Anda di halaman 1dari 21

FORM3

SAJAK BINTANG karya SITI ZALEHA M. HASHIM

SAJAK BINTANG MAKSUD


Suatu malam aku duduk Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman
di halaman rumah rumah sambil melihat keliauan bintang-bintang
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias di langit. Penyajak ingin terbang ke sana dan
langit yang terbentang aku ingin terbang ke mengutip bintang-bintang itu untuk dibawa
sana membawa pulang bintang-bintang tentu pulang ke rumah agar cahaya bintang itu dapat
ibu gembira menggembirakan ibu dan membahagiakan ayah.
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu Ibu penyajak tidak bersetuju dengan tindakan


itu tidak perlu penyajak yang ingin membawa bintang itu. Ibu
ayah sudah ada bintang dan penyajak meluahkan bahawa penyajak
begitu juga ibu merupakan bintang hati yang menerangi hidup
rumah sudah bercahaya dan jiwa mereka.
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

Sid Zaleha M. Hashim PuisI Tunas Bangsa,


2008 `K' Publishing, Sdn. Bhd.

Tema:
Kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
Persoalan Nilai Pengajaran
Tanggungjawab anak kepada ibu Bertanggungjawab Kita hendaklah bertanggungjawab
bapa membahagiakan ibu dan ayah.
Kasih sayang antara ahli keluarga Kasih sayang Kita hendaklah memupuk nilai kasih sayang
dalam kalangan ahli keluarga kita.
Mengagumi keindahan ciptaan Rendah diri Kita mestilah merendah diri dengan keagung
tuhan dan kehebatan tuhan mencipta alam semesta

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Anafora tentu ibu gembira
(perulangan perkataan pada awal baris) tentu ayah bahagia

begitu juga ibu


begitu juga jiwa mereka
Epifora Tetapi kata ibu
(perulangan perkataan pada akhir baris) begitu juga ibu
Responsi tentu ayah bahagia
(perulangan perkataan di tengah baris) bintang hati ayah dan ibu.
Sinkope kulihat cantiknya bintang-bintang
Simpulan bahasa bintang hati ayah dan ibu.
Metafora bintang hati ayah dan ibu.

Inversi tentu ibu gembira


Sepatutnya:Ibu tentu gembira

tentu ayah bahagia


Sepatutnya:ayah tentu bahagia
Asonansi (u) begitu juga ibu
Aliterasi (h) di halaman rumah
Rima akhir Baris 1: abccdcdded
Baris 2: aabaccaa

SAJAK di PALANG BESI karya PENA ALAM


SAJAK di PALANG BESI MAKSUD
Senja mula menangis Penyajak berasa sedih dan menyesal
remang membongkar sendu apabila tinggal di dalam sel penjara.
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di Penyajak hanya dapat melihat melalui
celah jambangan bunga dedawai menari mengikat celah-celah tirai besi penjara.
ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

Pilu wajahmu sang senja Sebelum ini, penyajak begitu bahagia dan
yang dulu melakar bahagia kini bertukar sayu tatkala terpaksa hidup
kini merayap sayu membelai jemari malam dalam di dalam penjara yang
keterbuangan yang merangkum dipinggirkan,terbuang dan menyakitkan.
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.

Tanpa pasir pantai atau silir angin Suasana penjara yang sunyi, dipagari
rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut dengan palang besi, tiada tilam yang
resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam selesa dan pendingin hawa menyebabkan
kelu rasa keterkongkongan jiwanya semakin sunyi. Penyajak sedar
menghantar pergi erti keriuhan bahawa inilah hukuman yang terpaksa
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan ditempuhi.
diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.
Pena Alam Tunas Cipta, Disember 2010 Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Tema:
Kesengsaraan dan kesunyian hidup seorang banduan di dalam penjara.
Persoalan Nilai Pengajaran
Keredaan seorang banduan Keredaan Kita hendaklah reda dan tabah menempuhi
menjalani hukuman penjara ujian dalam hidup ini.
Hidup bebas membawa erti Kebebasan Kita hendaklah bersyukur dengan mengharga
kebahagian hidup di dunia ini.
Insaf dengan kesilapan yang Keinsafan Janganlah kita terlibat dalam gejala jenayah
dilakukan. yang boleh mengakibatkan seseorang itu
dihumban ke dalam penjara.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Anafora dalam keterasingan yang mencengkam
(perulangan perkataan pada awal baris) dalam kesakitan yang membungkam.
Responsi dalam keterasingan yang mencengkam
(perulangan perkataan di tengah baris) dalam kesakitan yang membungkam.
Sinkope Pilu wajahmu sang senja
Metafora bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
rentet susun bibir palang besi dingin itu
Inversi Pilu wajahmu sang senja
Sepatutnya:Wajahmu pilu sang senja

Asonansi (i) Tanpa pasir pantai atau silir angin


Aliterasi (m) kini merayap sayu membelai jemarimalam
Rima akhir Baris 1: abcdef
Baris 2: aabcbb
Baris 3: abcddedd

Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu karya Rahman Shaari


Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu Maksud
Kita ada ibu Penyajak menyatakan bahawa setiap anak
ibu kita satu mempunyai seorang ibu namun seorang ibu
pesanannya beribu-ribu. banyak memberi pesanan dan nasihat kepada
anak-anak
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-
"Buat begini jangan begitu anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin
bacalah buku selalu membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu juga
kukuhkan diri dengan ilmu berpesan supaya pilih kawan yang berakhlak
pilihlah kawan yang mulia hati mulia dan mempunyai jati diri, elakkan
tolaklah kawan pementing diri daripada memilih kawan yang mempunyai
pilihlah kawan yang punya petunjuk sifat pentingkan diri dan beperangai tidak
tolaklah kawan bertabiat buruk." baik.
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya
"Jagalah diri selalu berhati-hati semasa keluar rumah kerana
di luar sana mungkin bencana menunggu." bimbang akan bahaya yang berlaku.
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu
tapi ibu tetap ibu yang semakin bertambah.
pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga
carilah ubat jerawat batu." penampilan diri dan kesihatan.

Suatu senja Pada suatu hari kawan anaknya bersedih


seorang temanku merintih kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru
kerana kehilangan kekasih menyedari bahawa kekasihnya itu seorang
kini baru disedarinya penipu dan telah ditangkap serta dilokap.
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.

Dia menyatakan kesalnya Anaknya berasa menyesal kerana melupakan


kerana dia alpa pesanan ibu yang sering mengingatkan agar
ibunya berpesan sejak dulu memilih kawan dengan betul. Selepas
"Pilihlah kawan yang bermutu kejadian itu, anaknya mula menerima
Jangan dipilih kawan berhantu." Mengenangkan kebenaran pesanan ibunya. Dia juga
nasib temanku itu merindui pesanan-pesanan ibunya.
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.

Ibu, Penyajak menerangkan bahawa dia sangat


kuyakini kau mengenali yakin dengan pesanan ibunya yang arif
yang mana permata, yang mana kaca dalam menilai perkara baik dan buruk.
yang mana budaya, yang mana buaya Penyajak berjanji tidak akan jemu dan patuh
berilah pesanan beribu-ribu akan nasihat ibunya. Tanggungjawab ibu
malah berpuluh ribu sempurna apabila telah memberi nasihat
aku tidak akan jemu kepada anak-anaknya.
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.

Rahman Shaari
Anjung Deklamator, 2005
Pekan Ilmu Publications

Tema:
Tanggungjawab seorang ibu memberi nasihat kepada anaknya supaya tidak tersalah memilih jalan
hidup.
Persoalan Nilai Pengajaran
Keperihatinan seorang ibu Prihatin Ibu sentiasa prihatin akan
keselamatan anaknya.
Kasih sayang seorang ibu Kasih sayang Anak- anak hendaklah menyayangi
ibu yang memberi nasihat
Sikap berhati-hati dalam Berhati-hati Kita hendaklah berhati-hati dalam
memilih kawan memilih kawan.
Kepentingan menuntut ilmu Rajin Kita hendaklah rajin menuntut ilmu
pengetahuan pengetahuan.
Tanggungjawab seorang ibu Tanggungjawab Seorang ibu hendaklah sentiasa
membimbing dan menasihati memberi nasihat atau pesanan
anaknya kepada anak agar mereka tidak
terpengaruh dengan perkara negatif

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Repetisi tapi ibu tetap ibu
Anafora Si Bedul sudah ditangkap
(perulangan perkataan pada awal baris) Si Bedul di dalam lokap.
Epifora aku merindui pesanan ibu.
(perulangan perkataan pada akhir baris) Ya, pesanan ibu.
Responsi pilihlah kawan yang mulia hati
(perulangan perkataan di tengah baris) tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
Sinkope tapi ibu tetap ibu
Hiperbola Jangan dipilih kawan berhantu."
Asonansi (i) kini baru disedarinya
Aliterasi (h) Mengenangkan nasib temanku itu
Rima akhir Baris 1: aaa
Baris 2: aaaabbccaaaaaaaaaa
Baris 3: abbaacdddd
Baris 4: aabbbbbb
Baris 5: abccaaaaaa

Sajak Kijang yang Lelah karya Wan Marzuki Wan Ramli

Sajak Kijang yang Lelah Maksud

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Kehidupan kijang tua yang semakin hilang
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah kekuasaan dan berasa dipinggirkan.
rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.

Saat itu Pada masa itu, sang kijang berasa sedih dan
Sebak menyentap dahan kalbu risau. Sang kijang yang uzur masih mempunyai
Dedaun resah mula berguguran harapan untuk menjadi ketua kembali.
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarya menguncup di perdu harap.

Hari ini Kini, sang kijang berusaha menjadi ketua


Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki walaupun lelah dan tidak berdaya sementara
Menghambat waktu yang bersisa mempunyai kesempatan pada sisa-sisa usianya.
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang berjalan berhati-hati bagi
Sang kijang lebih berhati-hati menapak mengelakkan dirinya terkena jerat dan
Meski dalam peribadi yang keruh tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan
Diredah belantara yang mula teduh perjalanannya ke dalam hutan walaupun
Nun jauh di batas nuraninya kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah meneruskan perjalanan walau terpaksa
terus mengorak penuh berhemah menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran.
dengan akal dan hati Setiap cabaran yang dihadapinya akan
dia tidak lagi gundah diselesaikan dengan fikiran dan akal yang
menyusun gerak dan langkah. waras .

Wan Marzuki Wan Ramli Mingguan Malaysia,


Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tema: Kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupannya.

Persoalan Nilai Pengajaran


Ketabahan hidup dalam Ketabahan Kita hendaklah tabah menghadapi
meneruskan kehidupan dugaan hidup
Sikap berhati-hati dalam melakukan Berhati-hati/ Berwaspada Kita hendaklah berhati-hati dalam
tindakan. melakukan sesuatu perkara
Kewarasan berfikir dalam Berhamah tinggi Kita hendaklah menggunakan akal yang
menempuhi cabaran dan rintangan. waras ketika membuat keputusan.
Keupayaan yang lemah bukan Bersemangat tinggi Kita hendaklah bersemangat tinggi untu
penghalang mencapai sesuatu yang mengubah kehidupan yang lebih baik.
diinginkan.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Metafora Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Personifikasi
Sebak menyentap dahan kalbu
Responsi Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
(perulangan perkataan di tengah baris)
Dia tidak lagi mampu menobat takhta

Asonansi (e) Diredah belantara yang mula teduh

Aliterasi (h) Sang kijang lebih berhati-hati menapak

Rima akhir Baris 1: aaab


Baris 2: aabcd
Baris 3: aabcd
Baris 4: abccdeefee

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati

Santap Istiadat - Za'ba - Kupasan


Dapatkan maksud setiap rangkap di sini.

TEMA
Adab sopan, tatacara makan dan minum di dalam majlis perlu mengikut tertib berpandukan
didikan generasi terdahulu.

PERSOALAN
 Adap sopan dan etika ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis atau keraian.
 Cara-cara menjamu selera dengan betul.
 Kepatuhan terhadap sesuatu peraturan.
 Masyarakat Melayu yang mengutamakan tatasusila dan nilai kesopanan ketika makan dan
minum.
 Khazanah masyarakat kita yang kaya dengan peraturan berharga.
 Kepentingan beradab sopan ketika menjamu selera dan rahsia yang tersembunyi di
sebalik sesuatu peraturan.
 Kehebatan masyarakat zaman dahulu yang sangat menjaga adab ketika makan.

BENTUK
 Bebas. Tidak terikat.
 Lima rangkap
 Tiada bilangan baris yang tetap dalam setiap rangkap.
 Setiap baris seloka ialah masksud.
 Setiap baris seloka mempunyai tiga hingga lima patah perkataan
 Bilangan suku kata dalam baris setiap seloka ialah antara tujuh hingga empat belas
perkataan.
 Rima akhirnya bebas.

GAYA BAHASA
 Asonansi
Ketujuh berkumur-kumur (Vokal u)
Di dalam riwayat zaman yang silam (Vokal a)
 Aliterasi
Santap santun dengan aturan (Konsonan n)
Sampai ke mulut mamah perlahan (Konsonan m)
 Anafora
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormati
 Repetisi - Santap beradat, santap istiadat
 Personifikasi
i. kelat jatuh ke rengkungan
ii.seri naik ke peroman
 Kata ganda - hormat-menghormati, mulia-memuliakan, berkumur-kumur, buah-buahan
 Penggunaan kata arkaik - peroman

NILAI
1. Kepatuhan
2. Kesopanan
3. Kesabaran
4. Kesederhanaan
5. Hormat-menghormati

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan, mendahului perkara yang utama,
diikuti dengan perkara-perkara selanjutnya.
2. Kita hendaklah beradap sopan sewaktu menjamu selera.
3. Kita perlulah makan dengan sabar dan tenang (tidak gelojoh) serta mengikut etika makan.
4. Kita mestilah bersederhana semasa makan dengan tidak mengambil makanan secara
berlebihan.
5. Kita hendaklah saling menghormati antara satu sama lain ketika sedang menjamu selera
dalam sesuatu majlis.

Syair Burung Nuri karya Rahman Kaeh

Syair Burung Nuri Maksud


Bermula warkah surat rencana, Penyair menceritakan warkah yang ditulis oleh
Ikatan fakir yang sangat hina, orang hina banyak kekurangan berdasarkan
Sajak dan nazam banyak tak kena, pendapatnya yang tidak sempurna.
Daripada pendapat kurang sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta, Penyair menyatakan bahawa dia dipandang


Perinya akal gelap-gelita, hina, pemikirannya yang tidak luas dan hidup
Hemat pun rendah daif berserta, dalam keadaan miskin.
Tambahan badan miskin dan nista.
Beribu ampun kiranya tuan, Penyair memohon maaf atas coretan kata-
Atasnya hulu fakir nistawan, katanya yang ditulis dalam perasaan sedih.
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
Dituliskan sahifah supaya nyata, Penyair menulis surat untuk meluahkan
Barang yang ghairah di dalam cinta, perasaan cinta kepada pasangannya.
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Sudahlah nasib untung yang malang, Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang
Mengambah lautan berulang-ulang, sering dirundung malang dan terpaksa
Mudaratnya bukan lagi kepalang, menghadapi pelbagai cabaran.
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Hanyutlah badan ke sana ke mari, Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada
Segenap pesisir desa negeri, hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan
Bertambahlah pula sopan dan negeri, tidak makan dan minum.
Santap nan tidak minum pun kari.

Bangun terjunun badan suatu, Penyair tersedar bahawa kesedihan dan


Gundahlah fikir tiada tertentu, kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya
Laksana cermin jatuh ke batu, musnah.
Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati, Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan
Lenyaplah fikir budi pekerti, seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran
Jikalau kiranya hamba turuti, yang waras dan rasional. Jika penyair menurut
Daripada hidup sebaiknya mati. perasaannya lebih baik dia memilih mati
daripada hidup.
Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman
Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi,
1996 Fajar Bakti Sdn. Bhd.

1. Tema
Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.
Persoalan Nilai Pengajaran
Persoalan kebijaksanaan Kebijaksanaan Kita hendaklah bijak
menyusun perancangan bagi menyusun perancangan demi
memiliki orang yang kita memikat orang yang kita
cintai cintai.
Persoalan sikap merendah diri Merendah diri Kita hendaklah mengamalkan
dalam kehidupan. sikap merendah diri supaya
orang lain tidak membenci diri
kita.
Persoalan keburukan sikap Rasional Kita hendaklah rasional dalam
menurut perasaan membuat sesuatu tindakan
agar tidak menyesal pada
kemudian hari.
Persoalan ketabahan dalam Ketabahan Kita hendaklah tabah dalam
menghadapi dugaan hidup menghadapi sikap dugaan
dalam kehidupan
Persoalan keperitan hidup kegigihan Kita hendaklah gigih dan tidak
orang yang serba kekurangan berputus asa demi mendapat
sesuatu yang kita inginkan

Bentuk
1. Syair ini terdiri daripada 8 rangkap dan semua baris sama iaitu 4 baris dalam satu rangkap
2. Rima akhir : a,a,a,a
3. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10 hingga 13 suku kata.
4. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 6 suku perkataan.

Gaya Bahasa contoh


Inversi Dituliskan sahifah supaya nyata,
(ayat songsang) Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya nyata.
Anafora (perulangan perkataan di Remuk dan redam hancur di situ.
awal baris) Remuk dan redam rasanya hati,

Epifora (perulangan perkataan di negeri


akhir baris)
Simile Laksana cermin jatuh ke batu,
Sinkope Sajak dan nazam banyak tak kena,
Kata ganda Perinya akal gelap-gelita,
Diksi
Penggunaan bahasa Arab Masygul

KOMSAS Tingkatan 3
Tenang-tenang Air di Tasik

Kupasan (Bahagian 1)
Sinopsis | Kupasan (Bahagian 2)

TEMA
Sikap prejudis sesetengah golongan masyarakat terhadap orang kelainan upaya (OKU).

PERSOALAN
1. Minat dan keinginan orang kelainan upaya yang sama seperti orang biasa.
2. Perlunya manusia sempurna lebih memahami orang kelainan upaya.
3. Keberanian melakukan aktiviti lasak yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.
4. Kebaikan aktiviti lasak yang mampu meningkatkan keyakinan diri.
5. Hubungan persaudaraan dua beradik yang terpisah.
6. Kasih sayang menjadi pengikat hubungan kekeluargaan.

PLOT
Permulaan
Muzafar memberitahu ibunya bahawa dia akan mengendalikan ekspedisi berkayak bersama
sekumpulan orang cacat penglihatan. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakan Muzafar.
Ibunya agak keberatan membenarkan Muzafar pergi dengan alasan bimbang akan keselamatan
anaknya. Menurutnya, tindakan Muzafar itu akan menyusahkan diri kelak.

Perkembangan
Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta dengan baik. Keesokan
harinya, Muzafar dan Azizi memberikan latihan berkayak kepada kumpulan tersebut dengan
dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan Haris. Muzafar dapat merasakan
persamaan wajah dan karakternya dengan seorang peserta kumpulan itu, iaitu Muzamir. Dia juga
mendapat tahu kisah Muzamir yang diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika berusia
tiga bulan disebabkan cacat penglihatan.

Klimaks
Muzafar memujuk ibunya untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak yang disertai para peserta
cacat penglihatan. Ibu Muzafar enggan meneruskan menonton rakaman video apabila melihat
wajah Muzamir dalam rakaman tersebut. Dia tergamam apabila melihat banyak persamaan yang
ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan rakaman itu.

Peleraian
Muzafar mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal tatkala melihat reaksi ibunya.
Muzafar semakin yakin bahawa dia mempunyai hubungan darah dengan Muzamir.

TEKNIK PLOT

Pemerian
Muzamir masuk ke dalam bahagian pertama pentas yang berlatarbelakangkan sebuah tasik yang
bernama Tasik Permai. MUZAMIR berdiri di tepi tasik sambil bermonolog sendiri. Lampu fokus
kepada MUZAMIR.

Dialog
MUZAFAR : Saya nak ajak mak pergi ke tempat peranginan saya bekerja.
IBU : Tak naklah, Zafar. Mak dah selalu benar ke sana.
MUZAFAR : Saya bukan nak ajak mak bersiar-siar dekat sana.

Monolog
MUZAMIR : Aduhai tasik! Damai sungguh hati ini apabila merasa kedinginan airmu. Ah!
Tenteramnya jiwa ini mendengar airmu mengalir tenang. Tetapi, setenang itukah hati kami yang
bertandang ke mari? Dan, setenang itukah juga hati orang yang menyambut kami di daerahmu ini?
Imbas kembali
MUZAMIR : Entahlah, bang. Serba salah saya jadinya. Saya memang bersedia untuk
mencurahkan ilmu dan kemahiran berkayak yang ada pada saya kepada semua orang, dan tak kira
sama ada orang itu normal atau cacat. Tapi, apabila mengenangkan pandangan sayu mak sewaktu
saya berangkat pagi tadi...(sebak)

Imbas muka
MUZAMIR : Kalau Zam dan kawan-kawan Zam mengekalkan prestasi seperti siang tadi serta
mengikut arahan abang dan Zafar, insya-Allah, Tasik Permai akan dapat Zam dan kawan-kawan
takluki.

WATAK DAN PERWATAKAN

Muzafar
 Anak tunggal, mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir.
 Bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya bekas pegawai.
 Rasional
 Berani
 Bertanggungjawab
 Berpendirian tegas
 Yakin
 Amanah

Muzamir
 Sebaya dan seiras dengan Muzafar.
 Berasal dari Kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan telah diserahkan kepada keluarga
angkat di Johor kerana kecacatannya.
 Berani
 Suka aktiviti lasak
 Berterus terang

Ibu Muzafar
 Seorang balu
 Seorang pesara
 Wanita yang disegani
 Berfikiran terbuka
 Berpandangan jauh
 Bijak menyimpan rahsia

Azizi
 Bertanggungjawab
 Amanah
 Tegas
 Prihtatin
PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA

SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana
Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah
melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami
isteri itu bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan.
Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu dan
batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat


pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu. Mereka
makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja
kayangan yang disumpah Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa
memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang
terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa Maharaja
Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan
yang teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah memberikannya


buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga
memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun
bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah
untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual
emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si
Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah
negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan
gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak lama kemudian,
isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan
Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh
hari empat puluh malam.

TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam
meneruskan kehidupan.

PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN


PERSOALAN LATAR NILAI PENGAJARAN CONTOH
MASYARAKAT PENGAJARAN
Ketabahan dalam Masyarakat yang Ketabahan Kita hendaklah Si Miskin dan isterinya sabar
menempuhi dugaan tabah dalam tabah dalam apabila mereka dihina, diusir,
hidup menempuhi dugaan menempuhi dugaan diketawakan, dan dilemparka
hidup hidup dengan batu serta kayu oleh
pembesar istana serta pendud
kampung semasa mereka
hendak meminta makanan
Kasih sayang Masyarakat yang Kasih sayang Setiap ahli keluarga Si Miskin amat sayang akan
seorang suami penyayang mestilah memupuk isterinya dan sanggup
terhadap isterinya amalan kasih memenuhi segala permintaan
sayang isterinya.
Kemuliaan hati Masyarakat istana Baik hati Kita hendaklah Maharaja InderaDewa sangat
seorang raja membantu orang baik hati dan telah
yang dalam memperkenankan permintaan
keadaan susah Si Miskin yang inginkan
mempelam dan nangka.
Tanggungjawab Masyarakat yang bertanggungjawab Seorang suami Si Miskin bertanggungjawab
suami terhadap ahli bertanggungjawab hendaklah menjaga menyediakan tempat tinggal
keluarga. kebajikan ahli untuk isterinya.
keluarga dengan
menyediakan
keperluan hidup
kepada isteri dan
anak-anak.
Sikap tidak Masyarakat yang Prihatin Kita hendaklah Orang di pasar telah
berperikemanusiaan tidak prihatin dan membaling dan memukul Si
berperikemanusiaan membantu Miskin dengan kayu kerana d
golongan yang berpakaian compang-camping
susah

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT


Latar Masa Contoh
1. Tiga bulan Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si
Miskin mengandung.
2. Petang Si Miskin berada di tempat pembuangan
sampah
3. Empat puluh hari empat puluh malam Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila
Kesuma
4. Malam Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah
dihalau penduduk kampung.

Latar Tempat
1. Negeri Anta Beranta Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki.
2. Hutan Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah
dihalau penduduk kampung.
3. Di Pasar Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan
dilempar kayu
4. Tempat pembuangan sampah Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.

GAYA BAHASA
1. Diksi

· Bahasa Istana · Baginda,titah,patik

· Bahasa klasik · Hatta

· Bahasa Arab · Allah subhanahu taala

2. Sinkope · Kehendakmu?
· Jangan anakku bercerai

3. Kata ganda · Berdarah-darah dan bengkak-bengkak

4. Simile · Laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.


· Suaminya melihatkan laku bininyaseperti orang
hendak mati rupanya.

5. Repetisi · “ Jikalau ada belas kasihan tuanhamba akan orang


daif lagi miskin telah terbuang itu, hamba hendak akan
buah yang seburuk-buruknya….
6. Anafora Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
7. Responsi Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
8. Hiperbola Hancurlah segala anggotaku

Cerpen Legasi Tapai Ubi karya Ghazali Lateh


Sinopsis
Parjo ialah anak kepada Wak Salikon. Ibu dan ayah Parjo mengusahakan perniagaan tapai
ubi. Parjo rajin membantu ibu dan ayahnya membuat tapai. Tapai buatan mereka sangat sedap dan
habis dijual pada setiap hari. Kawan-kawannya telah mengelarnya sebagai Parjo Tapai. Parjo
mengagumi ibu dan ayahnya begitu gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka sehigga dia
dan adik beradiknya dapat belajar sehingga ke menara gading.

Pada suatu hari, Parjo memberitahu Prof Haidar bahawa mereka sedang melakukan
kajian tetang tapai ubi yang dapat mengurangkan penyakit kanser. Hasil kajian Parjo dan rakan
sekuliahnya membuktikan bahawa tapai ubi menghasilkan sejenis bakteria yang dapat mencegah
kanser. Parjo gigih melakukan kajian dan hasil kajiannya menunjukkan keputusan yang positif
dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

Penemuan Parjo dalam menghasilkan penawar telah mendapat pengiktirafan sama ada
dalam negara mahupun luar negara. Hasil kajian Parjo telah dibawa ke peringkat antarabangsa.
Sejak hari itu, Parjo sering dijadikan tempat rujukan dalam kajian mencegah kanser.

Semasa majlis konvokesyennya berlangsung, Parjo telah membawa ibu dan bapanya serta
memberitahu kepada pensyarah dan rakan-rakannya bahawa ayah dan ibunyalah menjadi sumber
inspirasi atas kejayaannya itu. Permintaan terhadap tapai ubi ayahnya juga semakin tinggi. Sebuah
kilang tapai telah didirikan di Kampung Dr. Parjo manakala Dr. Parjo kini, bergelar pensyarah
perubatan dan beliau masih meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat menghasilkan
penawar bagi mencegah penyakit lain.

TEMA
kesungguhan seorang remaja yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisi(tapai
ubi) dapat menjadi penawar bagi merawat penyakit berbahaya seperti kanser.

PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN

Persoalan Nilai Pengajaran Contoh


Kegigihan membawa Kegigihan Kita hendaklah gigih Wak Salikon dan
kejayaan berusaha untuk isterinya gigih
mencapai kejayaan mengusahakan
perniagaan tapai ubi
sehingga
berkembang
membuka sebah
kilang.
Amalan hidup saling Tolong - menolong Kita hendahklah hidup Parjo rajin
tolong-menolong saling tolong- menolong membantu ayah dan
antara satu sama lain. ibunya membuat
tapai ubi.
Anak yang mengenang Mengenang jasa Kita hendaklah Parjo menjelaskan
jasa ibu bapa menghargai jasa bahawa
pengorbanan ibu bapa kejayaannya
kita. menggengam ijazah
berkat inspirasi
ayah dan ibunya.
Tanggungjawab Tanggungjawab Kita hendaklah Parjo ingin
berkhidmat kepada bertanggungjawab berkhidmat kepada
masyarakat berkhidmat kepada nusa masyarakat melalui
dan bangsa. kajiannya terhadap
tapai ubi yang dapat
mencegah dan
merawat penyakit
kanser

Bawod (Janathan Kandok)

Kupasan Bahagian 1 |聽聽 Entri Sinopsis Bawod 聽 di sini.聽


Kupasan Bahagian 2 di sini.聽聽聽

TEMA
Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya.

PERSOALAN
1. Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
2. Kemiskinan dan kekurangan hidup bukanlah alasan untuk tidak berjaya dalam hidup.
3. Kegigihan seorang murid dalam mengejar impiannya.
4. Pentingnya fokus dalam pelajaran demi mencapai kejayaan cemerlang.
5. Kepentingan pendidikan untuk menjamin masa depan.
6. Pengorbanan dan kesetiaan antara manusia dan haiwan peliharaan.

PLOT

Permulaan
Beluntung bimbang akan keselamatan Bawod dan Tuyog, dua haiwan peliharaannya apabila paras
air Sungai Layong naik.

Perkembangan
Beluntung gigih datang ke sekolah dengan menaiki Tuyog dan ditemani Bawod walaupun terpaksa
meredah hujan dan laluan berlumpur kerana peperiksaan darjah enam semakin hampir. Rakan-
rakan di sekolah mengejeknya kerana badan berbau kerbau. Beluntung tidak berasa hati kerana dia
tekad hanya mahu fokus terhadap pelajaran. Beluntung mencapai keputusan cemerlang dalam
peperiksaan darjah enam. Beluntung juga telah berjaya menjuarai perlumban kerbau dalam Pesta
Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Bapa Beluntung berasa gembira dengan kejayaan anaknya
dan berhasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Klimaks
Beluntung terkejut apabila mendengar suara embekan kambingnya. Ketika dia menuju ke arah
suara kambingnya, kakinya tersepak tunggul kayu lalu dia pengsan. Setelah sedar dari pengsan,
Beluntung menangis semahu-mahunya apabila mendapat tahu bapanya menyembelih Bawod
untuk dijadikan lauk kenduri. Beluntung berasa sangat kecewa dengan tindakan bapanya.

Peleraian
Bapa Beluntung menyesali tindakannya yang menyembelih kambing kesayangan anaknya tanpa
berbincang terlebih dahulu. Bapa Beluntung dan penduduk kampung berusaha memujuk
Beluntung.

TEKNIK PLOT

Dialog
"Siapa membuang buku aku?"
"Aku!" kata Si Gemuk.
"Pungut dan letak balik atas meja aku!"

Pemerian
Cuaca mulai cerah. Halaman rumah mula kelihatan. Beluntung mula menyimpulkan bahawa
Bawod dan Tuyog telah mati lemas. Dia kemudian menuju ke sungai untuk membasuh kakinya
yang berlumpur. Ketika melintas pokok nangka, dia terdengar sesuatu. Dia berpatah balik dan
mengamat-amati sesuatu yang bergerak-gerak tidak jauh dari pohon nangka yang rimbun. Dia
mendapati Tuyog sedang mengunyah di hadapan Bawod yang menggigil kesejukan.

Imbas kembali
Menyedari Bawod terhenti, Tuyog mematikan langkah dan menoleh. Hujan yang sebentar tadi
agak reda, tiba-tiba bertambah hebat lagi. Bawod menjerit-jerit seperti meminta tolong. Tuyog
menguak. Mendengar Bawod dan Tuyog bersahut-sahutan, Beluntung tiba-tiba berasa bahawa
merekalah sahabat yang setia. Apabila teringatkan kegigihan Bawod menyeberangi sungai,
Beluntung terus sahaja teringat peperiksaan yang akan dihadapinya. Sambil memerhati Bawod
yang bersusah payah menarik kakinya yang terbenam, Beluntung berjanji kepada dirinya dia akan
belajar bersungguh-sungguh. Kalau Bawod boleh menyeberangi sungai, aku juga boleh lulus
dengan cemerlang, bisik hatinya.
Imbas muka
Biar semua orang tahu bahawa Beluntung yang berbau kerbau menjadi pelajar yang terbaik SRK
Timbang Pasir. Bapa akan gembira. Ibu akan gembira. Orang Kampung Layong tumpang gembira.
Semua orang akan gembira.

WATAK DAN PERWATAKAN

Beluntung
 Anak tunggal
 Berumur dua belas tahun dan bersekolah di SRK Timbang Pasir.
 Penyayang terhadap haiwan peliharaannya.
 Bersikap rasional dalam membuat keputusan.
 Bijak
 Berani
 Gigih
 Rajin
 Bertanggungjawab

Basil
 Rakan sekelas Beluntung
 Suka mengejek dan mentertawakan Beluntung
 Suka mengganggu Beluntung di dalam kelas

Ayah
 Bapa kepada Beluntung
 Penyayang
 Tidak berunding dengan Beluntung sebelum menyembelih Bawod

Bawod
 Kambing peliharaan Beluntung.
 Bersahabat baik dengan Tuyog, seekor kerbau.
 Sangat setia kepada tuan dan sahabatnya.
 Takut akan air hujan dan air sungai.

Tuyog
 Kerbau peliharaan Beluntung.
 Haiwan tunggangan Beluntung ke sekolah setiap hari.
 Sangat setia kepada tuannya.
 Gagah dan pantas berlari.

Anda mungkin juga menyukai