Anda di halaman 1dari 12

Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Pengajian Perniagaan.

Bab 4 : Kemahiran Pengurusan


4.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN 4.3 Alat-alat membuat keputusan
4.1 Jenis kemahiran i. Keputusan kualitatif dan kuantitatif
i. Definisi pelbagai jenis kemahiran ii. Alat-alat keputusan kuantitatif dan
pengurusan kualitatif.
-Kemahiran teknik - Statistik deskriptif
-kemahiran manusia - Pokok keputusan.
-Kemahiran konsep iii. Alat keputusan kualitatif.
-Kemahiran Masa -Tulang ikan(analisis sebab dan
-Kemahiran membuat keputusan. kesan)
ii. Mengaitkan kemahiran pengurusan dengan -Kretiviti dan inovasi
peringkat pengurusan. 4.4 Pengurusan ketegangan
4.2 Proses Membuat Keputusan. i. Definisi ketegangan
i. Definisi pembuatan keputusan ii Punca ketegangan
ii. Langkah-langkah dalam proses iii. Tanda-tanda ketegangan
membuat keputusan rasional: iv.Menguruskan ketegangan
-Mengenalpasti masalah 4.5 Tabii orang berjaya
-Mengutip dan menganalisis data i. Tabii orang yang sangat efektif
atau maklumat ii. Faktor kejayaan seimbang.
-Mencari alternatif
-Menilai alternatif
-Memilih alternatif terbaik.

Bab 4 :
KEMAHIRAN PENGURUSAN

4.1 : Jenis kemahiran


i. Definisi pelbagai jenis kemahiran pengurusan

a. Definisi kemahiran

Kemahiran adalah kebolehan seseorang membuat sesuatu dengan betul (berkesan) dan
cepat ( cekap).

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

C.Kemahiran konsep
B.Kemahiran manusia
Merujuk kepada kemampuan seseorang
Merujuk kepada keupayaan dan
pengurus untuk melihat organisasi
kemampuan seorang pengurus untuk
secara keseluruhan. Pengurus-pengurus
bekerja dengan baik bersama-sama
yang mempunyai kemahiran konsep
dengan orang lain dalam sesebuah
yang baik boleh melihat perkaitan
organisasi termasuklah pekerja
antara setiap jabatan di dalam
bawahan, ketua dan rakan sekerjanya
organisasi

A.Kemahiran teknik. Lima asas kemahiran


pengurusan tersebut
Merujuk kepada kemampuan dan ialah:-
keupayaan pengurus untuk menggunakan
kepakaran dan pengetahuan mereka dalam
kaedah, proses dan prosedur kerja.

D.Kemahiran masa

E.Kemahiran membuat keputusan Merujuk kepada kemampuan


pengurus untuk menjadualkan kerja
Merujuk kepada kemampuan pengurus mengikut keutamaan kerja. Oleh
untuk membuat keputusan yang dapat kerana seseorang pengurus
membantu organisasi mencapai matlamat merupakan seorang yang sibuk
yang ditetapkan dengan cekap dan dengan tugas berkaitan dengan
berkesan pengurusan, maka beliau perlu
pandai menguruskan kerja yang
perlu dilaksanakan tidak
terbengkalai.

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

ii. Mengaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat


pengurusan

4.2 : Proses Membuat Keputusan


I. Definisi pembuatan keputusan
- Adalah pemilihan satu jalan tindakan daripada beberapa alternatif yang disarankan.
- Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pengurus boleh menggunakan tiga kategori
penyelasaian, iaitu;-

A. Keputusan yang diprogramkan.


- Merupakan keputusan yang rutin yang dibuat secara berulang-ulang dan
Secara tipikal.
B. Keputusan yang tidak diprogramkan.
- Keputusan yang tidak diprogramkan digunakan pada masa-masa tertentu
Sahaja
C. Keputusan yang bersifat adaptif.
- Merupakan perantaraan keputusan yang diprogramkan dengan yang tidak
diprogramkan

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Terdapat tiga keadaan persekitaran di mana keputusan tersebut dibuat, iaitu:-

1. Pembuat keputusan dalam keadaan kepastian.


melibatkan maklumat yang dikumpulkan untuk keputusan yang dibuat adal lengkap,
tepat dan boleh dipercayai .

2. Pembuat keputusan dalam keadaan berisiko.


melibatkan pembuat keputusan mempunyai maklumat yang dikumpul adalah tidak
lengkap dan kurang lengkap .

3. Pembuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian.


melibatkan pembuat keputusan tidak mempunyai maklumat terhadap sesuatu
keputusan yang akan dibuat.

ii. Langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional

1. Mengenal pasti masalah.


2. Mengutip dan menganalisis data atau maklumat
3. Mencari alternatif
4. Menilai alternatif
5. Memilih alternatif terbaik

4.3 : Alat-alat Membuat Keputusan

i.Keputusan kuantitatif dan kualitatif


a.Keputusan kuantitatif.
merupakan keputusan yang di buat berdasarkan satu set nilai yang diperolehi dan kemudian
diproses dengan menggunakan hukum matematik bagi meramalkan nilai untuk masa depan
b.Keputusan kualitatif
merupakan keputusan dibuat berdasarkan pendapat dan pengetahuan pakar apabila data-data
terperinci tidak diperolehi
ii. Alat keputusan kuantitatif

a.Statistik deskriptif.
- merangkumi taburan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan median)
; ukuran serakan seperti julat, varians dan sisihan piawai.

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Min

-adalah jumlah semua nilai dalam data itu dibahagikan kepada bilangan data yang ada.

-misalnya:
Data di dalam jadual di bawah menunjukkan bilangan produk yang dihasilkan oleh lima
orang buruh di sebuah kilang.

Jumlah produk 10 + 20 + 30 + 40 + 50

Min produk = ----------------------- = ------------------------------ = 30

Bilangan buruh 5

Bilangan Buruh BilanganProduk

1 10

2 20

3 30

4 40

5 50

Median
- ialah nilai yang terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib.
- ukuran ini membahagikan data itu kepada dua bahagian dengan setiap bahagian
mempunyai bilangan data yang sama banyak,
- misalnya:
Contoh 1

markah prestasi bagi lima orang buruh adalah seperti berikut:


85, 78, 90, 88, 99
Cari median lima orang buruh berikut:-
Langkah 1:
- susun semula data tersebut secara tertib menaik
- angka yang terdapat ditengah-tengah susunan itu ialah median
78, 85, 88, 90, 99
- maka mediannya ialah 88

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Contoh 2
Tentukan median bagi kumpulan data yang berikut:-
65, 80, 75, 90, 82, 78
Langkah 1:
Dengan menyusun data tersebut, kita memperolehi :-
65, 75, 78, 80, 82, 90
- median tidak boleh diperolehi jika kerana terdapat dua nombor ditengah-tengah susunan.
- langkah seterusnya diperlukan untuk mencari median.
Langkah 2:
78 + 80
Median = ----------------
2
= 79
maka mediannya ialah 79

Sekiranya bilangan data dalam sesuatu set adalah ganjil (contoh 1),maka nilai yang berada di
tengah tengah data tertib itu adalah median.
Sebaliknya, jika bilangan data sesuatu set data adalah genap (contoh 2 ), min bagi dua nilai
yang berada di tengah-tengah data itu ialah median

Mod
adalah nilai atau fakta yang paling kerap berulang dalam set itu.

Contoh 1
-Cari mod bagi kumpulan nombor berikut:-
6,4,8,2,6,8,9,2,5,7,8,9

oleh kerana nombor lapan ( 8 ) paling kerap berulang, maka modnya ialah 8

untuk meninjau sejauhmana semua nilai dalam data itu ditaburkan daripada nilai
minnya.Ukuran yang digunakan untuk tinjauan ini ialah ukuran serakan.
Antara ukuran serakan yang digunakan ialah:-

Julat: ialah ukuran perbezaan antara nilai cerapan yang terbesar dengan cerapan nilai
terkecil dalam sesuatu set data .
Varian: ialah ukuran min kuasa dua sisihan- sisihan daripada min
Sisihan Piawai: ialah punca kuasa dua varians

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Carta bar
 Digunakan untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih sesuatu perkara pada
sesuatu masa.

Carta pai
- Digunakan untuk mewakili data-data dengan menggunakan sekoir yang berlainan dalam
sebuah bulatan.
 Sudut-sudut sektor berkadar tertentu dengan jumlah data yang diwakili.

Graf garis
 Di gunakan untuk menunjukkan pergerakan turun naik atau perubahan sesuatu perkara
mengikut turutan masa tertentu.

Histogram
- Digunakan untuk menunjukkan kekerapan sesuatu perkara berlaku dan bentuk taburan
data tersebut.
- Kekerapan tersebut diwakili oleh ketinggian palang.
 Dibina daripada data kuantitatif manakala carta bar dibina berdasarkan data berbentuk
kualitatif.

Carta pareto ( 1884 – 1923 )


- carta ini menggunakan beberapa bar seperti dalam carta bar tetapi bar yang disusun
adalah secara menurun, iaitu dari kekerapan yang terbesar hingga kepada kekerapan
terkecil.
- Bar yang dibina mewakili masalah atau punca masalah yang perlu diatasi mengikut
keutamaan.

B.Pokok keputusan
- Merupakan satu bentuk persembahan perancangan yang menyediakan pelbagai pilihan
yang dapat di ambil oleh pembuat keputusan dan juga akibat-akibat bagi setiap pilihan
yang di buat.
- Amat berguna dalam analisis situasi yang melibatkan pembuatan keputusan yang
berurutan.
- Misalnya, pengurus yang mulanya membina kilang kecil tetapi mendapati permintaan
pasaran amat besar kemudiannya.
- Oleh itu, pengurus tersebut akan di arahkan membuat keputusan sama ada hendak
membesarkan kilang yang sedia ada atau membina sebuah lagi kilang yang baru.
- Contoh:-
- Jalankan analisis ke atas pokok keputusan di bawah dan tentukan apakah keputusan
awal yang harus diambil iaitu :-
membina kilang kecil
atau
Membina kilang besar

- Supaya mendapat jangkaan pulangan yang besar.

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Langkah 1
- Tentukan pilihan yang akan dipilih bagi setiap kemungkinan.
- Bagi pembinaan kilang kecil dengan permintaan tinggi,
terdapat dua pilihan iaitu:-
Bekerja lebih masa atau membesarkan kilang.
- Oleh kerana pembesaran kilang dijangka memberi pulangan paling tinggi, maka ia akan
dipilih.
- Ini bermakna pilihan lain ( bekerja lebih masa ) akan disingkirkan dengan ditunjukkan
tanda ( ).
- begitu juga pembinaan kilang besar dengan permintaan rendah, terdapat dua pilihan iaitu
tidak berbuat apa-apa dan kurangkan harga.
- Oleh kerana, pengurangan harga dijangka memberi pulangan paling tinggi, maka ia
dipilih.
- Ini bermana pilihan yang satu lagi ( tidak berbuat apa-apa ) disingkirkan dengan tanda (
)

Langkah 2
- Tentukan hasil darab kebarangkalian peristiwa dengan pulangan yang sepadan bagi setiap
baki cabang.

Pembinaan kilang kecil


Permintaan rendah 0.4 x ( rm 40 000 ) = rm 16 000
Permintaan tinggi 0.6 x ( rm 55 000 ) = rm 33 000
Pembinaan kilang besar
Permintaan rendah 0.4 x ( rm 50 000 ) = rm 20 000
Permintaan tinggi 0.6 x ( rm 70 000 ) = rm 42 000
Langkah 3
- Tentukan pulangan jangkaan bagi setiap pilihan awal.
A. Pembinaan kilang kecil : -
RM 16 000 + RM 33 000 = RM 49 000
b.Pembinaan kilang besar: -
RM 20 000 + RM 42 000 = RM 62 000
– Maka, pilihan yang patut diambil ialah membina sebuah kilang besar
kerana ia menghasilkan jangkaan pulangan yang lebih besar berbanding
yang patut diambil .

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Iii.Alat keputusan kualitatif


A.Tulang ikan
- Juga dikenali sebagai analisi sebab dan akibat.
- Kaedah ini digunakan untuk analisis masalah dengan mengenal pasti sebab-
sebab yang menjadi punca masalah melalui percambahan fikiran.
- Langkah-langkah untuk membina sebuah rajah tulang ikan.
Langkah 1 Langkah 2
-Kenal pasti masalah, misalnya laporan -Kenal pasti sebab-sebab utama. Biasanya
projek tidak dapat disiapkan dalam masa terdapat empat sebab utama
yang ditetapkan. -Kepada sesuatu masalah ( 4M ), iaitu:-
A.Manusia (man)
B.Peralatan (material)
C.Kaedah (method)
D.Mesin( machine)
Langkah 3
- Kenal pasti sebab-sebab kecil di bawah Langkah 4
setiap sebab utama. - Kenal pasti sebab-sebab sebenar.
-Daripada sebab-sebab utama, maka boleh Setelah kenal pasti semua sebab kecil,
diterbitkan sebab-sebab kecil yang berkaitan barulah sebab sebenar sesuatu
dengan masalah utama. masalah dapat dikenal pasti

B.Kreativiti dan inovasi


- kreativiti bermaksud penghasilan idea-idea baru.
- Inovasi merangkumi penghasilan idea baru, penerimaanya serta pelaksanaan idea
tersebut untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

4.4 : Pengurusan Ketegangan


i.Definisi ketegangan.
- adalah tindakbalas fisiologi dan emosi ke atas sesuatu perangsang/stimuli yang
memberikan tuntutan
– tuntutan fizikal atau psikologi kepada seseorang individu.

Ii.Punca ketegangan.

-Punca-punca ketegangan dapat dilihat daripada dua faktor utama, iaitu:-

A. Berkaitan dengan faktor pekerjaan b.berkaitan dengan faktor individu


– Kitaran hayat organisasi – Personaliti
– Struktur organisasi – Tanggapan
– Gangguan seksual – Rutin harian
– Konflik peranan – Kejadian-kejadian yang
– Kekaburan peranan mengejutkan
– Keperluan kerja – Pengalaman
– Kekurangan sokongan sosial – Berkaitan dengan faktor-
– Terlalu banyak/sikit tugas faktor lain.
– Tanggungjawab terhadap
orang lain.
– Keadaan tempat kerja.
– Kepimpinan organisasi

c. Faktor-faktor lain.
Ketidaktentuan ekonomi.
Ketidakstabilan politik.
Ketidaktentuan teknologi
– .
iii.Tanda-tanda ketegangan iv.Menguruskan ketegangan.
Serangan Fixation – Pendekatan individu dalam
Regresi Menarik diri membantu menangani masalah
Letih Kurang selera makan, ketegangan pekerja.
banyak makan. Sakit kepala – Menguruskan masa
Penyakit jantung Kurang tenaga – Senaman
Cepat marah Produktiviti menurun – Teknik fisiologi
Ponteng kerja Darah tinggi – Sokongan sosial
Peningkatan penggunaan alkohol – Pengurusan masa
peningkatan tahap kebimbangan
Peningkatan kadar lantik henti.

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

Pendekatan organisasi dalam membantu menangani masalah ketegangan pekerja


– Wujudkan iklim organisasi yang baik.
– Program kaunseling
– Program sokongan keluarga
– Program Pengurusan ketegangan
– Sistem mentor
– Komunikasi organisasi
– Mengagihkan semula beban kerja
– Penetapan matlamat
– Kawalan yang beri keselesaan kepada pekerja

4.5 : Tabii orang berjaya


i.Maksud Tabii
• Mengikut Covey, tabii boleh didefinisikan sebagai persilangan tiga dimensi, iaitu
pengetahuan, kemahiran dan keinginan seperti di bawah:-

• Dimensi pengetahuan merujuk kepada paradigma teori, iaitu berkaitan dengan apa
yang perlu dibuat dan mengapa ia dibuat.
• Dimensi kemahiran ialah berkenaan dengan cara untuk melakukan sesuatu perkara.
• Dimensi keinginan pula ialah kemahuan dan motivasi membuat perkara tersebut.
Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dan perlu untuk membina tabii yang berkesan dalam
kehidupan seseorang

Di sediakan oleh : Sutan Nair


Pengajian Perniagaan. Bab 4: Kemahiran Pengurusan.

ii.Tabii orang yang sangat efektif.


mengikut Cover dalam bukunya”Tujuh Tabii Orang yang Amat berkesan” telah
menggariskan tujuh tabii asas yang terdapat pada individu yang berkesan dan berjaya,
iaitu;
a. Bersifat proaktif
b. Mula sesuatu dengan mengingati matlamat
c.Pertamakan perkara yang utama dahulu.
d.Fikirkan menang-menang
e. Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami
f. Bersinergi
g.Tajamkan gergaji

Di sediakan oleh : Sutan Nair

Anda mungkin juga menyukai