Anda di halaman 1dari 7

SAJAK GELANGGANG KOMSAS BAHARU TINGKATAN 4

(PRESERVE OUR HERITAGE)


Pengenalan
Buah tangan Onn Malini (Haji Othman Mahali, 71, mantan guru besar) sepanjang 150 patah perkataan
ini asalnya daripada naskhah antologi Pohon Tradisi terbitan Gapeniaga Sdn. Bhd. pada tahun 2012.
Sajak ini puisi moden kedua terpanjang dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul yang termuat
pada halaman 21 22. Sebagaimana tajuknya yang hanya satu patah perkataan, sajak ini paling mudah
difahami kerana disampaikan tanpa penggunaan perlambangan atau unsur abstrak yang banyak.
Walaupun demikian, cabaran pembelajaran sajak ini barangkali lebih terarah kepada aspek kemahiran
berfikir aras tinggi (kbat) dan unsur komsas tanpa mengabaikan maksud terperinci bagi setiap rangkap.
Sejak rangkap pertama lagi, pembaca sudah dapat mengagak bahawa sajak Gelanggang berbicara
tentang pengisian kemerdekaan generasi sekarang dari segi mempertahankan kedaulatan dan maruah
negara, bersatu padu dan menangkis ancaman demi menuju kecemerlangan. Baris sajak sengaja
dikekalkan sebagaimana dalam antologi walaupun mungkin sesetengah baris masih boleh bersambung
lagi atas sebab saiz muka surat antologi.
Rangkap 1
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Malaysia ialah tanah air sebagai pusaka peninggalan generasi pejuang kemerdekaan negara lebih 50
tahun yang lalu. Kaum-kaum utama ketika itu (Melayu, Cina, India), kemudian disertai oleh pelbagai
kaum di Sabah dan Sarawak telah bermuafakat dan bersetuju (menerusi kontrak sosial dan
perlembagaan) tentang kemerdekaan negara. Maka, generasi yang kemudian hendaklah akur
tentangnya.
Rangkap 2
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Generasi sekarang sedang mengecapi dan menikmati hasil pengorbanan serta perjuangan nenek moyang
mereka. Keamanan dan kemakmuran negara yang bergantung kepada perpaduan rakyat jelata
hendaklah dijaga dengan teguh lagi ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kedaulatan negara mesti dilindungi
daripada sebarang ancaman musuh bagi menjamin kelangsungan dan kesinambungan perpaduan yang
telah terbina sekian lama.
Rangkap 3
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh

hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Generasi muda berjiwa merdeka hendaklah sanggup melawan ancaman tuduhan melulu yang berniat
jahat jika mahu menjaga martabat bumi bertuah yang sangat dicintai ini. Seruan yang berbaur
kebencian, permusuhan dan hasutan bagi menimbulkan kegelisahan atau ketakutan dalam kalangan
masyarakat, melemahkan dan membakar perasaan hendaklah ditolak tanpa tolak ansur. Semua pihak
hendaklah tidak cuba membakar perasaan yang berpotensi menggugat kerukunan masyarakat.
Rangkap 4
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Penyajak menyeru agar generasi yang mencintai negara memperteguh jalinan perpaduan. Perbalahan
sesama sendiri (walaupun memang wujud perbezaan latar belakang dan pendapat) hendaklah dijauhi.
Rangkap 5
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
Generasi sekarang sebagai penerima pusaka kemerdekaan negara menggalas kepercayaan supaya usaha
membawa negara mendaki puncak jaya sentiasa kesampaian. Proses itu hendaklah sentiasa dipastikan
berlaku bagi menjaga nama baik dan sebagai lambang sebuah negara yang dibanggakan. Tugas
memajukan tanah air sebagai negara bangsa yang sentosa lagi disegani hendaklah dipikul dan
dilaksanakan seumur hidup.

SAJAK 'www.sibermerdeka.com.my' KOMSAS BAHARU


TINGKATAN 4 (CONSCIENCE: A PRIME RULE OF SELFSCRUTINY)

Dengan sejumlah lapan rangkap dan 161 patah kata, sajak nukilan Abdul Ghafar Ibrahim (Agi) ini puisi
moden paling panjang dalam naskhah antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (JKKDI) Setiap rangkap
sajak boleh dikatakan sarat dengan perlambangan (metafora). Namun, bagi tujuan pembelajaran
komsas, perbincangan lebih tertumpu kepada maksud sajak, unsur kbat, serta tentang nilai, persoalan
dan
pengajaran.
Sehubungan itu, murid tingkatan 4 tidak perlu terlalu risau tentang bait ungkapan yang bersifat abstrak
atau tersirat. Merujuk pendahuluan antologi (muka surat viii), karya dalam antologi (JKKDI) sarat
dengan pengajaran dan keindahan yang dapat dijadikan santapan rohani pembaca. Karya tersebut
mencerminkan akal budi, daya fikir, corak kehidupan, nilai dan estetika masyarakat.
Rangkap

1
Dalam
kebun
aku
tanam
saujana
untuk
memerdekakan
warga
hidup
menentang
senja
dan

diriku
rancangan
susahku
malam.

Penyajak memulakan muhasabah (cermin diri, introspektif) dengan suatu tekad untuk membebaskan
diri
daripada
kesukaran
menghadapi
pengisian
selepas
waktu
siang.
Rangkap

2
Dalam
parlimen
diriku
aku
bahas
isu
onak
dan
enak
untukku
merdekakan
warga
fikirku
mengelak
hidup
dikotak-katikkan.

Dalam benak penyajak berlaku pertentangan antara cabaran dengan keselesaan. Penyajak mahukan
kebebasan berfikir supaya tidak mudah diinjak / diganggu oleh pengaruh luaran dirinya.
Rangkap

3
Dalam
laut
ombak
gelora
menampar
pantai
untuk
menguji
amal
dan

diriku
aman
iman.

Dalam jiwa penyajak pelbagai dugaan datang untuk menggugat kekuatan, ketahanan dan keutuhan diri,
serta
pelaksanaan
kewajipan
diri
dan
kepercayaan.
Rangkap

4
Dalam
terpedaya
jua
namun
sempat

oleh
sedar

gergasi
permainan
si
dan
beringat

diriku
kancil
lagi.

Dalam ego / kemegahan diri, penyajak berasa tertipu juga dengan perangkap pihak yang disangka
bijaksana,
tetapi
masih
peka
dan
mampu
berjaga-jaga
terhadapnya.
Rangkap

Dalam
pentas
diriku
aku
berlatih
menangkis
angin
aku
berlatih
memunggah
awan
menghayati
skrip
demi
skrip
yang
tak
diduga
klimaksnya.
Di dalam hati, penyajak bersungguh-sungguh mahu menentang ketidakpastian, meneroka kebenaran,
mentelaah
/
menekuni
setiap
perkara
yang
tidak
diketahui
kesudahannya.
Rangkap

6
Dalam
dewan
diriku
aku
tak
cemas
lagi
oleh
kata
yang
mengekang
aku
tak
lemas
lagi
oleh
kata
yang
menyerang.

Di dalam dada, penyajak sudah berasa tidak gentar dengan segala bisikan yang menghalang, serta tidak
mudah mengalah oleh cakap-cakap berbentuk provokasi / percubaan menjatuhkan.
Rangkap

7
Apabila

sibermerdeka
sampai
ke
rumah
cabaranku
aku
panggil
diriku
bermesyuarah
menyokong,
berkecuali
atau
menentang
aku
ambil
keputusan
waktu
itu
aku
tak
kenal
batas
diri
untuk
tidak
mengulangi
kekalahan.
Maka, ketika peranti internet berada di hadapan mata, penyajak membuat keputusan yang teguh
supaya tidak sekali-kali berasa lemah untuk mudah dipengaruhi (oleh maklumat yang dipaparkan).
Rangkap

8
Kini,

kapal
aku

diriku
telah
berlabuh
di
pangkalan
usia
turun
darinya
menghadapi
hidup
nyata
peristiwa
datang
peristiwa
pergi
bagai
siang
memanggil
malam
dan
sibermerdeka
terus
berkaca
terus
mengalirkan
arus
ingatan
elakkan
dirimu
menjadi
sia-sia
hamparkan
dirimu
di
persada
Tuhan.

Akhirnya, penyajak menyedari bahawa dirinya telah banyak menghabiskan waktu melayan media
baharu itu. Penyajak pun kembali dengan kegiatan seharian seperti biasa. Pelbagai kejadian terus
memenuhi ruang internet untuk menggamit perhatian penyajak. Namun, penyajak mengukuhkan
keazaman / tekad untuk tidak membuang waktu tanpa faedah, sebaliknya mahu mendekatkan diri di
sisi Ilahi.

"HIKAYAT PATANI" KOMSAS TINGKATAN 3 (THE POWER


OF KEEPING THE PROMISE)
Genre sastera: Prosa tradisional
Penyelenggara: Mohamad Ali Majod
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 35 - 39

Watak utama: Phaya Tu Antara (nama asal) / Phaya Tu Naqba (nama gelaran) / Raja Kota Mahligai /
waris Phaya Tu Kerub Mahajana / Sultan Ismail Syah Zillullah Fil Alam
Watak lain:
:
:
diberikan)
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Encik Tani (orang tua di tepi pantai / bekas pegawai Paduka Nenda Raja Kota Mahligai)
Syeikh Said (tabib yang merawat penyakit ganjil raja / pendakwah / orang Pasai)
sekalian bendahara, menteri, laksamana, temenggung, hulubalang (tiada nama khusus
Syeikh Gambak / saudagar dari Minangkabau } dihukum bunuh kerana berniaga tembaga;
Abdul Mukmin / murid Syeikh Gambak
} disemadikan di kubur Tuk Panjang
nakhoda selob / perahu dari Melaka (membawa dagangan berharga)
nakhoda wangkang Cina (pemberi hadiah sebutir peluru batu kepada Sultan)
Abdul Samad / tukang buat bedil berbangsa Rom
Kerub Picai Paina / Sultan Mudaffar Syah }
Tunku Mahacai / Raja Aisyah
} anakanda raja (nama sebelum sesudah Islam)
Mahacai Pailang / Sultan Manzur Syah
}
Tuk Besar / penyelenggara mayat

Latar tempat: Kota mahligai, istana, tepi laut, rumah buruk Encik Tani, Lancang, Pintu Gajah
(pangkalan), Jambatan Kedi,
kampung orang Pasai

Ringkasan / sinopsis hikayat

Phaya Tu Naqba menaiki takhta negeri Kota Mahligai bagi menggantikan ayahanda baginda yang
mangkat. Baginda hendak berburu di tepi laut dengan membawa sekalian pegawai istana dan rakyat.
Kesan rusa begitu banyak, tetapi hasil buruan tidak juga diperoleh. Baginda melepaskan anjing yang
menyalak hingga dua jam kerana mengejar seekor pelanduk putih yang lenyap di pantai. Baginda pun
menuju ke pantai, lalu bertemu rumah Encik Tani bersama isteri. Encik Tani juga bekas pegawai istana
Kota Mahligai, tetapi terkena penyakit ganjil, lalu ditinggalkan di situ. Akhirnya, baginda membuat
keputusan membuka negeri di situ yang siap dalam masa dua bulan. Kerajaan Kota Mahligai berpindah
ke negeri baharu yang dinamakan Patani Dar al-Salam, sempena nama Encik Tani.

Setelah beroleh tiga orang cahaya mata, baginda jatuh sakit merekah tubuh. Canang dipukul dengan
tawaran menjadi menantu raja jika mampu menyembuhkan baginda. Setelah seminggu, di kampung
orang Pasai, Syeikh Said sanggup mengubati raja dengan syarat baginda memeluk Islam, bukan syarat
mengahwini puteri baginda. Setelah tujuh hari, baginda beransur sembuh, tetapi mungkir janji. Dua
tahun setelah itu, penyakit ganjil kembali menyerang dan Syeikh Said kembali dipanggil. Baginda
mungkir janji lagi. Kali ketiga, penyakit baginda lebih teruk hingga tidak mampu duduk. Syeikh Said
memberi kata dua bahawa dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dibunuh andai raja mungkir

janji lagi. Setelah sembuh, raja menunaikan janji dan Syeikh Said melakukan proses pengIslaman raja,
pegawai dan sekalian rakyat baginda, serta membubuh nama Islam mereka.

Suatu hari datang nakhoda wangkang Cina menghadiahkan sebutir peluru batu sebesar bakul. Baginda
bertitah menjadi aib (malu) menyimpan peluru tanpa memiliki bedil (meriam). Maka, sebagai langkah
awal, dilarang urusan menjual tembaga selama tiga tahun. Namun, sebuah selob dari Melaka datang
membeli tembaga sebanyak empat pikul daripada Syeikh Gambak pada waktu malam, tetapi kemudian
tertangkap. Syeikh Gambak dan muridnya, Abdul Mukmin kemudian dihukum bunuh di Pintu Gajah dan
mayat mereka dibuang ke dalam sungai. Selama tiga hari, kedua-dua mayat terapung separas pinggang
dan dada dan hanyut seperti orang berjalan. Ketika diselenggarakan, kedua-dua mayat memanjang,
lalu dikuburkan begitu. Tukang berbangsa Rom, Abdul Samad membuat bedil di Kampung Tembaga,
tetapi terlalu nipis untuk digunakan, lalu terbiar selama tiga tahun. Akhirnya, bedil dirombak kepada
tiga
pucuk
dengan
nama
Seri
Negeri,
Tuk
Buk
dan
Nang
Liu-liu.
**********************************************************************************

Perwatakan: tegas (raja, Syeikh Said), patuh / taat (pegawai istana, rakyat), tidak putus asa (raja,
pemukul canang), amanah (raja, Syeikh Said, pegawai istana), bijaksana (Syeikh Said), sabar (Syeikh
Said),
berpandangan
jauh
(raja)

Nilai murni: ketegasan, kepatuhan / ketaatan, kecekalan / kegigihan, amanah, kebijaksanaan,


kesabaran,
berwawasan

Persoalan:
:

Pengajaran:

ketegasan
dalam
pendirian
kepatuhan / ketaatan terhadap pemerintah / pemimpin / raja (yang adil)
:
tidak putus asa dalam mencari ikhtiar / berusaha
:
amanah
terhadap
janji
/
tugas
:
kebijaksanaan
dalam
bertindak
/
berdakwah
:
kesabaran
dalam
sesuatu
tindakan
/
usaha
dakwah
:
kepimpinan
yang
berwawasan

kita
hendaklah
tegas
dalam
sesuatu
pendirian
: kita hendaklah patuh / taat kepada pemerintah / pemimpin / raja (yang adil)
: kita hendaklah cekal / gigih dalam sesuatu ikhtiar / usaha
: kita hendaklah amanah dalam berjanji / menjalankan tugas
: kita janganlah curang / melanggar perintah / larangan pihak berkuasa
:
kita
hendaklah
memiliki
wawasan
yang
jelas

kbkk:

penggunaan

tenaga
pakar
dalam
hal
ehwal
teknikal
:
pengkhususan
/
agihan
tugas
yang
tepat
: kemahiran komunikasi / diplomasi / interpersonal terhadap golongan berkuasa
:
kemesraan
/
kesantunan
pemerintah
terhadap
rakyat
jelata
: berfikir tentang masa hadapan / futuristik

Anda mungkin juga menyukai