Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yang dihormati barisan para hakim yang bijak lagi berkarisma, penjaga
masa yang begitu peka dengan peredaran jam dan guru-guru yang
dikasihi sekalian.
Apa khabar kawan-kawan?
Harap-harap semuanya sihat ya!
Pada pagi yang mulia ini , saya Nur Allisya Qistina binti Mohamad
Firdaus ada satu cerita yang hendak dikongsikan dengan kawan-kawan.
Sebelum itu, kawan-kawan pernah dengar tak lagu ini?

Puteri Santubong puteri sejenjang


Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan

Haaa… tentu kawan-kawan pernah dengar lagu ini kan. Tapi tentu ada
ramai yang tidak tahu tentang cerita lagenda negeri Sarawak ini. Kalau
kawan-kawan hendak tahu, marilah dekat dengan saya dan pasang
telinga ya!
Kawan-kawan ,
Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa
kayangan. Mereka mempunyai paras rupa yang cantik dan tiada tolok
bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan
terpikat.

Paras kedua-dua puteri itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-


sinar bergemerlapan. Suara mereka cukup merdu seperti seruling
bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan
Puteri Sejenjang.

Kehidupan mereka amat mesra sekali. Mereka diibaratkan seperti


adik-beradik kembar. Senyuman sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan
bersenda tidak lekang daripada kedua-duanya. Demikianlah kehidupan
yang mereka lalui setiap hari.

“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main,


ya?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang.
“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.

“Kita main sorok-sorok di taman bunga la. selepas itu kita petik bunga-
bunga yang telah mekar di taman.”

Baiklah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di


taman sana.”
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-
masing hingga selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun


kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, mereka berbual-buallah tentang kecantikan masing-


masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

“Sejenjang! Kau lihatlah diri aku yang cantik ini! Dengan duduk menenun
seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku. Aku pasti suatu
hari nanti,apabila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan
mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” kata
Santubong kepada Sejenjang .

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “apabila


aku sudah tinggal di istana nanti, tentunya ramai dayang mengelilingi
aku, sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka
akan berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah
mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia
ini.”

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan
cuba menentang kata-kata Puteri Santubong. Puteri Sejenjang
menyatakan bahawa dirinya sajalah yang paling cantik dan rupawan.
Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.

“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi


begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Leherku jinjang dan
betisku bagaikan bunting padi.”

“Dengan berdiri menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan


lenganku ini serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun
kain. Takut nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi dan anak raja itu
melamar aku dahulu,” balas Puteri Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan


mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing
mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan
Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal
perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.
Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil
mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.

“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan
jadi bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-
jemari kau tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini halus dan
runcing,” kata Santubong dengan bangga.

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai berasa marah dan
cuba menentang kata-kata puteri santubong. Dengan perasaan penuh
dendam dan amat marah puteri sejenjang hilang sabar lalu menyerang
Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri
Sejenjang amat kuat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang
sedang duduk menenun kain. Maka menjeritlah Puteri Santubong kerana
kesakitan.Aduh sakitnya.

Malangnya, Puteri Santubong bertambah marah, lantas menikam Puteri


Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya.
Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya.
Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat
kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan
persaudaraan yang telah terjalin oleh mereka selama ini. Ha , kawan-
kawan hendak tahu apa yang terjadi seterusnya?

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang


terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong
terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga
dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai
tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah
bertaburan menjadi pulau-pulau kecil berhampiran Gunung Santubong.
Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita
dengar sehingga ke hari ini.

Kawan-kawan, ambillah pengajaran daripada cerita ini.Sedarlah kita


bahawa kesempurnaan dan kemuliaan seseorang terletak pada hati. Dek
kerana ingin bersaing akan kecantikan masing-masing persahabatan dan
persaudaraan menjadi musnah . Saya akhiri cerita saya dengan
serangkap pantun. Dengarkan ya.

Daun melebar ke tengah laman,


Dahannya redup ke arah barat,
Banyak sabar kuatkan iman,
Bahagia hidup dunia akhirat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai