Anda di halaman 1dari 60

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

En. Jamaludin Mohd Noh- SMK Pulau Nyior


2.0 FUNGSI PENGURUSAN 2.3 Pengorganisasian
2.1 Pengenalan Kepada Pengurusan I)Definisi dan kepentingan
i. Definisi II)Proses pengorganisasian
ii. Fungsi -Penentuan objektif
iii.Peranan Pengurus -Pengenalpastian aktiviti
iv.Keberkesanan dan kecekapan -Pengelompokan aktiviti
v. -Pengagihan tugas
Pendekatan dan evolusi pengurusan -autoriti dan tangungjawab.
iii) Struktur Organisasi
-carta
2.2 Perancangan
-Manual organisasi
i. Definasi dan kepentingan -Penjabatanan
ii. Jenis dan tahap rancangan iv) Konsep Pengorganisasian
iii. Proses dan kitaran -Autoriti
iv. Misi -Tangungjawab
v. Objektif -akauntabiliti
vi. Dasar -Pemusatan dan pemecaran autoriti.
vii.Strategi -Penugasan autoriti
viii.Taktik -Lini dan staf
ix.Prosedur -Jangkauan Kawalan
x. Alat Perancangan -Rantaian arahan
- Analisis pulangan Modal
- Belanjawan
- Carta Gantt
- PERT
- CPM
2.4 Kepimpinan iv.Kaedah Kawalan.
I)Definisi dan Kepentingan Staf. -awalan
II)Gaya Kepemimpinan -semasa
III)Ciri-ciri pemimpin -selepas
IV)Perbezaan antara pemimpin v. Alat-alat kawalan
dengan pengurus. - Analisis pulangan Modal
v)Peranan pemimpin -Belanjawan
-pemimpin formal -PERT & CPM
-Pemimpin tidak formal. -Carta Gant
VI)Motivasi
- Proses motivasi
-Teori
-Amalan Teori Abraham Maslow 2.6 Penstafan.
-Amalan Teori Motivasi Herzberg i. Definisi dan Kepentingan
-Amalan Teori Motivasi Mc Gregor ii. Analisis kerja
-Perbezaan pendekatan barat dan timur. -huraian tugas
VII)Pembinaan pasukan -Spesifikasi tugas.
- Proses membina pasukan.
iii.Proses pengrekrutan
2.5 Pengawalan
i. Definasi dan kepentingan iv. Proses pemilihan
-Kawalan ke atas organisasi v. Faedah dan ganjaran
-tahap kawalan ke atas program. -Kewangan seperti gaji, upah, bonus,
ii. Jenis Kawalan KWSP, SOCSO dll.
-Dalam -Bukan kewangan seperti cuti,
-Luaran. melancong dll
iii. Proses dan kitaran pengawalan. vi. Pampasan
-menetapkan standard -gratuiti
-mengukur pencapaian -pencen
-langkah kawalan. -faedah penamatan
FUNGSI PENGURUSAN Melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-
sumber organisasi, iaitu manusia, kewangan,
Definisi Pengurusan bahan mentah dan juga modal ke arah
mencapai matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan secara cekap dan berkesan.
Fungsi Pengurusan

Perancangan
Proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang perlu
diambil untuk mencapai matlamat organisasi.
Pengorganisasian
Proses menyususn dan mengagihkan sumber sumber organisasi untuk
melaksanakan tugas yang telah ditetapkan supaya matlamat organisasi dapat
dicapai.
Kepimpinan
Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja melaksanakan
tugas dengan cekap dan berkesan.
Pengawalan
Proses pemantauan prestasi dan memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti
yang telah dijangkakan.
Peranan Pengurus

Komunikator
-melibatkan perhubungan dengan individu dan kumpulan
-peranan komunikator dibahagikan kepada tiga iaitu pemantau,penyampai dan
jurucakap.
Pendorong
-bijak memotivasi dan mendorong pekerja.
-melibatkan pekerja dalam proses membuat keputusan.
Penyelesai masalah
-pengurus perlu berhadapan dengan masalah.
-diselesaikan dengan tegas walaupun tindakan yang diambil tidak disukai.
-perlu memikirkan kesan jangka panjang terhadap organisasi dalam semua
tindakannya.
Usahawan
-perlu membuat keputusan tentang pembaharuan yang diperlukanoleh
organisasi samada dalam bentuk proses pengurusan, pengeluaran barangan
atau perkhidmatan yang ditawarkan .
-pengurus perlu menggunakan inisiatif mereka untuk memulakan perubahan
yang positif.
-bijak mengambil peluang.
Keberkesanan Dan Kecekapan

Kecekapan dan keberkesanan penting dalam pencapaian matlamat supaya


dapat kesemua sumber yang ada digunakan dengan sebaik mungkin tanpa
ada pembaziran dan memastikan apakah matlamat yang ingin dicapai
sebelum memutuskan bagaimana mudah mencapai matlamat tersebut dan
iannya digunakan untuk menilai pengurus.

Keberkesanan:
Sebagai melakukan sesuatu kerja yang betul (doing the right things), iaitu
menyempurnakan sesuatu kerja yang membantu ke arah memenuhi objektif
organisasi.

Kecekapan:
Sebagai melakukan sesuatu kerja dengan betul (doing things right), iaitu
melaksanakan sesuatu kerja dengan usaha, perbelanjaan dan sisa yang
minimum.
Pendekatan dan Evolusi Pengurusan

Evolusi Teori Pengurusan

Perspektif Perspektif Perspektif Perspektif Perspektif


Klasikal gelagat Kuantitatif Sistem Kontingensi

Pengurusan Pengerakkan Sains


saintifik hubungan Pengurusan
manusia
(kajian
Howtown) Pengurusan
Pengurusan
pentadbiran Operasi
(14 prinsip Sains Gelagat
Fayol) org (teori hierarki
klasik keperluan Sistem
Maslow dan Pengurusan
Pengurusan teori X dan Y) Maklumat
Birokrasi)
Definisi sebagai satu proses di mana pengurus menentukan matlamat dan
memutuskan apakah tindakan yang paling sesuai yang perlu
diambil untuk mencapai matlamat tersebut

Kepentingan Perancangan
1. Memberi hala tuju kepada pengurus
Pengurus dapat memastikan apa yang sebebnarnya ingin dilakukan, bagaimana untuk melakukan
sesuatu perkara yang telah diputuskan, mengapa beliau perlu malakukan perkara tersebut, bila untuk
melakukannya dan siapa yang harus melaksanakannya dan sebagainya.

2. Membantu pengurus untuk menyelaras dan mengorganisasi semua sumber yang perlu
digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.
Sumber kebendaan dan sumber manusia dalam organisasi perlu digembeleng.contoh untuk ditingkatkan
jualan.jurujual perlu ada kemahiran untuk menjual,sistem ganjaran juga perlu dirancang.

3. Membantu memfokuskan segala usaha untuk mencapai matlamat.


Semua bahagian atau unit dalam organisasi dapat memahami dengan jelas tentang sumbangan yang
mereka patut berikan.komitmen dan usaha pekerja akan dapat dipentingkan.

4. Membantu pengurus membuat keputusan.


Melalui perancangan jangka pendek dan jangka panjang, pengurus boleh membuat keputusan tentang
tindakan yang sesuai.contoh untuk menjadi pengedar barangan yang terkemuka dirantau Asia.pengurus
perlu membuat keputusan sewajarnya.andaikata jualan tidak sampai sasaran jualan yang telah
ditetapkan, pengurus perlu membuat keputusan tentang negara lain yang mengamalkan pasaran
terbuka yang boleh ditembusi.
Jenis dan tahap rancangan

Rancangan strategik
-Rancangan yang merupakan satu garis panduan kepada sebarang tindakan
yang perlu dilaksanakan.
-Ianya merupakan hala tuju umum organisasi.
-Dibentuk dengan mengambil kira keupayaan organisasi,persekitaran dimana
organisasi beroperasi dan juga matlamat organisasi.

Rancangan taktikal
-Dibentuk oleh pengurus pertengahan.
-Melibatkan jangka waktu sederhana dan pengagihan sumber pada jabatan atau
cawangan.
-Rancangan taktikal perlu mendokong rancangan strategik yang telah ditetapkan.

Rancangan operasi
-Rancangan yang lebih sempit dan khusus untuk satu-satu unit kerja atau
individu.
-Ianya menggariskan dengan lebih khusus peranan dan tanggungjawab yang
perlu dimainkan oleh pihak-pihak yang berkaitan.
Lazimnya dibentuk oleh pengurus bawahan seperti penyelia.
Proses Dan Kitaran Perancangan
1. Menetapkan matlamat/Objektif
-Proses perancangan bermula dengan penetapan matlamat umum dan menyeluruh bagi seluruh
organisasi.Matlamat ini adalah untuk setiap cawangan, jabatan dan unit dalam organisasi.
-Matlamat yang dibentuk perlu jelas disetiap peringkat organisasi.
-Penetapan matlamat perlu ambil kira faktor persekitaran seperti pesaing, pelanggan, teknologi dan
undang undang.

2. Menganalisis persekitaran/Mentafsir kedudukan semasa


-Pengurus perlu memantau persekitaran luaran dan dalaman.
-Pengurus perlu melihat apa yang sedang berlaku dan seterusnya meramal apa yang akan berlaku.
-Contohnya jika diramalkan bahawa ekonomi dunia pada tahun depan akan berkembang dan lebih banyak
negara akan mengamalkan dasar pasaran bebas, pangurus harus merancang untuk menambahkan
pelaburan syarikatnya.

3. Menetapkan tindakan alternatif.


-Langkah krtiga adalah menentukan tindakan alternatif yang perlu diambil.
-Pengurus perlulah menentukan lebih daripada satu cara untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah
ditetapkan.
-Pengurus perlu menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk membantu tindakan alternatif seperti
teknik Delphi.

4. Menilai alternatif dan memilih alternatif


-Pengurus perlu menilai semua tindakan alternatif yang telah dibentuk.
-Penilaian dibuat berdasarkan kekuatan dan kelemahan setiap tindakan alternatif dan bagaimana setiap
alternatif ini dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

5. Memilih dan melaksanakan tindakan.


-Pengurus perlu membuat persiapan keatas setiap alternatif yang telah dibuat dengan teliti.
-Alternatif yang telah dipilih perlu dilaksanakan dengan berkesan dan cekap.
Misi
-Satu kenyataan format yang jelas tentang kewujudannya.
-Berubah ubah mengikut perubahan operasi organisasi.

Objektif
-Merupakan hasil atau keputusan yang dijangkakan dapat dicapai oleh sesebuah
organisasi.
-Lebih luas dan bersifat jangka panjang.

Dasar.
-Satu garis panduan yang umum untuk sesuatu organisasi.
-Membantu memutuskan isu sebelum ia menjadi masalah.

Taktik
-langkah yang digunakan untuk menyokong perlaksanaan rancangan strategik.
-dibentuk dan ditetapkan oleh pengurusan pertengahan.
-menerangkan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap jabatan.

Operasi
-Sasaran atau matlamat yang lebih khusus yang perlu dicapai oleh unit atau individu
pekerja.
-Dibentuk dan ditetapkan oleh pengurus lini dan Rancangan jangka pendek organisasi.

Prosedur / tatacara.
-Tatacara ialah rancangan sedia ada yang menjelaskan apakah tindakan yang perlu
diambil dalam sesuatu situasi.
-Ditulis secara formal dalam buku dan dibuat oleh pengurusan atasan.
Alat-Alat Perancangan

Analisis pulangan modal


Satu teknik yang membantu pembuat keputusan atau pengurus memahami
hubung kait antara volum jualan, kos dan keuntungan.

Belanjawan
Rancangan kegunaan tunggal yang memperuntukkan sumber untuk perlaksanaan
sesuatu aktiviti, projek atau program. Mengenal pasti aktiviti yang perlu diberi
keutamaan.

Carta Gantt
Digunakan untuk menunjukkan setakat manakah kemajuan yang sedang dicapai
bagi setiap aktiviti projek.

Analisis teknik menilai dan menyemak program (PERT)


Digunakan bagi membantu melicinkan pengurusan projek.

Carta Laluan Genting (CPM)


Digunakan untuk membolehkan masa aktiviti diketahui secepat mungkin dan juga
untuk memudahkan pengurus untuk membuat pengawalan dari segi kos.
PENGORGANISASIAN

Definisi: Merupakan proses merangka dan membentuk sumber


manusia dan bukan manusia supaya rancangan organisasi dapat
digerak.

Kepentingan:
1. Dapat membantu pengurus melaksanakan apa yang telah
diputuskan dalam perancangan.
2. Dapat mengelakkan kerja-kerja daripada bertindih.
3. Bertindak sebagai suatu usaha bagi penyatuan kerja.
4. Menjelaskan tugas-tugas setiap individu dalam organisasi.
5. Mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab terhadap siapa.

6. Membentuk saluran komunikasi yang formal.


PROSES PENGORGANISASIAN

1. Menentukan Objektif.
Supaya Objektif tersebut boleh dijadikan panduan unuk
mennetukan aktiviti-aktiviti organisasi yang perlu dilakukan.

2. Pengenalpastian Aktiviti.
Kesimpulan:
Aktiviti-aktiviti ditetapkan dan perlu dikenalpati. Dengan khusus Proses pengorganisasian
dan terperinci melibatkan empat
elemen penting:
3. Pengelasan dan pengelompokan aktiviti. 1. Pengkhususan
Aktiviti akan dikelas dan dikelompokan mengikut bahagian-
bahagian tertentu berdasarkan fungsi dan sifatnya. 2. Pembahagian kerja
3. Penjabatanan
4. Pengagihan tugas
4. Hierarki organisasi
Tugas perlu diagihkan kepada pekerja atau kumpulan yang dan penyelarasan.
mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam bidang tugaas
yang berkaitan.

5. Autoriti dan tangungjawab.


Autoriti dan tangungjawab perlu diberikan kepada pekerja agar
dapat melaksanakan tugasnya dengan cekap dan berkesan dan
menetukan hubungan majikan dengan pekerjanya melalui
rantaian arahan.
Carta Organisasi
STRUKTUR
Manual Organisasi
ORGANISASI
Penjabatanan

Carta Organisasi
Definisi: Merupakan rajah yang memaparkan hubungan autoriti mengikut fungsi,
jabatan dan polisi individu dalam organisasi.

Maklumat-maklumat yang terdapat dalam carta organisasi:


1. Tugas- menunjukkan tugas yang berbeza dalam organisasi.
2. Pembahagian kerja – satu kotak mewakili satu posisi kerja.
3. Peringkat pengurusan – mengambarkan hirarki pengurusan dari pengurus atasan
sehingga pengurusan bawahan.
4. Autoriti lini – Garis menegak dalam carta menunjukkan hubungan autoriti dalam
organisasi.
5. Komunikasi – komunikasi formal akan berlaku mengikut autoriti lini.
Manual Organisasi

Definisi: Dokumen berkaitan dengan polisi dan prosedur organisasi


yang releven dan ia meliputi semua aspek pengurusan organisasi.

Kepentingan: Digunakan untuk membantu pengurus membuat keputusan.


Oleh itu manual organisasi mesti dikaji secara berterusan.

Maklumat dalam manual organisasi:


1. Objektif
2. Kegunaan
3. Bidang kuasa manual berkenaan
4. Aspek-aspek utama dalam sesuatu bidang pengurusan.
Definisi: satu proses mengumpulkan manusia dan aktiviti-
Penjabatanan aktiviti yang sama dan berkaitan ke dalam satu kelompok dan
disusun secara secara sistematik.

Penjabatanan mengikut fungsian

Penjabatanan mengikut produk


atau servis
Penjabatanan
Penjabatanan mengikut pelanggan

Penjabatanan mengikut geografi

Penjabatanan mengikut matriks


Pengurus Besar

Pengurus Pengurus Pengurus


Pemasaran Pengeluaran Sumber
manusia

Pengurus Pengurus
Kewangan Penyelidikan
dan
pembangunan

Penjabatan mengikut fungsian.


Penjabatanan mengikut fungsian
Sesuai kepada organisasi yang mempunyai persekitaran yang mantap dan
kawalan ketat terhadap proses dan operasi.
Contoh: Hospital, universiti, dan syarikat perniagaan.

Kelebihan Kelemahan
1. Menggalakkan pengkhususan 1. Menekankan kepada satu tugas yang
kemahiran. rutin.
2. Kurangkan duplikasi penggunaan 2. Mengurangkan komunikasi antara
sumber. satu jabatan dengan jabatan lain.
3. Meningkatkan pembangunan kerjaya 3. Sukar untuk membuat penjadualan
dan jabatan. antara jabatan dengan jabatan yang
4. Memberi peluang kepada penyelia lain.
dan subordinat berkongsi kemahiran. 4. Lebih mementingkan jabatan
5. Penyelesaian masalah lebih cekap daripada organisasi.
kerana pekerja lebih mahir dalam 5. Pembangunan pengurus dan pekerja
bidang mereka. hanya dalam bidang yang terhad.
6. Keputusan adalah dipusatkan
Penjabatanan mengikut produk atau servis
Sesuai kepada organisasi yang kompleks dan syarikat multinasional yang
mengeluarkan pelbagai jenis produk.
Contohnya: Syarikat Matsushita.

Kelebihan Kelemahan
1. Sesuai untuk organisasi yang 1. Akan berlaku penggunaan sumber
menghadapi perubahan yang cepat dan kemahiran yang tidak cekap.
pada produk. 2. Tidak memupuk koordinasi kegiatan
2. Dapat menyesuai dan mementingkan antara unit produk.
permintaan pelanggan. 3. Perebutan dalam pengagihan
3. Mempunyai tangungjawab yang jelas sumber antara jabatan.
bagi setiap jabatan. 4. Penyelesaian masalah hanya terhad
4. Pembangunan dan perkembangan pada satu jabatan produk.
pengurus didapati disepanjang fungsi 5. Menghadkan pergerakkan kerjaya di
lini. luar unit produk.
Presiden

Naib Naib
Naib Naib Presiden
Presiden Presiden
Presiden Divisyen
Divisyen Divisyen
Divisyen Makanan Snek
Minuman Makanan
Makanan
Beku.
Kesihatan

Pengurus Pengurus Pengurus


Kewangan Pengeluaran Pemasaran

Penjabatan mengikut produk atau Perkhidmatan..


Konsep Pengorgnisasian

Autoriti

-Hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan sesuatu
kerja.
-Ianya membolehkan mengarah dan menurunkan kuasanya kepada staf dibawahnya.
-Hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada ruang lingkup
yang terhad.

Tanggungjawab
-Kewajipan seseorang pekerja untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya.
-Apabila pengurus mengarahkan pekerja untuk membuat sesuatu kerja maka pekerja
tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja tersebut

Akauntabiliti
-Harapan bahawa setiap pekerja boleh dipersalahkan atau diberi penghargaan atas
hasil kerja yang dicapai.
-Pekerja yang mempunyai akauntabiliti akan bertanggungjawab penuh keatas apa yang
dihasilkannya.
-Dia tidak akan meletakkan kesalahannya ke atas bahu orang lain.
Pemusatan dan Pemencaran Autoriti

Pemusatan Autoriti: Berlaku apabila autoriti dipusatkan kepada pihak pengurusan


atasan, ini bermaksud keputusan dibuat oleh pihak pengurusan atasan yang memegang
autoriti.

Pemencaran Autoriti: Berlaku apabila pihak atasan memberikan autoriti kepada


jabatan atau pengurus di bawahnya membuat keputusan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemusatan dan pemencaran autoriti.


1. Falsafah pengurusan organisasi
2. Sejarah pertumbuhan organisasi
3. Penyebaran geografik organisasi
4. Sama ada terdapatnya kawalan yang berkesan
5. Mutu pengurusan diperingkat yang berbeza
6. Pelbagai pengeluaran dan perkhidmatan yang disediakan
7. Kos membuat keputusan dan risiko
8. Tempoh yang diberi untuk membuat keputusan
9. Faktor persekitaran.
10. Keseragaman polisi dan dasar.
11. Ciri-ciri dan sifat tugas
12. Kematangan dan kebolehan subodinat
Kelebihan pemusatan autoriti: Kelemahan pemusatan autoriti:
1. Membolehkan kawalan yang 1. Tidak memberi peluang membentuk pengalaman
lebih berkesan dilakukan dan di kalangan pihak bawahan.
mengurangkan keperluan 2. Subordinat akan merasakan mereka tidak
kepada membuat keputusan. dipedulikan. Ia mengurangkan motivasi
keberkesanan mereka.
2. Pelan tindakan yang lebih
seragam dan tersusun. 3. Meletakkan autoriti untuk membuat keputusan
terlalu jauh dari tempat keputusan akan
3. Keputusan yang lebih selari dilaksana sehingga memungkinkan realiti dan
dan memenuhi tuntutan keadaan sebenar tidak dapat difahami dengan
organisasi secara baik.
keseluruhan. 4. Membuat keputusan akan menjadi lebih rumit
4. Mengurangkan risiko dan memakan masa yang panjang, kerana
kesilapaan yang dilakukan terlalu banyak peringkat pengurusan yang perlu
dilalui.
oleh staf bawahan yang tidak
berkebolehan. 5. Kos kendalian yang tinggi menyebabkan
maklumat terpaksa dihantar melalui saluran yang
5. Penggunaan khidmat pakar khusus.
secara maksimum.
6. Terlalu membebankan pengurusan atasan.
Mereka tidak dapat menggunakan masa yang
lebih untuk perancangan startegik bagi mencapai
objektof organisasi.
7. Inovasi dan kreativiti sukar dicetuskan.
8. Boleh mendorong berlakunya rasuah.
Penugasan Autoriti
Adalah satu proses di mana pngurus memberikan hak kepada subodinat untuk membuat
keputusan dan bertindak dalam bidang tertentu. Dan ini bermaksud pengurus memberikan
tugas kepada subodinat berserta kuasa bagi membuat kerja dengan berkesan.
penugasan autoriti bermula dari tanggungjawab.
Komponen asas bagi proses penugasan autoriti adalah menetapkan hasil yang diharapkan
memberikan tugas dan autoriti yang diperlukan untuk mencapi hasil tersebut.

Autoriti lini dan staf

Autoriti lini: merupakan autoriti yang paling utama dalam sesebuah organisasi. Dimiliki
oleh pengurus yang mempunyai hak untuk mengarah dan mengawal aktiviti staf
bawahannya yang melakukan tugas penting untuk mencapi objektif organisasinya.
Lazimnya terdiri daripada pangurus yang mengawal dan menguruskan aktiviti utama
organisasi
.

Autoriti Staf: mempunyai hak untuk tidak memberikan cadangan,nasihat,membuat


penyelidikan,menyediakan perkhidmatan dan perkhidmatan khusus kepada mereka yang
mempunyai autoriti lini.
Jangkauan Kawalan

Ianya merujuk kepada sekumpulan subodinat yang bertangungjawab secara langsung


kepada seseorang eksekutif atau penyelia. Mempunyai implikasi dari segi implikasi dan
penyeliaan. Jangkauan kawalan memberi kesan kepada bilangan tahap pada peringkat
organisasi.

Rajah: Jangkauan kawalan yang sempit

Rajah: Jangkauan kawalan yang luas

Rantaian arahan
Garisan autoriti yang tidak terputus yang menyambungkan setiap individu dengan pihak
pengurusan atasan melalui jawatan pengurusan disetiap tahap pengurusan.Terdapat dua
prinsip asas yang digunakan untuk membentuk rantaian arahan iaitu rantaian arahan yang
mengikut skalar dan rantaian arahan mengikut prinsip satu arahan.
KEPIMPINAN
DEFINISI: Merupakan satu proses di mana pemimpin akan cuba mempengaruhi
gelagat atau tingkah laku pekerjanya supaya melaksanakan sesuatu tugas bagi
mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi berkenaan

KEPENTINGAN:
1. Kepimpinan melibatkan orang lain. Jika pengikut sanggup menerima
arahannya bermaksud kepimpinannya diterima.
2. Kepimpinan melibatkan pengagihan kuasa antara pemimpin dan ahli
kumpulannya.
3. Seseorang pemimpin mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai
bentuk kuasa untuk mempengaruhi gelgat pekerjanya.
4. Kepimpinan mewujudkan nilai moral seseorang pemimpin.

GAYA KEPIMPINAN:
Adalah berhubung dengan pendekatan yang digunakan oleh seseorang
pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya.
KAJIAN UNIVERSITI OHIO

T Gaya Kepimpinan Penyertaan Gaya Kepimpinan Sokongan


i
Struktur rendah Struktur tinggi
m
b Timbang Rasa tinggi Timbang Rasa Tinggi
a
n Gaya Kepimpinan Bebas Gaya Kepimpinan Autokratik
g Struktur Rendah Struktur Tinggi
R Timbang Rasa Rendah. Timbang Rasa Rendah
a
s
a
Struktur

KAJIAN UNIVERSITI MICHIGAN


Gelagat Berorentasikan Tugas Gelagat Berorentasikan Pekerja.
(Job-centered behavior) (Employee-centered behavior)
-Fokus pimpinan kepada kerja-kerja -Fokuskan kepada subordinat.
yang dilakukan oleh subordinat. -Sangat mengambil berat tentang
- Pemimipin akan lebih berminat keperluan peribadi subordinat.
terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh
subordinat.
GAYA KEPIMPINAN AUTORITI

Gaya Kepimpinan Gaya Kepimpinan Gaya Kepimpinan Bebas


Autokratik Demokratik -Memebri kebebasan kepada
-Proses pembuatan -Melibatkan subordinat dalamsubordinat untuk membuat
keputusan hanya dibuat oleh proses membuat keputusan. keputusan dan bertindak.
pengurus. -Pengurus berbincang -Subordianat akan membuat
- Subordinat tidak terlibat dengan subordinat dalam keputusan
dalam proses pembuatan proses membuat keputusan. -Sesuai untuk pekerja yang
keputusan. -Gaya ini akan dapat bermotivasi tinggi,
- Gaya ini sesuai kepada berpengalaman,
organisasi yang menghadapi berpengetahuan, dan
krisis, mempunyai pekerja berkemahiran dalam
baru dan pekerja yang tidak kerjanya. Pekerja yang
bermotivasi. sesuai ialah doktor, guru,
jurutera dan lain-lain.
CIRI-CIRI PEMIMPIN

1. Bertanggungjawab, berkeyakinan, dan bersemangat.


2. Berpengetahuan, berkemahiran, dan berkebolehan dalam kerjaya.
3. Bertimbang rasa dan bertolak ansur.
4. Adil jujur dan amanah
5. Mempunyai disiplin diri yang tinggi.
6. Bersedia menerima teguran serta bersedia mengakui dan membetulkan
kesilapan diri.
7. Tidak mendahulukan kepentingan diri.
8. Tidak memandang rendah terhadap kebolehan pekerja.
9. Tekun dan sabar.
SOKONGAN YANG BOLEH DIBERI OLEH PEMIMPIN KEPADA PEKERJA.

1. Memberi keyakinan kepada pekerja dan mengakui kebolehan pekerja.


2. Menjelaskan matlamat pekerja dan tugas dengan terang kepada mereka.
3. Melibatkan pekerja dalam aktiviti tertentu.
4. Memberi latihan, pendidikan dan pendedahan yang sempurna kepada
pekerja.
5. Memberi sokongan moral dan material kepada pekerja dalam menjalankan
tugas mereka.
6. Memberi ganjaran yang sesuai dan berpatutan disamping peluang
memajukan diri mereka.
7. Menetapkan standard dan memberi maklum balas pencapaian prestasi
kepada pekerja dengan jelas dan jujur.
8. Mewujudkan hubungan dua hala antara pemimpin dengan pekerja.
9. Mengambil berat tentang kebajikan pekerja.
PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN DENGAN PENGURUS.

PEMIMPIN PENGURUS
-Melakukan perkara yang -Melakukan kerja dengan
betul betul.
- Perubahan -Status quo
- Jangka panjang -Jangka pendek
- Hasil (ends) -Kaedah (means)
- Architects -Builder penyelesai masalah.
- Motivasi dan sumber
inspirasi

* Menurut Professor Warren Bennis.


PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN DENGAN PENGURUS.
Status/Demensi Pemimpin Pengurus

Sifat peribadi Interaksi dengan pekerja Tidak melibatkan interaksi


untuk mempengaruhi peribadi.
mereka.
Kedudukan dalam Tidak semestinya Disebabkan oleh kedudukan
organisasi mempunyai kedudukan dan jawatan yang formal
yang formal dalam dalam organisasi.
organisasi.
Sikap dan Aktif dari segi Pasif dan memntingkan
motivasi kemanusiaan disebabkan pencapaian matlamat.
fungsi mempengaruhi
pengikutnya.

Skop pendekatan. Menandatangani Menghadapi kerumitan dan


perubahan dengan masalah dalam organisasi
membentuk visi tertentu. dan memastikan organisasi
berjalan dengan betul
PERANAN PEMIMPIN

PERANAN PEMIMPIN FORMAL PERANAN PEMIMPIN TIDAK FORMAL


Terhasil daripada lantikan secara Tidak mempunyai autoriti yang sah
formal berdasarkan kedudukan formal untuk memimpin dan mempengaruhi
dalam organisasi. Mereka diberi autoriti individu yang lain.
oleh organisasi bagi mencapai
matlamat organisasi.

PERANAN LAIN YANG DIMAINKAN OLEH PEMIMPIN


1. Menetapkan peranan, tangungjawab dan autoriti setiap ahli untuk
melaksanakan tugas masing-masing.
2. Memastikan ahli-ahli kumpulan kerja mempunyai hubungan erat
antara satu sama lain.
3. Mewujudkan persaingan yang sihat di antara subordinat.
4. Membina matlamat yang boleh dikongsi bersama.
5. Memastikan subordinat faham tentang saling perkaitan tugas
antara satu sama lain.
6. Mewujudkan perasaan saling bergantungan antara semua
subordinat.
MOTIVASI
DEFINISI: Motivasi merupakan satu proses yang kompleks yang melibatkan
keadaan dalaman (perasaaan manusia dan ransangan) dan luaran individu
(pelakuan dan tindakan)

PROSES MOTIVASI

Kehendak belum Keresahan @


dicapai @ Tekanan
Keperluan yang Rangsangan
tidak dipenuhi. untuk
mengambil
tindakan

Perlakuan/Gelagat @ Usaha.
Kepuasan @
Kekurangan , Kehendak -Memulakan usaha.
hilang tercapai @ -Menghalatujukan usaha.
keresahan Prestasi.
-- Meneruskan usaha.
Teori Motivasi Abraham Maslow

TEORI MOTIVASI Teori Motivasi Herzberg

Teori Motivasi McGregor


Keperluan
Teori Motivasi Abraham Maslow Pencapaian Hasrat
diri
-Pencapaian potensi
diri.
-Bebas
A
Keperluan -Kreativiti t
Penghargaan -Penonjolan diri a
-Tangungjawab - Penghargaan s
a
Keperluan -Harga Diri - Status n
Sosial - Penghormatan
Keperluan -Persahabatan - Kasih sayang
Keselamatan -Penerimaan - Berkumpulan
Keperluan -Keselamatan diri -kesesuaian iklim B
Fisiologi -kesihatan - elak risiko - keamanan. a
w
-Makanan dan minuman - Perlindungan -Udara a
-Pakaian - Keselesaan h
a
n
BAGAIMANAKAH KEPERLUAN DALAM TEORI MOTIVASI ABRAHAM
MASLOW DAPAT DIPENUHI.

1. KEPERLUAN FISIOLOGI: - Manusia harus berusaha atau bekerja untuk


mendapat upah, gaji dan keuntungan.
2. KEPERLUAN KESELAMATAN: Mewujudkan suasana tempat kerja yang
bersih disamping mengadakan skim pencen dan insurans untuk menjamin
keselamatan dan masa depan mereka.

3. KEPERLUAN SOSIAL: Pekerja perlu berinteraksi, di mana pekerja akan


dikumpul dalam unit kerja tertentu untuk berinteraksi bagi mewujudkan
kerjasama untuk mencapai matlamat organisai.

4. KEPERLUAN PENGHARGAAN: Agak sukar dipenuhi, akan dapat dicapai


sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi yang baik dan diberikan
kenaikan pangkat, gaji yang tinggi, penghargaan kerja dan lain-lain
ganjaran yang melibatkan kenaikan status.

5. KEPERLUAN PENCAPIAN HASRAT DIRI: Pencapian yang terakhir,


keperluan ini melibatkan penggunaan bakat dan potensi yang ada padanya
untuk diadaptasi kepada pekerjaan yang mencabar, berorentasikan
pencapaian, kreativiti dan bercita-cita tinggi.
TEORI MOTIVASI HERZBERG (model dua faktoar)

1. Faktor Penjagaan: 2. Faktor Motivasi.


a. Pencapaian – peluang untuk
a. Upah dan gaji mencapai matlamat dalam kerja
b. Keselamatan kerja yang mencabar.

c. Keselamatan Tempat Kerja b. Penghargaan terhadap


sumbangan yang telah
d. Polisi syarikat dan pentadbiran diberikan
yang adil c. Diberi tangungjawab dan tugas
baru.
e. Interpersonel Skil. d. Kemajuan, peluang untuk
f. Status majukan diri.
e. Kerja yang boleh memberikan
kepuasan.
TEORI MOTIVASI MC GREGOR

TEORI X TEORI Y
1. Pekerja tidak suka bekerja dan 1. Sebahagian besar pekerja suka
cuba mengelak diri dari membuat melakukan kerja.
kerja. 2. Suka mengambil tangungjawab
2. Pekerja perlu dipaksa, diancam dan suka memimpin
dan diarah bekerja. 3. Mempunyai komitmen untuk
3. Pekerja malas dan cuba mencapai matlamat organisasi
mengelak diri dari tangungjawab, dan berkeinginan untuk
tiada cita-cita dan lebih melakukan kerja dengan baik.
mementingkan keselamatan diri. 4. Insentif kewangan bukan faktor
4. Pekerja cuba mengelak diri utama
daripada memimpin. 5. Motivasi dan potensi pekerja
5. Hanya melakukan kerja dengan sudah wujud dalam diri pekerja
baik jika ada imbuhan kewangan. dan pihak pengurusan hanya
perlu mengilap potensi tersebut
sahaja.
PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN TIMUR DAN PENDEKATAN BARAT

PENDEKATAN BARAT PENDEKATAN TIMUR

- Motivasi sebagai proses psikologi yang -Masih melihat faktor motivasi sebagai
mendorong manusia mencapai elemen elemen yang mendorong manusia
yang bersifat fizikal dan lahiriah. (lihat teori- untuk bertindak dengan lebih efektif.
teori barat) -Timur turut memasukkan elemen
- Pencapaian manusia akan lebih tinggi jika agama dan sosiobudaya dalam teori
wujud elemen ganjaran yang diukur dalam motivasinya.
bentuk fizikal dan lahiriah. -Pada pandangan pekerja melakukan
- Pihak pengurusan harus menyediakan kerja yang dengan baik merupakan
prasarana yang baik dan mencukupi, ibadat.
menjaga kelselamatan pekerja dan -Rezeki mestilah dari sumber yang
memberi ganjaran dalam bentuk bonus, halal oleh itu mereka perlu bekerja
kenaikan pangkat dan kuasa. dengan jujur dan tangungjawab.
- Barat tidak menekankan aspek -Dari segi sosiobudaya timur kuat
sosiobudaya dan agama, kesannya masih berpegang teguh kepada adat dan
ada pekerja di barat masih melakukan budaya masing-masing.
tunjuk perasaan walaupun tuntutan dari -Contoh masyarakat Jepun diasuh
segi fizikal dan lahiriah mereka sudah rajin bekerja sejak dari kecil.
dipenuhi.
Definisi: Sebagai dua atau lebih individu yang
bebas berinteraksi antara satu sama lain di
PEMBINAAN PASUKAN.
samping berkongsi tujuan dan identiti.

Dimensi-dimensi dalam membentuk sesebuah pasukan.


1. Perlu terdiri daripada dua atau lebih orang.
2. Setiap individu bebas berinteraksi.
3. Setiap individu samada lelaki atau perempuan mesti berkongsi identiti dalam
usaha berinteraksi antara satu sama lain.
4. Interaksi antara individu yang menpunyai identiti yang sama harus
mempunyai tujuan yang sama.

Proses pembinaan pasukan.

1. Mewujudkan tarikan antara perorangan @ Pembentukan (Forming)


2. Mewujudkan kehendak ahli dengan kehendak kumpulan. @ Pertelingkahan
(Storming)
3. Menggalakkan penyertaan ahli di dalam kumpulan.@ Penormaan (Norming)
4. Menggalakkan interaksi sesama ahli pasukan @ Pelaksaan (Performing)
5. Menggalakkan pencapaian matlamat pasukan dan bukannya matlamat individu @
Pembubaran (Adjourning)
Definisi: Merupakan proses memantau prestasi
dan mengambil tindakan untuk memastikan
pencapaian hasil yang diingini.
KEPENTINGAN:
1. Memastikan keseluruhan arah tuju kumpulan atau individu adalah konsisten
dengan rancangan organisasi jangka pendek dan jangka panjang.
2. Memastikan penyempurnaan tugasan dan objektif adalah konsisten antara
satu sama lain dalam organisasi secara keseluruhannya.
3. Memastikan pematuhan peraturan dan polisi organisasi yang penting.

1. Kawalan Strategik. – Kawalan pada tahap eksekutif (pengurusan


atasan.

2. Kawalan taktikal. – Kawalan pada tahap taktikal.(Pengurusan


pertengahan)

3. Kawalan Operasi. – Kawalan pada tahap penyeliaan


(pengurusan penyeliaan @ lini).
JENIS-JENIS KAWALAN

Kawalan Dalaman
-Membenarkan individu dan pasukan mengamalkan kawalan disiplin kendiri.
-Berasaskan pengamalan Teori Y oleh Mc Gregor.
-Memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi antara pekerja dengan pihak
pengurusan.

Kawalan Luaran
-Memerlukan penyeliaan dan penggunaan sistem pentadbiran yang formal
untuk mengawal gelagat pekerja.
-Melalui penyeliaan, pengurus dapat mengenalpasti kesilapan yang dilakukan
oleh pekerja dan membuat tindakan pembetulan.
-Penggunaan sistem pentadbiran yang formal pula merujuk kepada
penggunaan sistem ganjaran, peraturan dan tatacara sebagai alat kawalan
pelakuan organisasi.
PROSES DAN KITARAN PENGAWALAN

1.Menetapkan
Standard dan
Objektif
Pencapaian.

Mengambil 2.Mengukur
tindakan Pencapaian
pembetulan. Sebenar.

3.Membanding
Pencapaian
Sebenar dengan
Objektif Dan
Standard.
KAEDAH KAWALAN.
- Kawalan terhadap input
- Memastikan input memenuhi standart/ bahan mentah berkualiti
- Bahan mentah kedapatan apabila sampai masa yang dikehendaki.
AWALAN
- Kos yang berpatutan
- Tenaga kerja yang berkemampuan/ mahir
- Mesin dan peralatan sentiasa efisyen.
- Kemudahan asas.
- Berbentuk pencegahan.

-Proses pengeluaran dalam kilang perlu dikawal.


-Prosedur kerja standart – perlu diikuti.
-Penyelarasan dan penyeliaan yang rapi.
SEMASA -Pemantauan/ semakan yang berterusan.
-Pembetulan segera.
-Berbentuk pembetulan.

- Output mengikut standart diperlukan


- Siap pada masa yang diperlukan
SELEPAS - Penghantaran yang cekap / on time
- Kawalan terhadap jurujual/ penjualan.
- Kawalan harga, kuantiti, stok dan lain-lain.
- Berbentuk penilaian.
SISTEM KAWALAN YANG BERKESAN.
1. Strategik dan mudah dicapai. – Dapat menyokong perancangan startegik dan
tertumpu pada aktiviti-aktiviti penting.

2. Dapat difahami – Dapat dipersembahkan dalam data atau istilah yang mudah difahami.
3. Segera – Harus dapat mengesan sebarang penyelewengan dengan kadar yang segera.
4. Luwes atau anjal – Memberi individu membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya
aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

5. Menyokong kawalan kendiri – Pekerja digalak saling mempercayai sesama mereka


dan mengamalkan komunikasi yang berkesan dan melibatkan semua individu dalam
organisasi.

6. Bersifat positif – Menekankan kepada pembangunan, perubahan dan penambahbaikan,


sementara hukuman dan teguran harus dielakkan.

7. Adil dan objektif.- Sistem kawalan harus dilihat sebagai saksama dan tepat oleh
setiap pekerja dan dapat diterima sebagai asas pengukuran prestasi.

8. Ketepatan maklumat
9. Ketepatan masa.
10. Tindakan pembaikan
11. Ekonomi kawalan.
Alat-alat Kawalan.

a) Analisis Pulangan Modal


Merupakan kaedah algebra dan kaedah graf. Ia digunakan sebagai alat kawalan
pengurusan untuk menentukan tingkat aktiviti di mana pengeluar tidak mendapat untung
atau rugi yang dikenali sebagai titik pulangan modal. Iaitu pada tingkat jumlah hasil yang
diperolehi sama dengan jumlah belanja yang dipadankan dengannya.
Analisis menunjukkan kesan atau akibat dari perubahan dalam jumlah hasil atau kos atau
kedua-duanya pada pelbagai tingkat aktiviti. Analisis dapat digunakan untuk menentukan
tingkat keluaran pada TPM dalam unit dan ringgit, untung atau rugi pada tingkat jualan
yang dijangkakan dan harga minimum yang perlu dikenakan untuk mencapai untung yang
dikehendaki dan unit jualan minimum yang perlu untuk mencapai untung.
b) Belanjawan
Merupakan ikhtisar semua belanjawan individu yang menunjukkan aktiviti syarikat dari
segi hubungan antara volum, kos, keuntungn, penggunaan modal dan pulangan
pelaburan.
Belanjawan boleh digunakan oleh pihak pengurusan atasan untuk menentukan
kedudukan syarikat secara keseluruhan dalam mencapai objektif.
Ia juga boleh digunakan sebagai alat untuk menilai setiap prestasi jabatan. Iaitu dengan
membandingkan prestasi semasa dengan belanjawan yang dibuat.
Pada lazimnya terdapat tiga pusat tanggungjawab iaitu pusat hasil, pusat kos dan pusat
keuntungan yang mana prestasi akan dinilai berdasarkan belanjawan masing-masing.
c) Carta Gantt

Ianya diperkenalkan oleh Henry L.Gantt. Carta ini dapat menunjukkan hubungan
masa antara kejadian sesuatu program pengeluaran telah dianggap sebagai
sesuatu revolusi di dalam bidang pengurusan.
Carta ini merupakan satu kaedah untuk mengagih masa mesin atau masa
penggunaan tenaga manusia dalam melaksanakan fungsi-fungsi pengeluaran agar
berjalan dengan lancar atau pengunaan tenaga manusia dari satu bahagian
pembuatan kepada bahagian pembuatan yang lain tanpa membazirkan masa atau
dengan pembaziran masa yang terminimum.

d) Analisis PERT/CPM (TEKNIK MENILAI & MENYEMAK PROGRAM/CARA LALUAN GENTING)

PERT: menggunakan anggaran yang berunsurkan kebarangkalian bagi


jangka masa kegiatan. Terdapat tiga masa bagi PERT;
i.Masa Optimistik- masa yang diperlukan jika semua berjalan dengan
lancar.
ii.Masa paling mungkin- masa sebenar diperlukan.
iii.Masa pesemistik- anggaran masa untuk kejadian luar jangka.
Sebagai mengisi dan memelihara jawatan di dalam struktur
organisasi dengan mengenalpasti keperluan tenaga kerja,
menginventorikan tenaga kerja, mengambil, memelihara,
menempatkan, menaikkan pangkat, menilai, merancang
Definisi dan kepentingan
kerjaya, memberi pampasan dan melatih pekerja supaya
mereka dapat menyempurnakan tugas mereka dengan
cekap dan berkesan.

Analisis Kerja

Analisis kerja-titik tolak kepada semua aktiviti pengurusan sumber manusia .Sebarang keputusan
yang perlu dibuat berkenaan dengan penstafan,pengrekrutan ,latihan dan sebagainya mesti
berdasarkan analisis kerja.Ini kerana analisis kerja menggariskan secara terperinci jenis jenis kerja
dan keperluan kerja dalam sesebuah organisasi. Ianya dibahagikan kepada dua iaitu huraian tugas
dan spesifikasi tugas.

Enam persoalan penting dalam analisis kerja

-Apakah tugas fizikal dan mental yang dilakukan oleh pekerja.


-Bilakah kerja tersebut dilaksanakan.
-Dimana kerja tersebut dilaksanakan.
-Bagaimana pekeja melakukan kerja tersebut.
-Mengapa kerja tersebut perlu dilakukan.
-Apakah kelayakan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja tersebut.

Kegunaan kepada pengurus sumber manusia.

-Membantu pengurus membuat keputusan tentang aktiviti aktiviti penstafan.


-Lazimnya maklumat yang didokumenkan dan direkodkan perlu disemak dan diubah sekiranya
perlu.
-Contohnya apabila sesuatu jawatan sudah dilupuskan maka maklumat tentang kerja tersebut
sudah tidak relevan.
Proses pemilihan

Melengkapkan borang permohonan

Temuduga awal di Jabatan Sumber Manusia

Ujian Pekerjaan Ujian pencapaian, ujian cenderung, cerdas

Penyiasatan latar belakang

Pemilihan awal di Jabatan Sumber Manusia

Temuduga panel atau penyelia

Pemeriksaan kesihatan

Keputusan pengambilan
Huraian tugas

-Adalah dokumen kerja yang sangat berguna.Sebarang keputusan yang


perlu dibuat berkenaan dengan penstafan, pengrekrutan,latihan dan
sebagainya
-Huraian kerja menggariskan secara terperinci jenis-jenis kerja dan
keperluan kerja dalam sesebuah organisasi.
-Ianya merupakan kenyataan tentang tanggungjawab,keadaan kerja dan
lain-lain keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kerja.

Spesifikasi tugas

-Merupakan kenyataan berhubung dengan kemahiran,keupayaan


,pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk melaksanakan kerja
-Kelayakan minima ialah standard asas yang perlu ada pada pemohon
jawatan sekiranya ingin dipertimbangkan untuk menapis pemohon
pemohon jawatan semasa proses pengrekrutan dan pemilihan.
Proses Pengrekrutan

Perancangan Sumber Manusia


-Kekurangan sumber manusia
- Terdapat jawatan kosong yang perlu diisi.

Semakan Maklumat Analisis Kerja


-Huraian Kerja
-Spesifikasi kerja

Kenalpasti Sumber Pengrekrutan


Sumber Dalaman (pekerja sedia ada)
Sumber Luaran (calon pekerja dari luar
organisasi
Kewangan
Faedah dan ganjaran
Bukan Kewangan

Sebab majikan menyediakan faedah kepada pekerja:


1. Menarik kakitangan baru untk memasuki organisasi.
2. Mengekalkan pekerja-pekerja sedia ada.
3. Meningkatkan semangat para pekerja.

Komponen Faedah:
1. Faedah Keselamatan dan kesihatan. Contoh faedah persaraan,
pampasan kerja, insurans dan perubatan
2. Faedah bayaran masa tidak bekerja.. Contohnya cuti tahunan ,
cuti umum dan cuti sakit
3. Subsidi dan perkhidmatan.Contoh, kantin, pengangkutan,
pusat jagaan kanak-kanak dan lain-lain.
4. Kemudahan pendidikan dan bayaran balik.
Faktor-faktor yang mempengaruhi keutamaan majikan dalam
menentukan pakej faedah yang menarik.
1. Jumlah kos pampasan
2. Perbandingan antara kos dan faedah
3. Tawaran pesaing
4. Peranan faedah dalam menarik, mengekal dan memotivasikan pekerja.
5. Keperluan undang-undang
6. Jenis kerja yang dilakukan dan jawatan yang dipegang
7. Kesatuan sekerja
8. Lokasi geografi.
Pampasan Sebarang bentuk ganjaran yang diterima oleh
pekerja daripada organisasi disebabkan sumbangan
yang telah diberikan kepada organisasi.

Bentuk-Bentuk Pampasan

Pencen
-Bayaran bulanan yang diberikan kepada pekerja yang telah bersara
-Formula menghiting pencen ialah 1/600(tp)(ga)

Ganjaran perkhidmatan
-Bayaran yang dibuat sekaligus selepas tamat tempoh perkhidmatan
seseorang pekerja
-Formula pengiraan ialah 0.075(tp)(ga)

Gantian cuti rehat


-Wang tunai yang diberikan kepada pesara untuk menggantikan cuti rehat
yang tidak dapat diambil disebabkan oleh permintaan tugas dan yang telah
dikumpulkan setiap tahun
-Formula pengiraan ialah1/3(cuti rehat terkumpul)(ga)+imbuhan tetap.