Anda di halaman 1dari 15

1.

KANDUNGAN

BIL PERKARA/ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. KANDUNGAN 1

2. PENGHARGAAN 2

3. PENGENALAN 3

4. PENDAHULUAN TOPIK 3

5. TEMA – SEMANGAT PATRIOTIK 3

6. BAHAN 1 –sajak 4

7. BAHAN 2 –syair 5

8. BAHAN 3 –seloka 6

9. RASIONAL 7

10. ADAPTASI PANTUN – SEMANGAT PATRIOTIK 8-9

11. ULASAN PANTUN 10

12. PENUTUP 11
2. PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya
saya dapat menyiapkan tugasan adaptasi bagi semester empat 2024.Masa yang
diberikan iaitu selama 8 minggu membolehkan saya menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada NOOR AZRINA BINTI AZIZAN selaku pensyarah bahasa Melayu
saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar
yang lain dalam menyiapkan folio ini. Mempunyai hubungan kombinasi yang
baik antara pelajar dan pensyarah memudahkan pelajar untuk bertanya dan
mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga atas dorongan dan
teguran membina yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada
pensyarah sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
mengikut masa yang ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini.
3. PENGENALAN

Adaptasi pantun yang dilafazkan sejak turun-temurun walaupun melalui


pelbagai perubahan dan zaman, pantun tetap teguh sama ada empat, enam,
lapan, dua belas mahupun enam belas baris. Di samping itu, pantun juga tetap
teguh dengan pembayang yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi serta
mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam. Mungkin dengan
perlambangan pantun inilah Masyarakat dapat menyerap semangat yang sama
dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu Keluarga Malaysia Teguh
Bersama. Selamat Hari Kebangsaan ke-65 kepada seluruh Keluarga Malaysia!
Pantun kekal bersemi dalam hati kita semua!

4. PENDAHULUAN TOPIK
Topik yang dipilih ialah menghasilkan pantun berdasarkan rencana, cerpen,
gurindam dan lirik lagu. Aspek kajian bahasa berdasarkan kandungan yang
terdapat dalam KSKV semester semasa. Bahan yang dihasilkan adalah bahan
autentik dan karya yang dihasilkan merangkumi aspek-aspek dalam seni
bahasa.

5. TUGASAN
Pengkaryaan Adaptasi – Menghasilkan pantun berdasarkan tema yang terdapat
dalam bahan yang dipilih, iaitu SEMANGAT PATRIOTIK . Semangat patriotik
adalah satu perkara yang amat penting kepada rakyat setiap negara. Ia bukan
sekadar luahan perasaan tetapi menuntut kepada penghayatan oleh setiap
warganegara. Patriotik juga bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan
sesuatu yang agung melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan,
keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan.
6. BAHAN 1 – sajak
7.BAHAN 2 – syair
8. BAHAN 3 – seloka
9. RASIONAL
PATRIOTISME adalah satu perkara yang amat penting kepada rakyat
setiap negara. Ia bukan sekadar luahan perasaan tetapi menuntut
kepada penghayatan oleh setiap warganegara.Patriotisme juga bukan
sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung
melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian,
kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan
ADAPTASI PANTUN : PATRIOTIK
Indah berseri cincin delima,
bertatah permata elok dipakai,
malaysia kini 52 tahun merdeka,
negara kita aman dan damai.

Pakai baju baju kebaya,


buat bersanding pengantin berseri,
bersatu padu rakyat sejahtera,
sama-sama bersaing memantap ekonomi.

Halus teratur jambangan cempaka,


di tepi jejawi molek kedidi;
takkan luntur semangat merdeka,
dijulang pertiwi sentosa abadi.

Remaja kini menjulang nusa,


bagai cahaya menyeri pandangan;
malaysia harmoni aman sentiasa,
dengan adanya pemimpin sanjungan.

Pergi ke kedai membeli asam,


Asam dibeli bersama gula,
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya diri cintakan negara.
Setiap hari makan roti,
Roti diletak ditepi lilin,
Undang-undang negara perlu dipatuhi,
Supaya hidup lebih berdisiplin.

Musim manggis sudah tiba,


Manggis dimakan ketika memandu,
Kerjasama penting antara kita,
Supaya hidup lebih bersatu.

Jalur gemilang bendera kita,


Megah berkibar di pagi hari,
Selalu kita berdoa padaNya,
Supaya negara aman harmoni.
ULASAN PANTUN
R1. Negara Malaysia aman damai antara kaum

R2. Rakyat Malaysia bersatu padu saling melengkapi antara kaum

R3. Semangat merdeka takkan pernah hilang kerana pengorbanan pejuang

R4. Malaysia aman harmoni kerana adanya pemimpin yang adil

R5. Semangat cinta akan negara harus di tanam dari lahir

R6. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mematuhi undang-undang untuk hidup
lebih berdisiplin

R7.Kerjasama antara kaum amat pening supaya kita hidup dalam persekitaran
harmoni
R8. Sentiasalah berdoa agar negara tetap aman
TEMA :
Semangat Patriotik

PERSOALAN :
1. Persoalan semangat memupuk perpaduan antara kaum.
2. Persoalan semangat kemerdekaan.
3. Persoalan bagaimana cara untuk menimbulkan rasa cinta terhadap negara.

BENTUK :
Terikat

RIMA AKHIR:
a,b,a,b

JUMLAH PATAH PERKATAN:


131 patah perkataan

SUKU KATA:
7 hingga 11 sebaris

NILAI:
1. cinta akan negara
2. setia kepada negara
3. sanggup berkorban
4. mematuhi peraturan

PENGAJARAN:
1. Kita mestilah menghargai sejarah dan tokoh negara.
2. Kita mestilah menyertai kempen melalui media massa.
3. Kita mestilah menyemaikan rasa cinta akan negara.
10.PENUTUP
Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk karya sastera
sangat penting kepada seseorang, khususnya pelajar. Hal ini dikatakan demikian
kerana aktiviti ini akan membantu meningkat kemahiran membaca, memahami
dan memindahkan maklumat. Selain itu, aktiviti juga mampu mengembangkan
bakat dan kreativiti pelajar dalam berkarya. Oleh itu, pelajar akan lebih
menghargai karya sastera dan menjadi seorang pengarang yang berkualiti
dalam menyampaikan maklumat dan maksud kepada masyarakat

Anda mungkin juga menyukai