Anda di halaman 1dari 2

Novel : Bimaksakti Menari

Bab 4 : Budiman

Budiman,iaitu abang Nurul Hafsa pulang dari perkhemahan di Taman


Rimba Templer.

Nurul Hafsa bertanya kepada abangya tentang perkhemahan tersebut dan


tentang orang yang menghantar abangnya pulang.

Budiman menegur adiknya yang sibuk menaip dengan komputer riba


sambil merujuk beberapa buah buku dan jurnal yang tebal-tebal belaka.

Budiman bertanya kepada adiknya tentang hari pertamanya bekerja di


balai cerap dan Nurul Hafsa memberitahu abangnya bahawa hari
pertamanya bekerja tidak seperti yang diharapkanya.

Nurul Hafsa meminta abangya membaca laporan berkaitan dengan


kecerahan langit yang melampau yang kini dialami Kuala Selangor
berdasarkan Skala Langit Gelap Bortle.

Nurul Hafsa berasa kecewa terhadap perubahan yang berlaku di Kuala


Selangor selepas dia meninggalkan Kuala Selangor selama empat tahun.

Budiman memberitahu Nurul Hafsa bahawa penduduk Kuala Selangor rataratanya berpuas hati dengan pembangunan yang berlaku di Kuala
Selangor.

Sebagai pemegang ijazah fizik dan falak, Nurul Hafsa tidak berpuas hati
dengan kata-kata Budiman itu.

Nurul Hafsa memberitahu Budiman bahawa jika pembangunan di Kuala


Selangor tidak dirancang dengan teliti,keadaan itu akan memberikan
kesan yang buruk terhadap alam sekitar , dan seterusnya menyebabkan
khazanah alam yang dinikmati sejak zaman bahari akan hilang.

Budiman memberitahu adiknya bahawa untuk memastikan tidak


berlakunya pencemaran cahaya di Kuala Selangor,mereka tidak boleh
melaksanaka usaha itu secara bersendirian.
Nurul Hafsa berasa gembira apabila abangnya mengungkapkan kata-kata
tersebut sambil mengatakan bahawa mustahil dia dapat membawa
bintang=bintang ke Kuala Selangor kembali seorang diri.

Anda mungkin juga menyukai