Anda di halaman 1dari 53

Teknik Mengarang Menggunakan Formula

DiKeMaSeN+A

KHAIRUDDIN AYIP
SONGKET BERBENANG EMAS
1991
Teknik Mengarang Menggunakan Formula
DiKeMaSeN+A

KHAIRUDDIN AYIP
Diri (Isi Utama 1)
 Kesedaran
 Motivasi
 Taat kepada Perintah Tuhan
 Kegigihan
 Rakan sebaya
 Jati Diri
 Pembacaan /
Menuntut Ilmu
Diri
Prof. Hamka (17 Februari 1908 - 24 Julai
1981), seorang ulama dan sasterawan
Indonesia ada berkata, “Semiskin-miskin
orang, ialah orang yang miskin budi
pekertinya”. Kata-kata menggambarkan budi
bahasa seseorang itu amat penting dalam
menjalani kehidupan yang penuh
berbudaya. Dalam hal ini, peranan diri
sendiri amatlah penting untuk
..................................
Pepatah Arab ada menyebut,
“Bersungguh-sungguhlah, jangan
bermalas-malas dan jangan pula
lengah, kerana penyesalan itu
risiko bagi orang yang bermalas-
malas”.
ARAS CEMERLANG
Perdana Menteri Malaysia yang
keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad
(16 Julai 1981-- 31 Oktober 2003) ada
berkata, "Apabila sesuatu bangsa tidak
mempunyai kepercayaan kepada diri
sendiri, maka sudah tentu bangsa itu
akan kekal dalam kehinaan".
Keluarga (Isi Utama 2)
Pendidikan Agama
Perhatian / Kasih Sayang
Suri Teladan
Keluarga
Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930
-- 25 Ogos), manusia pertama yang
naik ke bulan ada berkata, “Satu
langkah kecil manusia ialah
lompatan maha besar
kemanusiaan”.
Pepatah Cina ada menyebut, “Jika
kamu memberikan wang saku
kepada orang lain, mereka juga
akan memberimu peluang”.
Masyarakat (Isi Utama 3)
Aktiviti Hari Keluarga / Gotong-royong
Prihatin / Saling menegur
Ceramah
Masyarakat
Henrik Johan Ibsen, dramatis tersohor
dunia dari Norwegia (1828 – 1906)
ada berkata, “Masyarakat adalah
seperti perahu, semua orang perlu
membantu bagi menentukan arah
kemudinya”. Oleh itu, masyarakat
berperanan untuk .......
Pepatah Inggeris ada berkata,
“Jangan pernah mengeluh atas
kekuranganmu, kerana kekurangan
mengingatkan kita untuk terus
mencari kekuatan yang ada dalam
dirimu”.
Dari Anas bin Malik, Nabi Muhammad SAW
bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu
sebelum mencintaiku melebihi daripada cintanya
kepada anaknya, kepada bapanya, dan kepada
manusia semuanya". Hadis tersebut mengingatkan
akan perlunya kita mengasihi keluarga dan kepada
manusia seluruhnya. Hal ini bermakna, jiran-
tetangga dan juga masyarakat berperanan untuk
bersama-sama menyelesaikan masalah yang wujud.
Apabila timbul isu ________________, kita perlu
melibatkan masyarakat dengan ________
Sekolah (Isi Utama 4)
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Kokurikulum
Aktiviti (Ceramah & Pertandingan)
Sekolah
Pepatah Melayu ada menyebut, “Belakang
parang kalau diasah nescaya tajam”.
Pepatah tersebut membawa maksud,
bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu,
jika diasuh akhirnya orang itu akan pandai
juga. Oleh itu, sekolah, khususnya guru
berperanan untuk ..................
Peribahasa Jepun ada menyebut,
“Latihan akan menjadikan kita
semakin cekap melakukan sesuatu
kerja”.
John Morley (24 Disember 1838
– 23 September 1923), seorang
wartawan terkenal dari Britain
ada berkata, “Anda tidak dapat
memperlihatkan emosi, namun
juga tidak dapat mematikan cita-
cita”.
Negara / Kerajaan (Isi Utama 5)
Kempen
Penguatkuasaan Undang-undang
Peranan Pemimpin
Media Massa
PLKN
Negara / Kerajaan
Jesse Woodson James (5
September 1847 – 3 April 1882),
perajurit terkenal dari Amerika
Syarikat ada berkata, “Yang perlu
dijaga adalah urusan yang kecil-
kecil supaya jangan sampai
merosakkan bahagian yang besar”.
Peribahasa Melayu ada
menyebut, “Gajah sama
gajah bergaduh, pelanduk
mati di tengah-tengah”.
Antarabangsa (Isi Utama 6)
PBB
ASEAN
Negara Jiran
Antarabangsa
Menurut Horace Walpole, “Dunia ini
adalah komedi bagi mereka yang berfikir
dan tragedi bagi mereka yang
merasakannya”. Sebenarnya masalah yang
berbangkit dalam sesebuah negara, peranan
negara-negara lain amat penting untuk
membantu menyelesaikannya. Sehubungan
dengan hal itu
Peribahasa Perancis ada
menyebut, “Semua kekayaan di
bumi tidak dapat membawa
kembali kesempatan yang hilang”.
Sebagai kesimpulannya, eloklah kita renungi kata-kata
pujangga Arab yang berbunyi, "Sebaik-baik manusia itu,
adalah yang terlebih baik budi pekertinya dan yang lebih
bermanfaat bagi manusia". Manakala pepatah China ada
berkata, "Langit adalah adil, dan tidak ada orang yang
dikecualikan. Yang bisa menolong dirimu adalah dirimu
sendiri". Oleh itu, ____________________
------------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya, kebenaran atau kebaikan akan terserlah
juga walaupun disembunyikan, seperti kata pepatah
Melayu, "Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
tidak akan hilang cahayanya".
Pendahuluan
Boleh Dihafal
Pendahuluan 1
“Jika engkau minta intan permata, tak mungkinku mampu,
Tapi sayangkan kucapai, bintang dari langit untukmu,
Jika engkau minta, satu dunia akan aku cuba,
Kuhanya mampu, jadi milikmu,
Pastikan kau bahagia”.

Petikan rangkap lagu "Terukir di Bintang" nyanyian Yuna,


menggambarkan pengorbanan seseorang kepada orang yang
dikasihi. Hal ini boleh dikaitkan dengan pengorbanan ibu bapa
terhadap anak-anak untuk memastikan anak-anak menjadi orang
yang berjaya. Biarpun ibu bapa terpaksa berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian, untuk memastikan anak-anak di landasan
yang betul menjadi remaja yang berwawasan. Oleh itu, _____
Pendahuluan 2
Dahan melantur tersekah luruh,
Jatuh di perdu menimpa batu;
Biar guntur menghambur geruh,
Semangat berpadu warga bersatu.

Bersatu bertambah mutu. Cubit paha kanan, paha kiri


pun terasa juga. Amalan bekerjasama, bertolak ansur, dan
sentiasa bersimpati terhadap nasib malang orang lain sudah
menjadi budaya rakyat Malaysia. Apabila timbul isu
____________, sebagai rakyat yang prihatin, sudah tentu kita
akan menyokong usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan.
Sehubungan hal itu, kita mengharapkan kerajaan mengadakan
_____________.
Pendahuluan 3
Sejak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka kepada
Portugis pada 1511 yang kemudian menjajah selama
130 tahun, diikuti Belanda (183 tahun) disusuli Inggeris
(117 tahun) dan kemudian pendudukan Jepun (empat
tahun) seterusnya sekali lagi Inggeris (12 tahun)
sehingga kemerdekaan negara pada 1957 yang
mengambil masa 446 tahun, rakyat Tanah Melayu
ketika itu hidup terumbang-ambing mengikut
percaturan kuasa asing. Bagi mereka yang dijajah,
sesuatu yang nyata ialah mereka kehilangan maruah,
martabat diri, dan bangsa mereka. Namun sejak akhir-
akhir ini [kaitkan dengan tajuk karangan].
Pendahuluan 4

Teriakan keramat “Merdeka” sebanyak tujuh kali oleh putera


Sultan Kedah, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium
Merdeka pada 31 Ogos 1957 menandakan negara kita bebas
daripada cengkaman penjajah selama 446 tahun. Sejak beliau
memimpin negara, Tanah Melayu, kemudian ditukar kepada
Malaysia pada tahun 1963, negara terus menuju pembangunan
yang pesat. Negara kemudiannya dipimpin oleh anak watan
berjiwa besar iaitu Tun Abdul Razak Hussain, Tun Hussein Onn,
Tun Dr Mahathir Mohamed, Abdullah Haji Ahmad Badawi, dan
kini Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Keruntuhan Kota
Melaka telah didirikan Putrajaya. Kini... [kaitkan dengan tajuk
karangan].
Pendahuluan 5
 Tepat jam 2121 tanggal 10 Oktober 2007, Rabu, 28
Ramadan 1428 Hijrah, terakam dalam sejarah apabila
angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar
Shukor, 35, berjaya ke angkasa, 46 tahun enam bulan
sesudah Yuri Gargarin, berada di ruang angkasa lepas
selama satu jam 48 minit dengan sekali pusingan
melingkari orbit bumi di atas kapal Vostok-1. Tiada
siapa boleh menidakkan betapa kejayaan angkasawan
pertama negara menjadi kebanggaan kita sekali gus
melonjakkan nama Malaysia di arena antarabangsa.
Walaupun rakyat Malaysia berjaya menerokai angkasa
lepas, namun [kaitkan dengan tajuk karangan] .

PENDAHULUAN 6
Dari Anas bin Malik, Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum
mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya,
kepada bapanya, dan kepada manusia semuanya". Hadis
tersebut mengingatkan akan perlunya kita mengasihi
keluarga dan kepada manusia seluruhnya. Hal ini
bermakna, jiran-tetangga dan juga masyarakat berperanan
untuk bersama-sama menyelesaikan masalah yang wujud.
Apabila timbul isu ________________, kita perlu
melibatkan masyarakat dengan ________
Pendahuluan 7

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu


Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibulah mesti dihormati

Lirik lagu di atas telah didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Haji


Arshad. Menerusi lirik lagu itu, kita didendangkan dengan pengorbanan
ayah dan ibu yang tiada batasannya. Kita juga dididik menjadi manusia
yang tahu menghormati orang yang banyak berjasa kepada kita.
Namun..... [kaitkan dengan tajuk]
Pendahuluan 8
Sirih junjung sirih pinang,
Sirih kami susun bertingkat;
Adat dijunjung pusaka dikenang,
Bangsa berbudi hidup muafakat.

Sirih junjung sirih pinang,


Sirih kuning diberi nama;
Adat dijunjung pusaka dikenang,
Hidup berbudi muafakat bersama.

Berdasarkan rangkap pantun di atas, sudah jelaslah kepada


kita bahawa masyarakat kita mengamalkan sikap bermuafakat
ketika menjalani kehidupan seharian. Pada waktu yang sama
adat terus dijunjung dan amalan berbudi terus dipertahankan.
Oleh itu ... [Kaitkan dengan tajuk]
Pendahuluan 9
Bunga Popi

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,


Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
Hasil manusia gila perang membunuh mesra,
Bunga merah berkembang indah minta disembah.

Rangkap di atas merupakan petikan daripada sajak


“Bunga Popi” karya Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman
Awang. Penyair memaparkan gelodak jiwa manusia yang
tiada nilai-nilai kemanusiaan sehinggakan sanggup
berbunuhan. Sehubungan dengan hal itu, kita berasa
bangga kerana Malaysia terus aman dan rakyatnya dapat
menjalani hidup dengan bahagia. Namun, kebanggaan kita
akan mencair apabila memikirkan sikap.....[Kaitkan dengan
tajuk]
Pendahuluan Setiap Perenggan
Boleh Dihafal (Jika Sesuai)
Diri
Prof. Hamka, seorang sasterawan Indonesia ada
berkata, “Semiskin-miskin orang, adalah orang yang
miskin budi pekertinya”. Kata-kata ini sengaja dipilih
untuk menggambarkan budi bahasa seseorang itu amat
penting dalam menjalani kehidupan yang penuh
berbudaya. Dalam hal ini, peranan diri sendiri amatlah
penting untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Oleh
itu ..................................
Keluarga
Pepatah Melayu ada menyebut, “Bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
Pepatah ini membawa maksud, bagaimana kelakuan ibu atau bapa, begitulah
kelakuan anaknya. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting untuk mengubah
kelakuan anak masing-masing. Sehubungan dengan hal itu,
..............................................................
Masyarakat
Hendrtk Ibsen ada berkata, “Masyarakat
adalah seperti perahu, semua orang perlu
membantu bagi menentukan arah
kemudinya”. Kata-kata itu sengaja dipilih
untuk menunjukkan masyarakat
berperanan dalam mengubah institusi
keluarga, seterusnya kehidupan seseorang.
Oleh hal demikian ......................................
Sekolah
Pepatah Melayu ada menyebut, “Belakang parang
kalau diasah nescaya tajam”. Pepatah tersebut
membawa maksud, bagaimana bodoh sekalipun
seseorang itu, jika diasuh akhirnya orang itu akan
pandai juga. Pepatah ini sesuai dengan peranan
sekolah, khususnya guru dalam memastikan anak
muridnya menjadi seorang yang berwawasan,
mempunyai jati diri, dan berilmu pengetahuan.
Sehubungan dengan hal itu, ......
Negara
“Yang perlu dijaga adalah urusan yang kecil-kecil
supaya jangan sampai merosakkan bahagian yang
besar”. Kata-kata itu diucapkan oleh Jesse untuk
menggambarkan sesuatu perkara yang kecil jangan
diperbesar untuk mengelakkan masalah yang lebih
kronik. Dalam hal ini, jelaslah kepada kita akan
pentingnya kerajaan, khususnya pemerintah untuk
memastikan masalah rakyat dapat diatasi dengan baik.
Oleh itu ........................
Antarabangsa
Menurut Horace Walpole, “Dunia ini
adalah komedi bagi mereka yang berfikir
dan tragedi bagi mereka yang
merasakannya”. Sebenarnya masalah yang
berbangkit dalam sesebuah negara, peranan
negara-negara lain amat penting untuk
membantu menyelesaikannya. Sehubungan
dengan hal itu, .........................................
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, eloklah kita renungi kata-kata
pujangga Arab yang berbunyi, "Sebaik-baik manusia itu,
adalah yang terlebih baik budi pekertinya dan yang lebih
bermanfaat bagi manusia". Manakala pepatah China ada
berkata, "Langit adalah adil, dan tidak ada orang yang
dikecualikan. Yang bisa menolong dirimu adalah dirimu
sendiri". Oleh itu, ________________________________
--------------------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya, kebenaran atau kebaikan akan terserlah juga
walaupun disembunyikan, seperti kata pepatah Melayu,
"Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tidak akan
hilang cahayanya".
Sebagai kesimpulannya, untuk memastikan
___________________, perlu melibatkan semua pihak. Diri sendiri
memainkan peranan penting kerana diri sendiri yang menentukan
pemilihan rakan sebaya yang boleh mempengaruhi perubahan sikap,
sikap jati diri untuk menghadapi cabaran, dan ketaatan terhadap Tuhan
yang menentukan hala hidup. Keluarga pula, menerusi perhatian dan
kasih sayang, didikan agama sejak kecil, dan sikap ibu bapa yang
menjadi suri teladan menyebabkan kita memperoleh landasan yang
betul untuk memperoleh kecemerlangan hidup.
Masyarakat pula, menerusi aktiviti hari keluarga atau
gotong-royong, aktiviti ceramah, sikap perhatian yang
ditunjukkan, dan pelbagai ceramah yang dianjurkan juga mampu
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekolah pula,
menerusi pengajaran dan pemudahcaraan, ceramah dan
pertandingan, serta aktiviti kokurikulum, juga mampu
menyelesaikan masalah yang berbangkit. Pada waktu yang
sama, kerajaan menerusi kempen, penguatkuasaan undang-
undang, dan peranan pemimpin menyumbang kepada
pembentukan masyarakat yang diimpikan untuk menjadi warga
yang berwawasan. Iskandar Dzulkarnain ada berkata, “Tidak
ada yang mustahil bagi orang-orang yang berani mencuba”.
Sesungguh, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Hendak
seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Tajuk Perbincangan: Soalan Berbeza Aras

Usaha-usaha Melahirkan
Modal Insan dalam Kalangan
Remaja
Masyarakat memainkan
peranan penting untuk
melahirkan modal insan.
Jelaskan pernyataan tersebut.
Kerajaan memainkan peranan
penting untuk melahirkan modal
insan.
Nyatakan usaha yang kerajaan
perlu lakukan untuk mewujudkan
lebih ramai remaja mempunyai
ciri-ciri modal insan.
Saya halalkan
ilmu ini
disebarluaskan
khairuddinayip@yahoo.com.my
018-3812884

Anda mungkin juga menyukai