Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Mukasurat


1. Penghargaan 1
2. Pengenalan umum 2
3. Pendahuluan Topik 3
4. Rasional 4
5. Pemilihan bahan 5-6
6. Tema/tajuk bahan kerja 7
7. Sajak adaptasi 7
8. Ulasan sajak 8-11
9. Penutup/rumusan 10
PENGHARGAAN

Assalamualaikum bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami
menyiapkan pentaksiran berterusan adaptasi puisi yang telah diusahakan selama ini yang
bertajuk “Ini tanah air kita”. Pentaksiran berterusan yang ini amat penting buat saya dan
kawan-kawan kerana perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada ahli kumpulan penting yang banyak membantu
sepanjang menyiapkan projek PB ini. Pertama sekali kepada guru subjek kami iaitu Puan
Nur Syahida Binti Shafie kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami
sepanjang kami menyiapkan PB ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa guru subjek
kami kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk PB ini serta
membantu kami dari semasa kami susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke
akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada kami sepanjang PB ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga
kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek PB ini. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek
PB amat hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat
tidak akan dilupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kamisecara langsung atau
tidak langsung sepanjang projek dijalankan dan dibentangkan
PENGENALAN UMUM

Adaptasi dapat diberi banyak tafsiran mengikut kajian sastera.Pada tafsiran paling
umum , adaptasi didefinisikan sebagai penyesuaian dengan keadaan yang baru atau
berbeza atau proses menulis semula komposisi daripada satu medium kepada satu
medium yang lain.Untuk tugasan ini,adaptasi dibuat berdasarkan tajuk yang dipilih
daripada bahan lain kepada karya sastera iaitu sajak.Adaptasi ini dibuat dengan
cara mengubah,menyesuaikan dan menukarkan serta menyelaraskan bahan
tersebut dengan mencipta sesuatu hasil yang baru iaitu sajak.Sajak juga dapat
dibaca dengan cara yang bersemangat.Sajak juga dapat diadaptasi daripada sajak
cerita-cerita sejarah
PENDAHULUAN TOPIK

Topik yang dipilih ialah menghasilkan puisi yang berdasarkan


rencana,cerpen,gurindam dan lirik lagu.Aspek kajian Bahasa berdasarkan
kandungan yang terdapat dalam KSKV semester.Bahan yang dihasilkan
merangkumi aspek-aspek dalam seni bahasa.Tema ini difikirkan oleh kami untuk
menciptakan sajak yang dapat menyentuh hati dan perasaan rakyat Malaysia agar
dapat menambah kesayangan dan kecintaan akan tanah air mereka yang tercinta .Ia
juga untuk memberi kesedaran kepada rakyat untuk menjaga kedaulatan dan
keharmonian tanah air negara kita.
RASIONAL
1.Keratan akhbar
Kami memilih bahan bercetak ini kerana ia menerangkan tentang kepentingan mempunyai
sifat jati diri.Isu yang dibincangkan di bahan cetak ialah untuk mencapai keharmonian dan
kemakmuran negara serta masyarakat secara keseluruhannya,maka setiap individu perlu
memiliki jati diri agar setiap individu dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan
memupuk perpaduan melalui semangat kerjasama,berbakti,toleransi,kekitaan dan saling
hormat menghormati antara satu sama lain.

2.Cerpen
Kami memilih bahan bercetak ini kerana ia menerangkan tentang kepentingannya
mengetahui kemerdekaan negara kita dan sejarah negara kita.Isu yang dibincangkan di
bahan cetak ini adalah cerita sebuah budak bernama Robert atau nama islamnya Rayyan
yang tidak mengetahui merdeka itu apa dalam sehidupnya kerana dia berasal daripada
Amerika.Kawan Rayyan iaitu Iqram
Menceritakan tentang kemerdekaan malaysia kepada Rayyan semasa balik dari
sekolahnya.Selain itu,menjadikan isu apabila Iqram terkejut mendengar kata-kata Rayyan
yang bertanya Merdeka itu apa.

3.Rencana
Kami memilih bahan bercetak ini kerana ia menerangkan tentang pentingannya memupuk
semangat patriotik .Isu yang dibincangkan di bahan cetak ialah semangat patriotik kita
semakin meluntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini.Selain itu,hal ini
berlaku demikian kerana masing-masing bersibuk dengan urusan sendiri dan pihak yang
bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran untuk
menerapkan semangat patriotik antara masyarakat.
TEMA
Berdasarkan hasil sajak yang dicipta tajuk sajak kami ialah ‘Ini Tanah air negara kita”

SAJAK : INI TANAH AIR NEGARA KITA

Ini tanah air negara kita


yang diwarisi oleh pahlawan-pahlawan generasi dahulu
lebih setengah abad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari

Hari ini kami mewarisi tanah air kita yang terbina


dari keringat air mata
dengan tanah air kita inilah negara aman makmur rakyat bersatu padu
kita perlihara tanah air kita ini dengan sepenuh hati
mempertahankan kedaulatan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai bangsa

Para pahlawan kita harus berani berjuang menangkis sebarang serangan


demi mempertahankan maruah tanah air negara suci ini
suara-suara ejekan sumbang memperlekeh dan menyentuh
hati nurani
kita menyangkal tanpa kompromi dan memunggah tanah air kita
usah sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri

Marilah pahlawan setia kita kukuhkan perpaduan


elakkan pertelingkahan sesame sendiri
Kitalah penerus generasi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus menyumbang kejayaan demi amanah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan setia hingga ke akhir hayat
Ulasan sajak
1. Tema

Penulisan sajak ini mengutarakan tema kepentingan untuk mempertahankan


kedaulatan dan keharmonian tanah air.

2. Persoalan

1. Persoalan perjuangan generasi atau masyarakat dahulu dalam mencapai kemerdekaan


negara
2. Persoalan amanah dan tanggungjawab sebagai rakyat untuk memelihara kedaulatan
negara
3. Persoalan kepentingan perpaduan antara satu sama lain demi keamanan dan
keharmonian negara

3.Maksud setiap rangkap


Rangkap pertama
-Dinyatakan oleh penyajak bahawa Malaysia adalah negara yang dibentuk hasil
perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya dan ditubuhkan kira-kira 50
tahun yang lalu.

Rangkap kedua
-Seterusnya penyajak menyatakan kita adalah generasi yang mewarisi Malaysia. Segala
perjuangan generasi terdahulu yang bekerja keras dan bersusah payah mendapatkan
kemerdekaan negara wajar diteruskan. Apabila rakyat bersatu padu, Kemakmuran negara
dapat dinikmati. Seruan supaya rakyat memelihara kedaulatan negara dengan penuh
tanggungjawab daripada pihak asing yang cuba memusnahkan negara.

Rangkap ketiga
-Pada rangkap ini, pemimpin negara diseru untuk menjadi berani melawan tuduhan atau
ancaman demi mempertahankan kedualatan negara. Segala pendapat atau perkara yang cuba
menjatuhkan Malaysia harus ditentang tanpa tolak ansur. Pihak berkenaan tidak seharusnya
mencabar kemampuan Malaysia kerana ia akan menyusahkan diri mereka
Rangkap keempat
-Rakyat diseru untuk mencintai negara dengan sebaiknya agar tali persaudaraan antara
kita dapat dikukuhkan dan pertelingkahan dapat dihindari

Rangkap kelima
-Rangkap ini memberitahu kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul
amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di pentas antarabangsa terus
dicapai. Kejayaan yang dikecapi melambangkan maruah dan jati diri masyarakat kita.
Masyarakat bertanggungjawab untuk menyambung kesinambungan Malaysia sebagai negara
yang harmoni dan dihormati. Kita perlu hargai, hormati dan sanjungi negara sehingga akhir
hayat kita.

4. Bentuk

-Sajak ini terdiri daripada lima rangkap


-Terdapat dua hingga enam baris dalam satu rangkap
-Terdiri dari satu hingga sebelas patah perkataan dalam satu baris
-Rima akhir : rangkap 1 - a b b b c
rangkap 2 - a a b c d a
rangkap 3 - a b c b d b
rangkap 4 - a b
rangkap 5 - a b a b c

5. Nilai
1. Hargai – penyajak mengingatkan kita untuk menghargai perjuangan generasi
dahulu
2. Berani – pemimpin diseru untuk berani menegakkan maruah dan kedaulatan
negara
3. Perpaduan – generasi terahulu telah membuktikan bahawa dengan perpaduan,
keamanan dan kejayaan dapat dicapai
4. Tangggungjawab – semua rakyat diseru untuk bertanggungjawab memelihara
kedaulatan negara
5. Patriotik – rakyat seharusnya menzahirkan rasa sayang dan hormat kepada negara
Pengajaran
1. Sebagai warganegara kita hendaklah memahami sejarah dan berjuang untuk
mempertahankan kejayaan yang telah dikecapi generasi terdahulu
2. Kita juga hendaklah mencari kesepakatan dan perpaduan antara satu sama lain untuk
mengekalkan keamanan dan keharmonian negara
3. Kita seharusnya bertanggungjawab memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara
dengan penuh tanggungjawab
Penutup

Kesimpulanya,kepentingan mengadaptasi pelbagai bahan bacaan dapat membantu dalam


menghasilkan karya sastera yang menarik dan mampu memberi kesedaran kepada setiap
pembacanya. Berdasarkan sajak yang telah kami cipta, kami ingin menerapkan sifat
mempertahankan kedaulatan dan menjaga keharmonian tanah air kepada rakyat Malaysia.
Harini ini, kita masih lagi dapat melihat rakyat Malaysia bersungguh-sungguh menjaga
keamanan dan keharmonian tanah air negara kita. Contohnya, memperketatkan pengawasan
sempadan negara dan Bersatu padu antara kaum menghormati adat, budaya dan agama
sehingga menciptakan keamanan dan keharmonian negara kita. Oleh itu, setiap individu perlu
memiliki jati diri agar setiap individu dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan
memupuk perpaduan melalui semangat kerjasama,berbakti,toleransi,kekitaan dan saling
hormat menghormati antara satu sama lain
MUKA DEPAN

KUMPULAN 4

AHLI KUMPULAN : 1. MOHAMAD HAZEEQ HAKIMI BIN MEHAD


2. HARIZ DANISH BIN ZULFIKAR ALI
3. BENJAMIN MICHEL
4. NIK NAJMI IKHWAN BIN NIK SHAIRAN

TEMA: 13, JATI DIRI WARGA NEGARA PATRIOTIK

NAMA PENSYARAH : PN. NUR SYAHIDAH BINTI SHAFIE


BAHAN BERCETAK

Anda mungkin juga menyukai