Anda di halaman 1dari 5

Pak Kadok tinggal di negeri Chempaka Sari di mana raja negeri itu bergelar Indera Sari.

Baginda cukup gemar menyabung ayam. Pada suatu hari, Raja Indera Sari mahu adakan pesta menyabung ayam dan Pak Kadok hendak mengambil bahagian dalam pesta itu. Penduduk sering berkata ayam sabung Pak Kadok, Biring Si Kunani itu bertuah kerana ayam itu pasti menjadi juara. Pak Kadok membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar untuk ke pesta itu. Walaupun Pak Kadok miskin tetapi dia tetap suka bergaya. Mak Siti Segera menggunting baju dan seluar kertas itu. Tak usahlah dijahit, pakai pelekat saja, kata Pak Kadok. Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu dan selepas siap Pak Kadok pun memakai baju dan seluar kertas itu. Di atas kepalanya Pak Kadok memakai tengkolok helang menyonsong angin. Pak Kadok nampak bergaya sekali dan tampak kacak seperti juara yang mahir dalam hal sabung-menyabung ayam. Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani dan menuju ke gelanggang raja untuk menyabng ayam dengan raja. Pak Kadok pun dititah mengadap sebelum bermula. Baginda bertitah, Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok, Biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya, titah baginda pula. Pak Kadok terharu mendengar kata-kata baginda itu maka tanpa berfikir panjang Pak Kadok pun setuju bertukar ayam dengan baginda raja. Baginda begitu gembira kerana dapat ayam Pak Kadok kerana baginda tahu ayam itu ayam yang bertuah. Maka titah baginda, "Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini?" Pak Kadok pun berkata, "Ampun Tuanku patik bukanya berharta yang patik ada cuma perkampungan patik saja. Maka jika tidak keberatan izinkan patik gadaikan kampung untuk taruhan kali ni." Baginda pun bersetuju dengan taruhan Pak Kadok itu. Masing-masing pun melepaskan ayam. Bermula

sabung menyabung antara juga, Jalak Putih tersungkur di tengah gelanggang.

Biring Si Kunani dan Jalak Putih

dengan sengit sekali. Jalak Putih cuba untuk membalas serangan dari Biring Si Kunani tetapi tewas

Melihat situasi tersebut Pak Kadok bertepuk sorak, sambil melompat-lompat. Pak Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan baginda tuanku dan kerana melompat-lompat terlalu kuat, baju dan seluar kertas Pak Kadok habis koyak-robak. Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kadok bertelanjang bogel di tengah gelanggang dan kerana berasa amat malu dia terus lari pulang. Malang Pak Kadok, ayam menang, kampung tergadai! baginda titah.

Pak Kaduk
PAK KADUK
1. SINOPSIS Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab itu, banyaklah rakyat dalam Negara baginda yang yang suka membuang masa untuk berjudi dan menyabung ayam. Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan ayam sabungnya dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkan bahagian-bahagian baju itu saja. Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani, ayam sabung kepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk Pak Kaduk untuk bertukar ayam Si Kunani yang dikatakan kurang bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaan baginda. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga menggadaikan kampong halamannya kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai wang pertaruhan. Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat ketangkasan Si Kunani. Si Kunani akhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa bahawa Si Kunani yang bukan miliknya, melompat-lompat kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah terkoyakrabak. Pak Kaduk akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah, Pak Kaduk dimarahi isterinya. 2. TEMA Cerita ini bertemakan sikap manusia yang suka mengambil tindakan secara terburu-buru atau tidak berfikir secara rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan. Sebagai akibatnya, diri sendiri menanggung kerugian seperti Pak Kaduk yang mempercayai cakap raja yang sebenarnya bertujuan menipunya. 3. PERSOALAN a. Sikap tamak membawa mudarat. Contohnya, Pak Kaduk yang tamak sanggup menggadaikan kampong halamannya dengan nilai 50 rial sematamata untuk mendapat wang pertaruhan raja. Sebagai akibatnya, kampong halamannya tergadai. b. Pemerintahan yang tidak bertanggung jawab akan menyusahkan kehidupan rakyat. Raja Indera Seri bukan saja tidak mentadbirkan Negara dengan baik, bahkan baginda mengambil kesempatan pula untuk mencari keuntungan atas rakyat yang daif seperti Pak Kaduk. Perlakuan baginda yang sedemikian menyebabkan kehidupan rakyat seperti Pak Kaduk bertambah susah.

4. WATAK a. Watak utama: Pak Kaduk. b. Watak sampingan: Raja Indera dan Mak Siti. 5. PERWATAKAN

WATAK Pak Kaduk

CIRI-CIRI Mempunyai isteri bernama Mak Siti. Sifat bodoh, lurus, tidak berfikir panjang, dan tergopoh-gopoh. Buktinya, dia sanggup menukarkan ayamnya yang handal dengan ayam sabungan raja. Mempunyai cita-cita yang tinggi tapi tidak kesampaian. Raja Indera Sari Raja negari Chempaka Seri. Raja yang tidak bertanggungjawab. Baginda mengabaikan syariat Islam dan suka berjudi. Suka menipu. Baginda mengambil kesempatan atas kebodohan Pak Kaduk untuk kepentingan diri sendiri. Mak Siti Isteri kepada Pak Kaduk. Membuat baju kertas untuk Pak Kaduk ke pertandingan ayam sabung.
6. PLOT a. Raja Indera sangat suka bersabung ayam. Baginda ingin menyabung ayam di kampong Pak Kaduk. b. Pak Kaduk menyuruh Mak Siti menyediakan baju kertas untuknya. Pak Kaduk membawa Si Kunani kegelanggang untuk menyabung ayam. Pak Kaduk mempertaruhkan kampong halamannya. c. Raja Indera Sari bertukar ayam sabung dengan Pak Kaduk. Raja dan Pak Kaduk bersetuju ntuk mempertaruhkan dengan nilai 50 rial. d. Pertaruhan bermula. Si Kunani menang. Pak Kaduk sangat gembira sehingga tidak perasan bahawa baju kertasnya telah terkoyak. Orang ramai ketawa melihat Pak Kaduk yang bertelanjang bulat. e. Pak Kaduk Berlari pulang ke rumah. Di rumah, Pak Kaduk dimarahi oleh Mak Siti. 7. GAYA BAHASA

GAYA BAHASA Diksi

CIRI

CONTOH

Simile Ayat

Penggunaan kata Bulang yang bermaksud pengikat Melayu bahasa Melayu lama. Lama. Bena yang bermaksud hirau atau peduli. Bangat yang bermaksud cepat, lekas, dan segera. Perumpamaan Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yang maha faham pada sabung-menyabung. Laras bahasa klasik Hatta demi melihat baginda dengan sekalian orang-orang besar dan rakyat tentera yang hinadina sekalian akan hal Pak Kadukitu, semuanya tertawa serta bertepuk tangan dengan tempik soraknya kesukaan melihatkan temasya Pak

Laras bahasa istana


8. LATAR

Kaduk itu. Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik ini tiadalah apa harta yang ada, hanya kampong sebuah itu sahaja:.... CONTOH

LATAR Tempat

Masa Masyarakat

Negeri Chempaka Seri. Gelanggan tempat menyabung ayam. Rumah Pak Kaduk di tepi sungai. Zaman feudal, iaitu zaman pemerintahan beraja. Raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat. Rakyat. o Mereka mengabaikan syariat agama. o Mereka suka berjudi dan membuang masa. o Mereka bertindak membuta tuli. Raja. o Raja tidak bertanggungjawab dan tiada wawasan dalam pemerintahan. o Raja zalim, memperalat rakyat yang lemah. o Raja mesti dihormati. Kata-kata dan suruhan raja mesti ditaati oleh rakyat.

9. NILAI DAN PENGAJARAN a. Manusia perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak supaya tidak rugi atau menanggung malu. b. Raja yang memerintah mesti bersikap adil dan tidak memperalatkan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. c. Jangan berjudi kerana permainan tersebut tidak mendatangkan keuntungan. Orang yang berjudi telah melakukan dosa di sisi Tuhan juga.

1. Sinopsis Cerita Pak Kaduk tinggal di negeri Cempaka Sari. Rajanya suka berjudi, Pak kaduk yang tolol ingin juga berjudi dengan menyabung ayam. Raja melihat ayam pak Kaduk, Si Kunani Handal lalu diajak bertukar dan pak Kaduk pun setuju. Karena tidak ada harta untuk berjudi, pak Kaduk mempertaruhkan kampungnya. Ayam Si Kunani menang, pak Kaduk bersorak karena gembira, ia lupa kalau ayamnya sudah ditukar. Orangorang ramai menetertawakannya , lalu ia lari pulang. Pada masa yang lain , dia mendapat jemputan kenduri dari dua pihak. Di hulu dan di hilir sungai. Apabila dia berkayuh ke hulu air surut, sampai ke tempat kenduri makanan kehabisan. Apabila ke hilir sungai dan orang pun sudah pulang . sampai di rumah istrinya menyindir, karena marah istrinya dipukul hingga mati.

2. Unsur Intrinsik
2.1 Tema : Kebodohan 2.2 Alur : Alur maju. Mula-mula terjadi adu sabung ayam kemudian ia mengikuti kenduri dan bertemu istrinya

2.3 Latar : Cerita berlatar tempat di sebuah perkampungan dan berlatar sosial golongan menengah 2.4 Sudut pandang : Orang ketiga 2.5. Penokohan : 1. Nama: Pak Kaduk 1.1.Peran : Peran (Protagonis ) Utama. 1.2.Karakterisasi : mempunyai keunikan, dungu, bersikap jujur, dan patuh kepada ayah 2. Nama : Kunani 1.1.Peran : Peran (Antagonis) tokoh bawahan, , mempunyai seekor ayam tanding yang tangguh 1.2.Karakterisasi : cerdik dan curang . 2.6. Amanat : Dalam cerita ini mengandung unsur nilai budaya antara lain: Menunda-nunda pekerjaan akhirnya menumpuk dan tidak terselesaikan dan menjadi beban hidupnya perbuatan berjudi adalah sebuah tradisi masa lampau yang masih berkembang hingga masa kini

2.6.1. 2.6.2.

Anda mungkin juga menyukai