Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,

BUKIT MERTAJAM, 14000 PULAU PINANG


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
TUGASAN 1 (ANALISIS LARAS BAHASA)

NAMA PELAJAR : NIK NUR AFRINI BINTI YUNAN


ANGKA GILIRAN : 2021302340305
NOMBOR KAD PENGENALAN : 020125-03-0114
KUMPULAN / UNIT : 1 PISMP TESL 1
KOD KURSUS : MPU3012
NAMA KURSUS : BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
NAMA PENSYARAH : DR. HAJAH NORAINI BINTI ISMAIL
TARIKH HANTAR : 30 JULAI 2021
TAHUN PENGAJIAN : 2021

SAYA NIK NUR AFRINI BINTI YUNAN DENGAN INI MENGAKU BAHAWA SAYA TELAH
MENERIMA MAKLUM BALAS KERJA KURSUS SAYA DARIPADA PENSYARAH

TANDATANGAN PELAJAR

afrini
______________________ TARIKH : 30 JULAI 2021

1
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga serta kesihatan walafiat yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


yang saya hormati, Dr Noraini Binti Ismail dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan
sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan


walaupun berbeza opsyen yang banyak memberi peringatan terhadap apa yang saya
utarakan kepada mereka. Mereka banyak membantu saya dari segi bahan dan
sumber rujukan untuk panduan.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka
yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

2
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN....................................................................................................2

1.0 TEKS SAJAK AKU MEMBACA LAGI................................................................4

2.0 PENGENALAN.................................................................................................5

3.0 JENIS LARAS BAHASA YG DIGUNAKAN.......................................................5-6

4.0 KEBAIKAN........................................................................................................6-9

5.0 KELEMAHAN...................................................................................................9

5.0 KESIMPULAN..................................................................................................9-10

6.0 RUJUKAN........................................................................................................11

3
1.0 TEKS SAJAK AKU MEMBACA LAGI

4
2.0 PENGENALAN

Laras bahasa bermaksud cara atau gaya guna sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi
dan sentiasa berubah-ubah mengikut fungsi dan keadaan. Menurut Asmah Haji Omar (1984),
laras bahasa adalah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.
Manakala Ure dan Ellis (1977) menganggap laras bahasa sebagai jenis-jenis bahasa yang
digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Laras bahasa perlu dititikberatkan semasa
berkomunikasi dengan masyarakat kerana penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai akan
mengelirukan masyarakat terutama sekali apabila makna perkataan tidak difahami oleh
mereka. Hal yang demikian, penggunaan laras bahasa yang betul dan tepat adalah penting
bagi memudahkan mesej yang hendak disampaikan itu mudah difahami oleh orang lain.
Terdapat beberapa contoh laras bahasa iaitu laras bahasa umum, laras bahasa ilmiah, laras
bahasa sastera, laras bahasa agama dan laras bahasa undang-undang. Antara ciri-ciri laras
bahasa yang penting adalah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan.
Laras bahasa adalah merupakan satu konvensi sosial dan seseorang pengguna bahasa
menggunakan laras yang berbeza-beza mengikut situasi yang berlainan mengikut
kesesuaiannya. Dengan menggunakan laras bahasa yang berbeza atau berlainan,
masyarakat dapat sedar dan mengetahui perbezaannya mengikut situasi-situasi sosial yang
berlainan yang wujud di sekitar mereka.

2.0 JENIS LARAS BAHASA YG DIGUNAKAN

Seterusnya, jenis laras bahasa yang digunakan dalam sajak ‘Aku Membaca Lagi’
karya Razali Mohd. Yussof adalah laras bahasa sastera. Laras bahasa sastera mementingkan
istilah-istilah khusus dan teknikal serta bahasanya wujud dalam bentuk naratif, deskriptif,
preskriptif, dramatik, puitis dan hidup. Contohnya, beberapa aspek seperti tema, kronologi,
mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan
metafora. Laras bahasa sastera memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif serta
bersifat figuratif iaitu penyimpangan makna daripada bahasa biasa. Penyusunan,
pengulangan dan pemilihan diksi yang berkesan adalah dititikberatkan dalam laras bahasa

5
sastera. Kemudian, bahasa tersirat juga adalah penting contohnya perlambangan, kiasan,
perbandingan, peribahasa, metafora simile, ambiguiti dan sebagainya.

Selain itu, laras bahasa sastera juga boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa
kreatif dan laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera. Laras bahasa kreatif
terbentuk daripadan gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang.
Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk
perasaan kepada para pembaca serta menjadi saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan
pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk
pemakaian yang segar lagi bertenaga. Manakala laras bahasa ilmiah pula memperlihatkan
ciri-cirinya yang tersendiri dan merupakan bidang sastera yang kebiasaannya wujud dalam
bentuk kritikan sastera dan ulasan buku seperti plot, tema, teknik, latar, sudut pandangan,
watak dan perwatakan. Laras bahasa sastera yang berkualiti tinggi memerlukan kejelasan,
perpautan, kesatuan serta pelbagai bentuk gaya dan pengunaan bahasanya bermula
daripada fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil yang melibatkan unsur aliterasi dan
asonansi, kemudian pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas.
Unsur-unsur tersebut berfungsi untuk mengungkapkan penulisan yang bermutu, indah dan
berkesan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, (2008), kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil
karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Oleh itu, karya-
karya yang mempunyai laras bahasa sastera ini lazimnya wujud dalam bentuk prosa seperti
cerpen dan novel, puisi seperti syair, pantun dan sajak serta drama seperti filem, teater, dan
pementasan.

3.0.KEBAIKAN

Terdapat beberapa ciri laras bahasa sastera yang memainkan peranan penting dalam
sajak tersebut. Antaranya adalah menggunakan bahasa yang indah di mana gaya dan
lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera dapat menyerlahkan keindahan
sesebuah hasil karya itu. Misalnya, penggunaan bahasa kiasan dan bernada puitis. Bahasa
kiasan adalah amat penting untuk menyerikan atau memberi impak kepada sebuah hasil
penulisan atau karya. Pelbagai ungkapan atau perkataan tambahan digunakan dengan baik
sebagai hiasan kepada sesuatu karya tersebut. Menurut Habibah Mohd. Samin & Hasnah
Awang (2010), karya sastera perlulah mempunyai unsur-unsur keindahan yang membentuk

6
satu kesatuan karya seni yang menarik. Pemilihan ungkapan dan ayat yang berpuitis sering
menimbulkan ekspresi yang indah, berseni dan mencuit perasaan pembaca atau pendengar.

Contoh keindahan bahasa yang terdapat di dalam laras bahasa sastera dalam sajak Aku
Membaca Lagi adalah seperti berikut;

Aku mendongak langit


membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.
(Aku Membaca Lagi, Rangkap 1, Baris 1-5)

Contoh dari sajak ini jelas menunjukkan keindahan bahasa yang digunakan dalam laras
bahasa sastera. Penambahan kata-kata untuk menyampaikan sesuatu perkara menjadikan
penulisan tersebut indah dan puitis. Hal ini dapat dilihat dalam contoh apabila pengarang
menambahkan perkataan menaakuli, gumpalan mega dan hembusan bayu. Penambahan
kata-kata atau perkataan yang sesuai ini dapat mengusik perasaan pembaca dan pendengar
mengikut suasana yang ingin ditimbulkan oleh pengarang.

Selain itu, karya yang dihasilkan adalah utuh, iaitu setiap bahagian atau perkataan yang ditulis
untuk disampaikan mempunyai tujuan atau objektif yang tersendiri. Hal ini membawa makna
bahawa setiap bahagian atau unsur yang digunakan dalam karya tersebut sengaja dicipta dan
benar-benar diperlukan untuk mengungkapkan makna yang ingin disampaikan oleh
pengarang. Oleh itu, secara amnya, keutuhan karya bermaksud setiap perkara atau kata yang
ingin disampaikan oleh pengarang adalah merupakan hasil pemilihan dan pertimbangan
pengarang sendiri dan bukanlah secara kebetulan. Contohnya,

Aku membaca langit

kutemui

bulan dan bintang menangis

meratapi luka nasib bangsa.

( Aku Membaca Lagi, Rangkap 4, Baris 1-4).

Keutuhan karya dalam laras bahasa sastera dipamerkan dalam contoh tersebut. Ayat
sajak yang dipetik memberitahu pembaca bahawa para pejuang bahasa yang cinta akan

7
bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan. Contoh
ini menjelaskan bahawa setiap peggunaan kata dan unsur dalam ayat tersebut dipilih oleh
pengarang dengan sengaja dan diperlukan untuk menerangkan keadaan tersebut.

Seterusnya, laras bahasa sastera yang mempunyai ciri-ciri seperti bersifat imaginatif
dan figuratif ini dapat menampilkan ungkapan atau makna yang tersendiri yang dapat
menimbulkan kesan yang kuat kepada pendengar atau pembaca hasil gabungan antara realiti
dan imaginasi pengarang. Sifat figuratif pada laras bahasa sastera pula berlainan daripada
pengucapan bahasa biasa. Namun begitu, hal ini tidak bermaksud bahawa laras bahasa
sastera mengetepikan peraturan tatabahasa. Sifat figuratif yang digunakan adalah untuk
menjelaskan maksud atau makna ungkapan dalam penulisan. Bentuk yang terlibat dalam sifat
figuratif ini adalah berunsur personifikasi, metafora, hiperbola dan sebagainya. Sebagai
contoh,

Aku mendongak lagi

menitis air mata langit

membasahi bahasa Melayuku

yang berdarah.

(Aku Membaca Lagi, Rangkap 5, Baris 1-4)

Sifat imaginatif dan figuratif dalam laras bahasa sastera dipamerkan dalam contoh di atas.
Contoh ini menunjukkan sifat imaginasi yang tinggi dan figuratif dalam laras bahasa sastera
dengan penggunaan kata-kata berimaginasi tinggi dan kata-kata yang lain dari bahasa biasa.

Di samping itu, penggunaan bahasa baku merupakan antara satu ciri laras bahasa sastera
yang sering digunakan dalam urusan-urusan rasmi seperti di dalam penulisan surat, laporan,
dan dalam menyampaikan maklumat. Namun begitu, penggunaan bahasa baku juga
digunakan dalam laras bahasa sastera untuk menunjukkan cara percakapan atau cara
berkomunikasi yang berlainan antara masyarakat atau golongan tertentu. Penggunaan
bahasa baku dalam laras bahasa sastera juga adalah satu inisiatif untuk mengekalkan identiti
bahasa yang mencerminkan keintelektualan dan kemajuan sesuatu bangsa. Contohnya,
dalam Rangkap 4, Baris 4, meratapi luka nasib bangsa. Penggunaan bahasa baku yang

8
dipaparkan dalam contoh tersebut menunjukkan penggunaan bahasa baku dalam sajak. Hal
yang demikian dapat menunjukkan atau menerangkan situasi dengan lebih berkesan.

Lain daripada itu, laras bahasa sastera juga menggunakan sudut pandangan orang
pertama seperti aku, saya dan sebagainya yang dapat menarik rapat hubungan antara
pembaca dengan pengarang serta memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu
perkara yang ingin disampaikan oleh pengarang. Contohnya, dalam sajak ini, penyajak
menggunakan perkataan ‘aku’ bagi menggambarkan sudut pandangan orang pertama. Hal ini
dapat dilihat hampir dalam setiap perenggan seperti dalam Rangkap 1,3,4 dan 5. Banyak
karya sastera yang menggunakan sudut pandangan orang pertama seperti contoh dalam
sajak ini yang menggunakan perkataan aku.

4.0.KELEMAHAN

Walaupun sajak ini mempunyai pelbagai kebaikan seperti penggunaan laras bahasa
sastera yang sesuai dan mampu menarik minat pembaca, namun hal ini berbeza mengikut
pandangan dari orang awam. Bagi orang awam, laras bahasa sastera adalah kurang sesuai
dan sukar difahami. Hal ini adalah disebabkan oleh peringkat pengajian orang awam yang
berbeza kerana bukan semua orang mampu menamatkan pengajian mereka atas faktor-
faktor tertentu. Contohnya, tiada minat untuk belajar dan kemiskinan. Oleh sebab itu, laras
bahasa sastera adalah sukar untuk difahami oleh mereka kerana mempunyai makna yang
tertentu di sebaliknya dibandingkan dengan laras bahasa umum.

5.0.KESIMPULAN

Kesimpulannya, laras bahasa adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju
mundurnya sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu sebelum
dan selepas merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami
perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu bertambah dengan

9
banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain khususnya bahasa
Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Negara dan juga
bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah
mengenali laras-laras bahasa Melayu. tahu membezakan antara laras tersebut, dan ciri-ciri
utama laras tertentu. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah menggunakan laras sesuai
dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi penggunaan bahasa seperti
pemimipin yang terlibat dalam saluran media elektronik. Oleh itu amat penting bagi golongan
ini menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang sempurna. Sesetengah orang Melayu
berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi belajar perkara seperti ini. Laras bahasa Melayu
moden, terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus yang tidak menjadi
sebahagian kehidupan rasmi. Jadi, masyarakat Malaysia hendaklah menguasai bahasa
kebangsaan dan pembelajaran laras bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan sejak
dari bangku sekolah lagi.

(1508 patah perkataan)

10
6.0 RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (1984). Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Habibah Mohd. Samin & Hasnah Awang. (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk
PPISMP. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa (K.L.) SDN BHD, pp.85 & 86.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar, pp.295-302.

Ure, J. & Ellis, J. (1977). Register in Descriptive and Linguistic Sociology in Uribe Oscar
Villages (ed). Issues in sociolinguistic. New York: Mouton Publisher.

Zaiton Ismail et al. (2014). Antologi Teks Komponen Sastera (KOMSAS) Dalam Mata
Pelajaran Bahasa Malaysia: Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

11

Anda mungkin juga menyukai