Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam

kehidupan manusia.
Sayur-sayuran merupakan salah satu sumber nutrien yang diperlukan
oleh tubuh kita. Tanaman sayur-sayuran sangat penting dalam kehidupan kita
seharian. Aktiviti ini dapat membawa banyak faedah kepada kita. Namun
begitu, peningkatan harga barangan termasuk sayur-sayuran menjadi alasan
buat rakyat Malaysia untuk tidak makan sayur-sayuran. Rakyat Malaysia yang
mempunyai pendidikan setaraf dengan penduduk lain di dunia seolah-olah
pendek akal sedangkan kita mempunyai alternatif lain iaitu menanam sayur-
sayuran.
Dengan adanya zat dan vitamin yang terdapat pada sayur-sayuran ini,
kesihatan tubuh badan lebih terjamin dan terhindar daripada penyakit yang
kronik. Antara kepentingan yang kita perolehi daripada menanam sayur-
sayuran adalah sebagai sumber makanan dalam kehidupan manusia.
Sayur-sayuran bukan sahaja mengandungi banyak kandungan nutrien, malah
ianya mempunyai rasa yang lebih baik. Tambahan pula, ianya juga tidak
mempunyai bahan pengawet dan sering dihidangkan sebagai pembuka
selera atau sebagai pencuci mulut.
Di samping itu, kepentingan tanaman sayur-sayuran dalam kehidupan
manusia ialah sayuran adalah bahan pelawas. Pelawas dapat
mengurangkan risiko penyakit dengan mengurangkan masa transit makanan
pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL
serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Selain itu,
sayur-sayuran yang sebagai bahan pelawas dapat menyerap kadar air yang
tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas
dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan
irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus
besar).
Sehubungan itu, dengan menanam sayur-sayuran, kita dapat
memanfaatkan kawasan sekitar rumah. Kawasan sekitar rumah
mempunyai pemandangan yang jauh lebih indah jika ditanam dengan sayur-
sayuran daripada dibiarkan ditumbuhi lalang. Lantarannya persekitaran
menjadi lebih nyaman dan berudara segar. Manusia dapat hidup dalam
keadaan yang sihat dan penyakit yang kronik dapat dihindari.
Kepentingan penanaman sayur-sayuran seterusnya juga dapat
menjimatkan perbelanjaan keluarga terutamanya keluarga yang besar.
Keadaan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan dapur.
Dengan menanam sayur-sayuran, manusia dapat menjimatkan kos
perbelanjaan dengan tidak memerlukan membeli sayur-sayuran dari pasar.
Manusia juga dapat memperoleh sayur-sayuran yang segar dengan mudah.
Justeru itu, aktiviti penanaman sayur-sayuran ini juga amat bersesuaian di
saat krisis kegawatan ekonomi. Manusia tidak mudah menghadapi masalah
pemakanan terutamanya makanan seperti sayur-sayuran. Tambahan pula, ia
dapat menjamin bekalan nutrien yang mencukupi dan berterusan.
Memperbanyak peluang pekerjaan juga merupakan kepentingan
penanaman sayur-sayuran dalam kehidupan manusia. Sektor pertanian telah
memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi
Malaysia. Penanaman tanaman makanan seperti sayur-sayuran telah
menyediakan sumber makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan
pendapatan kepada penduduk-penduduk tempatan. Dengan menanam sayur-
sayuran maka kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia dapat
dikurangkan dari semasa ke semasa. Sayur-sayuran mampu menjana
pendapatan dan menjadi periuk nasi kepada mereka yang terlibat dalam
sektor pertanian. Perniagaan ini mempunyai risiko yang rendah kerana setiap
pelanggan tidak akan berhenti membeli sayur-sayuran dalam kehidupan.
Penanaman sayur-sayuran dapat dijadikan salah satu bahan eksport
negara. Senario ini dapat mengurangkan perbelanjaan mengimport sayur-
sayuran daripada negara lain. Sayur-sayuran ini merupakan bahan
makanan yang tidak boleh dikurangkan dalam kehidupan manusia. Tanpa
sayur-sayuran maka manusia tidak akan memperoleh zat dan vitamin yang
terdapat dalam sayur-sayuran. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa
penanaman sayur-sayuran mampu membawa kepentingan kepada manusia.
Bak kata pepatah, berbudi kepada tanah pasti akan mendapat hasilnya.

Anda mungkin juga menyukai