Anda di halaman 1dari 4

PAHANG

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)


Terdapat 62 buah pusat PDK di tanah-tanah rancangan FELDA di seluruh negara termasuk Sabah yang terlibat dalam Program Semai Bakti PDK. Pahang adalah negeri terbanyak mempunyai pusat PDK di tanah-tanah rancangan. Dari segi pentadbiran dan struktur, prasarana pusat PDK di tanah rancangan disediakan oleh pihak FELDA manakala kewangan atau geran tahunan disalurkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dari segi struktur organisasi, PDK mempunyai Pengerusi dan barisan jawatankuasa manakala urus tadbir pula diketuai oleh seorang penyelia dan beberapa orang petugas serta pembantu bergantung jumlah pelatih OKU. Di sesetengah tempat PDK telah beroperasi di premis sendiri di mana peruntukan pembinaan bangunan PDK disediakan oleh FELDA. Namun begitu, masih ada lagi pusat-pusat PDK yang menyewa atau menumpang di premis-premis pertubuhan lain seperti pertubuhan belia, JKKK/JKKKR, sekolah atau GPW. Ini mungkin disebabkan ia hanya baru ditubuhkan ataupun peruntukan masih belum diluluskan oleh pihak pengurusan FELDA. Dalam sesetengah kes, FELDA turut menyediakan tenaga kerja petugas dan pembantu dengan elaun yang dibayar oleh FELDA berdasarkan keperluan. Dari segi modul pembelajaran, kesemua pusat PDK menggunakan modul dan pendekatan yang hampir sama kerana modul asas telah ditetapkan oleh pihak JKM. Namun di sesetengah pusat PDK ada menggunakan modul khas dengan penglibatan pihak-pihak lain selaian JKM seperti PDK Net di PDK Bukit Senggeh. Selain daripada itu, beberapa buah PDK turut menyediakan bilik khas untuk dijadikan pusat terapi sama ada terapi dengan menggunakan warna dan cahaya. Di samping itu, terdapat juga pusat PDK yang menjadikan projek pertanian sebagai pendekatan terapi atau dinamakan terapi agro. Berikut adalah modul-modul asas yang digunakan di PDK: (1) Pembelajaran Motor Kasar (2) Pembelajaran Motor Halus (3) Kemahiran Urus Diri (4) Perkembangan Bahasa (5) Perhubungan Sosial (6) Kemahiran Pra Bacaan dan Pra Tulisan (7) Kognitif (8) Komuniti dan Budaya (9) Muzik (10) Seni dan Kraftangan (11) Pendidikan Moral (12) Rekreasi dan Riadah

(13) Vokasional & Kemahiran (Kraftangan, Pertanian)


Hampir semua pusat PDK beroperasi dari pukul 8 pagi - 12 tengahari, dari hari Isnin hingga Khamis dan hari Jumaat adalah dikhususkan untuk lawatan ke rumah bagi negeri-negeri di Pantai Barat. Manakala bagi negeri yang cuti hujung minggu adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, iaitu di Terengganu, Kelantan dan Kedah, PDK beroperasi dari hari Ahad ke Rabu dan Khamis adalah hari lawatan ke rumah.

PDK Pahang

BIL 1

10

11

12 13

ALAMAT PDK Tunas Sri Teruntum, No. 279, Jln. Mat Kilau, 25200 Kuantan PDK Sri Nilam Cahaya , Balai Raya Kg. Balok, 26100 Kuantan PDK Pangkalan Udara, Kem Batu 10, 25990 Kuantan PDK PPOC, Paya Besar No. 4, Lrg. Karyawan 7, Taman Guru, 25150 Kuantan PDK Lepar Hilir, Surau Blok 3, Felda Lepar Hilir, 126300 Kuantan PDK Tunas Murni, Pejabat Daerah Lama, 27000 Jerantut PDK Sinar Harapan, Dewan Sri Budiman, Felda Padang Piol, 27040 Jerantut PDK Putera Puteri Sg. Retang, Felda Sg. Retang, 27040 Jerantut PDK Cahaya Baru, Gelanggi Bangunan GPW, Felda Kota Gelanggi, 227000 Jerantut PDK Titian Murni, Kampong Baru, Tanah Putih, 26600 Pekan PDK Permata Hati, Tasik Cini, d/a Bekas Pejabat Pertanian, Felda Chini 3, 26600 Pekan PDK Bintang Hati, Felda Chini Timur 3, 26690 Chini PDK Nur Iman Tersang (FELDA),

DAERAH

KUANTAN

JERANTUT

PEKAN

RAUB

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

Rumah Kakitangan Felda Tersang, 27600 Raub PDK Harapan, 145 Jalan Bukit, 27600 Raub PDK Gembira, Lot 7356, Taman Rotan Tunggal, 27600 Raub PDK Sinaran Klau, Felda Lembah Klau, 27630 Raub PDK Warisan, PAKR Taman Gali Tengah, KM 6, Jln Lipis, Raub PDK Cheroh, Balai Raya Kg Melayu Cheroh, Raub Pahang PDK Damar Ria, d/a Dewan JKKR Felda Bukit Damar Lancang, 28500 Temerloh PDK Titian Harapan, 63, Jalan Merdeka, 28000 Temerloh PDK Bestari, Balai Raya Kg. Felda Bukit Puchong, 28300 Triang PDK Ceria Bentong, No.61, Rumah Sejahtera, Bt. 1, Jln.Tras, 28700 Bentong PDK Cahaya Kasih, Gugusan Mempaga, d/a Dewan JKKR Felda Mempaga 1, 28600 Karak PDK Harapan Kg. Perting, P 10, Tingkat Bawah, Kg. Perting, 28700 Bentong PDK Sinar Harapan, Kg. Janda Baik, 28750 Bentong PDK Insan Murni, Bandar Tun Razak, d/a Bangunan Bersepadu DARA, 26700 Bandar Tun Razak PDK Anggerik, Kuala Rompin, Jalan Pantai Hiburan, 26800 Kuala Rompin PDK Tawakal Perantau Damai, Bangunan Tadika Felda Keratong 8, 26700 Muadzam Shah, Rompin PDK Felda Lepar Utara Satu, d/a Pejabat Felda Lepar Hilir Satu, 36400 Bandar Jengka

TEMERLOH

BENTONG

ROMPIN

30

31 32 33

34

35

36

37

38

39

PDK Jalinan Siantan, Bangunan Belia JKKR Felda Jengka, 19, Felda Jengka 19, 26400 Bandar Pusat Jengka PDK Semai Kasih, Felda Mayam, 28300 Triang, Bera PDK Seri Makmur, Bandar 32 Bera Desa Juara, Triang, Pahang PDK (F) Kumai, 457 Felda Kumai, 28200 Bera PDK Nur Kasih (F) Purun, Balai Raya Felda Purun, 28200 Bera PDK Gemilang, No.267, JKR Jalan Sg. Kerpan, 27200 Kuala Lipis PDK Dun Jelai, Sg. Koyan, 27200 Kuala Lipis PDK Bestari, Bangunan PK, 27300 Benta, Kuala Lipis PDK Teratai, Felda Jengka 21, Maran PDK Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highland

BERA

KUALA LIPIS

MARAN

CAMERON HIGHLAND

Anda mungkin juga menyukai