Anda di halaman 1dari 4

Kisah Anak Derhaka Si Tanggang

Pada zaman dahulu, hidup seorang budak

kampung yang bernama Si Tanggang. Pada

suatu hari, Si Tanggang pergi memburu dengan

rakannya, Mudin. Mereka nampak sebuah kapal

besar berlabuh untuk mencari air bersih.

Si Tanggang cuba mendekati kapal

besar itu walaupun dihalang oleh Mudin. Nasib

malang menimpa Si Tanggang kerana ditemui

oleh kelasi kapal. Si Tanggang ditangkap dan

dibawa jauh dari kampungnya.

Di atas kapal, Si Tanggang bekerja

sebagai pencuci kapal. Disebabkan


kerajinannya, nakhoda kapal telah

mengambilnya sebagai anak angkat. Tidak lama

kemudian Si Tanggang dikahwinkan dengan

seorang puteri raja. Setelah nakhoda kapal itu

meninggal dunia, Si Tanggang dilantik sebagai

nakhoda menggantikan bapa angkatnya.

Pada suatu hari Si Tanggang membawa

isterinya belayar dan telah berlabuh setibanya


di suatu tempat. Si Tanggang tidak menyedari

bahawa dia telah berlabuh di kampung asalnya.

Mudin, rakan lamanya nampak Si Tanggang dan

segera menceritakan hal itu pada ibu Si

Tanggang. Ibu Si Tanggang begitu gembira

dan terus menuju ke arah kapal besar anaknya.

Betapa sedih hati ibu Si Tanggang apabila

anaknya tidak mengaku dirinya sebagai ibu.


Sambil mengayuh sampan, ibu Si Tanggang

bersumpah jika lelaki kaya yang ditemuinya itu

anaknya, dia menyumpah Si Tanggang menjadi

batu. Sejurus selepas itu, Si Tanggang dan

kapalnya berubah menjadi batu. Demikianlah

kisah balasan anak yang derhaka terhadap

ibunya.

Anda mungkin juga menyukai