Anda di halaman 1dari 7

Kelas BM Cikgu Ailee 012-5559570

Sajak www.sibermerdeka.com.my

Kandungan
 Maksud sajak www.sibermerdeka.com.my
 Tema sajak www.sibermerdeka.com.my
 Persoalan sajak www.sibermerdeka.com.my
 Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
 Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
 Nilai sajak www.sibermerdeka.com.my
 Pengajaran sajak www.sibermerdeka.com.my

Sajak www.sibermerdeka.com.my karya Abdul Ghaffar Ibrahim. Berikutnya maksud sajak,


tema, persoalan, bentuk, gaya bahasa, nilai dan pengajaran komsas ini.

Maksud sajak www.sibermerdeka.com.my


Rangkap 1

Dalam kebun diriku


aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Dalam diri penyajak, dia telah bertekad dengan mengatur perancangan untuk
membebaskan kehidupannya daripada belenggu kemiskinan pada setiap masa.

Rangkap 2

Dalam parlimen diriku


aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam pemikiran penyajak, akan berlaku pertelingkahan antara masalah dengan


perkara mudah yang akan ditempuhinya dalam usahanya untuk membebaskan
pemikirannya agar tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Rangkap 3

1
Kelas BM Cikgu Ailee 012-5559570

Dalam laut diriku


ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Penyajak merasakan bahawa dalam meniti kehidupannya, pelbagai dugaan dan


cabaran yang akan ditempuhinya. Pelbagai dugaan yang berlaku itu menguji kesabaran
dan keimanan dirinya.

Rangkap 4

Dalam gergasi diriku


terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Tatkala penyajak berasa dirinya sudah kuat dan teguh, dia berasakan dirinya hebat
sering terpedaya oleh nafsu dan tipu muslihat yang licik. Namun begitu, penyajak
bernasib baik kerana dia cepat tersedar dan seterusnya berwaspada dalam setiap
tindak-tanduknya agar tidak terperdaya lagi.

Rangkap 5

Dalam pentas diriku


aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

Penyajak telah bersedia dan mempersiapkan dirinya untuk menerima cabaran dan
sesuatu masalah yang mendatang. Penyajak juga perlu berani menyahut cabaran dan
masalah yang bakal dihadapi dalam kehidupannya.

Rangkap 6

Dalam dewan diriku


aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

2
Kelas BM Cikgu Ailee 012-5559570

Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih berani dan matang dalam menghadapi
cabaran. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang
terhadap dirinya.

Rangkap 7

Apabila sibermerdeka sampai


ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah menyokong,
berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri untuk
tidak mengulangi kekalahan.

Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri untuk membuat
keputusan yang tepat dan lebih teguh dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak
mudah tewas dalam perjuangannya.

Rangkap 8

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia


aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak banyak menempuhi peristiwa pahit
dan manis sepanjang kehidupannya. Penyajak mengingatkan dirinya agar tidak
mempersia-siakan baki kehidupannya. Penyajak menasihati pembaca agar mengisi masa
dengan mendekatkan dirinya kepada Tuhan.

Tema sajak www.sibermerdeka.com.my


Ketabahan seorang insan untuk menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Penyajak
sering bermuhasabah diri dalam menghadapi dugaan dan menguji kesabaran agar tidak
mudah tersungkur ketika berhadapan dengan unsur jahat.

3
Kelas BM Cikgu Ailee 012-5559570

Persoalan sajak www.sibermerdeka.com.my


Kepentingan merancang kehidupan
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan
bagi menyelesaikan segala masalah atau kesusahan yang dihadapinya.

Kegigihan untuk menyelesaikan masalah


Dalam pemikiran penyajak, dia cuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar
dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Cara menjalani hidup dengan bermanfaat


Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca
wajar mendekati Tuhan.

Kepentingan merancang kehidupan


Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan
bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

Muhasabah diri ke arah kebaikan.


Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah
kebaikan.

Keinginan mendekatkan diri kepada Tuhan


Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak


(a) Berbentuk bebas atau tidak terikat.

(b) Terdiri daripada lapan rangkap.

(c) Bilangan barisnya dalam setiap rangkap tidak sama:


rangkap pertama (empat baris),
rangkap kedua (empat baris),
rangkap ketiga (tiga baris),
rangkap keempat (tiga baris),
rangkap kelima (lima baris)
rangkap keenam (lima baris),
rangkap ketujuh (tujuh baris),
rangkap kelapan (lapan baris).
4
Kelas BM Cikgu Ailee 012-5559570

(d) Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah
kata.

(e) Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tujuh hingga
sembilan belas suku kata.

(f) Rima akhir sajak ini bebas; abac, abac, abb, abc, abbcd, abcbc, abcdefe, dan aabcadad.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


Pemilihan kata yang indah dan pembinaan ungkapan oleh penyajak puitis dan
berkesan
Contohnya, aku tanam saujana rancangan.

Anafora
Contohnya; aku berlatih menangkis angin, aku berlatih memunggah awan (rangkap 5,
baris 1 dan 2).

Simbolik
Contohnya, aku bahas isu onak dan
enak (onak melambangkan kesukaran/masalah/cabaran;
enak melambangkan kesenangan/mudah).

Repetisi
Contohnya, peristiwa datang peristiwa pergi.

Metafora
Contohnya, ombak gelora, pantai aman, pangkalan usia.

Personifikasi
Contohnya, ombak gelora menampar pantai aman, Kini, kapal diriku telah berlabuh
di pangkalan usia.

Sinkope
Contohnya, tak.

Simile
Contohnya, bagai siang memanggil malam.

5
Kelas BM Cikgu Ailee 012-5559570

Asonansi (perulangan bunyi vokal a)


Contohnya, aku tak cemas lagi.

Aliterasi (perulangan konsonan d)


Contohnya: Dalam dewan diriku.

Sajak ini bernada melankolik.

Nilai sajak www.sibermerdeka.com.my


Nilai rasional
Contoh: Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-
siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

Nilai kegigihan
Contoh: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi
masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Nilai keinsafan
Contoh: Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil
langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

Nilai kebijaksanaan
Contoh: Penyajak bijak membuat perancangan untuk mengatasi masalahnya.

Nilai ketaatan
Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.

Pengajaran sajak www.sibermerdeka.com.my


Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara daripada
sebarang ancaman pihak luar.

Kita mestilah berani menangkis segala bentuk propaganda dan tuduhan melulu
daripada pihak luar yang cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara.

6
Kelas BM Cikgu Ailee 012-5559570

Kita perlulah menghargai pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh generasi dan
para pemimpin terdahulu yang berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada
penjajah.

Sebagai rakyat yang berbilang kaum, kita hendaklah bersatu padu untuk menjamin
keharmonian negara yang tercinta ini.

Kita haruslah bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman, sejahtera, dan
harmoni.

Kita mestilah bersama-sama memajukan negara dalam pelbagai bidang agar maruah
negara terjamin pada peringkat antarabangsa.

Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan agar tidak terpedaya lagi.

Kita mestilah memiliki pendirian agar tidak mudah terpengaruh dengan orang lain.

Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri agar tidak mudah tewas dalam
perjuangan.

Kita mestilah gigih berusaha untuk mengatasi sesuatu masalah agar tidak mudah
dipermainkan oleh orang lain.

Kita mestilah berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan
agar tidak mensia-siakan hidup.

Anda mungkin juga menyukai