Anda di halaman 1dari 9

Rangkap 1 :

Tidak kira sama ada di Beirut atau di Kuala Lumpur smua manusia adalah sama . Mereke menghirup udara yang sama dan berteduh di bawah langit yang sama.
Rangkap 2: Penyajak menyatakan bahawa dia suka akan hujan rintik-rintik di Kota London. Dia pernah juga terpikat akan kedinginan angin di Washington. Dia mendapati pohon-pohon hijau atau aneka warna di sana tiada bezanya ditempat lain.

Rangkap 3 :

Orang yang tinggal di Australia atau Afrika juga tetap berada di bawah langit yang sama. Rangkap 4:
Penyajak ingin berada di Laut China Selatan, melayari Lautan Teduh, dan merentasi Laluan Sutera. Dia ingin berkongsi siang dan malam, menyemai rasa cinta sejagat, dan memberi harapan yang sama kepada warga dunia.

Rangkap 5 : Meskipun warga dunia dipisahkan oleh peta-peta, penyajak berharap agar sempadan yang memisahkan manusia itu sentiasa dibuka. Visa dan pasport hanyalah merupakan dokumen rasmi bagi pengenalan diri. Atas dasar perpaduan sejagat, manusia perlu membuang perasaan benci dan melupakan sengketa silam.

Tema
- Bertemakan kemanusia sejagat

Persoalan
Tanggungjawab setiap manusia untuk mewujudkan keamana dunia. Halangan-halangan hubungan baik antara masyarakat dunia. Perkongsian sumber alam secara adil dan saksama.

BENTUK SAJAK
i. Sajak Di Bawah Langit yang Sama berbentuk bebas. Sajak ini tidak terikat dengan ciri-ciri khusus seperti pantun dan syair.

ii. Sajak ini terdiri daripada 5 rangkap.

Unsur Keindahan
1. Pemilihan kata atau diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contohnya : i. Tiupkan harapan senada rangkap , baris 5 ii. Kita dakapi mimpi tak berbeza rangkap 5, baris 5

Unsur Keindahan
2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Di Bawah Langit yang Sama termasuklah:

a. Pengulangan kata atau repetisi. Contohnya: Di bawah Langit yang Sama rangkap 1, baris 1 dan 6 b. Penggunaan kata pinjaman. Contohnya : i. Visa rangkap 5, baris 3 ii. Pasport dokumen rangkap 5, baris 4

Nada
Sajak Di Bawah Langit yang Sama bernada romantis

NILAI
1. Nilai kasih sayang. Contohnya setiap insan adalah sama dan harus menyayangi atas nama kemanusian. 2. Nilai perpaduan. Contohnya, perpaduan hidup masyarakat dunia menjamin keharmonian kehidupan dan dunia. 3. Nilai muafakat. Contohnya, harapan kehidupan masyarakat dunia akan tercapai apabila harapan itu di laungkan secara bersama-sama dan senada.

pengajaran
1. Masyarakat dunia hendaklah bersatu padu dan menerima antara satu sama lain tanpa mengira keturunan dan asal usul. 2. Perasaan benci-membenci mesti dihindari bagi menwujudkan keharmonian hidup sejagat.

Anda mungkin juga menyukai