Anda di halaman 1dari 1

KISAH SI TANGGANG

Oleh: HELVES RAMBA ANAK HILARY RUKAK (Dato Tutong)

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Terima kasih Pengerusi Majlis, yang saya hormati para hakim, guru-guru dan
rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Kisah SI
TANGGANG”.

Si tanggang ialah seorang pemuda yang miskin. Dia tinggal bersama ibunya
yang tua. Mereka sering dihina oleh orang kampung.

Pada suatu hari, si tanggang telah berjumpa dengan nakhoda kapal. Dia telah
diterima bekerja dengan nakhoda itu.

Si tanggang belayar dimerata negeri. Lama-kelamaan dia menjadi kaya-raya.


Dia juga telah berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya dia menjadi sombong

Pada suatu hari, si tanggang singgah di kampungnya. Ibunya sangat gembira


apabila mengetahui anaknya telah pulang. Ibu si tanggang segera menemui si
tanggang di kapal.

Malang sungguh nasib ibu si tanggang kerana si tanggang tidak mahu


mengakui dia sebagai ibu. Si tanggang menghina ibunya sendiri sebagai perempuan
tua yang hina. Dia juga turut menolak dan menyepak ibunya sendiri.

Ibu si tanggang berasa amat sedih dengan sikap si tanggang itu. Dia memohon
kepada tuhan agar anaknya itu diberikan balasan. Akhirnya si tanggang dan anak
kapalnya di sumpah menjadi batu.

Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai