Anda di halaman 1dari 23

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 5 : JATI DIRI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 1

TEMA

JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN

TAJUK

SEMANGAT PATRIOTIK

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i.
Membaca, mengakses dan mendapatkan maklumat penting
daripada bahan teks dan grafik.
ii. Menyenaraikan 3 ciri seorang pegawai Palapes

STRATEGI/
PENDEKATAN
ABAD KE-21

i. Teknik Bacaan : 5W1H


(Apa, Bila, Mengapa, Siapa, Di Mana dan Bagaimana)
ii. KBAT : Mengingat, memahami dan mencipta
iii. Nilai : Cinta akan negara
iv. Strategi P&P Kolaborasi

MEDIA

i. Audio / Komputer / Internet Laman Web


ii. Grafik,
iii. Petikan Akhbar,
iv. Gambar
* mengikut kesesuaian

SITUASI

Peribadi dan/ atau Awam

FORMAT TEKS

Teks Gabungan (petikan akhbar dan gambar)

JENIS TEKS

Keperihalan

PROSES
KOGNITIF

i.
ii.

Mengimbas dan mengenal pasti


Memahami isi tersurat

85

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

AKTIVITI
LANGKAH 1
a. Membaca lirik lagu Inilah Barisan Kita.
b. Menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita
c. Memahami maksud seni kata lagu

CATATAN
Lampiran 1
* Kad lagu
* Petikan Youtube Inilah
Barisan Kita
* Mengimbas & mengenal pasti
* Sumbang saran

LANGKAH 2

Lampiran 2
Teknik 5W1H

a. Membaca petikan akhbar (aktiviti kumpulan)


b. Berdasarkan petikan akhbar, nyatakan ciri-ciri
Panduan guru:
pegawai Palapes dengan menggunakan peta iThink.
- Murid mesti memikirkan
c. Menyatakan kepentingan Palapes kepada negara.
peta yang sesuai dan
melakar sendiri.
- Peta i-Think yang sesuai
ialah peta buih
(menggunakan kata
adjektif untuk
menyatakan ciri-ciri).
Pembelajaran koperatif dan
kolaboratif
LANGKAH 3
a. Mencari maklumat tentang pasukan keselamatan
negara.
b. Menentukan pasukan keselamatan yang diminati
oleh pelajar. Diberikan contoh seperti pada
Lampiran 3.
c. Melengkapkan Peta Pemikiran (i-Think ) untuk
membanding beza dua pasukan keselamatan
negara yang diminati oleh pelajar.
d. Nyatakan perkara yang perlu dilakukan untuk
mencapai cita-cita tersebut.

Sumber :
https://www.mkn.gov.my/
Lampiran 3
Panduan guru:
-

Murid mesti memikirkan


peta yang sesuai dan
melakar sendiri.
Peta i-Think yang sesuai
ialah peta buih berganda
(membanding beza).

LANGKAH 4
a. Menghasilkan brosur salah satu pasukan
keselamatan negara.

Brosur

LAMPIRAN 1

86

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

LAMPIRAN 2

87

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

Lampiran 3

88

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

Lampiran 3

89

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

90

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 2
TEMA

JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN

TAJUK

ADAT DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Membaca dan mentafsir maklumat dari teks berkaitan adat dan
budaya masyarakat Malaysia.
ii. Menghasilkan tugasan kumpulan, mewujudkan interaksi,
semangat bekerja sepasukan dan latihan kepimpinan dengan
mengenal pasti golongan kata daripada lirik lagu.

STRATEGI/
PENDEKATAN

i. Teknik Bacaan: KWLH


ii. KBAT: Mengaplikasi, memahami, menganalisis, mencipta

91

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

ABAD KE-21

iii. Nilai: Menghayati budaya


iv. Strategi P&P: kolaborasi

MEDIA

i. Audio / Komputer / Internet Laman Web


ii. Peta/ grafik
iii. Gambar

SITUASI

Awam

FORMAT TEKS

Teks Pelbagai

JENIS TEKS

Pendedahan

PROSES
KOGNITIF

i. Mengimbas dan mengenal pasti


ii. Menganalisis: Membeza, menilai, membanding, menerangkan

AKTIVITI

CATATAN

LANGKAH 1
a. Menonton Video.
b. Arahan sebelum menonton video.
Fahami dan dapatkan pelbagai maklumat
daripada video tersebut.
c. Bersoal jawab mengenai lirik lagu.
- Negeri yang mempunyai dialek
- Nilai-nilai murni
LANGKAH 2

Lampiran 1
Youtube - Lagu Kurik Kundi
oleh Siti Nurhaliza
https://www.youtube.com/wat
ch?v=jikHWd72-JE
Mengakses dan
mendapatkan maklumat

Panduan guru:

a. Secara berkumpulan, senaraikan adat dan budaya


yang masih lagi diamalkan oleh kaum-kaum terbesar
di Malaysia dengan menggunakan Peta i-Think.

b. Ketua Kumpulan membentangkan kepada kumpulan

Murid mesti
memikirkan peta yang
sesuai dan melakar
sendiri.
Peta i-Think yang

92

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

AKTIVITI
lain.

CATATAN
sesuai ialah peta
pokok
(mengklasifikasi).
Pembelajaran koperatif

LANGKAH 3

Lampiran 2

a. Baca dan fahami teks Keunggulan Adat Perpatih.


b. Nyatakan ciri-ciri yang diamalkan dalam Adat
Perpatih.

Mengimbas & mengenal


pasti.
Laman Web:
www.pmr.penerangan.gov.my/
index.php/budaya/7589keunggulan-adatperpatih.html

LANGKAH 4

Lampiran 3

b. Cipta dua rangkap pantun empat kerat bertemakan


adat dan budaya kaum yang terdapat di negara kita.
Contoh pada Lampiran 3.

Mencipta pantun
Laman Web

c. Andaikan pantun itu terpilih untuk diterbitkan, hasilkan


sebuah video berkaitan pantun tersebut untuk dimuat
naik dalam media massa sebagai iklan.
LAMPIRAN 1

LIRIK LAGU KURIK KUNDI oleh Siti Nurhaliza

93

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

Nak berkhabar tingginya budi kita ya


tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan
Teratak mahligai bak dipayung
teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya
Chorus
Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya
Berpantun seloka sambil menari
canggung
Serentak melangkah rentak timur
diarak
Gurau senda sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat

(Pulau Pinang)
Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah
dok Sembilan)
kalut megah condong ke
(Negeri
baratMana usang diperbarui
Mai Mana
kita lapok hai dikajangi
Pakat
tarikelok
ramai-ramai
Mana
dipakai ondeh dipakai
Biar Kalau
ke timur
condongnya
singkat
cantik manis
Disambungkan
Kalau panjang cantik manis
Minta dikerat
Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato
Muafakat ya tuan
Ibu adat di ondeh tidak dilupa
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Pohon tidak berbuah
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah

(Perak)
Ada O ada E
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza
Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate
Selembut tarian hoi
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya
Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan Kuala
Cakap tidak serupe
Dihitung beratus-ratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Di lubuk yang mana
Tak terjangkau ingatan
Makin dibongkar
Makin banyak yang terpendam
Di sini ibunya
Tersurat kurik itulah kundi
Tertulis merah itulah saga
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya

94

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

( Kelantan )
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe

(Terengganu)
Halus manis hai bila berkata
Hai lapik berkias molek sungguh la wei
Santun lakunya wei merendah suara
Bagai berpayung wei rasa teduhnya

(Sabah)
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku

(Sarawak)
Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kamek nyambut madah tuan
hulurkan
Kitak nyambut madah kamek
hulurkan
LAMPIRAN 2

KEUNGGULAN ADAT PERPATIH

95

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

Tarian Minangkabau
Adat Perpatih
Adat ini berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang
pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan
Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi
masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada
tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Pada umumnya Adat Perpatih
telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh
perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Adat Perpatih tidak akan lekang dek zaman


Biar Mati Emak Jangan Mati Adat Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup
sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan.

96

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan.
Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka,
perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem
menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai
aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan
itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
Adat Merupakan Peraturan Hidup
Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dengan
berteraskan keharmonian hidup masyarakat yang diamalkan oleh orang Negeri
Sembilan dan Naning di Melaka. Sebagai satu cara hidup, adat Perpatih mempunyai
peraturan asas yang tidak boleh diubah langsung. Perkara asas itu termasuklah
hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu, perwarisan tanah pusaka
dan lain-lain lagi. Sistem sosial tersebut mengandungi sistem nilai, sistem
kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap.
Perlantikan
Yang
di
Pertuan
Besar
Negeri
Sembilan
Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat
Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau.
Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang
Di Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih.
Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai
Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih.
Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat bukan mengikut
keturunan dari bapa ke anak tetapi melalui kebulatan (mesyuarat) oleh Undang Luak
yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan
Undang Jelebu.
Struktur Masyarakat Adat Perpatih
Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku
dan Luak. Perut adalah unit sosio- politik yang terkecil di mana anggota sesuatu
perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama.
Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau
kawasan
yang
sama.
Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak ini dipilih oleh
anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan.
Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang
menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua
yang digelar Dato' Lembaga.
Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di
mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap
luak diketuai oleh seorang Undang.

97

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI
Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak
Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak
kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak
Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua. Luak
adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu
Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang
Undang.
Keutamaan Wanita
Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat
ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala
aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi
harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang
lain,
harta
dan
darah
keturunan
di
warisi
oleh
kaum
lelaki.
Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka
wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi
harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh
wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami.
Harta Sepencarian
Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di
bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta
sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena
mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
Harta Pusaka Tidak Boleh Dijual
Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai
kerana tidak boleh dijual. Dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada
saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada
generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri
dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat.
Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bukan
merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan
Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.

Prinsip-prinsip Adat Perpatih


Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada
perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggotaanggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan
bukan anggota suku bapanya.

98

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI
2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu
perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di
kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan
mengusahakan tanah keluarga isterinya.
3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang
berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan
adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan
suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut
atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah
perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin
sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala
lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau
waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan
cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan
bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan
disertainya.
Amalan Adat Perpatih Masakini
Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusanurusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan
pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.
Pembahagian Harta
Persoalan yang sering wujud mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian
harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya
isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian
pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini
adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah
adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan
dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.

Ini bermakna seorang wanita Adat Perpatih walau miskin macam mana pun tidak
akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke kampungnya
dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai
penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk
terus berusaha untuk hidup (survival).
Kesimpulan
Walau pun adat Perpatih pada masa ini masih terus diamalkan oleh masyarakat
Melayu Negeri Sembilan tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus

99
Sumber dari suntingan : Akhbar Harian Kosmo (7 Januari
2009) Wikipedia.org/wiki/adat perpatih

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI
zaman.
iaitu berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga
hari ini. Ini jelas dilaksanakan dalam adat perkahwinan dan adat resam semasa.
Pelaksanaan adat ini mempunyai kelebihan dan hujahnya sendiri demi kebaikan
anggota masyarakat yang mengamalkan adat tersebut. Setiap peraturan dalam
Adat Perpatih ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebabsebab terjadinya hukum atau adat tersebut.
LAMPIRAN 3

CONTOH PANTUN EMPAT KERAT (BUDAYA)

100

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 3
TEMA

JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN

TAJUK

PELAJAR SEBAGAI DUTA DI NEGARA LUAR

101

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

HASIL
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Merumus dan menilai maklumat.
ii. Menghasilkan tugasan kumpulan, mewujudkan interaksi,
semangat bekerja sepasukan dan latihan kepimpinan
iii. Menyenaraikan 5 peranan pelajar sebagai duta selain
daripada petikan.

STRATEGI/
PENDEKATAN
ABAD KE-21

i. Teknik Bacaan: CHATT


ii. KBAT: peta pemikiran
iii. Nilai: Cintai Malaysia
iii. Strategi P&P: Kolaborasi

MEDIA

i. Internet Laman Web


ii. Peta / Grafik,
iii. Petikan

SITUASI

Awam

FORMAT TEKS

Teks Berurutan

JENIS TEKS

Pelbagai

PROSES
KOGNITIF

i. Mengimbas dan mengenalpasti


ii. Menerangkan, menilai, fakta dan bukti.

AKTIVITI

CATATAN

LANGKAH 1
a. Pelajar menonton klip video lagu. Pelajar
menyatakan pendapat tentang video klip tersebut.

Lampiran 1
Klip video: Warnawarna gemilang

102

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI

AKTIVITI

CATATAN

LANGKAH 2
a. Guru memberikan jadual statistik jumlah pelajar
Malaysia di luar negara. Pelajar mengenal pasti
rakyat negara manakah yang akan melancong ke
Malaysia dan menyatakan TIGA sebab pelajar
memilih negara tersebut.
b. Sesi pembentangan.

Lampiran 2
Menganalisis data

LANGKAH 3
a. Membaca artikel Pelajar Sebagai Duta diLuar
Negara.
b. Mencari isi dan memindahkan maklumat dalam
borang CHATT yang telah disediakan.
c. Sesi perbentangan.

Lampiran 3
Teknik bacaan CHATT
LPG

LANGKAH 4
a. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan
b. Setiap kumpulan diminta menyatakan satu
peranan pelajar sebagai duta selain yang terdapat
dalam petikan.
c. Setiap peranan perlu dihuraikan dalam satu
perenggan karangan dan dibentangkan
menggunakan slaid.

Kemahiran menulis

LAMPIRAN 1

(Korus)
Warna warna Malaysiaku cemerlang
warna warna Malaysiaku gemilang
Warna-warna Malaysiaku terbilang

103

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI
Ayuh tunjukkan simbol perpaduan
Ku sahut suara semangatku
Ku semata dalam perjuanganku
Ku bangga kini Malaysiaku
Terus gemilang
Walaupun berbilang bangsa
Bersama pemimpin waja
Gagah berjasa
Gabungkan tanganmu teman
Itu simbol perpaduan
Ayuh mara ke hadapan menjana impian
(Ulang korus)
Sama tujuan sama semangat
Mencapai satu kata sepakat
Buangkanlah segala anasir jahat
Ayuh tunjukkan simbol perpaduan
Tingkat prestasi sumbangkan bakti
Bangunkan pertiwi siswa dan siswi
Lakukan sesuatu jangan berlengah lagi
Ayuh tunjukkan simbol perpaduan

https://www.youtube.com/watch?v=I0hIyQzdeOU

LAMPIRAN 2

JUMLAH PELAJAR MALAYSIA YANG MENUNTUT DI LUAR NEGARA TAHUN


2014 DAN 2015
Negara
China

2015
2792

2014
2114

Tajaan
Persendirian
119
2673

Jumlah
2792

104

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI
UK
Australia
New Zealand
Indonesia

13796
20493
2305
5588

5265
17311
1672
5844

5067
3486
1257
2759

8729
17007
1048
2829

13796
20493
2305
5588

Sumber:www.mohe.gov.my/web_statistik 2010

LAMPIRAN 3
PELAJAR SEBAGAI DUTA DI NEGARA LUAR
BEIJING, 4 Feb - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi mencadangkan agar pelajar Malaysia di China dilantik menjadi duta kecil
bagi memperkenalkan nilai, budaya dan bahasa masyarakat berbilang kaum di
negara ini.
Beliau berkata ia boleh dilakukan dengan penglibatan pelajar Malaysia
seramai 841 orang di China untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan atau
melibatkan diri dalam pertunjukan di radio dan televisyen.
"Mungkin elaun tertentu dapat dikeluarkan pihak swasta sebagai galakan dan
memberi insentif untuk mereka dalam mempromosi destinasi pelancongan
Malaysia," katanya kepada media hari ini.
Beliau berkata perancangan terperinci akan dibincang di pihak Kedutaan
Malaysia di China dan pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk
mempertingkatkan kedatangan lebih ramai pelancong China ke Malaysia.
Menurutnya pelancong China membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,345
seorang dan jumlah itu membolehkan negara mendapat manfaat dari sudut
pendapatan yang boleh dibahagikan kepada duta kecil yang turut terlibat.
Ahmad Zahid berkata demikian pada Rabu semasa sesi soal jawab bersama
pelajar Malaysia di Beijing di majlis makan malam di Kedutaan Malaysia, sambal
menambah kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan pelajar di luar negara.

105

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI
Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama
mencari titik persamaan supaya negara mencapai status negara maju menjelang
2020, walaupun tempoh empat tahun itu dilihat agak mencabar.
Katanya setiap pendapat pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan
perpaduan rakyat berbilang kaum perlu dinilai secara rasional dan bukan emosional
serta tidak salah mempunyai perbezaan pendapat tetapi ia perlu diluahkan dengan
cara tertib mengikut lunas yang betul.
"Kerajaan menyediakan saluran pendidikan yang baik untuk semua pihak
tanpa mengira bangsa dan keturunan. Bagaimanapun, ilmu yang ada sepatutnya
digunakan untuk mewujudkan daya pemikiran yang seimbang dengan peribadi dan
akal yang baik agar tidak terlalu mementingkan diri. "Rakyat perlu berpendidikan
tetapi tidak boleh lupa ilmu yang ada perlu dimanfaatkan kepada komuniti kita dan
bukan untuk mencorak sesuatu yang boleh memecah-belahkan bangsa," katanya.
Ahmad Zahid turut mengulas mengenai kad diskaun pelajar dan berkata
perkara itu akan dibawa ke peringkat jemaah menteri untuk kelulusan.- Suraya
Ahmad (WD MY)

Sumber: laman web Bhonline(wanjai@bh.com.my)

PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN

ISU / PERSOALAN

Persoalan: Masih terdapat Negara-negara yang mengalami krisis ekonomi


walaupun kita sedang dihambat tuntutan sara hidup yang tinggi . Anda
berhasrat untuk merasai kehidupan rakyat yang mengalami krisis tersebut

106

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 5 : JATI DIRI
untuk mendapatkan pengalaman baharu dan memperkukuh semangat
patriotisme .

BIL
1.
2.

3.

Oleh itu, anda diminta menjalankan satu program yang sesuai untuk merasai
sendiri keperitan dan kesengsaraan rakyat di Negara tersebut.

PERAKARA
a) Mengenal pasti negara-negara asia yang mengalami masalah
ekonomi
a) Kumpulkan maklumat tersebut dari segiDemografi
i.

Sosiobudaya

ii.

Kelebihan dan Kekurangan Negara yang dikaji

iii.

Prosedur untuk mendapatkan kelulusan.

iv.

Cadangkan program yang bersesuaian dalam usaha


menjalinkan hubungan baik antara dua negara (Contoh:
Program Anak-Anak).

Lengkapkan hasil tugasan anda menggunakan kaedah yang sesuai


Cadangan Jangka masa kajian : 2 (DUA) minggu

107

Anda mungkin juga menyukai