Anda di halaman 1dari 4

TAMADUN DUNIA:TEMA1:MANUSIA DAN

MASYARAKAT
Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, Mohenjo Daro dan Harapa, Arab,
Yunani,Rom,Melayu dan Barat.
Tempat-tempat lahirnya tamadun awal ialah :Lembah Tigris - Euphrates : Tamadun Mesopotamia
atau Sumeria (3500 SM-2000 SM), Lembah Nil : Tamadun Mesir (310SM - 1075SM), Lembah
Indus : Tamadun Indus ( 2500SM -1500SM), Lembah Huang Ho : Tamadun Shang (1800SM),
Di Amerika Selatan : Tamadun Inca, Maya, Aztec, Di Yunani: Tamadun Crete, Di Tanah Arab :
Tamadun Arab, Di Rom : Tamadun Rom, Di Tanah Melayu : Tamadun Melayu, Di Barat
( Eropah) : Tamadun Barat
Petempatan Tamadun Mesopotamia :Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Sm
hingga 2000 Sm itu terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. Nama
Mesopotamia diberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orang Sumeria, diteruskan
oleh orang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. Orang Sumeria dipercayai berasal dari
dataran tinggi Asia Tengah. Lembah Sungai Tigris dan Euphrates membolehkan penduduknya
mengusahakan pertanian secara besar-besaran.
Petempatan Tamadun Mesir :Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di Lembah Sungai
Nil, Negeri Mesir. Orang Mesir menganggap Mesir adalah ‘hadiah daripada Sungai Nil’. Ini
adalah kerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidak subur.
Sungai yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muara membawa tanah hitam yang subur
apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai. Tanah yang subur ini memboleh penanaman 2
atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanah subur yang terhad itu orang Mesir mengusahan
tanaman dan membuat sistem pengairan. Di sebelah utara negeri ini terbentang Laut
Mediterranean.
Petempatan Tamadun Indus / India :Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM
ini terletak di Lembah Sungai Indus, negara India.. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir,
tamadun ini juga membawa penduduknya terlibat dalam bidang pertanian. Kegiatan pertanian
telah dikesan di dataran lanar Sungai Indus sejak tahun 3000SM lagi.
Petempatan Tamadun China :Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh
Tamadun Shang (1500SM - 1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu
di lembah Sungai Kuning atau Sungai Hwang Ho di utara negara China. Dari China Utara ini
pertanian berkembang, diikuti tamadun dan perluasan politik yang kemudian aspek-aspek ini
berkembang ke selatan Tamadun China ini seterusnya tersebar luas ke Jepun, Korea dan ke Asia
Tenggara.
Petempatan Tamadun Yunani :Tamadun Crete ( 2000SM - 1400SM) mengambil sempena nama
Pulau Crete yang merupakan salah sebuah pulau Greek merupakan tamadun terawal di Eropah.
Tamadun ini tidak seperti tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China yang
kesemuanya wujud di kawasn lembah sungai yang subur. Tanah di kawasan Pulau Crete ini tidak
subur untuk pertanian. Penduduknya bergantung kepada perdagangan. Hubungan lebih kepada
laut. Dengan itu aktiviti mereka condong kepada pengembaraan, menjelajah, menerokai tanah-
tanah baru di samping berniaga. Sebab itulah mereka membuat hubungan dengan tempat lain
seperti dengan tamadun Nil, Parsi dan Sumeria.
Petempatan Tamadun Rom :Rom terletak di atas sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber, Itali. Di
selatannya terbentang Laut Mediterranean.Tamadun ini dikembangkan oleh pendatang-
pendatang seperti orang-orang Aryan/Latin ( pantai barat Itali), orang-orang Etruscan (sebelah
utara dari kawasan kediaman orang Aryan) dan orang-orang Yunani ( di selatan Itali dan Pulau
Sicily).
Petempatan Tamadun Arab :Ia berkambang di negara Arab yang terletak di kawasan Timur
Tengah. Konsep tamadun Arab ini berbeza antara sarjana Islam dan ahli sejarah Barat. Bagi
sarjana Islam, negara Arab pasa Zaman Jahiliah hidup dalam kebodohan dan tidak teratur dalam
semua bidang kerana ketiadaan Rasul dan kitab agama sebagai petunjuk dan panduan hidup.
P.K.Hitti yang mewakili ahli sarjana Barat berpendapat, masyarakat Arab Zaman Jahiliah hanya
jahil dari aspek agama dan moral sahaja tetapi bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan
ilmu pengetahuan ( tamadun Sabak di Selatan Semenanjung Arab dan Mekah di kawasan Tengah
Semenanjung Arab)
Petempatan Tamadun Barat / Eropah :Tamadun ini terletak di Eropah. Ia bermula menjelang
tahun 1500 M dan dikenali sebagai Zaman Moden Awal Eropah selepas berakhirnya Zaman
Gelap Eropah ( Zaman Gelap bermula selepas kejatuhan Rom) Benua Eropah mula menempun
perubahan dan kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Bermula zaman inilah kuasa-kuasa
Eropah menjelajah, meneroka dan berinteraksi dengan kuasa-kuasa lain di luar Eropah.
Perbandaran Tamadun Mesopotamia :Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat
tinggal. Dari hidup berkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi
bandar dan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadun Mesopotamia. Selepas 2500 tahun
orang Sumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam, kampung-kampung mereka telah
berkembang menjadi bandar dan seterusnya menjadi kota. Di peringkat inilah orang Sumeria
dikatakan memperoleh ciri-ciri bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat Sumerialah yang
telah membina bandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar di Sumer disebut kota dan
negara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebas dengan raja dan
dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Contoh bandar
dalam tamadun ini ialah , bandar Ur dan Lagash ( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan
Kish. Bandar-bandar Ur, Assur dan Nippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang
dibina secara terancang. Kota Sumeria terletak di tebing sebuah terusan atau sungai berhadapan
dengan hutan yang mengandungi rumpun-rumpun pohon kurma, delima, fig dan anggur.Di
sebalik hutan ini terdapat tanaman gandum dan barli dan seterusnya terdapat padang-padang
rumput untuk binatang ternakan mereka. Setiap kota mempunyai peraturan dan undang-undang
perairan yang rumit. Setiap kota mempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata dan
juga sebuah ziggurat ( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk memuja dewa-
dewa. Penduduk bandar membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungi mereka
daripada serangan musuh.
Perbandaran Tamadun Mesir :sebelum tahun 7000 SM telah berlaku revolusi pertanian yang
pesat. Perkampungan telah membangun dengan pesat. Dari petempatan kecil telah berkembang
menjadi bandar-bandar besar dan beberapa negara kota muncul seperti Kahirah dan Memphis.
Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina. Contohnya, Karnak dan Luxor.
Perbandaran Tamadun Indus / India:Terdapat sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar ialah
Mohenjo Daro ( di Sind) dan Harappa (di Punjab). Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang
dibina dan dirancang dengan teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam
sejarah.. Perancangan bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid. Umpamanya,
dalam pembinaan sesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya bangunan tersebut
tahan lama.Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit
yang tersusun, sistem jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah (
sistem pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dan dihubungkan
dengan sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappa sangat sistematik. Di
dalam kota-kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan yang
lurus. Tiap kota mempunyai sebuah kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada serangan
musuh.D tengah-tengahnya bandar terdapat sebuah tempat mandi awam (untuk upacara
keagamaan).Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-bangunan besar menunjukkan ketinggian
tamadun Indus.
TAMADUN DUNIA:TEMA 4 SISTEM EKONOMI EROPAH
Di Eropah, pada zaman Pertengahan Awal atau Zaman Gelap (500-1050M) perkembangan
ekonominya merosot sekali tapi mulai pulih pada penghujung zaman Pertengahan (1050-
1300M). Ketika itu orang gasar telah membuka kawasan baru untuk petempatan dan pertanian.
Akibatnya ialah berlaku perubahan dalam bidang ekonomi dengan bertambahnya penduduk,
bandar-bandar baru berkembang, perdagangan maju dan wang digunakan dengan meluas
menggantikan sistem barter. Pertanian dan ternakan yang diusahakan secara sara diri telah
berkembang secara komersial. Kehadiran kuasa Islam di Afrika Utara pula telah meningkatkan
perdagangan antara bangsa. Perang Salib yang berlaku di Timur Tengah selama 200 tahun telah
membuatkan masyarakat Eropah bersatu. Keadaan ini telah mengukuhkan kedudukan raja dan
raja telah memerosotkan kedudukan golongan bangsawan dan gereja Feudalisme sebenarnya
telah berkembang secara beransur-ansur pada tahun 900-1300M di Eropah). Pada zaman
Pertengahan Lewat ekonomi Eropah merosot kembali. Ketika Eropah mengalami zaman
Renaisssance/Zaman Pemulihan (revolusi intelektual berasaskan pemulihan ilmu pengetahuan
tamadun purba Yunani dan Rom antara tahun 1350-1550M),perdagangan telah wujud antara Itali
Utara dengan pedagang Islam di Iskandariah dan Baghdad. Ini bermakna ketika itu perdagangan
antara bangsa telah rancak dijalankan. Selepas gerakan Renaissance, sistem ekonomi kapitalis
semakin penting.Akibat dari gerakan Reformation ( gerakan pembaharuan agama yang
berlangsung antara tahun 1517 hingga pertengahan kedua kurun ke-16) yang melanda Eropah ,
golongan menengah memperolehi banyak harta rampasan tanah gereja. Golongan pedagang yang
sebelum itu tertekan dengan undang-undang gereja ( gereja melarang pinjaman wang
berdasarkan faedah) kini telah berupaya bergiat dalam perdagangan apabila amalan riba
dibenarkan. Apabila pedagang bertambah kaya, muncullah golongan kapitalis ( golongan yang
ada modal untuk dilaburkan). Mereka terdiri daripada pemilik kilang, tanah dan lombong.
Mereka ingin mendapat keuntungan dari pelaburan mereka di kawasan-kawasan baru. Mereka
telah menaja beberapa ekspedisi untuk menjelajah di kawasan luar Eropah. Sehubungan dengan
penubuhan negara-negara bangsa, raja-raja bangsa telah mengamalkan suatu dasar ekonomi baru
yang dikenali sebagai Mercantilisme. Mercentilisme ialah sistem yang mementingkan kekayaan
dan dalam usaha itu ia membawa kepada penguasaan koloni, pembebasan individu daripada
kongkongan abstemiouness (kesederhanaan) dan ‘accesticm’ yang mendominasi pemikiran
zaman pertengahan. Pada awal zaman Pertengahan (500-1000M) adlah menjadi satu kesalahan
mengumpul kekayaan. Dalam ekonomi wang atau kapitalisme (Mercantilisme), pengumpulan
wang tidak dapat dielakkan. Perkembangan ini adalah sesuatu yang baru berbanding dengan
zaman Pertengahan yang menyeru kepada kesederhanaan. Pemikiran St.Augustine melalui ‘City
of God’ mendominasi fikiran masyarakat Eropah untuk satu jangka masa yang lama. Sebaliknya
zaman Renaissance telah menyemai ciri-ciri individualisme, humanisme, kritikal yang
menghalalkan pengumpulan kekayaan. Raja-raja negara bangsa mula menjadi pelopor
perkembangan kapitalisme untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Di bawah dasar ini setiap
negara bangsa mula berlumba-lumba untuk mengumpul kekayaan. Kekuatan sesebuah negara
ditentukan oleh jumlah emas dan perak yang dikuasai. Pemimpin negara pada zaman ini
mempercayai yang kekayaan dapat menjamin politik. Untuk tujuan tersebut, pelayaran-pelayaran
ke seberang laut digalakkan oleh raja-raja negara bangsa. Permulaan pelayaran-pelayaran ini
telah memulakan sejarah dunia Eropah.Penemuan-penemuan kawasan baru ini telah memulakan
persaingan di kalangan negara bangsa untuk mengukuhkan kedudukan dan supremasi mereka.
Ini membawa kepada pengenalan beberapa akta dan undang-undang. Antaranya Akta Perkapalan
1650, ‘Apprentice Act’ 1563, ‘Poor Law’ 1600 dan lain-lain. Kesemuanya bermotif untuk
melindungi industri dan perkapalan negara induk daripada persaingan negara-negarajiran. Ini
menyebabkan peperangan menjadi satu fenomena biasa pada zaman ini. Penemuan-penemuan
geografi ini juga membawa kepada kemerosotan bandar-bandar Itali seperti Venice dan Genoa.
Sebaliknya negara-negara di blok Atlantik mula menjadi penting. Antaranya ialah negara
Sepanyol. Portugal, England, Perancis dan Belanda. Selari dengan perubahan-perubahan dari
segi erbandaran yang berlaku di Eropah, peranan nstitusi bank juga turut berubah. Pada awal
zaman Pertengahan,urusan bank adalah secara eksklusif menopoli bandar Itali. Selepas tahun
1500, bangsa Perancis, Inggeris dan Jerman menyertai Itali dalam merebut peranan ini.
Pelayaran-pelayaran ke seberang laut ini seterusnya mencetuskan perebutan untuk menguasai
tanah jajahan antara negara-negara Eropah untuk membina empayar di merata dunia. Sepanyol
mula membina empayarnya di barat, Portugas pula bertindak ke timur. Pada tahun 1494 Pope
membuat garisan dalam peta dunia membahagikan tanah-tanah untuk kuasa Portugal dan
Sepanyol melalui Perjanjian Tordessillas. Namun begitu cara ini tidak berjaya menyelesaikan
perselisihan mereka, sebaliknya permusuhan negara-negara Eropah berlanjutan. Sesungguhnya
perubahan-perubahan dalam bidang ekonomi ini telah menyediakan Eropah untuk bergerak ke
zaman yang lebih mencabar pada abad-abad seterusnya. Berhubung dengan penjelajahan kuasa-
kuasa Eropah ke Asia Tenggara, beberapa faktor telah mendorong mereka berbuat demikian.
Antaranya ialah kewujudan zaman Rennaissance di Eropah itu sendiri telah menimbulkan rasa
ingin tahu di kalangan bangsa Eropah terhadap dunia luar. Begitu juga dengan kesan Perang
Salib iaitu apabila pengaruh tamadun Islam meresapi tamadun Eropah menyebabkan bangsa
Eropah bersemangat untuk menjelajah. Penawanan Konstantinople oleh orang-orang Turki pada
tahun 1453 telah menyekat perjalanan orang-orang Kristian ke timur telah menimbulkan azam
kepada mereka untuk mencari jalan baru dan memecahkan monopoli perdagangan orang-orang
Islam dan saudagar Itali.

Anda mungkin juga menyukai