Anda di halaman 1dari 28

Karangan 常用的 Peribahasa

1. Biar mati anak, jangan mati adat 宁愿丧失儿子,也不要败了风俗

2. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
别人的国家再好,也没自己国家好

3. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih 有志者事竟成


= Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

4. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah 平起平坐;同等地位

5. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 青年是国家的栋梁

6. Terapung-apung sama hanyut, terendam sama basah 有福同享,有难同当


= Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
= Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
= Bagai aur dengan tebing

7. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain 积少成多


= Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

8. Andam karam = Hilang, lenyap 消失不见

9. Angan-angan Mat Jenin = Orang yang suka berangan-angan 富于幻想的人

10. Bagai belut diketil ekor = Sangat pantas 极快的速度

11. Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat 凡事可通过协商来
解决
= Masalah dapat diselesaikan sekiranya kedua-dua pihak bersedia untuk berunding

12. Baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang = Tidak sombong 越是有
学问或地位高,越是谦虚(不骄傲)

13. Langlang buana/ Makan angin = Mengembara atau melancong seluruh dunia 环游世

14. Hentam kromo = Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan (在没有深思熟虑下)随


意做某些事情

15. Belakang parang jika diasah akan tajam juga 只要有好的教育,蠢材也变天才

© 勇敢牛牛 | 小红书
16. Umpama memasang pelita tengah hari 众所皆知 / 很明显
= Sudah terang lagi bersuluh
= Bulan kian terang, bayang kian jelas
= Bukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari

17. Kudis menjadi tokak 事情已成了定局


= Nasi sudah menjadi bubur
= Retak menjadi belah

18. Serampang dua mata 一石二鸟


= Sambil menyelam minum air

19. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna 做某件事前要想清楚以免将


来后悔

20. Sudah terhantuk baru tengadah 后悔莫及

21. Air dicencang tidak akan putus 手足深情


= Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

22. Kalah menjadi abu, menang menjadi arang 两败俱伤

23. Seperti api dalam sekam 暗地里做坏事


= Seperti gunting dalam lipatan
= Seperti musuh dalam selimut

24. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama 有贡献的人
虽然去世了但也将会被后人所怀念

25. Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya 子女的言行举止是由父母塑

26. Bagaimana acuan begitulah kuihnya 有其父必有其子


= Bapa borek, anak rintik

27. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan 好的行为要学习,坏
的行为要避免

28. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang 天下没有不劳
而获
= Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

© 勇敢牛牛 | 小红书
29. Umpama cendawan tumbuh selepas hujan 雨后春笋

30. Tak kenal maka tak cinta 了解了,才会喜欢

31. Tepuk dada tanya selera 在做某件事前必须先想透彻


= Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata 事出必有因

32. Sampah masyarakat 社会渣滓

33. Rambut sama hitam, hati lain-lain 每人有不同的思想或见解

34. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul 枉己正人(自己立脚不正却要去纠


正别人)

35. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas 传统习惯永不会变

36. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan 浪子回头

37. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya 说出去的话收不回来,
后果需自负

38. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing 比喻在谈判中各持己


见,无法达成协定

39. Hidup segan mati tak mahu 生活困苦


= Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

© 勇敢牛牛 | 小红书
Ungkapan Menarik
1. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi
evasif. 不要以现代化当作逃避责任的理由

2. Pepatah Arab mengatakan bahawa cinta akan watan itu adalah sebahagian daripada
iman.

3. Fenomena/ Senario ini seiring dengan kata mantan/ bekas 前任:


a. presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy, iaitu “Jangan tanya apakah yang
dilakukan oleh negara untuk kamu, tetapi tanyalah apakah yang boleh kamu
lakukan untuk negara.”

b. presiden pertama Indonesia, Soekarno, iaitu “Berikan aku sepuluh orang


pemuda, nescaya akan aku menggoncangkan dunia.”

c. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yakni


i. “Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai
di negara sendiri tidak kita hargai?”
ii. “Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat
menggoncang dunia, demikianlah kesannya perpaduan.”

d. Perdana Menteri Malaysia kesembilan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, yakni
“Semangat patriotik dalam kalangan masyarakat kontemporari ini semakin
luntur. Cintailah tanah tumpah darahku yang mulia.”

e. Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia, Tuan Ibrahim Tuan Man, iaitu “Alam
sekitar perlulah dilestarikan supaya generasi yang akan datang dapat
menikmatinya.”

f. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Dr. Mohd Radzi, iaitu “Sekolah ialah
tempat untuk kanak-kanak memperoleh ilmu dan perlulah pastikan
keselamatannya.”

4. Hadis rasul SAW “Sabar itu separuh daripada iman”.(和 bak kata peribahasa 类似,不
过只能用在 Islam 的格言)

5. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara,
lihatlah remaja pada hari ini.”

6. George Santayana pernah berkata bahawa “Seseorang yang melupakan sejarah nescaya
akan mengulangi kesilapan.”

7. Sayidina Ali pernah berkata bahawa harga seseorang itu ialah ilmunya.

8. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 团结就是力量

© 勇敢牛牛 | 小红书
9. "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya
anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup
membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga
kepentingannya.

10. Karya mukadimah Beng Zhu menyatakan perjalanan seribu batu bermula dengan satu
langkah. 千里之行,始于足下

11. Sekolah diibaratkan sebagai kilang yang melahirkan pelajar minda kelas pertama, maka
guru merupakan arkitek yang membentuk karakter pelajar.

12. Kekayaan dapat membawa kenikmatan, namun kesihatan tidak semestinya datang
daripada kemewahan.

13. Ke bukit sama didaki,


可以放在结尾的 pantun
Ke lurah sama dituruni;
Jika kita bersatu hati, (langkah 类的作文)
Masalah nescaya dapat diatasi.

14. Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia 可以放在关于
Sambut dengan jiwa yang merdeka kemerdekaan/ patriotisme
的作文开头
Sebahagian lirik daripada lagu “Tanggal 31”
di atas menyeru orang ramai agar menyambut
kemerdekaan dengan penuh semangat cinta akan
watan.

15. Telefon pintar memanglah pintar, tetapi pintarkah anda?

16. Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita
= Masa itu ibarat emas

17. Hari muka = Masa depan

18. Maklumat di hujung jari 触手可及

© 勇敢牛牛 | 小红书
Kata Sinonim 同义词

1. pelbagai/ rencaman/ variasi/ heterogen 各种各样


2. penting/ signifikan/ mustahak/ vital 重要
3. pertandingan/ sayembara/ peraduan 比赛
4. cara/ langkah/ uslub/ minhaj/ modus operandi/ prakarsa/ inisiatif/ alpukah 方法
5. suri teladan/ uswah hasanah/ entiti misali 模范
6. bekerjasama/ bersinergi/ berganding bahu/ menggembleng tenaga 分工合作
7. drastik/ pantas 快速的变化
8. kerosakan/ kebobrokan akhlak 道德败坏
9. sejagat/ jagatraya/ seluruh dunia 全世界
10. inayat/ pertolongan 帮助
11. iltizam/ komitmen 承担义务
12. gah/ hebat (pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia) 厉害
13. alpa/ lalai 疏忽
14. wahana/ saluran (pendidikan menjadi wahana perpaduan) 媒介
15. dek/ kerana/ sebab 因为
16. nan/ yang
17. cakna/ ambil berat 关心
18. marhaen/ rakyat jelata 人民
19. selalu/ sering kali/ acap kali/ kerap kali 经常
20. hati/ sanubari/ jiwa/ atma/ sukma/ kalbu/ batin 心灵
21. mengurangkan/ menyusutkan/ meminimumkan 减少
22. sementelahan itu/ tambahan pula 接着
23. ukhuwah/ silaturahim/ wasilah (menjalin tali ukhuwah) 情谊
24. kendatipun/ walaupun/ meskipun/ biarpun 虽然
25. keluarga/ kulawangsa 家庭
26. watan/ nusa/ ibu pertiwi/ tanah air 祖国
27. kelebihan/ kemaslahatan 好处
28. sekolah/ alma mater 学校
29. dilakukan/ diimplementasikan 实行
30. nescaya/ pasti 一定
31. iaitu/ yakni 那就是
32. sirna/ terhakis/ terkikis/ lenyap/ meluntur (semangat patriotisme semakin terhakis)消失

© 勇敢牛牛 | 小红书
TEFOFOR
Penanda Wacana TE: TEMA
FO: FOKUS
Pendahuluan FOR: FORMAT

M (Masa) • Marcapada/ Mayapada ini,


• Pada era globalisasi ini,
• Dalam meniti arus kemodenan yang sarat dengan cabaran ini,
I (Isu) • isu ...... yang menjadi duri dalam daging ini acap kali menjadi
题目的主题 mauduk utama akhbar-akbar di negara kita.
• isu ...... semakin bermaharajalela seperti cendawan tumbuh selepas
hujan dalam rutin kehidupan kita.
• isu ...... dalam kalangan mujtamak semakin sirna
S (Sebab) Hal ini dikatakan demikian kerana/ Hal ini tercetus apabila
• setiap orang memandang enteng masalah tersebut
• setiap orang bersikap indivitualistik seperti aforisme bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
O (Oleh itu) Oleh itu/ Oleh hal yang demikian,
要做什么 • semua pihak hendaklah melakukan anjakan paradigma untuk
mengelakkan kemelut ini menjadi barah daripada kudis menjadi
tokak.
• semua pihak hendaklah duduk semaja dan berbincang untuk
mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.
P (Persoalan) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, / Tepuk dada
写回题目 tanya selera,
• persoalannya ialah ......?
• persoalan yang perlu dirangkaikan ialah ......?
• persoalan yang sering menerawang dan menerjah di gawang minda
fikiran kita ialah ......?
Persoalannya ialah apakah kebaikan membaca?
Isi Kebaikan/ Kepentingan/ Langkah 等等

I (Isi) • (Fokus) perdana/ primanya ialah...


• Jika ditinjau dari aspek yang lain,
• Sebagai lontaran idea yang seterusnya,
• Lanjutan daripada idea yang dinyatakan di atas ialah...
• Tidak dapat dinafikan/ disangkal bahawa,
M (Mengapa) • Hal ini dikatakan demikian kerana
• Hal ini tercetus apabila
• Hal ini bersangkut-paut dengan
• Hal ini berpunca daripada
Ba (Bagaimana) • Contohnya,
• Misalnya, Sebagai contohnya 避雷
• Tamsilnya,
• Sebagai contoh/ tamsil,
• Contoh/ Tamsil yang ketara ialah
K (Kesan) • Dengan ini,
• Kesannya,
• Oleh itu,

© 勇敢牛牛 | 小红书
• Oleh hal yang demikian,
• Alhasilnya.
• Impaknya,
• Implikasinya,
• Uslub/ Cara/ Langkah ini akan ...
U (Ungkapan Menarik) • Bak kata peribahasa,
• Persis kata mutiara, Bak kata pepatah 避雷
• Persis kata aforisme,
• Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa...
• Bak kata orang tua-tua,
P (Penegasan) • Tegasnya,
再次强调 • Secara implisit,
• Secara ijmal,
• Secara keseluruhannya,
• Pendek kata,
• Sudah terang lagi bersuluh bahawa...
• Umpama memasang pelita tengah hari bahawa...

Kepentingan Membaca kepada Masyarakat


Penutup
Contoh: Akhirulkalam, membaca mendatangkan
P (Penutup) • Kesimpulannya, (tema) banyak kemaslahatan kepada mujtamak.
重复题目 • Walhasilnya, (tema)
• Akhirulkalam, (tema)
• Intihanya, (tema)
• Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa (tema)
C (Cadangan) • Oleh itu, semua pihak/ segenap strata sosial haruslah berganding
bahu bagai aur dengan tebing/ ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni untuk mengatasi masalah tersebut sebelum nasi sudah
menjadi bubur.
• Kita perlulah mengorak langkah sederap untuk mengatasi masalah
ini.
• Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit
untuk tegar menjadi evasif.
H (Harapan) • Melalui beberapa cara/ langkah/ pendekatan yang ampuh/ proaktif
ini, (作文主题) nescaya dapat (有了这些 langkah 会有什么后果).
推荐的 karangan 网站:
http://muinmohsein.blogspot.com/2014/10/karangan-fokus-pt3_78.html (超多名句)
https://spm88.weebly.com/contoh-karangan-spm--pt3.html (句子结构是用 teknik
imbakup)
*建议别写太长然后超字,遵守题目给的字数(尤其是 Bahagian A,别用太长的
penanda wacana)
*huraian 要写到很好,因为现在批改方式不是越多 isi 越高分,而是比较有说服力的
huraian 越高分,就算你写 1 个 isi 可是超多说服力的 huraian,你还是有资格获高分
*记得写完后,标明字数

© 勇敢牛牛 | 小红书
No. Kosa Kata Maksud Contoh Ayat
Berdajat Tinggi
1. ningrat bangsawan • Sebagai warganegara yang cakna, setiap pihak haruslah bersinergi sama ada
贵族 datang daripada golongan ningrat mahupun murba.
• Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan
membanggakan ibu bapanya.
2. fatamorgana khayalan • Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan
幻想 Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fatamorgana
semata-mata.
• Impian untuk menjadi antara pelajar yang cemerlang akan menjadi satu
fatamorgana jika pelajar tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.
3. kutubkhanah perpustakaan • Internet juga dianggap sebagai kutubkhanah maya yang menyimpan
图书馆 khazanah ikmu pengetahuan.
• Perpustakaan atau kutubkhanah ialah sebuah bangunan yang menyimpan
pelbagai koleksi sumber maklumat.
4. bertiwikrama berusaha sedaya • Sebagai seorang pelajar, kita seyogianya bertiwikrama untuk mencapai
尽力 upaya kecemerlangan dalam bidang akademik.
• Kecemerlangan ini hanya akan dicapai sekiranya pelajar-pelajar bertiwikirama
untuk mencapainya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
5. bercempera berpecah-belah • Sikap individu yang bersilengah akan menyebabkan masyarakat bercempera.
散乱 • Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah
tujuan.
6. sofistikated canggih • Pengetahuan mereka juga bertambah daripada itu berbanding zaman muda
时新;奥秘 mudi dahulu yang tidak ada television, komputer dan alat komunikasi yang
sofistikated.
• Silibus kesusasteraan di sekolah adalah satu refleksi bahawa pelajar-pelajar
tidak dapat memahami dan mempelajari karya-karya yang sofistikated.
7. imlak 方案 rencana Perpaduan menjadi imlak yang membolehkan individu atau mujtamak
8. mujtamak 社会 masyarakat membangunkan potensi, budaya, kemahiran dan seni.
9. pancawarna/ berwarna-warni Puspawarna tanggungjawab yang dijalankan oleh sekolah sedikit sebanyak telah
puspawarna mempengaruhi peratus kenaikan dan penurunan isu gejala sosial dalam kalangan
五彩缤纷 remaja kita.

© 勇敢牛牛 | 小红书
10. nirmala suci/ bersih • Marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan
纯洁 supaya kekal nirmala dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
• Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk, Budi Bahasa, Budaya Kita.
11. mauduk 标题 tajuk Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah Budi Bahasa, Budaya Kita.
12. mahmudah terpuji • Remaja yang mempunyai sikap mahmudah dapat dilahirkan seterusnya dapat
备受赞扬 menjadi seorang insan yang kamil.
• Sifat mahmudah jika diaplikasi dalam kehidupan akan mengubah personaliti
remaja agar menjadi remaja cemerlang dan terbilang.
13. memugari memperbaiki/ • Sekiranya masyarakat bersikap proaktif, sahsiah remaja nescaya dapat
修复 memperbaharui/ dipugari.
memulihkan • Remaja perlu memugari diri agar dapat membentuk negara yang haemoni.
14. individualistik/ bersifat mementingkan Sikap egosentrik yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak
egosentrik keperluan sendiri mengamalkan semangat kejiranan.
个人主义 sahaja
15. madani maju dari segi Usaha untuk membentuk masyarakat madani dengan menyemaikan nilai-nilai murni
文明社会 pemikiran, kerohanian kekeluargaan.
dan kebendaan
16. iktisad ekonomi Mutakhir ini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan
经济 tumbuh selepas hujan.
17. isitiqamah ketaatan menjalankan Pihak kerajaan sewajarnya mengambik inisiatif dengan menganjurkan kempen
真诚地不断进行某种 sesuatu suruhan kesedaran secara istiqamah dan pragmatik ke seluruh pelosok negara.
secara terus-menerus
指示
18. nusa tanah air Nusa tercinta kita, Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan
祖国 berbilang kaum.
19. ghalib 习以为常 biasa, lazim Alatan permainan tradisional juga amat terhad pada ghalibnya.
20. pemangkin faktor, persekitaran dsbKewujudan lebuh raya menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi kawasan
催化因素 yg mempercepat tersebut.
sesuatu tindakan atau
perubahan
21. dampak kesan yg diterima drpd Dampak daripada pembakaran itu sangat luar biasa dalam jangka masa panjang,
后果 sst perbuatan, peristiwa yakni berlakunya pemanasan global.

© 勇敢牛牛 | 小红书
22. semberono membuat sesuatu dgn Banyak fakta membuktikan remaja dalam lingkungan umur 20-an kerap terbabit dalam
随随便便 tdk hati2 kemalangan jalan raya kerana memandu semberono.
23. darma kewajiban atau tugas Pengorbanan kaum wanita melimpahkan darma kepada bangsa dan negara menjadi
责任 dlm kehidupan kebanggaan kita semua.
24. ikram baik dan saling Uruslah pelajar dengan penuh ikram dan komited berdasarkan konsep sekolah
尊敬 menghormati penyayang.
25. islah usaha utk membaiki Kehilangan daya kreativiti akan melemahkan pembaharuan dan di sinilah islah
妥善的 keadaan yg rosak diperlukan.
hingga kembali kpd
keadaan yg asal atau
lebih baik
26. merudum (bkn harga, ekonomi, Populariti stesen radio itu merudum akibat kemunculan beberapa stesen radio baharu.
下跌 prestasi dsb) jatuh ke
tahap yg paling rendah
27. bah 洪水 banjir Dalam musim tengkujuh, kampung ini selalu didatangai bah.
28. bersiap siaga 准备好 bersiap sedia Para guru hendaklah sentiasa bersiap siaga dalam mengharungi gelombang
transformasi pendidikan negara.
29. sirna 不见,消失 hilang, lenyap Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari
ini.
30. bobrok rosak, binasa • Para pelajar seyogia menghargai nasihat supaya tidak menjadi insan yang
损坏 bobrok dan terjerumus dalam kebejatan moral.
• Masyarakat yang bersikap delinkuen akan membobrokkan nama negara.
31. polemik perbahasan dgn Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat.
(报章杂志上的)论 rencana atau tulisan
战 dlm surat khabar
32. mapan 不变,稳定 tidak berubah2 Sudah terang lagi bersuluh bahawa kempen merupakan prakarsa mapan yang mempu
mengatasi gejala lumba haram.
33. obligasi kewajiban Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara
责任 daripada ancaman musuh.
34. rekayasa penerapan unsur2 ilmu Guru mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran
汲取各方面的知识 di dalam kelas.

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Peperiksaan Akhir Tahun 2021

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahagian A
Marcapada ini, isu tentang keracunan makanan sering menjadi buah mulut masyarakat.
Kes keracunan makanan juga meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya,
apakah langkah yang dapat diambil untuk mengatasi keracunan makanan?
Langkah primanya ialah kita haruslah menjaga kebersihan diri, iaitu mencuci tangan
dengan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas masak serta sebelum dan selepas
mengendalikan bahan mentah dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian untuk mencegah
jangkitan penyakit. Sekiranya kita tidak mencuci tangan, penyakit virus akan disebarkan
kepada orang lain. Hal ini akan berterusan dan tersebar kepada orang yang seterusnya.
Selain itu, sebelum makan makanan tersebut, kita mestilah melihat, menghidu dan
merasa sama ada makanan tersebut boleh dimakan. Hal ini demikian kerana kita tidak tahu
bahawa tukang masak tersebut mengamalkan kebersihan atau tidak. Tamsilnya, kita boleh
menghidu makanan tersebut untuk memastikan tiada bau yang pelik.
Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) haruslah mengarah
pegawainya untuk membuat pemeriksaan terhadap kantin sekolah. Berdasarkan kajian
sehingga Mei 2019, sebanyak 213 kejadian keracunan makanan dilaporkan yang membabitkan
68 kejadian di sekolah. Oleh itu, KKM haruslah menguatkuasakan undang-undang supaya kes
keracunan makanan dapat dikurangkan.
Intihanya, semua pihak haruslah bersinergi dalam menangani isu keracunan makanan
sebelum nasi sudah menjadi bubur. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati.

23/30

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahagian B
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru
rakyat mendalami tema sambutan Hari Kebangsaan 2021 iaitu “Malaysia Prihatin” serta
memupuk sifat keprihatinan dalam diri. Beliau menerusi catatan di Facebook rasminya
berkata prihatin adalah satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat di negara ini.
“Bila kita prihatin, kita empati dengan kesusahan orang lain. Bila kita prihatin, kita jaga
keselamatan dan kesihatan komuniti kita. Bila kita prihatin, kita bersatu hati memerangi
musuh negara.”
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08

Sikap keprihatinan rakyat Malaysia terhadap negara bukti semangat patriotik terhadap negara
yang kita cintai.
Huraikan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat.

Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Sebahagian lirik daripada lagu “Tanggal 31” di atas menyeru orang ramai supaya
menyambut kemerdekaan dengan penuh semangat cinta akan negara. Pada 31 Ogos 1957,
Dataran Merdeka bergema dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul
Rahman. Negara kita pun telah merdeka selama 56 tahun. Namun begitu, semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat semakin meluntur mutakhir ini. Hal ini demikian kerana setiap
orang sibuk dengan urusan sendiri dan tidak menghirau tentang isu ini. Fenomena ini seperti
peribahasa bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tak tumbuh tak
melata, tak sungguh orang tak kata, persoalan yang sering menerawang dan menerjah di
gawang minda fikiran kita ialah apakah langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat?
Pendekatan primanya ialah ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam
memupuk semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak mereka sejak kecil lagi. Hal ini
dikatakan demikian kerana uswah hasana ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak
mereka. Bak kata peribahasa, anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakannya. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan acara
kemerdekaan. Dengan ini, semangat patriotisme dapat disemai dalam diri anak-anak. Tegasnya,
ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyemai semangat
patriotisme kepada anak-anak.
Sebagai lontaran idea yang seterusnya, alma mater juga memainkan peranan yang
penting. Hal ini demikian kerana sekolah diibaratkan sebagai kilang yang melahirkan pelajar
kelas minda pertama maka gutu merupakan arkitek yang membentuk karakter pelajar. Sebagai

© 勇敢牛牛 | 小红书
tamsil, semepena hari kebangsaan, pihak sekolah haruslah mengadakan minggu kemerdekaan
dan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kuiz, pertandingan menulis esei, menayangkan filem
buatan tempatan seperti filem P. Ramlee dan sebagainya. Penerapan semangat cinta akan
negara juga dapat diberi melalui subjek Pendidikan Moral dan Sejarah. Dengan ini, murid dapat
mengenali kemerdekaan negara dan tokoh-tokoh pejuang negara kita. Pendek kata, pihak
sekolah haruslah menyemai semangat patriotisme dalam sanubari setiap pelajar dari bangku
sekolah.
Lanjutan daripada idea yang dinyatakan di atas ialah bukan sahaja pihak sekolah, pihak
kerajaan juga haruslah melaksanakan program-program kemerdekaan kepada seluruh rakyat
jelata Malaysia. Antara program yang dapat dilaksanakan ialah mengadakan ceramah untuk
masyarakat atau pameran sejarah supaya kalangan masyarakat dapat mengenali tokoh-tokoh
kemerdekaan negara kita seperti Tunku Abdul Rahman, Mat Rentap, Tok Janggut dan
sebagainya. Pihak kerajaan juga telah menggunakan nama mereka sebagai nama jalan untuk
menunjukkan kehormatan. Dengan ini, masyarakat akan mengenali mereka dan pengorbanan
mereka tidak sia-sia. Persis kata mutiara, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Lama-kelamaan, semangat patriotisme akan timbul dalam jiwa kalangan
masyarakat.
Tidak dapat dinafikan bahawa media massa juga berperanan dalam menyemai
semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia. Hal ini tercetus apabila media massa sering
digemari dan digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat terutamanya kalangan remaja.
Contoh yang ketara ialah sempena bulan kemerdekaan, media massa boleh menyiarkan iklan
atau lagu kemerdekaan di televisyen, radio atau media sosial. Dengan ini, masyarakat akan
tertarik perhatian akan iklan atau lagu yang disiarkan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
media massa merupakan salah satu ikhtiar untuk memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak pendekatan yang
ampuh dapat dilakukan oleh setiap pihak. Tun Dr. Mahathir pernah berkata bahawa tiada orang
yang tidak mencintai negara sendiri. Oleh yang demikian, setiap pihak tidak mengira warna
kulit, agama, latar belakang perlulah menggembleng tenaga persis kata orang tua-tua, ke lurah
sama didaki, ke bukit sama dituruni. Bayangkanlah sekiranya masyarakat tidak menyemai
semangat patriotisme dalam diri mereka, tentulah sedih nenek-nenek moyang kita melihat
keadaan sebegini. Marilah kita mengisikan kemerdekaan dalam jiwa kita tidak kira semasa
bulan kemerdekaan atau Hari Malaysia, tetapi bersemangat patriotisme selama-lamanya.

60/70

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Peperiksaan Awal Tahun 2022

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahagian A
Marcapada ini, teknologi di seantero dunia semakin canggih dan maju. Sebagai tamsil,
masyarakat kini tidak perlu lagi menggunakan wang tunai untuk membayar. Hal ini demikian
kerana e-dompet telah diperkenalkan. Persoalan yang perlu dirangkaikan ialah apakah
kelebihan dan keburukan e-dompet?
Kelebihan primanya ialah e-dompet selamat digunakan. Sebelum ini, pencuri sering
mengambil kesempatan untuk mencuri atau merampas dompet seseorang yang mempunyai
wang, kad debit atau maklumat peribadi kita dalamnya. Kini, kita tidak perlu risau hal
sedemikian akan berlaku kerana e-dompet telah menggantikan dompet fizikal. Kata laluan
dapat ditetapkan sebelum membuka e-dompet. Oleh itu, pencuri akan tidak dapat mengakses
e-dompet kita.
Selain itu, pembayaran dilakukan dengan pantas sekiranya menggunakan e-dompet.
Hal ini tercetus apabila kita hanya perlu mengimbas kod QR dan menjalankan transaksi wang.
Kesannya, kita tidak perlu lagi menunggu dengan lama untuk menunggu giliran kita membuat
pembayaran di samping menjimatkan masa kerana masa itu emas.
Namun begitu, terdapat juga kekurangan e-dompet. Antaranya ialah e-dompet sukar
digunakan jika talian Internet kurang stabil atau tidak laju. Sekiranya seseorang itu tidak
membawa wang tunai, bukan sahaja dia tidak dapat melakukan pembayaran, namun dia juga
akan membazirkan masa orang lain yang juga hendak membayar.
Walhasil, e-dompet mendatangkan pelbagai kemaslahatan dan juga keburukan kepada
kehidupan seharian kita.

23/30

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahagian B
Cara-cara Menggalakkan Amalan Membaca dalam Kalangan Masyarakat
Jika digali telaga ilmu,
Akan terang jalan hidupmu.
Jika terdidik rakyat jelata,
Negara makmur rezeki melata.
Puisi di atas menunjukkan kepentingan-kepentingan membaca kepada seseorang dan
sesebuah negara. Membaca merupakan sesuatu amalan mulia yang patut diamalkan oleh setiap
insan tanpa mengira usia dan latar belakang. Namun begitu, amalan membaca semakin sirna
dalam kalangan mujtamak terutamanya golongan remaja. Salah satu faktor yang menyebabkan
fenomena ini berlaku ialah faktor teknologi yang semakin canggih pada zaman atom ini.
Golongan belia kini ketagihan dalam penggunaan alat-alat peranti sahaja. Lama-kelamaan,
buku-buku tidak lagi diminati oleh golongan belia. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
tak kata, persoalan yang sering menerawang dan menerjah di gawang minda fikiran kita ialah
apakah uslub yang dapat diimplementasikan oleh pelbagai pihak demi menggalakkan amalan
membaca dalam kalangan remaja?
Sebagai mukadimah perbincangan, prakarsa perdana ialah ibu bapa seyogianya
mendedahkan buku-buku kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Hal ini tercetus apabila
anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Misalnya, ibu bapa boleh
menghadiahkan buku-buku kepada anak-anak sebagai ganjaran. Selain daripada itu, ibu bapa
juga boleh membawa anak-anak ke kutubkhanah setiap hari minggu. Dengan ini, anak-anak
bukan sahaja dapat memanfaatkan waktu senggang mereka dengan membaca, horizon
pemikiran mereka juga dapat diluaskan. Senario ini seperti aforisme serampang dua mata.
Secara implisit, ibu bapa memainkan peranan signifikan dalam mempopularkan semula budaya
membaca. Ibu bapa janganlah sesekali menjadi bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Jika ditinjau dari aspek yang lain, alma mater turut memainkan peranan untuk
menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana
sekolah diibaratkan sebuah kilang yang melahirkan pelajar minda kelas pertama, maka guru
merupakan arkitek yang membentuk karakter pelajar. Antara aktiviti yang dapat dilaksanakan
oleh pihak sekolah ialah pihak sekolah haruslah memperkasakan program NILAM setiap hari
sekurang-kurangnya 10 minit. Orang tua-tua pernah berkata bahawa membaca memerdekakan
minda seseorang. Alhasilnya, tabiat membaca dalam kalangan pelajar dapat dibina melalui cara
ini. Izharnya, budaya membaca sepatutnya bermula dari bangku sekolah kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Sebagai lontaran idea yang seterusnya, pihak kerajaan juga perlulah mengambil inisiatif
dengan menganjurkan pameran atau pesta buku yang menarik dan terdiri daripada pelbagai
genre secara istiqamah dan pragmatik ke seluruh pelosok negara. Tujuannya adalah untuk
menarik minat dan perhatian kalangan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Peribahasa
Melayu ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai tamsil, diskaun-diskaun
yang lumanyan diberikan kepada para pembeli agar remaja berminat untuk membelinya. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa melalui minhaj ini, pameran tersebut nescaya akan mendapat
sambutan yang hangat daripada orang ramai.

© 勇敢牛牛 | 小红书
Lanjutan daripada idea yang dinyatakan sebentar tadi, tidak dapat disangkalkan bahawa
pihak penerbit buku memainkan peranan yang mustahak juga dalam menyemarakkan semula
budaya membaca. Hal ini tercetus apabila punca utama dalam menarik minat remaja dalam
membaca ialah kualiti buku tersebut. Contoh yang ketara ialah pihak penerbit haruslah
menerbitkan buku seperti novel yang mempunyai jalan cerita menarik dan mengikut trend
terkini yang diminati oleh kalangan remaja. Impaknya, golongan belia akan berminat untuk
membacanya. Umpama memasang pelita tengah hari bahawa pihak penerbit buku berobligasi
dalam menerbitkan buku yang berkualiti dan penuh ilmu agar remaja dapat mempelajari
sesuatu daripanya kerana ilmu itu pelita hidup.
Sebelum mata pena diskusi melabuhkan noktahnya, bulan semakin terang, bayang kian
jelas bahawa terdapat heterogen modus operandi yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk
menyemaikan amalan membaca dalam sanubari kalangan remaja. Oleh hal yang demikian,
sebagai warganegara yang cakna, semua pihak seyogianya bersinergi bagai terapung-apung
sama hanyut, terendam sama basah sama ada datang daripada golongan ningrat arau murba
untuk mempopularkan amalan membaca. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan
yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Sayidina Ali pernah berkata membaca jambatan ilmu,
harga seseorang itu ialah ilmunya. Melalui beberapa pendekatan yang ampuh ini, amalan
membaca nescaya akan dibudayakan oleh semua orang, bukan sahaja kalangan remaja pada
hari muka. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai masyarakat madani tidak menjadi
fatamorgana semata-mata.

65/70

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahagian A
Keluar pagi pergi ke kota
Cadang nak cari minyak wangi
Agama turut mengajar kita
Jiran tetangga kita sayangi
Pantun Adat Hidup Berjiran menyeru kita supaya menghargai jiran tetangga kita. Jiran
merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan kita. Merekalah yang sedia untuk
membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan. Namun, semangat kejiranan semakin
luntur marcapada ini. Persoalan yang perlu dirangkaikan ialah apakah punca yang
menyebabkan hal ini berlaku dan apakah yang patut masyarakat lakukan?
Antara punca semangat kejiranan semakin luntur ialah masyarakat sibuk dengan hal
masing-masing dan memandang enteng masalah ini. Mereka tidak berborak dan saling
menegur antara satu sama lain. Fenomena ini persis aforisme bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Oleh itu, pelbagai inisiatif harus diimplementasikan supaya
semangat kejiranan dapat disemarakkan.
Uslub prima ialah kita haruslah menziarahi jiran tetangga semasa hari terbuka agar
dapat saling mengenali adat resam masing-masing. Persis peribahasa Melayu tak kenal maka
tak cinta. Seterusnya, kita haruslah bertegur sapa dengan jiran untuk bertanya khabar. Di
samping itu, kita seyogianya menolong jiran yang ingin berpindah untuk meringankan beban
mereka. Akhir sekali, kita sepatutnya melawat jiran kita yang sakit dengan membawa buah
tangan untuk menunjukkan keprihatinan terhadap jiran. Melalui beberapa prakarsa ini, kita
dapat menjalinkan hubungan yang akrab dengan jiran.
Walhasil, jiran mendatangkan pelbagai kemasalahatan kepada kita. Peribahasa Melayu
ada mengatakan bahawa jiran sepakat membawa berkat.

23/30

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahagian B
Permainan tradisional merupakan permainan lama yang diwarisi sejak zaman nenek
moyang kita. Antara contoh permainan tradisional ialah congkak, gasing dan batu
seremban. Permainan ini mempunyai keunikan yang tersendiri namun semakin dilupakan.
Remaja zaman ini lebih cenderung bermain permainan moden.
Sumber: Internet

Permainan tradisional semakin dilupakan oleh masyarakat kini. Oleh itu, pelbagai pihak
haruslah berganding bahu untuk mempopularkan permainan tradisional.
Huraikan cara-cara untuk mempopularkan permainan tradisional semula.

Permainan tradisional merupakan permainan lama yang diwarisi turun-temurun sejak


zaman nenek moyang kita. Namun begitu, permainan tradisional semakin dilupakan oleh
masyarakat kebelakangan ini. Hal ini demikian kerana kecanggihan teknologi kini
menyebabkan remaja ketagihan dalam penggunaan alat-alat peranti. Mereka bermain
permainan secara maya melalui telefon bimbit, komputer, televisyen dan sebagainya. Lama-
kelamaan, masyarakat tidak mengendahkan permainan tradisional. Tak tumbuh tak melata, tak
sungguh orang tak kata, persoalan yang sering menerawang dan menerjah di gawang minda
fikiran kita ialah apakah prakarsa yang perlu diimplementasikan untuk mempopularkan
permainan tradisional semula?
Langkah prima yang dapat dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa haruslah
memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Hal ini
dikatakan demikian kerana anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Misalnya,
ibu bapa boleh membeli permainan tradisional kepada anak-anak mereka sebagai hadiah.
Dengan ini, anak-anak dapat memanfaatkan waktu senggang mereka dengan bermain
permainan tradisional dan melakukan aktiviti yang berfaedah. Secara implisit, ibu bapa
memainkan peranan yang signifikan dalam mendedahkan permainan tradisional kepada anak-
anak.
Jika ditinjau dari aspek yang lain, alma mater turut memainkan peranan untuk
mempopularkan permainan tradisional semula. Hal ini tercetus apabila sekolah diibaratkan
kilang yang melahirkan pelajar kelas minda pertama, maka guru merupakan arkitek kepada
pelajar. Antara aktiviti yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah ialah mengadakan kelab
permainan tradisional untuk menarik perhatian pelajar. Pembelajaran bukan hanya di dalam
kelas sahaja, tetapi di luar bilik darjah juga. Oleh yang demikian, bakat pelajar bukan sahaja
dapat dicungkil melalui aktiviti ini, namun mereka juga dapat mengenali rakan-rakan yang
baharu. Senario ini persis aforisme serampang dua mata. Izharnya, pendedahan permainan
tradisional haruslah bermula dari bangku sekolah.
Tidak dapat dinafikan bahawa pihak kerajaan seyogianya menganjurkan kempen atau
pameran berkenaan permainan tradisional. Tujuannya adalah supaya masyarakat, terutamanya
kalangan remaja akan mengenali dan memahami permainan tradisional. Orang tua-tua pernah
berkata bahawa tak kenal maka tak cinta. Program yang dapat dijalankan ialah pertandingan
permainan tradisional yang akan memberikan hadiah yang lumayan kepada para peserta agar
masyarakat berminat untuk menyertainya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak kerajaan

© 勇敢牛牛 | 小红书
boleh menganjurkan pelbagai aktiviti berkenaan permainan tradisional supaya masyarakat
akan menyertainya.
Akhir sekali, tidak dilupakan juga kepada pihak media massa turut dapat menggalakkan
masyarakat bermain permainan tradisional. Hal ini tercetus apabila masyarakat akan
menggunakan media sosial saban hari disebabkan teknologi semakin canggih marcapada ini.
Tamsil yang ketara ialah media massa boleh membuat pengiklanan memperkenalkan
permainan tradisional supaya orang ramai dapat melihatnya dan mengenalinya. Bak kata
peribahasa, maklumat hanya di hujung jari. Secara keseluruhannya, media massa haruslah
menggunakan peluang ini untuk menghebahkan permainan tradisional.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa semua pihak haruslah bersinergi ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mempopularkan semula permainan tradisional
sebelum nasi sudah menjadi bubur. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang
konkrit untuk tegar menjadi evasif. Melalui beberapa pendekatan yang ampuh ini, permainan
tradisional nescaya akan dipopularkan semula dan tidak ditelan zaman pada masa yang akan
datang.

62/70

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Peperiksaan Percubaan SPM 2022

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahagian A
No. 40, Jalan Bahagia,
Taman Gembira,
31450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Pengetua,
SMK Seri Keledang,
Persiaran Keledang Timur 2,
31450 Menglembu,
Perak Darul Ridzuan. 31 OKTOBER 2022

Tuan,
Masalah Kebersihan di Kantin Sekolah dan Cadangan Tindakan yang perlu Diambil
Merujuk perkara di atas, saya mewakili Kelab Pengguna Sekolah, ingin membuat aduan
mengenai masalah kebersihan di kantin sekolah. Di samping itu, saya juga ingin
mengetengahkan cadangan tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah demi kepentingan
pelajar-pelajar.
2. Untuk makluman tuan, saya dan rakan-rakan mendapati kantin sekolah amat kotor,
terutamanya kawasan dapur. Baru-baru ini, kami ternampak seekor tikus melintasi di hadapan
mata kami dan tikus itu menuju ke tempat menyimpan barang kering. Hal ini amat
membahayakan kesihatan pelajar-pelajar kerana tikus membawa penyakit yang berjangkit.
Selain itu, kami juga mendapati bahawa pengusaha kantin tidak memakai topi dan apron
semasa memasak. Hal ini amat menjijikkan kerana rambut akan terjatuh ke makanan-makanan
tersebut. Tidak dilupakan juga bahawa mereka juga tidak menutup makanan dengan penutup
makanan mengakibatkan lalat-lalat terbang di atas makanan tersebut.
3. Oleh itu, kami berharap agar tuan mengambil tindakan tanpa berlengah-lengah. Dalam
konteks ini, kami sebulat suara mencadangkan pihak tuan agar memberikan surat amaran
kepada pengusaha kantin. Dengan ini, mereka akan mematuhi segala arahan dan peraturan
yang ditetapkan untuk memastikan kebersihan kantin. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa
kebersihan itu separuh daripada iman. Selain itu, pemantauan yang segera harus
diimplementasikan untuk memastikan kebersihan kantin pada tahap yang memuaskan.

© 勇敢牛牛 | 小红书
Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan mengambil pendekatan yang ampuh untuk
mengatasi masalah tersebut dengan segera sebelum nasi sudah menjadi bubur dan tidak
bersikap hangat-hangat tahu ayam sahaja. Kerjasama tuan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Daniel
(DANIEL LEW)
Wakil Kelab Pengguna Sekolah,
SMK Seri Keledang.

25/30

© 勇敢牛牛 | 小红书
Bahagian B
Menurut Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, kesedaran generasi kini terhadap
kepentingan sejarah dapat disifatkan sekadar bermusim kerana kebiasaannya ramai pelajar
akan mula mengambil kisah mengenainya hanya menjelang Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia. Menurut beliau, pembelajaran sejarah membolehkan pelajar lebih bersifat
patriotik dan mengenali negara sendiri.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
Berita Harian, 3 Oktober 2018

Pada pendapat anda, apakah kepentingan pelajar mempelajari sejarah?

Menurut Kamus Dewan, sejarah didefinisikan sebagai peristiwa yang benar-benar


berlaku pada masa lampau, kisah, riwayat dan tambo. Terdapat pelbagai ikhtiar yang telah
diimplementasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menekankan subjek
Sejarah, antaranya ialah menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib lulus
bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memperoleh sijil. Namun begitu,
terdapat pelajar yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan tersebut. Hal ini tercetus apabila
mereka berpendapat bahawa Sejarah amat sukar dan juga membosankan. Mereka tidak
memahami bahawa sejarah amat signifikan demi masa hadapan negara. Tak tumbuh tak melata,
tak sungguh orang tak kata, persoalan yang sering menerawang dan menerjah di gawang minda
fikiran kita ialah apakah kepentingan mempelajari sejarah kepada pelajar?
Kepentingan primanya ialah sejarah dapat mengelakkan diri seseorang daripada
mengulangi kesilapan. George Santayana pernah berkata bahawa seseorang yang melupakan
sejarah nescaya akan mengulanginya. Banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh insan-insan
kerana kita tidak mengambil iktibar daripada peristiwa lampau. Sebagai tamsil, peristiwa
Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada
masyarakat agar tidak mudah mempercayai orang asing. Dengan ini, rakyat seyogianya
menghargai pengajaran yang dialami oleh nenek moyang kita supaya pisang tidak berbuah dua
kali. Secara implisit, peristiwa-peristiwa sejarah dapat kita jadikan renungan dan pedoman.
Jika ditinjau dari aspek yang lain, pembelajaran sejarah mampu menyemarakkan
semangat patriotisme yang kian terhakis dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan
pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.
Fenomena ini persis aforisme bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Oleh itu, subjek Sejarah diperkenalkan agar pelajar dapat mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan
watan kita. Misalnya, Tunku Abdul Rahman, Mat Rentap, Tok Janggut dan sebagainya.
Alhasilnya, pelajar akan mengenali mereka dan pengorbanan mereka juga tidak sia-sia. Persis
kata mutiara, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Secara
ijmal, semangat patriotisme dapat dilahirkan dalam sanubari setiap pelajar dan mereka juga
tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit terhadap tokoh-tokoh kemerdekaan.
Di samping itu, sejarah juga menyedari kita bahawa betapa mustahaknya perpaduan
kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana negara yang harmoni dan sejahtera dibentuk apabila
rakyat bersatu padu. Negara kita pernah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka, yakni
tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13 Mei 1969. Oleh itu, semangat perpaduan kaum
dapat disemai melalui mata pelajaran Sejarah. Kesannya, sikap individualistik dapat dikikis

© 勇敢牛牛 | 小红书
dalam batin setiap orang. Negara kita ibarat pokok dan rakyat ibarat akar, pokok tidak akan
berdiri kukuh tanpa akar, begitu juga dengan negara kita. Umpama memasang pelita tengah
hari bahawa sejarah dapat memupuk perpaduan kaum tanpa mengira usia.
Sebelum mata pena diskusi melabuhkan noktahnya, bulan semakin terang, bayang kian
jelas bahawa mata pelajaran Sejarah mempunyai banyak kepentingan dan kemaslahatan untuk
para pelajar hayati dan pelajari kerana tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, semua pihak haruslah
bersinergi bagai terapung-apung sama hanyut, terendam sama basah untuk menggalakkan
seseorang mempelajari sejarah sebelum kudis menjadi tokak, sudah terhantuk baru tengadah.
Tegasnya, kemakmuran dan kedaulatan negara dapat dipertahankan sekian lamanya.

64/70

© 勇敢牛牛 | 小红书

Anda mungkin juga menyukai