Anda di halaman 1dari 1

Kisah Anak Derhaka Si Tanggang

Pada zaman dahulu, hidup seorang budak kampung yang bernamaSi


Tanggang. Pada suatu hari, Si Tanggang pergi memburu dengan
rakannya, Mudin. Mereka nampak sebuah kapal besar berlabuh
untuk mencari air bersih. Si Tanggang cuba mendekati kapal besar
itu walaupun dihalang oleh Mudin.

Nasib malang menimpa Si Tanggang kerana ditemui oleh kelasi


kapal. Si Tanggang ditangkap dan dibawa jauh dari kampungnya. Di
atas kapal, Si Tanggang bekerja sebagai pencuci kapal. Disebabkan
kerajinannya, nakhoda kapal telah mengambilnya sebagai anak
angkat. Tidak lama kemudian Si Tanggang dikahwinkan dengan
seorang puteri raja. Setelah nakhoda kapal itu meninggal dunia, Si
Tanggang dilantik sebagai nakhoda menggantikan bapa angkatnya.

Pada suatu hari Si Tanggang membawa isterinya belayar dan


telah berlabuh setibanya di suatu tempat. Si Tanggang tidak
menyedari bahawa diatelah berlabuh di kampung asalnya. Mudin,
rakan lamanya nampak Si Tanggang dan segera menceritakan hal
itu pada ibu Si Tanggang. Ibu Si Tanggang begitu gembira dan
terus menuju ke arah kapal besar anaknya.

Betapa sedih hati ibu Si Tanggang apabila anaknya tidak


mengaku dirinyasebagai ibu. Sambil mengayuh sampan, ibu Si
Tanggang bersumpah jika lelaki kaya yang ditemuinya itu anaknya,
dia menyumpah Si Tanggang menjadi batu.

Sejurus selepas itu, Si Tanggang dan kapalnya berubah menjadi 
batu.Demikianlah kisah balasan anak yang derhaka terhadap
ibunya.

Anda mungkin juga menyukai