Anda di halaman 1dari 12

Di Bawah Langit yang

Sama

MAKSUD RANGKAP

Rangkap 1
Di bawah langit yang sama kita bernafas tanpa mengira
tempat atau lokasinya sama ada di Beirut ataupun di
Kuala Lumpur.
Rangkap 2
Penyajak menyukai gerimis di Kota London dan terpesona
dengan angin dingin yang mencengkam tubuhnya di
Washington yang di kelilingi oleh pepohon yang
menghijau dan beraneka warna yang tiada bezanya.
Rangkap 3
Tidak kira sesiapapun yang menghuni Australia ataupun
Afrika, semuanya sama kerana berada di bawah langit
yang sama.

Rangkap 4

Penyajak ingin menyeberangi Laut Cina Selatan dan melayari


lautan teduh yang merentasi laluan sutera yang berkongsi
siang dan malamnya. Penyajak menyeru manusia agar
memupuk perasaan cinta dan harapan yang sama dalam
kalangan warga dunia kerana semuanya berada di bawah
langit yang sama.
Rangkap 5
Peta-peta itu cuma memisahkan sempadan negara dan jangan
ditutup pos sempadannya. Visa hanya merupakan keperluan
rasmi buat seketika di samping dokumen penting seperti
pasport. Kita masih mendakap mimpi yang sama untuk
menggapai hasrat agar menghapuskan perasaan kebencian
dan melupakan peristiwa silam yang buruk di bawah langit
yang sama.

TEMA
Hakikat persamaan antara manusia
walaupun di mana sahaja mereka
berada.

PERSOALAN
1. Persamaan dalam semua aspek
kehidupan manusia tanpa mengira
tempat.
2. Keamanan sejagat perlu disuarakan
oleh semua warga dunia.
3. Lupakan persengketaan dan sejarah
silam untuk mewujudkan kemanan.
4. Semua manusia sama sahaja di
dunia ini

GAYA BAHASA
1. Personifikasi Anyam cinta
pelangikan zaman
2. Metafora sejarah hitam
3. Pengulangan Aku, Di bawah langit
4. Sinkof Beirutmu, Kuala Lumpurku
5. Asonansi Sesamakita
wargadunia
6. Aliterasi Lebur kebencian
kuburkan sejarah silam

NILAI
1.
2.
3.
4.

Hormat-menghormati
Mematuhi peraturan
Kesaksamaan
Keamanan

PENGAJARAN
1. Kita haruslah memahami keadaan yang
sama antara setiap warga dunia ini.
2. Semua manusia yang hidup di dunia ini
memiliki persamaan dalam semua perkara
tanpa mengira sempadan dan negaranya.
3. Kita hendaklah mewujudkan dan
mengekalkan keamanan sejagat.
4. Kita perlulah melupakan peristiwa silam
yang tidak baik.

LATIHAN
(i) Terangkan maksudtiupkan harapan
senada.
(ii) Apakah harapan penyajak
berdasarkan sajak tersebut.
(iii) Nyatakantigakesan buruk jika
dunia tidak aman.

JAWAPAN
Rangkai kata bermaksud
memperjuangkan sesuatu hasrat
secara bersama-sama dan
bermuafakat.

JAWAPAN

Manusia hanya dipisahkan oleh


sempadan tetapi sempadan wajar
sentiasa terbuka
Manusia perlu berusaha untuk
bersatu
Kita perlu membuang perasaan benci
untuk mengelakkan perbalahan.

JAWAPAN

Manusia akan hidup dalam ketakutan


Ekonomi negara akan lumpuh
Menyukarkan rakyat untuk pergi ke
sesuatu negara atas urusan penting
Berlaku krisis kenaikan harga minyak

Anda mungkin juga menyukai