Anda di halaman 1dari 11

BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP PENGACARA

1. KETIBAAN PERASMI Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati: maton


Leftenan Kolonel Hairil Razman bin Mohamad

Dengan diiringi oleh dif-dif jemputan masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat.

2. NYANYIAN LAGU Hadirin & hadirat sekalian, maton


NEGARAKU
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang. Mohon para
hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang
dengan penuh semangat.

-NYANYIAN LAGU-

Hadirin dipersilakan duduk.

3. BACAAN DOA diha


Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Bagi menambahkan keberkatan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
doa yang akan dibacakan oleh al-fadhil Ustaz Mohd Shahizan bin Mohd Ali. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

-BACAAN DOA-

Amin-amin Ya Rabbal alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz
Mohd Shahizan Mohd Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

4. KATA ALUAN Ke Pekan Kuala membeli bingka, Diha


PENGACARA MAJLIS Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum salam sejahtera,,


Pembuka kata lidah bicara,
Izinkan saya mulakan acara,
Semoga majlis disambut ceria.

Bismillahirrahmanirrahim…………

Yang Dihormati Leftenan Kolonel Hairil Razman Bin Mohamad, Pegawai Memerintah
Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (Mekanize)

Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Azri bin Adnan, Guru Besar SK Desa Bakti

Yang Dihormati: En. Wan Mohd Saidi bin Wan Zainudin, YDP PIBG

Yang Dihormati:

Yang Dihormati:

Guru-guru Penolong Kanan,


Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG,
Para Ibu Bapa,
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin kasihNya, kita dapat berkumpul di dewan
yang bersejarah ini bagi menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SK Desa
Bakti bagi tahun 2018.

Kami bagi pihak majlis ingin mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu, ibu bapa
serta hadirin sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan lebih
bermakna dan berseri.
Seperti yang kita sedia maklum, majlis yang diadakan saban tahun ini adalah untuk
meraikan dan memberi penghargaan kepada anak-anak didik yang telah menunjukkan
prestasi cemerlang. Mereka bukan sahaja dinilai dari segi akademik malah penglibatan
dalam bidang kokurikulum turut diambil kira. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga
pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus
revolusi dalam diri pelajar ini.

5. UCAPAN TUAN Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar SK Desa maton
GURU BESAR Bakti. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj. Mohd Azri bin
Adnan guru besar SK Desa Bakti untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

-UCAPAN-

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6. UCAPAN NYDP Hadirin yang dihormati, diha


Seterusnya majlis mempersilakan Yang DIhormati En. Wan Mohd Saidi bin Wan Zainuddin
selaku YDP PIBG SK Desa Bakti untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

-UCAPAN-

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati
En. Wan Mohd Saidi bin Wan Zainuddin atas ucapan itu tadi.

7. UCAPAN PERASMI Hadirin yang dihormati, maton

Kini telah tiba masanya untuk kita mendengar ucaptama yang akan disampaikan oleh Yang
Dihormati Leftenan Kolonel Hairil Razman Bin Mohamad dan seterusnya merasmikan Hari
Anugerah Kecemerlangan SK Desa Bakti bagi Tahun 2018. Majlis mempersilakan.

-UCAPAN-

Ucapan Tuan Menyerikan Majlis,


Warga pendidik tampak ceria,
Kesudian Tuan merasmikan majlis,
Bangganya kami tidak terkira.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Leftenan Kolonel
Hairil Razman Bin Mohamad atas ucapan dan perasmian yang telah disempurnakan
sebentar tadi.

8. PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, diha


MURID 1 Pada hari ini, pelbagai acara disediakan, besarlah harapan kami, agar ibu bapa dan hadirin
dapat menunggu sehingga majlis ini selesai.

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Oleh itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Kumpulan Kugiran Bakti untuk
menyampaikan persembahan tarian Kurik Kundi.

Dengan itu majlis mempersilakan.

-PERSEMBAHAN-

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Kugiran Bakti atas persembahan yang menarik
dan menghiburkan. Untuk makluman semua, persembahan itu tadi dipimpin oleh En Mohd
Muqhram Bin Mazelan dan Pn. Norjalilah Binti Mohd Sarani

9 PENYAMPAIAN maton
HADIAH PEND KHAS Berkebaya batik bewarna merah,
Diserikan dengan permata belian,
Tibalah masa penyampaian hadiah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi murid-murid Pendidikan Khas;

Oleh itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati


Pn. Rasidah BInti Mohamad (GPK HEM) SK Desa Bakti
Untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut

Penyampaian dimulakan penyampaian Anugerah Harapan Pendidikan Khas. Dipersilakan


adik:

1.Mohd Khairul Kusni Bin Zulkifli


2. Mohd Ayriz Zaharuddim Bin Abdullah
3. Pedelisson Jengging AK Penpin

Untuk Anugerah Tokoh Kokuria Pendidikan Khas, dijemput adik Mohd Shahmil Ashraf
Bin Mohd Sahrizal untuk menerima anugerah tersebut.

Untuk makluman semua, Beliau dinobatkan dengan Anugerah Tokoh Kokuria Pendidikan
Khas kerana beliau telah mengharumkan nama sekolah apabila telah berjaya merangkul
Johan di dalam acara Hafazan bagi Pertandingan Majlis Tilawah Al-quran Pendidikan Khas
Peringkat daerah Temerloh dan sekaligus melayakkan diri ke peringkat Negeri Pahang.
Di peringkat Negeri Pahang pula beliau mendapat tempat ke 4 dari 9 daerah yang
bertanding. Tahniah diucapkan kepada Adik Mohd Shahmil Ashraf atas pencapaian yang
membanggakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn Rasidah Binti
Mohamad
Atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

10. PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati,


HADIAH diha
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah murid-murid cemerlang Tahun 1dan 2
TAHUN 1& 2 maton
AJK PIBG Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
___________________ _________________________________________________________________ diha
Naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah.
TAHUN 3& 4 Dengan segala hormatnya dipersilakan.
AJK PIBG
___________________ Dipersilakan adik,
(RUJUK SENARAI NAMA)
TAHUN 5&6
En. Baharudin Bin Tahniah diucapkan kepada semua murid tersebut.
Ibrahim Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
____________________________________________________________
___________________ Atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

11. MAJLIS GRADUASI Hadirin yang dihormati,


PRA SEKOLAH
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil bagi murid-murid Prasekolah

Oleh itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati


Pn. Wan Norazilah Binti Wan Hamid NYDP PIBG
Untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.

Penyampaian dimulakan dengan adik:


____________baca senarai nama___________________________

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Wan
Norazilah Binti Wan Hamid
Atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

12. PERSEMBAHAN Sehabis merah daun yang sihat, maton


MURID Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis anugerah mohon berehat,
Persembahan murid kita saksikan.
Sidang dewan yang dihormati,
Kita redakan majlis dengan menyaksikan persembahan Koir daripada Murid-murid Tahun 6
dengan lagunya Lagu bahagia dan Mulanya di sini.

Persembahan ini adalah di bawah pimpinan Pn. Norjalilah Binti Mohd Sarani dan En. Mohd
Azamuddin bin Adnan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-PERSEMBAHAN-

Begitulah tadi persembahan yang menghiburkan dari murid – murid Tahun 6.

Terima kasih diucapkan.

11. PENYAMPAIAN Hadirin yang dikasihi, diha


ANUGERAH Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian Anugerah Cemerlang UPKK 2017.
Untuk makluman hadirin seramai 6 orang murid mendapat 8A di dalam Ujian Penilaian
-CEMERLANG UPKK Kelas Kafa.

Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis dengan sukacitanya menjemput


Pn Rasidah Binti Mohamad GPK HEM SK Desa Bakti
untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

Penerima pertama untuk anugerah ini ialah:

-RUJUK SENARAI NAMA-

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menerima anugerah tersebut.
Terima kasih diucapakan kepada Pn Rasidah atas penyampaian Anugerah itu tadi.

12. TOKOH Hadirin sekalian, kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu Penyampaian Anugerah Khas maton
iaitu Anugerah Tokoh Kurikulum, Anugerah Bintang Kokuria dan Anugerah Bintang
Harapan Sukan.

Kita mulakan dengan Anugerah Bintang Harapan Sukan dahulu.


Sebelum saya umumkan siapakah penerima Anugerah Bintang Harapan Sukan tersebut
izinkan saya membacakan biodata dirinya.

BACA BIODATA NAJIHAH

Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis dengan sukacitanya menjemput


En. Baharudin bin Ibrahim untuk mengiringi Tn. Hj. Mohd Azri bin Adnan, Guru Besar SK
Desa Bakti bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

SAMPAIKAN ANUGERAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian anugerah itu tadi.
_________________________________________________________________________

Seterusnya penyampaian anugerah Bintang Kokuria

BACA BIODATA QISTINA

Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis dengan sukacitanya menjemput


En. Baharudin bin Ibrahim untuk mengiringi En. Wan Saidi bin Wan Zainuddin, YDP PIBG
SK Desa Bakti bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

SAMPAIKAN ANUGERAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian anugerah itu tadi.

Seterusnya penyampaian anugerah Tokoh Kurikulum

BACA BIODATA ALESYA

Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis dengan sukacitanya menjemput


Tn. Hj. Mohd Azri bin Adnan dan En. Wan Mohd Saidi Bin Wan Zainuddin untuk
mengiringi Leftenan Kolonel Hairil Razman Bin Mohamad bagi menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

SAMPAIKAN ANUGERAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian anugerah itu tadi.

13. PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati, diha


CENDERAMATA Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah bersempana majlis ini, majlis dengan
segala hormatnya sekali lagi mempersilakan Yang berusaha Tuan Guru Besar SK Desa
BAkti, untuk menyampaikan cenderamata perasmi kepada Yang Dihormati Leftenan
Kolonel Hairil Razman Bin Mohamad Pegawai Pemerintah Batalion Ketujuh Rejimen
Renjer Diraja (Mekanize)

Dipersilakan.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Dihormati
Leftenan Kolonel Hairil Razman atas kesudian menerima cenderamata dari pihak majlis.

14. PENUTUP Hadirin yang dihormati, diha


Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, menandakan bahawa majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Pendidikan 2018 akan melabuhkan tirainya.

Sehingga kita berjumpa lagi di dalam majlis yang berikutnya iaitu pada hari Ahad ini di
dalam majlis rewang atau gotong-royong bersempena kenduri Akikah Perdana yang akan
berlangsung pada Isnin 19 November 2018. Sama-sama kita meriahkan suasana di dalam
Program Akikah Perdana yang julung-julung kali diadakan di SK Desa Bakti ini.
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja,
Sebarang kelemahan harap dimaafi,
Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.


TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN PENDIDKAN 2018
OLEH:
PN NOR HALIMATON BINTI KAMARUDIN
PN MADEHAH BINTI AZIZAN

Anda mungkin juga menyukai