat murid kerana bilangan yang melakukan kesalahan tersebut yang
paling ramai. Didapati 6 orang murid menggunakan struktur ayat yang tunggang-langgang.
Pengajaran tatabahasa di sekolah rendah berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah (2003) menyatakan bahawa:Sistem bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,
ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Tatabahasa hendaklah
dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam
konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada
morfologi dan sintaksis.
Berdasarkan kepada kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa pengajaran tatabahasa di
sekolah rendah amat penting dan signifikan dalam konteks ketetapan berbahasa. Oleh itu,
seorang guru haruslah bijak dalam merancang pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
kepada murid agar dapat difahami oleh murid.

2.1

Prinsip-Prinsip Pengajaran Tatatabahasa Bahasa Melayu di Peringkat


Sekolah Rendah.

Seorang bayi apabila dilahirkan ke dunia, mereka telah dilengkapi dengan beberapa alat
fizikal yang sesuai untuknya berbahasa.

Pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak

bukanlah sesuatu yang drastik kerana ia berlaku sedikit demi sedikit dan secara berperingkat.
Hal ini berkait rapat dengan perkembangan otak dan perkembangan fizikal kanak-kanak
5 | Page

tersebut. Hal ini juga berkait rapat dengan pemerolehan tatabahasa murid-murid ketika di
sekolah.
Murid-murid secara realitinya tidak boleh menerima suatu pembelajaran tatabahasa
secara drastik. Penyerapan dan pengajaran tatabahasa di sekolah seharusnya bermula secara
tidak langsung kepada murid. Pengajaran juga perlu menarik agar murid tidak rasa bosan dan
juga menganggap bahasa Melayu adalah subjek yang sukar. Pelbagai langkah dan alternatif
boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.
Terdapat beberapa prinsip pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.

Tatabahas
a
diajarkan
secara
penyerap
an.
Pengguna
an
tatabahas
a yang
betul

PrinsipPrinsip
Pengajaran
Tatabahas
a

Pengguna
an Bahan
Bantu
Belajar

Memberik
an Contoh

Latih Tubi

Rajah 1.0 : Prinsip-Prinsip Pengajaran Tatabahasa

Berdasarkan rajah 1.0, menunjukkan bahawa terdapat lima prinsip-prinsip pengajaran


tatabahasa di peringkat sekolah rendah. Prinsip yang pertama ialah pengajaran tatabahasa
diajarkan secara penyerapan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan pengajaran guru ketika di
dalam kelas. Pengajaran guru berkenaan dengan tatabahasa di dalam kelas perlulah diajarkan
secara tidak langsung.

Penyerapan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)

menyatakan bahawa suatu proses menyerap aatau pengambilan dan pemasukan ke dalam
sesuatu sistem, fikiran dan lain-lain. Contoh pengajaran secara penyerapan ialah, semasa di
6 | Page

dalam kelas guru mengajarkan murid mengikut tema yang telah dirancang. Contohnya, guru
memberikan petikan yang bertajuk Seni Anyaman, berdasarkan petikan murid diminta
mencari kata hubung yang terdapat di dalamnya.

Murid-murid juga boleh diminta

menggariskan atau membulatkan seberapa banyak kata hubung dan yang terdapat di dalam
petikan. Setelah guru meminta murid menggariskan kata hubung dan, guru kemudiannya
menerangkan penggunaan yang betul dan meminta murid membina ayat menggunakan kata
hubung tersebut dengan binaan ayat sendiri. Berdasarkan aktiviti ini, secara tidak langsung,
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa itu diajar secara tidak langsung.
Prinsip yang kedua ialah, guru memberikan contoh yang banyak. Contoh yang banyak
penting untuk membina kefahaman murid. Misalnya, ketika pengajaran dilaksanakan, murid
diberikan contoh yang banyak. Guru meminta murid menggariskan imbuhan awalan di- dan
meminta murid menyebut perkataannya. Kemudian, guru meminta murid menulis di papan
putih perkataan yang diperoleh. Setelah itu, guru boleh memberikan contoh yang lebih
banyak kepada murid serta penggunaan yang sesuai bagi imbuhan awalan. Guru juga boleh
meminta murid memberikan contoh yang lain agar guru dapat menilai tahap kefahaman murid
terhadap penggunaan imbuhan awalan di-. Sekiranya ada dalam kalangan murid masih tidak
memahami dan juga mengaplikasikan penggunaan imbuhan.

Guru boleh membimbing

dengan memberikan contoh yang lebih mudah dan pelbagai.


Prinsip ketiga ialah memberikan latih tubi kepada murid.

Secara umumunya,

pemberian latih tubi kepada murid berkesan sebagai langkah dalam meningkatkan kefahaman
murid. Contohnya, semasa pengajaran tatabahasa, guru boleh memberikan beberapa soalan
latih tubi pelbagai aras kesukaran untuk menilai tahap kefahaman murid dalam aspek
tatabahasa yang dipelajarai.

Langkah ini juga memberikan ruang kepada guru untuk

membetulkan kesilapan murid secara spesifik di bahagian kesilapan murid. Seterusnya murid
juga boleh membetulkan kesalahan yang dilakukan. Pemilihan soalan latih tubi juga perlulah
sesuai dengan tahap murid dan juga bersesuaian aspek tatabahasa yang diajar oleh guru
kepada murid.
Prinsip keempat pula ialah penggunaan bahan bantu belajar. Penggunaan bahan bantu
belajar membantu dalam meningkatkan tahap kefahaman murid.

Contohnya, guru

menggunakan kad-kad imbasan atau paparan multimedia sebagai bahan rangsangan dan juga
bahan bantu belajar sepanjang pengajaran tatabahasa diajarkan. Penggunaan bahan bantu ini
memberikan kesan yang lebih efisen sebagai bahan pengajaran. Hal ini dapat dibuktikan
7 | Page

dengan peranan otak dan ingatan murid. Misalnya guru menggunakan kad imbasan yang
mengandungi contoh kata majmuk. Penggunaan kad tersebut pelbagai warna. Apabila guru
menunjukkan pelbagai jenis kad yang berwarna, ini dapat meningkatkan tahap pemikiran dan
ingatan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Otak murid akan menjadi lebih aktif dan juga
lebih mudah menerima pengajaran yang diberikan.
Prinsip yang kelima ialah, guru sendiri menitikberatkan penggunaan tatabahasa yang
betul.

Berdasarkan hal ini, guru dijadikan role model sepanjang kelas berlangsung.

Seharusnya, pertuturan guru perlulah mengikut kepada penggunaan tatabahasa yang betul.
Contoh situasi guru menggunakan perkataan dari dan daripada dengan salah. Guru
menggunakan perkataan dari bukan untuk arah, tempat dan masa. Contohnya, Ali, sila ambil
buku latihan dari saya. Secara luarannya dilihat betul penggunaan ayatnya, namun daripada
aspek tatabahasa, penggunaan dariadalah salah digunakan kerana selepas perkataan dari,
diikuti dengan kata nama. Oleh itu penggunaan yang tepat ialah daripada. Jika guru sendiri
mengaplikasikan konsep yang salah, sudah tentu murid juga mengadaptasi contoh yang salah
dalam penulisan mahupun pertuturan mereka.
Berdasarkan prinsip-prinsip yang dipaparkan , jelas menunjukkan peranan guru sangat
signifikan dalam membantu murid untuk menguasai pembelajaran tatabahasa mereka.
Pelbagai langkah dan alternatif yang boleh digunakan oleh guru pada masa kini. Guru tidak
boleh memandang enteng terhadap penggunaan tatabahasa di dalam kelas terhadap murid.
Hal ini berikutan kerana apabila kesilapan sering digunakan dan maka kebiasaan penggunaan
sesuatu aspek yang salah itu akan terus digunakan.

Justeru, guru perlu meningkatkan

pengetahuan dalam aspek tatabahasa dan sentiasa bersedia dengan ilmu tatabahasa agar dapat
bersedia apabila ditanya oleh murid.

3.0

Rancangan Pengajaran Harian yang Mengaplikasikan Pengajaran Tatabahasa


Secara Tidak Langsung.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu


Mata pelajaran

Bahasa MelayuTahun 6

Tarikh

27 Julai 2013

Masa

8.45 pagi 9.45 pagi

8 | Page

Tahun

6 Tekun

Bilangan murid

18 orang

Tema

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid

dapat :1. Menjelaskan maksud tersurat dan maksud tersirat


berdasarkan gambar
2. Menganalisis data berdasarkan sesuatu perkara.
Fokus Utama
Mendengar dan bertutur

Fokus Sampingan
Membaca

3.1 Menyampaikan maklumat tentang

7.1

Membaca dan menerangkan

sesuatu perkara atau tajuk dengan

maklumat kandungan teks yang

menggunakan kata, istilah, frasa,

tersurat dan tersirat

ayat yang tepat dan laras bahasa


yang sesuai.

Aras 2 (i) Menjelaskan maksud tersurat dan


tersirat berdasarkan grafik dan bukan grafik

Aras 2(i) Menaganalisis data berdasarkan


sesuatu perkara.
Pengisian kurikulum

Kefahaman mengenai undang-undang

Nilai Murni

Mematuhi undang-undang jalan raya, patuh

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir, Verbal Linguistik

Kewarganegaraan

Bertindak dengan wajar

Peraturan sosiobudaya

Mematuhi undang-undang jalan raya

Langkah/

Aktiviti guru

Aktiviti Murid

Catatan

masa
Set Induksi

-Guru menerangkan konsep -Murid mendengar konsep

5 minit

dan

menceritakan dan

pengalaman

pengalaman

daripada Buku teks

guru

-Guru menerangkan langkah- -Murid memberikan respon


langkah yang perlu dipatuhi berdasarkan sesi soal jawab
ketika
9 | Page

dijalan

raya

dan -Murid

menceritakan

menunjukkan cara

pengalaman sendiri

-Guru bersoal jawab dengan


murid

mengenai

punca

kemalangan yang lain

Langkah 1

-Guru menunjukkan gambar -Murid

10 minit

kemalangan

dan

memberi

respon -Gambar

keratan terhadap gambar

berita

-Keratan

-Murid membaca senyap

Langkah 2

-Guru mengedarkan petikan


-Guru menyuruh murid -Murid membaca kuat

10 minit

membaca

kuat

beramai- -Murid

ramai dan bergilir-gilir


-Guru

meminta

berita
-Petikan

menggariskan

isi

penting
murid

Langkah 3

menggariskan isi penting


-Berdasarkan berita guru -Murid

menjawab

soalan Petikan

15 minit

memberi soalan kefahaman berdasarkan petikan

Soalan

kepada murid

Kefahaman

-Guru

membincangkan

bersama murid
= Jawapan yang betul diberi
ganjaran
= Jawapan yang salah akan
Langkah 4

didenda
-Tatabahasa

15 minit

-Guru

-Murid mengenalpasti kata BBM

meminta

mengenalpasti

kata

murid sendi berdasarkan petikan


sendi -Murid

nama berdasarkan berita


-Guru

meminta

murid -Guru menerangkan maksud

kata sendi

10 | P a g e

ayat

berdasarkan kata sendi

membina ayat berdasakan kata sendi


-Guru

menerangkan

kata

sendi

berdasarkan

kad

perkataan

membina

Kad perkataan

Penutup

-Guru menunjukkan Video -Murid

5 minit

bahana
raya.

kemalangan
Menerangkan

menerima

arahan Video

jalan dengan jelas


kesan

kemalangan
jalan raya

dan akibat.
-Guru

meminta

murid

menyenaraikan kata sendi


yang lain dan membina ayat
sebagai kerja rumah
Berdasarkan rancangan pengajaran harian tahun 6 Tekun di atas, pengajaran dan pembelajaran
aspek tatabahasa, semasa langkah keempat, dengan menggunakan petikan berita murid
diminta mengenalpasti kata sendi yang terdapat di dalam petikan.

Kemudian, guru

menerangkan maksud kata sendi tersebut. Hal ini dapat menunjukkan bahawa pengajaran
tatabahasa ini diajar secara tidak langsung kepada murid kerana murid diminta mengenal pasti
terlebih dahulu sebelum menerangkan maksud dan konsep kata sendi.

4.0

Masalah yang Dihadapi Oleh Murid Semasa Proses Pengajaran dan


Pembelajaran Aspek Tatabahasa.

Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan
membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar
murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran
tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara
langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus
terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya
pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk
memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula,

11 | P a g e

mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara
itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam pengajaran tatabahasa
ialah murid-murid kurang minat dengan pengajaran tatabahasa yang teoritikal. Seharusnya,
pengajaran tatabahasa kepada murid peringkat rendah perlu direndahkan arasnya dan
diberikan dengan pembelajaran yang lebih menarik. Contohnya, guru boleh menggunakan
elemen didik hibur dalam pengajaran tatabahasa. Hal ini akan dapat mampu menarik minat
murid terhadap tatabahasa itu sendiri.
Seterusnya, masalah yang dihadapi oleh murid ialah pengajaran tatabahasa biasanya
diajar begitu pantas dan menyebabkan guru terkejar-kejar untuk ke peringkat penutup
pengajaran. Oleh itu, guru sekadar memberikan latihan ringkas dan memberikan contoh yang
ringkas sahaja. Murid sendiri sudah tentu kurang memahami aspek tatabahasa yang diajar
seterusnya akan menimbulkan masalah kepada guru dan murid.
Masalah yang seterusnya ialah pengajaran guru yang tidak kreatif dalam menerapkan
elemen tatabahasa secara tidak langsung. Guru hanya memberikan contih secara terus tanpa
meminta murid sendiri mencarinya di dalam petikan mahupun bahan yang dibekalkan. Murid
sebenarnya lebih gemar untuk mencari sendiri dan juga melakukan sendiri aktiviti yang
diarahkan.
Masalah lain ialah, murid telah menetapkan dalam minda mereka bahawa tatabahasa
itu sukar dan tidak menarik. Masalah ini hanya boleh dibendung dengan dorongan dan
sokongan daripada guru dalam meningkatkan minat murid terhadap pengajaran tatabahasa.
Murid juga perlu ditekankan dengan kepentingan penggunaan tatabahasa dalam penggunaan
seharian.
Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa
kepada murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang
teknik yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid
lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian dan nasyid, lakonan, dialog, kuiz
serta forum. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi, perkara penting yang perlu
diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan
tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan
12 | P a g e

guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan
oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif
iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus
atau peraturan yang khusus.
Seperti yang telah dinyatakan tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik
dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana,
banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di
samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu
menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan
arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu
tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata
yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi.
Selain itu, gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa
bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.
Selain lirik lagu, guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan
aspek tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, gunakan sajak Harga
Remaja (Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata di
samping kata kerja. Oleh itu, selain aspek-aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga
boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau
bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji aspek tatabahasa yang hendak
dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau
majalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti
cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk
pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga
boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran
tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat
mengurangkan masalah kebosanan dan kurang minat murid untuk belajar tatabahasa.
Bagi pelajar-pelajar Tahap 2, guru-guru perlu menggunakan keratan akhbar, majalah
atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak langsung, pelajarpelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting
daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat
13 | P a g e

di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan pelajar kerana guru


telah menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan
tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa
membincangkan karangan, rumusan karangan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara
ini perlu dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek tatabahasa.
Sebagai contohnya, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan mengalih bentuk teks,
pelajar-pelajar terpaksa membina ayat yang melibatkan aspek tatabahasa. Hal ini juga
menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar dalam Kertas 1 perlu diaplikasikan dalam Kertas 2.

5.0

Kesimpulan
Aspek tatabahasa bukanlah satu aspek yang baharu dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Malaysia. Tatabahasa dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain


memang tidak dapat dipisahkan kerana berdiri sebagai inti pati bahasa itu sendiri. Murid harus
mengetahui dan berkeupayaan berbahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan
tepat dalam bentuk lisan mahupun penulisan. Oleh itu, pengajaran aspek tatabahasa secara
terancang mampu melahirkan murid yang dapat berbahasa dengan menggunakan tatabahasa
yang betul.
Pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Justeru itu, guru-guru perlu
kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan berkesan kepada murid-murid.
Bahan bantu mengajar yang berkesan dan menarik seperti daripada media elektronik, media
14 | P a g e

cetak dan internet menjadi elemen yang mampu digunakan dengan sebaik mungkin oleh guruguru. Hal sedemikian secara tidak langsung dapat memudahkan murid mempelajari Bahasa
Melayu khususnya dalam aspek tatabahasa.

6.0

Sumber Rujukan

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2002). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid (1994). Perkaedahan Pengajaran
Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
15 | P a g e

Kamarudin Haji Husin (2010). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Nawi Ismail (2010). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa dan Ejaan: Satu
Cadangan. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Diselenggarakan oleh Azizul
Rahman Abdul Rahman dan Mohamad Saleeh Rahamad. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Raminah Hj. Sabran (1983). Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu di
Kalangan Guru Pelatih, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.
Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Zuraidah Mohd. Sulaiman (2011). Sopan Berbahasa Wadah Semarak Bangsa. Pelita Bahasa.
Jun 2011: 4

16 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai