Anda di halaman 1dari 4

Hadirin sekalian,

Untuk makluman, majlis akan bermula sebentar sahaja


lagi, mohon kepada semua hadirin untuk mengambil
tempat masing-masing.

DOA Kalau pergi ke Tanjong Keramat,


Singgah sebentar rumah Cik samad,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha


penyayang, dengan rahmat dan limpah kurnianya
marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah
sempena majlis perpisahan kita pada hari ini.

Dengan ini majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Hasnul Hadi


Bin Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih Ustaz Hasnul


Hadi atas bacaan doa itu tadi.

Maka dengan itu, majlis mempersilakan hadirin untuk


mengambil makanan dan menjamu selera.

ALUAN PENGERUSI Bissmillahirrahmanirahim


MAJLIS
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera…

Yang Berusaha Puan Monalita Binti Mat Nih @ Salleh,


Guru Besar SK Desa Bakti,

Yang Dihormati En. Wan Mohd Saidi bin Wan Zainudin YDP
PIBG SK Desa Bakti,

Yang Dihormati barisan pentadbir SK Desa Bakti,

Yang Dihormati, Tn Hj Mohd Azri bin Adnan, En. Baharudin


bin Ibrahim dan En Mohd Firdaus Khor Bin Abdullah
barisan mantan pentadbir yang diraikan.

Yang dihormati AJK PIBG dan rakan-rakan guru yang


dikasihi sekalian.
Selaku wakil bagi pihak ajk Kelab BAKTI Mengucapkan
Selamat Datang Ke Jamuan Perpisahan sempena
pertukaran mantan pentadbir-pentadbir kita iaitu, Tn. Hj
Mohd Azri Bin Adnan, En. Baharudin bin Ibrahim dan En.
Firdaus Khor bin Abdullah.
Walaupon ada diantara mereka ada yang telah lama
meninggalkan SK Desa Bakti, namun Alhamdulillah dalam
majlis pada hari ini dapat lagi kita bertemu mata dan
bersua muka dengan mereka.

Kuning Emas Masaknya Padi


Mawar Merah Dahannya Berduri
Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Menghadirkan Diri.

UCAPAN GURU BESAR Hadirin sekalian,

Bukan Keris Tanpa Ulunya


Bukan Majlis Kalau Tanpa Ucapannya

Sebagai Pembuka Persada Ucapan. Majlis Dengan


Hormatnya Mempersilakan Yang Berusaha Pn Monalita
Binti Mat Nih@ Salleh guru besar sk Desa Bakti untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

-UCAPAN-

Terima kasih diucapkan kepada puan guru besar atas


ucapan itu tadi.

UCAPAN YDP Hadirin yang dihormati,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang DIhormati En.


Wan Mohd Saidi bin Wan Zainuddin selaku YDP PIBG SK
Desa Bakti untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

-UCAPAN-

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Dihormati


En. Wan Mohd Saidi bin Wan Zainuddin atas ucapan itu
tadi.

UCAPAN TUAN HAJI Hadirin yang dihormati,


AZRI BIN ADNAN
Sudah Biasa Kita Dengari
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tak Sama Dengan Yang Ini
Tak Mungkin Ada Galang Ganti.
Tanpa membuang masa majlis dengan ini menjemput
yang diraikan Tn Hj Mohd Azri Bin Adnan untuk
memberikan ucapan.

Majlis Dengan Segala Hormatnya Menjemput dan


Mempersilakan.

-UCAPAN-

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj Mohd


Azri bin Adnan diucapkan.

Anda mungkin juga menyukai