Anda di halaman 1dari 3

Sahabat-sahabat.. Berikut 20 item refleksi yang wajar kita renungi bersama..

Category: Religion and Philosophy

Sahabat-sahabat..
Berikut 20 item refleksi yang wajar kita renungi bersama.. Moga ada
secubit keinsafan terbit dalam jiwa kita semua insya Allah!

1. Semasa kita berumur setahun, ibu menyuapkan kita makan dan


memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang
malam, berak dan kencing merata tempat.....

2. Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa dan


berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan
ke lantai. ....

3. Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan kita crayon. Kita


membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.....

4. Semasa kita berumur 5 tahun, ibu ibu membelikan kita baju baru untuk
hari raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila
terjatuh ke dalam lopak.....

5. Apabila kita berumur 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Kita


memblas budinya dengan menjerit, “Saya tak mahu pergi sekolah”.....

6.
Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,
membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain.
Kita tidak langsung menoleh ke belakang mengucapkan terima kasih
membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi ibu dengan
menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran.....

8. Semasa berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu


banyak menonton TV. Kita membalas budi ibu dengan asyik menonton TV,
sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.....

9. Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang
agak kurang sopan. Kita membalas budi ibu dengan berkata bahawa ibu tak
ada TASTE.....

10. Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat dan
baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci
diri di dalam bilik dan bersendirian. ....
11. Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis
gembira. Kita membalas budi ibu dengan tidak balik hingga lewat malam
kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan. ....

12.
Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak
untuk
menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan penuh
kasih-sayang hingga ke hostel. Kita membalas budi ibu dengan tidak
bersalaman dengannya di luar kerana takut malu dilihat oleh kawan-
kawan.....

13. Apabila kita berumur 20 tahun, ibu bertanya dengan penuh rasa
prihatin, kita ada girlfriend? Kita membalas budi ibu dengan berkata “Ibu ni
kepohlah”.....

14. Apabila kita berumur 21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita
membalasnya dengan berkata “Saya tidak mahu menjadi seperti ibu”.....

15.
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan
tinggal di rumah sendiri-ibu membelikan kita baju untuk kita memulakan
kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu rakan-rakan
bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan. ....

16. Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga-ibu menangis


gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang kepada kita. Kita
membalas jasa ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari ibu.....

17. Apabila kita berumur 27 tahun, ibu menalifon dan memberi nasihat
tentang penjagaan anak kita. Kita membalas budi ibu dengan berkata
“Zaman sekarang lainlah ibu..!!!”....

18. Apabila kita berumur 40 tahun, ibu menalifon dan memaklumkan majlis
kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata saya
sibuklaa..”....

19.
Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan
dan kasih sayang. Kita memblas budi ibu dengan datang melawat ibu
sekali sahaja dan membawa buah epal dan merungut tentang kesibukan
bekerja dan perlu balik dengan segera. ....
20. Dan kemudian, pada suatu hari ibu meninggal dunia. Kita tidak sempat
untuk membalas segala jasa-jasa ibu… Ingatlah,
selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu. Dan jika ada
antara
kita yang ibu telah meninggal dunia,. Ingatlah jasa ibu. Akhir sekali
kita tewas dengan ibu.

Biro TARBIYYAH dan KEPIMPINAN

Anda mungkin juga menyukai