Anda di halaman 1dari 4

NOVEL

SILIR DAKSINA
SINOPSIS
BAB 14 HINGGA 16
BAB 14 : MENCARI KESERASIAN

Sebuah balai telah dipasang dan di bawahnya dibina sebuah pentas rendah yang
diperbuat daripada kayu dan papan lapis terpakai. Penari-penari zapin pula akan menari
dihadapan pentas itu. Haiqal memberanikan diri untuk bermain tamborin. Sewaktu
Haiqal sedang berehat dan bersembang dengan ahli kumpulan zapin itu, Tauke Ong
menyuruhnya untuk mencuba menari pula tetapi dia malu. Akhirnya, Haiqal akur untuk
menari zapin.

Haiqal tidak membantah apabila See Hwa mengajaknya berjalan-jalan di tepi pantai.
See Hwa mengatakan pantai ini terlalu istimewa untuk ayah Haiqal . Tambahnya lagi,
ayah Haiqal juga pernah mengajaknya ke pantai ini dan bercerita tentang Haiqal. Jika
Haiqal tidak balik ke sini, mungkin suatu hari nanti See Hwa pula akan ke Kuala
Terengganu untuk mencari Haiqal.
BAB 15 : TETAMU ISTIMEWA
Seminggu sebelum acara persembahan dilangsungkan , Haiqal memaklumkan kepada
walidnya dan meminta walid, umi dan Nurul Asiyah mendoakannya agar dia dapat
mempersembahkan tarian itu dengan sebaik mungkin. Berita yang amat mengejutkan apabila
Lazim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja dan dia tidak dapat menari.
Haji Salim mencadangkan See Hwa untuk menggantikan tempat Lazim kerana dulu sewaktu
masih budak-budak See Hwa selalu berpasangan dengan Lazim.  Selepas solat maghrib dia
langsung ke rumah Tauke Ong. Haiqal berasa terkejut apabila melihat pakaian yang digosok
oleh See Hwa ialah baju zapin. See Hwa berterus terang dengan Haiqal bahawa pada malam
ini dia dan Lazim ingin membuat kejutan untuknya. Ini semuanya rancangan Pak Cik Bakar
dan Haji Salim tetapi telah berubah. Haiqal memujuk dan berharap See Hwa menggantikan
Lazim dan gadis itu bersetuju. Pada malam itu, persembahan zapin D'Purnama berjalan
dengan baik dan lancar. Walid , umi , dan Nurul Asiah turut sama hadir bagi menyokongnya.
Haiqal berasa sangat terharu dengan kehadiran mereka.
BAB 16 : bermulalah episod

Haiqal meninggalkan bumi semenanjung untuk menimba ilmu di sebuah universiti yang
terletak di Bumi Kenyalang . Dahulu uminya memang mendendami ayahnya tetapi telah
terlebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
Ratna kini telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda. Mereka akam
berkahwim pada penghujung tahun ini juga. See Hwa pula sangat sedih ketika kakiku
melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama. Tauke Ong meminta Haiqal untuk
kembali ke kampung itu semula

Haiqal perlu menjadi seperti mana ayahnya untuk mewujudkan Aksara kembali. Dia belum
ada apa-apa yang melayakkannya untuk memimpin Aksara kerana terlalu kecil dan kerdil.
Manuskrip lama masih kemas dalam simpanannya. Baginya, manuskrip lama tanpa judul itu
mewakili suatu perjalanan masa. Silir Daksina benar-benar mendamaikan.

Anda mungkin juga menyukai