Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA. MUKA


SURAT.
1. ISI KANDUNGAN. 1

2. PENGHARGAAN. 2

3. PENDAHULUAN UMUM. 3

4. PENDAHULUAN TOPIK. 4

5. BAHAN-BAHAN. 5-8

6. RASIONAL. 9

7. PANTUN:PERPADUAN DI MALAYSIA. 10-11

8. ULASAN PANTUN :TEMA DAN MAKSUD RANGKAP. 12-13

9. ULASAN PANTUN :PERSOALAN DAN BENTUK. 14-16

10. ULASAN PANTUN :NILAI DAN PENGAJARAN.

11. PENUTUP.

1
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya
dapat menyiapkan tugasan adaptasi bagi semester satu 2021.Masa yang diberikan
iaitu selama 8 minggu membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Puan Zarina Binti S.M Amin selaku pensyarah bahasa Melayu saya kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam
menyiapkan folio ini.
Mempunyai hubungan kombinasi yang baik antara pelajar dan pensyarah
memudahkan pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna.
Terima kasih juga atas dorongan dan teguran membina yang diberikan. Tanpa
tunjuk ajar dan dorongan daripada pensyarah sudah pasti saya tidak dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Tidak lupa
juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak
membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

2
PENDAHULUAN UMUM.

Adaptasi dapat diberi banyak tafsiran mengeikut kerja sastera.Pada tafsiran penting
umum,adaptasi didefinasikan sebagai penyasuaian dengan keadaan yang baru atau
berbeza atau proses menulis semula komposisi daripada satu medium ke medium
yang lain.Untuk tugasan ini,adaptasi dibuat berdasarkan tajuk yang dipilih daripada
bahan bercetak lain kepada karya sastera itu pantun.Adaptasi ini dibuat secara
mengubah,menyesuaikan dan menukar serta menyelaraskan bahan-bahan tersebut
dengan mencipta sesuatu hasil yang baru iaitu pantun.

3
PENDAHULUAN TOPIK.

Topik yang dipilih ialah menghasilkan puisi berdasarkan rencana, cerpen, gurindam
dan lirik lagu. Aspek kajian bahasa berdasarkan kandungan yang terdapat dalam
KSKV semester semasa. Bahan yang dihasilkan adalah bahan autentik dan karya
yang dihasilkan merangkumi aspek-aspek dalam seni bahasa.

4
BAHAN-BAHAN.

MAJALAH.

5
6
SURAT KHABAR.

7
BAHAN SURAT KHABAR ONLINE.

8
RASIONAL.

Bahan ini dipilih kerana lebih dekat dengan pelajar yang berada pada usia remaja.
Isu yang dikemukakan dan bahan yang dipilih berkisar tentang hidup remaja. Isu
remaja juga bukanlah suatu isu yang asing malah sering dibincangkan dalam
pelbagai media.

9
PANTUN

Rakyat Malaysia berbilang kaum,

Muafakat amalan mulia,

Perpaduan antara kaum,

Amalan mulia jangan disia.

Saya budak baru belajar,

Jika salah tolong tunjukan,

Perpaduan antara masyarakat boleh diajar,

Hormat antara kaum perlu ditunjukkan.

Adat dan tradisi tidak boleh dilupa,

Etnik dan kaum berbilang-bilang,

Sikap perpaduan tidak boleh dilupa,

Akibat kelak semuanya berenggang.

Norma baharu ditahun ini,

Penjarakan social perlu diikuti,

Perpaduan dikekalkan hingga keharini ini,

Moga diteruskan ke generasi.

10
Burung helang terbang rendah,

Terbang berkawan di pohon nangka,

Jalur gemilang berkibar megah,

Lambang perpaduan bangsa merdeka.

Burung kedidi dipohon nangka,

Anak bayan hingga di dahan,

Orang berbudi kita berbahasa,

Mesra ikatan erat perpaduan.

Gunung Santubong indah ceria,

Di hati tersemat kasih terikat,

Tolong menolong amalan mulia,

Jiran sepakat membawa berkat.

11
ULASAN PUISI

Tajuk Pantun: Perpaduan di Malaysia.

Tema: Pantun ini menceritakan tentang perpaduan yang perlu ada di Malaysia yang
semakin pudar.Dengar pantun ini mengigantkan kita agar sentiasa mengekalkan
pepaduan tidak kisah antara kaum,rakyat atau pemerintah itu sendiri.

Maksud Rangkap:

Rangkap Pertama:

Maksud rangkap pertama adalah rakyat Malaysia mempunyai berbilang


kaum.Amalan bermuafakat adalah amalan yang mulia jadi ianya penting untuk tidak
disiakan.

Rangkap Kedua:

Maksud rangkap kedua pula adalah apabila sikap perpaduan dapat


ditunjukan,sikap hormat-meghormati juga perlu ditunjukkan semoga dapat
merapatkan lagi ikatan silaturahim.

Rangkap Ketiga:

Maksud rangkap ketiga ialah jika tiada sikap perpaduan di Malaysia pasti
sudah menjadi kucar-kacir dan masalah perbezaan antara kaum yang pasti
merenggangkan keamanan di Malaysia.

Rangkap Keempat:

Maksud rangkap keempat,sikap perpaduan pada harini amat dihargai dan


agar dapat dipelihara pada generasi yang akan datang.

Rangkap Kelima:

Maksud rangkap kelima,dengan berkibarnya bendera Jalur Gemilang


sehingga keharini,selagi itu perpaduan di Malaysia ini utuh dan merupakan bangsa
yang merdeka.

12
Rangkap Keenam:

Maksud rangkap keenam,dengan berbudi bahasa boleh megikatkan


perpaduan dengan lebih erat yang membuatkan sesuatu kejiranan itu tidak
berpecah-belah.

Rangkap Ketujuh:

Maksud rangkap ketujuh,dengan sifat tolong-menolong tidak kira tua ataupun


muda,boleh membawa berkat kepada sesiapa yang akhirnya menguatkan
perpaduan.

13
ULASAN PANTUN

Persoalan:

Rangkap 1:

Persoalan permuafakatan dalam kalangan kejiranan yang semakin disiakan.

Sebagai contoh: Jika permuafakatan tiada maka perpaduan tidak kuat.

Rangkap 2:

Persoalan tentang adanya keberadaan sikap perpaduan dalam kejiranan.

Sebagai contoh: Jika kita menunjukan sifat perpaduan dalam kejiranan boleh
memberikan pandangan positif kepada penduduk kejiranan lain terhadap
sesebuah kejiranan tersebut.

Rangkap 3:

Persoalan tentang apa akan terjadinya jika tiada sifat perpaduan di Malaysia.

Sebagai contoh: Jika tiada sifat sifat perpaduan negara kita pasti menjadi tidak
tentu arah,tidak aman, dan isu perkauman akan menjadi besar-besaran.

Rangkap 4:

Persoalan tentang perpaduan yang akan berkekalan sehingga ke generasi.

Sebagai contoh: Jika sikap perpaduan dapat dikekalkan hingga ke generasi


akan datang.Malaysia akan menjadi megara yang aman sesungguhnya.

Rangkap 5:

Persoalan tentang hubungan perpaduan dan berkibarnya bendera Malaysia


yang megah.

Sebagai contoh: Jika bendera Malaysia dikibarkan dengan megahnya,orang luar


dapat mengetahui iaitu perpaduan di Malaysia sangat utuh.

14
Rangkap 6:

Persoalan tentang keeratan dalam sesuatu perpaduan sesuatu kejiranan.

Sebagai contoh: Jika keeratan dalam kejiranan berkekalan pasti tiada masalah
atau berpecah-belah.

Rangkap 7:

Persoalan tentang pertolongan tidak kira tua atau muda dalam


memperkuatkan perpaduan.

Sebagai contoh: Jika membantu orang tua atau orang yang tidak
berkemampuan tidak kira jiran atau tidak boleh terjalinya suatu ikatan
perpaduan.

15
Bentuk/Rima:

1. Pantun adalah puisi terikat atau tidak bebas.


2. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris
serangkap.
4. Baris pertama dan kedua merupakan pembayang pantun, baris ketiga
dan keempat merupakan maksud pantun.
5. Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama iaitu antara tiga hingga lima
patah kata.
6. Rima akhir pantun adalah sama iaitu AB AB.

16
PENUTUP:

Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk karya sastera sangat
penting kepada seseorang, khususnya pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana
aktiviri ini akan membantu meningkat kemahiran membaca, memahami dan
memindahkan maklumat. Selain itu, aktiviti juga mampu mengembangkan bakat dan
kreativiti pelajar dalam berkarya. Oleh itu, pelajar akan lebih menghargai karya
sastera dan menjadi seorang pengarang yang berkualiti dalam menyampaikan
maklumat dan maksud kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai