Anda di halaman 1dari 10

PUISI MODEN

Sajak Kucari Damai Di


Sini
&
PADA SEKUNTUM MAWAR
(A. HAMID JEMAIN)
TINGKATAN 2
DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NUR AMALINA BINTI MAT NAWI
KU CARI DAMAI DI SINI
(A. HAMID JEMAIN)
SAJAK DAN MAKSUD SAJAK
Kucari damai di sini Rangkap 1:
di tanah subur makmur dan merdeka
Penyajak menyatakan bahawa dia mencari
yang menyilau dan merdeka antara realiti kedamaian di negaranya makmur dan
dan mimpi merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap
berada antara kenyataan dengan impian. Hal
membebat perasaan kehidupan ini demikian kerana wujudnya perasaan
dengan sejarah persaudaraan tidak puas hati antara rakyat. Namun
demikian, penyajak menyatakan bahawa
mengikat naluri kemanusiaan. perasaan negative itu perlu diubati dengan
bersangka baik iaitu dengan menjadikan
sejarah persaudaraan sebagai dasar untuk
membina rasa kemanusiaan.
Kucari damai di sini Rangkap 2:
cinta dan jati diri
Penyajak menyatakan bahawa kedamain
bersemarak di laman sukma juga dicari dengan rasa kasih sayang dan
dengan kepribadian mulia rakyat Malaysia.
dengan kasih sayang Perasaan kasih mengasihi perlu dididik
bersemadi di naluri. dalam diri manusia.

Di sini damainya badai Rangkap 3:


moga gemilang sepanjang zaman
Penyajak menyatakan bahawa walaupun
menjadi catatan sejarah kebanggaan negara kita mempunyai masalah, kita masih
boleh berdamai dan hidup dengan aman.
untuk generasi masa depan. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang
dicapai berkekelan. Segala masalah perlu
diselesaikan dengan bijaksana supaya
kejayaan tercipta menjadi kebanggaan
generasi akan datang.

antologi Baik Budi, Indah Bahasa,


Tingkatan 2,

1.0 Tema sajak:


Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
Contoh:
Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya kasih sayang
yang ikhlas dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut masih
dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat hinggalah ke generasi yang akan
datang.
2.0 Persoalan:
1. Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan
sendirinya.
2. Persoalan negara kita ialah negara aman yang aman dan makmur
3. Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
4. Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
5. Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
3.0 Bentuk:
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya,:
• rangkap 1: enam baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: empat baris;
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.
Contohnya, dengan sejarah persaudaraan
4. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata.
Contohnya, dengan kasih sayang
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
5. Sajak ini berbentuk bebas.
6. Nada patriotik.
4. 0 Unsur bunyi:
1. Asonansi.
Contohnya, • bersemarak di laman sukma (perulangan vokal a);
2. Aliterasi.
Contohnya, • mengikat naluri kemanusiaan. (perulangan konsonan n);
5.0 Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Hiperbola membebat perasaan kehidupan
Penggunaan unsur alam. tanah
Repetisi. Kucari damai di sini

6.0 Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai kedamaian Kita hendaklah berusaha untuk medapatkan
dan mengekalkan kedamaian.
Nilai patriotisme Kita hendaklah mencintai negara yang
merdeka ini.
Nilai hormat-menghormati Kita mestilah saling hormat-menghormati dan
berkasih sayang antara satu sama lain.
Sajak Pada Sekuntum Mawar
karya Mahwa Mohamed
SAJAK & MAKSUD SAJAK
Rangkap 1:
Sehelai kelopakmu gugur Maksud Sajak Penyajak mengumpamakan
bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah
adalah titis air mata bonda
seorang gadis tercemar, maka ibunya akan
yang luruh dalam lipatan usia. berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.

Merenung pada malam yang kematian angin Rangkap 2:


pada laut yang kematian ombak Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka
ibu akan merasakan bahawa segala-galanya
seperti telah menutup
telah musnah. Dia merasakan bahawa
pintu kehidupan ini hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia
juga merasakan bahawa segala-galanya telah
menjadi sepi dan lara musnah dan tidak ada lagi jalan untuk
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta. memperbaiki keadaan tersebut.

Rangkap 3 :
Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak
Sekuntum mawar
akan membiarkan diri mereka tercemar dalam
bukan melontar harum indahmu menghadapi kehidupan yang serba mencabar
ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya
di hujung lembah
menjadi gadis yang beriman dan dihormati
tapi mengangkat seri mahkotamu masyarakat.

ke puncak iman.

Antologi Baik Budi, Indah Bahasa,


Tingkatan 2,

1.0 Tema sajak:


Anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika
seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama
keluarganya turut tercemar.
2.0 Persoalan:
1. Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
2. Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya sudah tidak
bermakna lagi.
3. Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup
diterima oleh seseorang ibu.
4. Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh,
iaitu sebagai gadis yang beriman.

3.0 Bentuk:
(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya, • rangkap 1: tiga baris;
• rangkap 2: enam baris;
• rangkap 3: lima baris.
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata.
Contohnya, Sekuntum mawar (2 patah kata) Merenung pada malam yang kematian angin (6
patah kata)
(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suk kata.
Contohnya, di hujung lembah (5 suku kata)
(e) Sajak ini berbentuk bebas.

4. 0 Unsur bunyi
Asonansi.
Contohnya, • adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a);
Aliterasi.
Contohnya, • seperti telah menutup. (perulangan konsonan t);
5.0 Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Sinkope pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
Penggunaan unsur alam. malam; angin; laut;
Simile seperti telah menutup.

6.0 Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran
Nilai kasih sayang Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu
tidak menderita.
Nilai berwaspada. Kita hendaklah menjaga diri agar tidak
menghadapi kemusnahan dalam kehidupan.
.
Nilai kesedaran. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada
terlibat dalam masalah sosial.
➢ LATIHAN RUJUK SOALAN DI DALAM BUKU DI BAWAH INI DAN JAWAB
DI DALAM BUKU TERSEBUT (BAGI PELAJAR YANG SUDAH
MEMBELINYA).

➢ BAGI MURID YANG TIADA BUKU INI, MURID PERLU MEMBACA SOALAN
YANG DIBERIKAN, KEMUDIAN TULIS JAWAPAN YANG BETUL SAHAJA
DALAM BUKU LATIHAN KOMSAS ATAU PRINT.

➢ KEMUDIAN SNAP GAMBAR DAN HANTAR KEPADA CIKGU.

➢ CONTOH CARA MENULIS:

SAJAK AKU:
1. A Penyajak mengakui kewujudan Tuhan.
2. _______________________________

Anda mungkin juga menyukai