Anda di halaman 1dari 9

1

BABAK 1

Pentas digelapkan dan muzik instrumental yang tenang dan damai dimainkan.
Suara latar menceritakan kisah hidup Si Tanggang.

PENCERITA :
Si Tanggang tinggal bersama ibunya yang bernama Mak Umpit. Kehidupan mereka
amatlah miskin.
…………………………………………………………………………………………………
Setelah Si Tanggang dewasa, dia dipelawa bekerja dengan seorang saudagar yang
kaya raya. Lama kelamaan dia telah berkahwin dengan anak perempuan saudagar
tersebut. Si Tanggang telah Berjaya mewarisi kekayaan keluarga mertuanya.

Pentas beransur cerah dan muzik intro untuk syair dimainkan. Suara latar ialah syair
tentang kejayaan Si Tanggang.

PENYAIR :
Dahulu dihina kini dipuja
Si Tanggang menjadi Datuk Nakhoda
Pergi belayar serata dunia
Mencari harta tak cukup jua

Muzik penutup untuk syair dimainkan dan disambung dengan muzik instrumental
yang tenang dan damai. Suara latar menceritakan kisah Si Tanggang pada masa
kini.

PENCERITA :
Perubahan gaya hidup telah menjadikan Si Tanggang sombong dan bongkak. Dia
telah lupa akan ibunya yang tinggal dikampung.
…………………………………………………………………………………………………..
Pada suatu hari, tanpa sengaja…Si Tanggang telah belayar menghampiri kampung
halamannya dengan tujuan untuk berdagang. Dia membawa bersama, isteri
tercintanya yang bernama Seri Rupawan.
2

BABAK 2
DALAM KAPAL/SIANG

Muzik instrumental adaptasi lagu tema filem ‘Titanic’ dialunkan. Pentas cerah dan
latar belakang menunjukkan suasana ombak dan laut Situasi di atas kapal
menunjukkan Si Tanggang sedang memujuk isterinya yang kebosanan. Dia
mengarahkan dayang-dayang untuk mempersembahkan tarian.

SERI RUPAWAN :
Seri bosanlah kanda. Kalau begini, tidak inginlah Seri mengikut kanda lagi.

SI TANGGANG :
Janganlah begitu dinda. Kanda janji, kanda akan hiburkan hati dinda.
…………………………………………………………………………………………………
Dayang! Persembahkan satu tarian untuk hiburkan hati isteri kesayangan hamba ini!

Muzik endang dimainkan. Pentas cerah apabila 3 penari masuk dan


mempersembahkan Tarian Endang di hadapan Si Tanggang dan Seri Rupawan.
Keduanya kelihatan terhibur dan bertepuk tangan sambil bergurau senda. Penari-
penari keluar apabila muzik endang diperlahankan.

BABAK 3
DI LAUT/SIANG

Muzik perlahan yang sayu. Pentas cerah dan latar belakang menunjukkan suasana
ombak dan pantai. Suara latar menceritakan tentang terhebahnya kepulangan Si
Tanggang ke kampung halaman.

PENCERITA :
Berita kepulangan Si Tanggang tersebar luas ke segenap pelusuk kampung. Mak
Umpit, ibu Si Tanggang yang amat merinduinya telah berdayung menghampiri kapal
dengan perahu buruknya.
3

Muzik intro syair dimainkan. Suara latar bersyair tentang kegembiraan Mak Umpit
menyambut kepulangan anaknya. Kelihatan dari jauh, Mak umpit mendayung
sampan dengan penuh kegembiraan, lalu menghampiri kapal dan memanjat tali
sauh untuk naik ke atas kapal.

PENYAIR :
Hati si ibu sangat gembira
Anak dinanti pulang ke riba
Makanan kesukaan dibawa bersama
Untuk menyambut si anak manja

Muzik penutup syair dimainkan.

BABAK 4
DALAM KAPAL/SIANG

Situasi tegang apabila Mak Umpit cuba menghampiri Si Tanggang. Seri Rupawan
yang tidak berkenan dengan orang tua itu memaksa Si Tanggang untuk menghalau
Mak Umpit turun dari kapal.

MAK UMPIT :
Tanggang anak mak! Ke mari nak. Sudah lama kita tak jumpa…mak rindu sangat
dengan kau nak…

Ketika inilah Seri Rupawan menarik tangan Si Tanggang dan menghina Mak Umpit.

SERI RUPAWAN :
Eh, Siapa perempuan tua kotor ini? Sudahlah tu, busuk pula kanda!

Si Tanggang kelihatan malu, berpura-pura tidak kenal kepada ibunya lalu menghina
dan mengherdik Mak Umpit. Mak Umpit terus merayu dan mengingatkan Si
Tanggang bahawa dirinya itu adalah ibunya.
4

SI TANGGANG :
Eh, orang tua! Pergi kau dari sini. Orang tua kotor, busuk! Pergi balik, aku tidak
kenal kau. Pergi!

MAK UMPIT :
Tanggang, sampai hati kau nak! Ini ibumu nak…

SI TANGGANG :
Tidak! Aku tidak kenal kau! Pergi kau dari sini…

MAK UMPIT :
Tanggang...Sampai hati kau. Aku ibu mu nak...
Mana janji kau dulu Tanggang! Kau janji nak salutkan aku dengan emas Tanggang!

SI TANGGANG :
Sudah-sudah! Aku tidak mahu dengar lagi. Pergi kau berambus ke darat.

MAK UMPIT :
Tak mengapalah Tanggang, mak bukan nak menuntut janji kau.
Mak rindu sangat pada kau nak. Berilah mak peluk kau Tanggang…

Mak Umpit semakin menghampiri Si Tanggang sambil mendepakan tangannya


untuk memeluk Si Tanggang. Seri Rupawan yang berdiri di belakang Si Tanggang
menjerit ketakutan sambil memegang baju Si Tanggang.

SERI RUPAWAN :
Kanda, perempuan gila itu datang dekat kanda. Tolong kanda, dinda takut…

Si Tanggang bertindak menolak Mak Umpit dengan tangannya sehingga jatuh


terlentang di atas lantai kapal sambil menghamburkan kata-kata penghinaan.

SI TANGGANG :
Cis, perempuan gila! Aku kata jangan dekat. Kau bukan ibuku. Aku anak orang kaya!
Nyah kau dari sini!
5

Pengawal yang berada di hujung kapal menarik tangan Mak Umpit dan
mengheretnyanya untuk turun dari kapal. Mak Umpit merayu sambil menangis
teresak-esak.

MAK UMPIT :
Tolonglah mak Tanggang…Berilah mak peluk kau walaupun sekejap, Tanggang…

Muzik latar yang sedih dan pilu dimainkan apabila Mak Umpit masuk ke dalam
sampannya sambil mengesat air mata dengan lengan baju. Muzik intro syair
diperdengarkan dan syair tentang kesedihan Mak Umpit didendangkan.

PENYAIR :
Hancur luluh hati si ibu
Si anak manja tidak mengaku
Hati ibu sedih dan pilu
Mengenang nasib dibuat begitu

BABAK 5
DALAM SAMPAN/SIANG

Muzik latar yang memberikan suasana tegang dan kecewa dialunkan. Pentas cerah
dan latar belakang menunjukkan ombak bergulung. Ketika ini, Mak Umpit berada di
dalam sampannya dan menadah tangan berdoa kepada tuhan dengan penuh rasa
kekecewaan.

MAK UMPIT :
Kalau benar dia anak yang kukandung 9 bulan 9 hari, aku lahirkan, aku susukan
dari kecil sampai besar...
Ya Tuhan, Tunjukkanlah balasanmu kepada anak yang tidak mengenang budi!
Tunjukkanlah balasanmu kepada anak yang mungkir janji!
Ya Tuhan, kau tunjukkanlah balasanmu kepada anak yang derhaka!!!
Tunjukkanlah!!!
6

BABAK 6
DALAM KAPAL/SIANG

Pentas bertukar menjadi gelap. Latar belakang menunjukkan kilat sabung


menyabung dan guruh tidak berhenti berdentum. Muzik melatari suasana dengan
bunyi ombak, petir dan guruh. Semua yang berada dalam kapal berlari lintang
pukang. Beransur-ansur, semua anak kapal menjadi keras seperti batu. Si
Tanggang dan Seri Rupawan tidak keruan dan saling berpandangan.

SERI RUPAWAN :
Kanda, dinda takut kanda!

Seri Rupawan berlari dan terjatuh lalu turut menjadi keras seperti batu. Si Tanggang
berlari memeluk Seri Rupawan dan menangis kehibaan.

SI TANGGANG :
Dinda…jangan tinggalkan kanda! Kanda tiada sesiapa lagi di dunia…

BABAK 7
DALAM KAPAL/DALAM SAMPAN/SIANG

Pentas suram dan muzik latar yang sedih dan mendayu mengiringi situasi yang
menunjukkan Si Tanggang berpaut di birai kapal sambil melaung kepada ibunya
yang sedang memerhati dari sampan buruknya.

SI TANGGANG :
Mak…ampunkanlah Tanggang! Tanggang anak mak… Peluklah Tanggang mak!!!

Bunyi guruh dan latar belakang menunjukkan kilat memancar lalu Si Tanggang
perlahan-lahan menjadi keras seperti batu. Mak Umpit memandang sayu sambil
mendayung pulang ke pantai sambil diiringi muzik yang sedih dan pilu.

SEKIAN. TERIMA KASIH!


7

SI TANGGANG

Watak :

Si Tanggang : Norazman Bin Jauhari

Mak Umpit : Abdul Rashib Bin Othman

Seri Rupawan : Suhaimi Bin Chahari @ Jahari

Pengawal : Wan Mohd Shariff Bin Wan Harun

Penari 1 : Salbiah Bt. Ontong

Penari 2 : Norafika Farradila Bt. Shahrom

Penari 3 : Mahani Bt. Mahat

Pencerita :

Tuan Kamazon Bin Tuan Man

Penyair :

Safrah Bt. Mohamad

Juru Audio 1 dan Pencahayaan :

Haizuwan Bin Md. Ab Sani

Juru Audio 2 dan Latar Belakang :

Normi Bt. Bonari

SINOPSIS
8

Si Tanggang dilahirkan dalam kalangan keluarga miskin yang tinggal di pinggir


kampung. Ibunya bernama Mak Umpit yang terlalu menyayangi anaknya itu.

Si Tanggang merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau selalu berkhayal


untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari beliau telah mendapat peluang
untuk bekerja dengan seorang saudagar yang kaya. Walaupun keberatan, Mak
Umpit terpaksa melepaskan Si Tanggang setelah beliau berjanji untuk kembali.

Namun demikian, sejak pemergiannya, Si Tanggang tidak pernah pulang. Kebetulan


dan tanpa disedari beliau telah singgah di kampung halaman tempat asal-usulnya.
Ibunya yang telah lama tidak ditemui mendapat tahu tentang kepulangannya dengan
membawa makanan kegemarannya semasa kecil dahulu.

Sebenarnya Si Tanggang sedar bahawa orang yang datang itu adalah ibu kandung
yang telah membesarkannya dahulu. Tetapi, beliau terasa malu hendak mengaku di
hadapan orang-ramai terutama isterinya yang cantik rupawan lagi bangsawan.
Beliau mula mengeluarkan kata-kata kesat dan sumpah-seranah menyuruh orang
tua itu pergi. Dalam keadaan hati hancur luluh dihina begitulah si ibu lalu menadah
tangan kepada Ilahi seraya berdoa..

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang


terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa
kesal.

Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya
sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat.
Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah
bertukar menjadi bat
Buatmu Ibu
Ibu bergenang air mataku
9

Terbayang wajahmu yang redup sayu


Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan


Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan


Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku


Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu


Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku


Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai


Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Anda mungkin juga menyukai