Anda di halaman 1dari 9

Kandungan

Biodata…………………………………………………………………………………………………2

Penghargaan …………………………………………………………………………...………….…3

1.0 penggunaan laras Bahasa yang berbeza…….…………….………………………….……...4

2.0 pengurusan majlis lagu rakyat………………………………...………………………………..6

Rujukan………………………………………………………………………………………………..9

1
NAMA: FAYAD NAUFAL BIN JOLDAH

UMUR: 19 TAHUN

TEMPAT TINGGAL: LIKAS COURT

EMAIL: FAYGRAPHY@GMAIL.COM
2
Penghargaan

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya
menyiapkan penulisan akademik bagi tugasan kursus Bahasa Melayu Kontekstual (GBM
1103) ini dengan penuh jaya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang telah
banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali kepada Tuan Simon
Gihol selaku pensyarah kami yang telah memberikan begitu banyak tunjuk ajar dan
mengiringi kami sepanjang tugasan kursus ini dijalankan. Beliau juga telah membantu kami
dalam menerangkan semua informasi mengenai kerja kursus ini dengan penuh teliti dan
mudah untuk difahami. Berkat tunjuk ajar beliau, saya mampu menghasilkan penulisan
akademik yang sangat berkualiti.

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang telah membantu
saya dari segi sokongan moral dan kewangan. Mereka telah memberi dorongan kepada
saya untuk meneruskan semangat saya dalam melakukan kerja kursus ini sehingga saya
dapat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang tidak putus-putus memberikan galakan dan tunjuk ajar ketika saya
mempunyai masalah dalam proses menyelesaikan tugasan kursus ini.

Akhir kata, saya berharap agar dengan sempurnanya tugasan kursus yang saya
telah siapkan ini, saya mampu mengambil iktibar dari apa yang telah saya buat sendiri
sekaligus memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan dalam bidang ini. Harapan saya agar
diri saya dapat berubah kearah yang lebih positif iaitu lebih bersopan santun dalam segala
perlakuan yang akan saya lakukan pada masa hadapan. Sebagai bakal guru pendidik,
sudah pasti anak-anak didik saya yang akan saya beri tunjuk ajar kelak dapat mencontohi
segala kelakuan baik sekiranya saya mampu mempraktikkan kebaikan tersebut di dalam
bilik darjah.

Sekian, terima kasih.

3
Penggunaan laras bahasa yang berbeza

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu
bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa
biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan
kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk
keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih
laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat
menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di
sekitar mereka. Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa.
Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan
bahasa menurut bidang penggunaannya.

Laras bahasa pertama ialah laras bahasa akademik. Laras akademik boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan.
Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini
kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu
bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.
Antara contoh laras sains dalam biologi ialah sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus
yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak
terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat
alkali. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dalam bidang akademik, laras yang digunakan
mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan
bidang berkenaan.

Selain itu, Laras bahasa seterusnya ialah laras bahasa sastera. Laras bahasa
tersebut Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya juga boleh
dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis. Beberapa ciri bahasa sastera
ialah kreatif, puitis, pemilihan kata, dan menggunakan bahasa tersirat. Seperti contoh,
Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan
beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan
perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora. Antara contoh yang terdapat dalam
karya sastera ialah daripada sebuah novel, Perkarangan tempat menunggu di unit
kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang
sudah hampir 15 minit tiba, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang
terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering. Penantiannya bagaikan tiada jawapan.
Jelaslah bahawa, laras bahasa sastera amat puitis dan berbunga-bunga berbanding dengan
yang lain.

4
Akhir sekali, laras bahasa terakhir ialah laras bahasa agama. Laras bahasa ini
mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab dan strukturnya banyak dipengaruhi oleh
struktur bahasa Arab. Laras bahasa ini juga banyak menyelitkan petikan-petikan daripada
al-Quran dan juga hadis-hadis daripada Nabi. Sebagai contoh dalam doa yang dibaca dalam
bahasa melayu, Wahai Tuhan kami, kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam
agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada
kala mati dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu
menghadapi kematian dan lepaskan kami dari azab api neraka dan anugerahi kami
kemaafan pada waktu perkiraan. Oleh itu, laras bahasa agama mencampurkan istiliha
keagamaan dalam penggunaan bahasa harian.

Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis laras bahasa yang terdapat di muka
bumi ini seperti yang dinyatakan sebelum ini. Manusia bukan sahaja mampu menggunakan
satu laras bahasa, tetapi manusia mampu menggunakan semua laras bahasa mengikut
kesesuaian. Sudah terang lagi bersuluh terdapat banyak perbezaan antara semua laras
bahasa yang diutarakan dari segi kosa kata dan juga cara penyusunan perkataan dalam
sesuatu ayat. Walau bagaimanapun, perbezaan laras bahasa ini tidak menjadi penghalang
untuk mencapai komunikasi yang berkesan dalam hidupan harian manakala mungkin dapat
menjadi sebaliknya.

5
Pengurusan majlis pertandingan lagu rakyat

Pertandingan Lagu Rakyat Peringkat IPG Kent telah diadakan pada 4 Februari 2020.
Pertandingan lagu rakyat yang dianjurkan oleh unit PPISM SEMESTER 2 AMBILAN JUN
2019 TESL SK 1, SK 2 dan SJK(C) ini telah diadakan di Dewan Serbaguna IPG Kent dan
telah disertai oleh 30 orang peserta kerana pertandingan ini adalah berbentuk terbuka dan
penyertaan adalah tidak terhad kepada para pelatih PPISMP malah pelatih PISMP.
Pertandinagn Lagu Rakyat Prinkat IPG Kent ini diadakan bermatlamat untuk mewujudkan
penglibatan aktif para pelatih dalam mencungkil bakat terpendam mereka dalam menyanyi
lagu rakyat. Di samping itu, dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pelatih apabila
bersama-sama menyaksikan persembahan. Seterusnya, memberi peluang kepada para
pelatih untuk meambah pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.

Sebulan sebelum 4 Februari 2020, satu mesyuarat antara ketiga-tiga unit TESL
untuk menentukan ahli jawatankuasa yang akan mengendalikan Pertandingan Lagu Rakyat
Peringkat IPG Kent. Selepas mesyuarat tersebut, satu ahli jawatankuasa yang lengkap telah
dilantik dan AJK tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakan dan dan menjayakan
pertandingan ini. Saya telah dilantik menjadi ketua biro peralatan dan ditugaskan untuk
menyediakan dan memohon peralatan seperti pembesar suara dan mikrofon dan LCD yang
akan digunakan untuk menjayakan pertandingan tersebut. Oleh itu, saya bertindak serta
merta untuk memohon peminjaman peralatan dengan mengisi borang pemohonan peralatan
di unit uict untuk memastikan tidak tergesa-gesa atau memastikan peralatan adalah sedia
ada pada hari pertandingan tersebut. Selain itu, setiausaha telah menyediakan satu kertas
kerja untuk memohon kebenaran untuk mengadakan Pertandingan Lagu Rakyat.

Dua minggu sebelum Pertandingan Lagu Rakyat ini dijalankan, kami telah
menyediakan borang penyertaan yang dilampirkan dengan syarat pertandingan kepada
setiap kelas serta supaya mereka mempunyai masa untuk berlatih menyanyikan lagu rakyat
yang dipilih mereka. Para pelatih diberi masa 1 minggu untuk menghantar borang
penyertaan supaya setiap peserta yang menyertai pertandingan dapat dipastikan
penyertaan dan dikenal pasti jumlahnya. Anatara syarat pertandingan lagu rakyat ini adalah
durasi persembahan adalah diantara empat sehingga lima minit, markah akan ditola
sekiranya persembahan kerang atau melebihi masa yang telah ditetapkan. Tambahan lagu
borang penyertaan juga dilampirkan contoh-contoh lagu rakyat untuk memberi pelatih idea
kepada lagu rakyat, namun mereka tidak perlu mengikut contoh-contoh tersebut.

6
Pada 4 Januari 2020, para-para AJK telah datang untuk menghias dewan pada
waktu pagi kerana pertandingan tersebut akan diadakan pada waktu petang, 1.30 petang.
Pertandingan Lagu Rakyat dimulakan pada 1.30 setiap pelatih berkumpul di dewan
serbaguna. Tetamu jemputan, juri serta para pensyarah hadir pada 1.40 petang.
Pertandingan dimulakan dengan urutan yang telah ditentukan melalui cabutan. Sebanyak 30
pelajar telah menyertai pertandingan lagu rakyat tersebut. Pada jam 4.00, semua peserta
telah habus melakukan persembahan mereka. Juri diberi masa untuk menyemak markah
dan para pemenang telah ditentukan. Pertandingan ini tamat pada jam 4.30 petang. Semua
pelatih diminta mengambil gambar bersama tetamu jamputan untuk dijadikan laporan.

Pada hari seterusya, mesyuarat refleksi telah dijalankan. Setelah mesyuarat


tersebut, masalah telah dikenal pasti dan diberi jalan penyelesaiannnya supaya tidak
berulang pada program yang akan dijalankan pada masa hadapan. Sebagai contoh,
sebagai ketua biro peralatan, saya dapati ahli biro saya tidak mencukupi untuk
mengendalikan pertandingan tersebut. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa pada program
seterusnya, ahli biro peralatan ditambah.

7
Atur Cara Pertandingan Lagu Rakyat Peringkat IPG Kent

Tarikh: 4 Februari 2020

Tempat: Dewan Serbaguna IPG Kent

Masa Aktiviti

1.30 pm Kedatangan pelatih

1.40 pm Kedatangan tetamu jemputan dan VIP

2.00 pm – 4.00 pm Persembahan peserta

4.00 pm – 4.10 pm Pengiraan markah

4.10 pm – 4.30 pm Pengumuman keputusan

4.30 pm Bersurai

8
Rujukan

Samah, R. (2007). Penggunaan internet dalam pengajaran bahasa: Kajian terhadap bahasa
Arab komunikasi pelancongan. Malaysian Education Dean's Council Journal, 1(2), 83-95.

Anda mungkin juga menyukai