Anda di halaman 1dari 8

SI TANGGANG

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama


Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang
selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di


muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi
berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak
kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat
kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk


melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka
terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah
menjadi kaya.
Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh
Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si
Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi
uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil
Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal.


Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si
Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa
isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung
asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang.
Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “
kata Deruma dengan gembira.

Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal


Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si
Tanggang, iaitu pisang salai.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika
kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.

“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak


kapalnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.
“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.

Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya.
Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan
begitu uzur dan daif sekali.
“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi.
Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik
ke kapal !” herdik Si Tanggang.

Mukanya merah padam kerana malu dan marah.


“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai
kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.
“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut
pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke
laut.

Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh


tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun
berdayung ke tepi.

Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil


mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan!
Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”

Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang


sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa
kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan
menerima balasannya kerana telah menderhaka.

“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak


ibu!' teriak Si Tanggang.

Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat


memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi
batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan
isterinya turut menjadi batu.

Pengajaran yang dapat kita perolehi daripada cerita ini


ialah kita mestilah sentiasa mengenang jasa kedua ibu
bapa kita dan tidak mengkhianati kepercayaan mereka.

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang


Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa
kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok
bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama
menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan
ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.

Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara


mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang
terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.
Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali.
Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan
sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada
keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan
yang mereka lalui setiap hari.

“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main,


mahu?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik
menumbuk padi.
“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.

“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita
petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.”
“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di
taman sana.”
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing
hingga selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun


kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri
Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang
kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri
sendiri.

“Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk
menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku
pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan
mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” Tanya
Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku


sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku,
sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan
berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka
temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.”

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba
menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah
yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik
dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.
“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi
begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga
jinjang. Betis bagaikan bunting padi.”

“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini
serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah
nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar
aku dahulu,” balas Puteri Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah.


Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji.
Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang
semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka
lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil


mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.

“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi
bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau
tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta
runcing,” kata Puteri Santubong dengan bangga.

Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang
hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan.
Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke
pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah
Puteri Santubong kerana kesakitan.

Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam


diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada
dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang
dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-
kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah
persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang


terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah
terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga
dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat
ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah
bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.
Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya
menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda
Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari
ini.

Oh……Puteri Santubong, Seorang madah dirik bagus agik,


Sejinjang sayang, Seorang sik ngalah walau sampai ke
Kisah lama, Zaman mensia maya. mati.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang, Udah lejuk nya duak kelahi,
Penjaga gunung Negeri Sarawak, Lalu bertukuk nya duak puteri,
Manis sik ada dapat dilawan, Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Anak dak Dewa turun kayangan. Tebik Santubong sampai gituk ari.
Oh…… Tapi Santubong membalas juak,
Santubong puteri bertenun kain Lalu ditikam batang belidak,
malam, Sampei terkena Sejinjang kepala,
Oh…… Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Sejinjang puteri menumbuk padi Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
siang. Asal berkawan jadi musuhan,
Satu hari nya dua kelahi, Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Beranuk anuk sik renti-renti, Pakei ingatan sepanjang zaman.

Pengajaran :1. Iri hati membawa mati. 2. Jangan sombong.

Anda mungkin juga menyukai