Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Bonda tahu secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan
perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-
kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya.
Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju
arus perdana.
“Mel, agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti
agama serta lidah yang ditebali bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua
sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama dipangkal
hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat
dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota.
Bahan 2
Jawapan
2. Bedasarkan semua bahan, antara perkara diwariskan oleh generasi terdahulu kepada anak cucu ialah
sebuah negara yang merdeka dan aman hasil jerih payah generasi terdahulu. Selain itu, agama dan
bangsa juga merupakan lambang maruah diri yang telah diwariskan oleh nenek moyang kita. Akhir
sekali, bahasa ibunda merupakan warisan nenek moyang kita yang masih ada sehingga kini.
3. Pada pendapat saya, keamanan negara wajar dijaga dan dipelihara demi
memastikan keselamatan rakyat di negara ini terjamin daripada ancaman anasir jahat.
pihak kerajaan dapat merancang dan melaksanakan pembangunan dengan lancar serta meningkatkan
taraf hidup rakyat.
menarik minat kedatangan pelancong ke negara ini dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi
negara.
Menarik minat kedatangan pelabur asing melabur di negara kita kerana negara yang aman dapat
meyakinkan mereka.
4. Sebagai seorang rakan, langkah-langkah yang akan saya lakukan untuk membantu rakan saya itu untuk
berubah ialah
memberi nasihat kepada rakan saya agar menjauhi perbuatan yang tidak berfaedah kerana perbuatan
tersebut akan merosakkan masa hadapannya.
kerap mengajak rakan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan, berkhemah dan
sebagainya untuk mengelakkan dia lalai dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
membantu rakan saya itu memahami dan memperkukuh pengetahuan agama dengan mengikuti kelas-
kelas agama untuk memastikan nilai-nilai murni dalam dirinya meningkat.
sering mengajak rakan saya melawat ke tempat-tempat menarik di Malaysia untuk menyaksikan
pelbagai kebudayaan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang penuh dengan nilai ketimuran
agar dapat meningkatkan jati dirinya.
mengajak rakan saya menyertai aktiviti kebudayaan, aktiviti berkaitan bahasa kebangsaan/ibunda
agar rakan saya berminat dengan budaya dan bahasa tempatan dan seterusnya dapat meningkatkan
jati dirinya.