Anda di halaman 1dari 9

PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

1 KANDUNGAN

BIL PERKARA/ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Kandungan

2 Penghargaan

3 Pengenalan Umum

4 Pendahuluan Topik

5 Tema - Perpaduan

6 Bahan 1 – petikan rencana – cth: Dewan Siswa

7 Bahan 2 – petikan akhbar – cth: Berita Harian Online

Bahan 3 – pantun (boleh ambil lirik lagu / cerpen dll) –


8
cth: Dewan Siswa

9 Rasional

10 Adaptasi Sajak – Tajuk Tema

11 Ulasan Sajak

12 Penutup

2 PENGHARGAAN

1
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya dapat
menyiapkan tugasan adaptasi bagi semester empat 2021. Masa yang diberikan iaitu selama 8
minggu membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Latifah Binti Mat Saad selaku pensyarah bahasa
Melayu saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam
menyiapkan
folio ini.
Mempunyai hubungan kombinasi yang baik antara pelajar dan pensyarah memudahkan
pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga atas dorongan
dan teguran membina yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada pensyarah sudah
pasti saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Tidak
lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

3 PENGENALAN UMUM

2
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

Adaptasi dapat di beri banyak tafsiran mengikut kajian sastera. Pada tafsiran paling umum,
adaptasi didefinisikan sebagai ‘penyesuaian dengan keadaan yang baru atau berbeza’ atau proses
menulis semula komposisi daripada satu medium kepada satu medium yang lain. Untuk tugasan ini,
adaptasi dibuat berdasarkan tajuk yang dipilih daripada bahan bercetak lain kepada karya sastera
iaitu sajak. Adaptasi ini dibuat dengan cara mengubah, menyesuaikan, dan menukarkan serta
menyelaraskan bahan-bahan tersebut dengan mencipta sesuatu hasil yang baharu iaitu sajak.

4 PENDAHULUAN TOPIK

Topik yang dipilih ialah menghasilkan puisi berdasarkan rencana, cerpen, gurindam dan lirik
lagu. Aspek kajian bahasa berdasarkan kandungan yang terdapat dalam KSKV semester semasa.
Bahan yang dihasilkan adalah bahan autentik dan karya yang dihasilkan merangkumi aspek-aspek
dalam seni bahasa.

5 TEMA / BAHAN

 CTH: Dunia Remaja

6 BAHAN 1 Rencana : Menggapai Puncak Jaya

3
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

Oleh : Zuraidah Hanim

Dewan Siswa Bil 1 2013 (m/s- 4-5)

(Di atas hanyalah contoh tajuk. Tampal bahan dicari)

7 BAHAN 2 Rencana : Membentuk Potensi dan Jati Diri Remaja

4
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

Oleh : Aminuddin Mansor

Dewan Siswa, Bil 6. 2013 (m/s 39-40)

(Di atas hanyalah contoh tajuk. Tampal bahan dicari)

8 BAHAN 3 Rencana : Membentuk Potensi dan Jati Diri Remaja

5
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

Oleh : Aminuddin Mansor

Dewan Siswa, Bil 6. 2013 (m/s 39-40)

(Di atas hanyalah contoh tajuk. Tampal bahan dicari)

9 RASIONAL

6
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

Bahan ini dipilih kerana lebih dekat dengan pelajar yang berada pada usia remaja. Isu yang
dikemukakan dan bahan yang dipilih berkisar tentang hidup remaja. Isu remaja juga bukanlah suatu
isu yang asing malah sering dibincangkan dalam pelbagai media . (Ubah ikut kesesuaian tema yang
dicari)

10 ADAPTASI SAJAK - DUNIA REMAJA (CONTOH TEMA)

Remaja,
Zamanmu penuh pancaroba
Onak duri meragut sengketa
Sering tertipu oleh kata-kata
Terpesona dengan mainan dunia
Yang indahnya hanya sementara.

Remaja,
Dek leka dengan hidup durjana Remaja ,
Ibu bapa sering kau lupa Masa depanmu luas terbentang
Kata-kata hikmatnya sering kau dustakan Bakal menjadi pemimpin terbilang
Rakan-rakan bagimu adalah segala Setelah kau tinggalkan masa silammu yang hitam
Kata nistamu tajam dan menyakitkan dan kelam
Kau bukan insan sempurna Hari ini
Sering alpa dan leka Langkahmu, langkah pejuang
Oleh kebahagiaan dunia yang sementara. Jangan lagi kau toleh ke belakang
Bersama memacu tenaga
Remaja , Membangunkan negara tercinta.
Insaflah
Masamu masih panjang
Kembalilah ke pangkal jalan Oleh AlifMJ, Alor Setar Kedah, Mac 2021.
Bangkitlah dari lenamu yang masih panjang
Pupuklah semula jati dirimu yang kian hilang
Ke arah hidup yang lebih sempurna
Jauhilah tabiat durjana
Jadilah manusia berguna
Untuk nusa, bangsa dan agama.

11 ULASAN SAJAK (Ini adalah ulasan sajak berdasarkan sajak di atas. Pelajar perlu buat ulasan
sendiri)

7
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

11.1 TEMA:
Kehidupan Zaman Remaja

11.2 MAKSUD :
R1: Mengisahkan kehidupan zaman remaja yang penuh pancaroba, Mudah terpedaya dengan
              keindahan dunia yang sementara
R2: Kehidupan zaman remaja sering menyebabkan mereka lupa kepada ibu bapa, sering tidak
              mendengar kata-kata nasihat daripada mereka malah sahabatsahabat yang lebih
              diutamakan. Mengikut penyajak kata-kata remaja sering menyakitkan hati mereka yang
              mendengarnya. Tegas penyajak lagi remaja bukan insan yang sempurna yang sering lalai.
R3: Penyajak meminta agar remaja segera insaf kerana kehidupan mereka masih panjang.
               Remaja disarankan supaya menjauhi kehidupan yang pura-pura demi membela nasib negara,
             bangsa dan negara.
R4: Remaja sebagai pelapis negara, mampu menjadi insan yang cemerlang asalkan mereka sedar
              tentang tanggungjawab mereka.

11.3 PERSOALAN
i. Persoalan kehidupan remaja yang penuh pancaroba
ii. Persoalan anak yang mengabaikan ibu bapa.
iii. Persoalan remaja yang bakal menjadi pelapis pimpinan negara.
iv. Persoalan keinsafan remaja dalam kehidupan kea rah kehidupan yang lebih sempurna.

11.4 BENTUK : Bebas

11.5 NILAI
i. Nilai tanggungjawab
ii. Nilai kasih sayang
iii. Nilai keinsafan

11.6 PENGAJARAN
i. Kita hendaklah bijak memilih jalan hidup yang benar dan tidak mudah tertipu dengan mainan
          dunia.
ii. Kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa dan tidak mengabaikan mereka.
iii. Kita hendaklah insaf dan kembali ke pangkal jalan setelah melakukan kesilapan.
iv. Kita hendaklah bersedia menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan dihargai.

12 PENUTUP

8
PENGKARYAAN (ADAPTASI) - SAJAK

Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk karya sastera sangat penting kepada
seseorang, khususnya pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviri ini akan membantu
meningkat kemahiran membaca, memahami dan memindahkan maklumat. Selain itu, aktiviti juga
mampu mengembangkan bakat dan kreativiti pelajar dalam berkarya. Oleh itu, pelajar akan lebih
menghargai karya sastera dan menjadi seorang pengarang yang berkualiti dalam menyampaikan
maklumat dan maksud kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai