Anda di halaman 1dari 6

Sketsa Puteri Santubong, Puteri Sejinjang

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG

Watak :

Pencerita – Kendra Kollat Apung

Penyanyi – Edward Lim, Gloria Enya

Puteri Santubong – Zarina Radin

Puteri Sejinjang – Jennifer Lenny Judy

Dewa Kayangan – Reamy Telian

Putera Gunung Serapi – Sabastian Balan

Pengawal Dewa : Steve Austine

Mohd Isqandar

Dayang Puteri Santubong : Karen Easter

Cruznita Gindu

Dayang Puteri Sejinjang : Felisia Edwin

Ismahani Zakia

Penyanyi : Lagu Opening (tunggu semua penyanyi dan pelakon ready)

Ooo…Puteri Santubong

Sejinjang sayang

Kisah lama

Jangan mensia mayang

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,

Penjaga gunung negeri Sarawak,

Manis sik ada dapat dilawan,

Anak dak dewa turun kayangan.

(ulang 1x)

1
Sketsa Puteri Santubong, Puteri Sejinjang

BABAK 1

Prop : Tombak pengawal 2

Setting : Istana kayangan

Raja Dewa, 2 orang pengawal Raja Dewa, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang

mengambil tempat.

Pencerita : Alkisah di sebuah negeri yang dinamakan Kayangan, tinggallah seorang


Raja Dewa dan dua orang puterinya. Suatu hari sang Raja mendengar
perkhabaran duka tentang pertelingkahan manusia di Bumi. Maka
baginda Raja menitahkan dua orang puterinya untuk turun ke Bumi bagi
mengembalikan keamanan di sana.

Raja Dewa : Sudah betapa lamanya Bumi dicipta bersama tanah dan lautnya,
dengan negeri beta di atas langitnya. Ayahanda amat bangga dengan
keagungan yang telah dicapai selama ini. Namun, ayahanda amat
berduka cita dan murka terhadap penghuni-penghuni Bumi yang tidak
bersyukur. Wujudnya kekecohan, pertelingkahan dan pertumpahan
darah. Ayahanda memerlukan puteri berdua turun ke Bumi bagi
menyelesaikan permasalahan ini.

Puteri Santubong : Ayahanda, anakanda sanggup lakukan apa sahaja untuk


menghilangkan kerunsingan hati ayahanda.

Puteri Sejinjang : Ya, ayahanda. Anakanda sanggup turun ke Bumi dan menurut
titah ayahanda.

Raja Dewa : Jika begitu, maka pergilah anakanda-anakanda. Kembalikanlah


kedamaian di Bumi. Selamat maju jaya.

2
Sketsa Puteri Santubong, Puteri Sejinjang

BABAK 2

Prop : Tombak pengawal 2

Setting : Kampung

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang dan dayang-dayang mengambil tempat.

Pencerita : Maka turunlah kedua-dua puteri yang diberi nama Puteri Santubong dan
Puteri Sejinjang ke Bumi bagi menyelesaikan pertelingkahan yang wujud di Bumi.
Kedua-dua Puteri telah berjaya mewujudkan kembali keamanan di Bumi. Pada suatu
hari, terdapat seorang putera tampan dan kacak iaitu Putera Gunung Serapi datang
melawat kampung di mana Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang tinggal.

Putera Gunung Serapi : (Putera Gunung Serapi masuk dari arah kiri pentas
bersama 2 orang pengawal) Wahhhh…kampung ini maju dan kaya raya. Alangkah
baiknya jika tempat ini menjadi naungan negeri beta! (melihat Puteri Santubong dan
Puteri Sejinjang) Alangkah baiknya juga jika kedua-dua gadis jelita ini menjadi
permaisuri beta!

Puteri Santubong : (hairan) Adakah saudara berkata ingin mengahwini tuan puteri?

Puteri Sejinjang : (terburu-buru) Dengan ketampanan saudara, beta sudi berkahwin


dengan saudara serta-merta.

Putera Gunung Serapi : Apa? Saudara? Beta ialah satu-satunya yang bergelar
Putera Gunung Serapi!

Puteri Santubong : Ah, rupa-rupanya seorang putera dan seorang yang kacak
sekali!

Puteri Sejinjang : (berpaling kepada putera dan menarik lengannya) Wahai putera
manusia, adinda merupakan seorang puteri, malah puteri dewi! Bukankah adinda
sepadan denganmu?

Puteri Santubong : (menarik lengan putera) Adinda juga seorang puteri dewi, dan
adinda rasa tuan putera telah mempunyai hajat berkahwin dengan adinda, bukan?

Puteri Sejinjang : Adakah kekanda gila? Tuan putera ini bakal suamiku!

Puteri Santubong : Walau apa pun, tuan putera adalah milikku!

Putera Gunung Serapi : (menanggalkan tangan kedua puteri sambil menggeleng


kepala). Jika begini kelakuan bakal permaisuri beta, maka beta perlulah mencari
gadis yang lain. (beredar)

3
Sketsa Puteri Santubong, Puteri Sejinjang

BABAK 3

Penyanyi : (tunggu pencerita lepas sebut Babak 3) Lagu Babak 3

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,


Penjaga gunung negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

Oooh….
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oooh…
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Prop : Mesin tenunan, batang belidak, kain, alu dan lesung, tampi,

tambok/uyut, tikar mengkuang

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang dan dayang-dayang mengambil tempat.

Pencerita : Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah


menenun kain. Manakala Puteri Sejinjang pula asyik dengan menumbuk padi. Pada
suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejinjang asyik
menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-masing.

Puteri Santubong : Sejinjang, kau lihatlah diriku yang serba tidak cacat ini. Dengan
duduk menenun kain, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti
suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan
mengahwiniku. Bahagianya aku saat itu nanti Sejinjang.

Puteri Sejinjang : Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk
padi begini menjadikan tubuhku ini kuat dan tegap, subur menawan. Betis bagaikan
bunting padi. Jari jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap daripada engkau
yang asyik bongkok menenun kain. Takut pula nanti anak raja itu melamar aku
dahulu.

Pencerita : Mendengar kata-kata Puteri Sejinjang, Puteri Santubong enggan


mengalah. Puteri Sejinjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji.
Akhirnya, pertengkaran keduanya semakin hangat. Daripada nada suara yang
rendah bertukar menjadi lantang, caci-mencaci dan saling menghina.

4
Sketsa Puteri Santubong, Puteri Sejinjang

Semua nyanyi sambil Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang melakonkan


watak: (lepas pencerita tamat skrip, terus pasang lagu) Lagu Ending

Satu hari nya dua kelahi,


Beranuk-anuk sik henti-henti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,


Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,


Lalu ditikam batang belidak,
Hingga terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,


Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tok tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,


Penjaga gunung negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

Puteri Santubong…
Puteri Sejinjang…
Puteri Santubong…
Puteri Sejinjang…
Puteri Santubong…
Puteri Sejinjang…

5
Sketsa Puteri Santubong, Puteri Sejinjang

Pencerita :

Begitulah kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Asalnya berkawan menjadi
musuhan lantaran sikap bangga diri dan iri hati. Batu lesung Puteri Sejinjang telah
menghentam kepala Puteri Santubong lalu rebahlah Puteri Santubong menjadi
Gunung Santubong. Manakala tikaman batang belidak Puteri Santubong telah
menyebabkan Puteri Sejinjang berterabur menjadi Pulau Kera di Laut China Selatan.

Kisah sedih antara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang memberi pengajaran
bahawa kita tidak boleh bongkak dan terlalu membangga diri dengan kelebihan yang
kita miliki sehingga merendah-rendahkan orang lain dan mengeluarkan kata-kata
berbentuk hinaan, sindiran atau kata-kata yang boleh mengguris hati orang lain. Kita
juga tidak seharusnya menyimpan perasaan iri hati akan kelebihan yang dimiliki
orang lain kerana sesungguhnya setiap daripada kita mempunyai kelebihan masing-
masing yang telah dikurniakan Tuhan kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai