Anda di halaman 1dari 1

SILIR DAKSINA

Mengikut kamus dewan, silir bermaksud angin yang perlahan, sepoi-sepoi bahasa, silir-semilir.

Daksina pula bermaksud selatan. Berlawanan dengan paksina-utara.

Silir Daksina-Angin Selatan.

MD NIZAR PARMAN [Aku Melihat Sesuatu Dalam Sesuatu]

Setiap insan punya nama; setiap nama ada cerita di sebaliknya; setiap cerita akan menjadi warna;
setiap warna menjadi hidup ini lebih bermakna

Biodata pengarang

Penulis novel Silir Daksina, Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor.
Beliau merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian
ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah.

Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah apabila terus menang
tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.

Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia
memenangi HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini menampilkan watak remaja yang
unggul serta mempunyai jati diri yang tinggi dan berakhlak mulia.

Novel ini juga memberi sedikit sebanyak info mengenai tarian seni zapin yang makin
dilupakan kini. Kekuatan novel ini juga terletak pada integrasi kaum antara masyarakat
Melayu dan Cina.

Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1973. Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di SK Seri Paya,
Parit Raja dan bersekolah menengah di SMK Dato' Menteri, Ayer Hitam. Guru Bahasa Melayu di SK
Seri Lalang, Kluang, Johor. Selain itu, telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Bahasa Melayu Negeri
Johor mulai tahun 2002. Mula berkecimpung dalam penulisan kreatif pada tahun 1995. Memenangi
tempat pertama Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Perak 1995, tempat ketiga
Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP - BPG 1998, dan hadiah saguhati Sayembara Jubli Emas
DBP kategori cerpen 2007. Karya-karya pernah tersiar dalam Mingguan Malaysia, Berita Minggu,
Dewan Sastera, Dewan Pelajar, Mingguan Wanita dan URTV serta beberapa buah tabloid. Yang
terkini, memenangi HSKU 2009 bagi kategori novel remaja, tempat kedua.

Anda mungkin juga menyukai