Anda di halaman 1dari 6

Senarai Kata Bombastik

1.

membimbangkan = mengguris perasaan = meruntun hati = menyayat hati = mencemaskan =


mengerikan = menghantui

2. oleh itu = konklusi = deduksi = tuntasnya = natijah = intiha = pendek kata = tegal itu = akhirulkalam
= akhir kalam = izharnya = jelaslah di sini bahawa = bertitik tolak dari sinilah,
3. terkandung = termaktub = digariskan
4. langkah = usaha = cara = strategi = modus operandi = inisiatif = prakarsa = preskripsi
5. berkesan = drastik = konkrit = efisien = efektif = proaktif = pragmatik = praktikal = ampuh = afdal
6. suci = luhur = kudsi = syumul
7. berkemampuan = berkebolehan = berketerampilan = berkaliber = berkarisma
8. mengatasi = mengekang = membasmi = memberantas = membanteras = membendung = menangani =
memerangi = mensifarkan = menoktahkan
9.

anugerah terpenting = nikmat yang berharga = aset tidak ternilai ()

10. paksi = teras = tunjang = cerucuk = tunggak


11. kadar = indeks
12. pastilah = nescaya = tidak mustahillah
13. jiwa = hati = sanubari = sukma = atma = benak
14. masalah = isu = belenggu = kemelut = skandal = perumitan = komplikasi = senario = fenomena =
dilema = krisis = polemik
15. terlibat = terperangkap = terjebak = terjerumus
16. menggagalkan = membantut = meranapkan = memusnahkan = menghancurleburkan =
menjahanamkan
17. faedah = kebaikan = kepentingan = manfaat = kemaslahatan
18. lalai = lena = leka = cuai = alpa
19. tamak = rakus = haloba = serakah
20. kebiasaan = kelaziman = keghaliban = norma = lumrah
21. cabaran = kekangan = rintangan = dugaan = halangan = pancaroba = kongkongan = petualang
22. bermaksud = didefinisikan = diinterpretasikan = ditafsirkan = membawa konotasi
23. kesan = impak = implikasi = ironi = durjana = rentetan itu,
24. digunakan = dimanfaatkan = diimplementasikan = diaplikasikan
25. selain itu = tambahan pula = lebih-lebih lagi = lantaran itu = di samping itu = sementelahan pula
(En. Roslan di samping itu)

26. menunjukkan = mencerminkan = memperlihatkan = memanifestasikan


27. contoh = teladan = model = postur yang baik = entiti mithali = uswah
28. keruntuhan akhlak = kemaksiatan = kebejatan moral = demoralisasi = ketidakserasian sahsiah
29. ternama = terkenal = tersohor = terkemuka
30. serius = gawat = parah = tegar = kronik = bobrok ()

31. pemimpin = peneraju = umarak


32. jujur = ikhlas = tulus = bona fide
33. sempurna = lengkap = kamil = holistik
34. musibah = bencana = malapetaka
35. mengatakan = menyatakan = menukilkan = mengungkapkan = meminjam mutiara kata daripada XXX
36. seperti = umpama = bagai = persis = mudarif ( peribahasa)

37. dilaksanakan = diorah = digarap


38. dikaji = ditinjau = ditelusuri = diselami

39. contoh = bukti = analogi = tamsilan


40. alat = bahan = wadah = wahana
41. bekerjasama = bersinergi = berganding bahu = bersendel bahu = menggembleng tenaga
42. seluruh dunia = marcapada = mayapada = seantero dunia = sejagat = sarwajagat
43. globalisasi = modenisasi = perkampungan global = pascaglobalisasi = pascamodenisasi =
pascaperindustrian
44. dasar pecah dan perintah = dasar devide et empera (diperkenalkan oleh kerajaan British semasa
zaman penjajahan British abad ke-20)

45. sebelum sesuata perkara menjadi teruk = sebelum kudis menjadi tokak
46. bapa borek anak rintik = bagaimana acuan, begitulah kuihnya = ke mana tumpahnya kuah jika tidak
ke nasi = rebung tidak jauh daripada rumpun
47. perosak = barah = parasit = duri dalam daging = musuh dalam selimut = gunting dalam lipatan = api
dalam serkam
48. pokok tidak akan bergoyang tanpa angin = kalau tiada angin masakan pokok bergoyang = kalau ada

asap, tentu ada api ()


49. mencurah air ke daun keladi = hujan jatuh ke pasir = anjing menyalak bukit = mengepal pasir yang

kering = mencurah air ke pasir = menulis di atas air ()


50. bagai aur dengan tebing = sepakat membawa berkat = bersatu teguh, bercerai roboh = ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni = hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah =
muafakat membawa berkat = bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
51. sulit = rumit = kusut = ruwet = ruwat
52. zaman = era
53. walaupun = kendatipun = sungguhpun = meskipun
54. sepatutnya = seyogianya
55. berazam = bertekad = beriltizam ()
56. remaja = pemuda = generasi muda = generasi pelapis = bakal pemimpin = belia
57. segi = bidang = arena
58. diperalatkan = diperkotak-katikkan = dipermainkan = dipersendakan = diinjak-injak
59. sudah gaharu cendana pula = sudah terang bersuluh pula = sudah tahu bertanya pula
60. menyebabkan = mengesankan = mengakibatkan = menatijahkan
61. Hadirin sekalian, = Warga dewan yang dikasihi, = Para pendengan yang celik akalnya

Sifat Remaja

umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang

bermaharajalela = beraja di mata, bersultan di hati

obses = terikut-ikut

delinkuen = tidak mematuhi peraturan

mementingkan diri sendiri = keakuan = individualistik = nafsi = egosentrik =


bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

mengabaikan tanggungjawab = eskapisme = evasif

mementingkan keseronokan = hedonisme

mementingkan kebendaan = materialistik

tidak berpendirian teguh = bagai layang-layang yang terbang ditiup angin

mengejar fata-morgana di tanah yang gersang (memburu sesuata yang tidak pasti)

Kata Hikmat
Confucius Pendidikan ialah persiapan membina masyarakat yang beradab.
Confucius Perjalanan seribu batu bermula daripada langkah pertama.
George Santayana Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.
George Santayana Kaki seseorang harus ditanam di negaranya tetapi matanya harus meneropong
seluruh dunia.
Dato Seri Najib bin Tun Razak Teknologi hijau merupakan pendekatan yang tepat dalam menangani
masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. (9/4/2011)
Tan Sri Muhyiddin (Menteri Pelajaran Malaysia) Bidang sukan mampu mewujudkan perpaduan sejagat,
memupuk keamanan dan meningkatkan imej negara. (9/6/2011)
Beng Tju Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokok tersebut akan hidup dengan subur.
Joe Paterno Keyakinan merupakan kunci utama kejayaan dalam bidang sukan.
Mahatma Gandhi Berfikirlah untuk hari esok, tetapi bertindaklah bermula hari ini.
Mahatma Gandhi Alam ini bukan diwarisi oleh nenek moyang kita tetapi meminjam daripada anak
cucu kita.
Aristotle Tanpa kawan, tiada sesiapa pun memiliki kehidupan walaupun dia memiliki segala-galanya.
Aristotle Peribadi yang baik memelihara kita daripada melakukan pekerjaan yang keji.
Cicero Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita namanya tetapi angan-angan.
Pepatah Arab Masa itu umpama mata pedang. Sekiranya kita tidak memancungnya, pasti ia akan
memancung kita.
Pepatah Cina Tanpa diukir, sebutir jade tidak akan bersinar. Tanpa pelajaran, seorang manusia
tidak tahu bakatnya besar.
Pepatah Cina Jangan jemu separuh jalan. Seutas kawat mampu memotong sekeping papan dan titistitis air mampu melekukkan seketul batu.
Pepatah Melayu Hidup kayu berbuah, hidup manusia biarlah berfaedah.
Pepatah Melayu Lidi segenggam kuat kudratnya, dan tidak mungkin dapat dipatahkan walaupun oleh
si gagah.

Pepatah Melayu Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana.
Pepatah Melayu Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. ()
Pepatah Melayu Pendidikan bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad.
Horne Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
Presiden Soekarno Berikan kepadaku sepuluh orang belia yang berhati waja, nescaya akan
kugoncang dunia.
R. W. Emerson Tiada perkara besar mampu dicapai jika tidak disertai dengan kesungguhan.
Albert Einstein Ilmu tanpa agama ialah buta manakala agama tanpa ilmu ialah lumpuh.
Sabda Rasulullah s.a.w Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.
Imam al-Ghazali Rajin ialah penawar yang paling mujarab manakala malas ialah racun yang sangat
berbisa.
Edmund Burke Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan berputus
asa, berjuanglah terus dalam keadaan berputus asa untuk keluar daripada situasi tersebut.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Tugas menuntut kemerdekaan sukar dilaksanakan, tetapi tugas
untuk memenuhi erti kemerdekaan lebih sukar ditunaikan.
Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, serba sedikit baju
kita akan berbau harum. Sekiranya kita berkawan dengan tukang besi, serba sedikit baju kita akan
tercarik akibat percikan bunga api.

Contoh Pendaluhuan Umum


Alaf baharu memperlihatkan transformasi tamadun manusia dari zaman bahari yang dilingkari oleh
elemen keaslian masa silam ke era pascaperindustrian dan perkampungan global yang telah
memangkinkan pelbagai reformasi dalam arena politik, ekonomi, social dan budaya. Sebagai sebuah
negara membangun yang beriltizam melangkah jauh meninggalkan lopak-lopak kehidupan yang lampau,
Malaysia dalam menongkah arus perdana kemajuan negara yang deras melanda, menyahut cabaran ini
untuk menggapai aspirasi negara yang menggunung demi berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara gergasi yang lain di seantero dunia.

Peristiwa Sejarah
1.

Krisis ekonomi Sept 1997 George Soros memanipulasi sistem kewangan di Asia Tenggara
indeks komposit pasaran saham Malaysia menurun ke 350 mata

2. Kegawatan ekonomi tahun 2003 berlaku Perang Teluk Amerika Syarikat berperang dengan
Iraq pengeluaran minyak dari Iraq menurun harga minyak antarabangsa meningkat
3. Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 krisis perkauman - berpunca daripada dasar pecah dan perintah
oleh pihak British berlaku pergaduhan yang serius antara kaum menjejaskan intergriti
(perpaduan) kaum

4. Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju yang
beracuan sendiri menjelang tahun 2020 idea ini dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad (Perdana Menteri Malaysia ke-4) pada 28 Feb 1991 menitikberatkan kemajuan bersepadu
termasuk perpaduan rakyat dan kestabilan politik terdapat 9 cabaran untuk merealisasikan
gagasan ini
5. Gagasan 1 Malaysia dikemukakan oleh Dato Seri Najib bin Tun Razak Sept 2009
bermaksud masyarakat berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dapat memupuk
perpaduan nasional kemudian mewujudkan slogan 1 Malaysia Menjana Transformasi, 1 Malaysia.
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan 1 Murid 1 Sukan, Larian 1 Malaysia, Klinik 1
Malaysia dan sebagainya.

Puisi Menarik
(Patriotisme)
Tiada yang lebih bererti daripada kasih sayang ini,
Tanah pusaka belaian jiwa penuh hakiki,
Di sini tubuh-tubuh kerdil memagari pantaimu,
Di sini dada-dada perwira menahan tembusan peluru.

(Patriotisme) Sumpah Anak Merdeka


Aku anak merdeka,
Bangkit dari persada luka,
Berdiri megah di pentas dunia,
Ingin kutebus maruah bangsa.

(Sukan) Lagu 1 Murid 1 Sukan

(Budi Bahasa)

Mendukung cita-cita

Yang kurik itu kendi,

aspirasi negara

Yang merah itu saga,

membangun modal insan

Yang cantik itu budi,

transformasi cemerlang

Yang indah itu bahasa.

1 Murid 1 Sukan
sukan untuk semua

(Budi Bahasa)

1 Murid 1 Sukan
sukan untuk kecemerlangan

Tegak rumah kerana sendi,


Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,

(Mengenang Budi)

Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Ambilkan saya buah delima,


Masak sebiji di balik daun,

(Sukan)

Budi tuan saya terima,


Jadi kenangan bertahun-tahun.

Kain cindai bawa berjalan,


Buat mengibas nyamuk dan agas,
Rajin dan tabah dalam bersukan,

(Mengenang Budi)

Minda cerdas jasmani cergas.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,

(Perbahasan/Syarahan)

Hancur badan dikandung tanah,


Budi baik dikenang juga.

Titi bukan sebarang titi,


Titi dibuat daripada rotan,
Berdiri bukan sebarang berdiri,

(Penyakit)

Berdiri untuk menegakkan kebenaran.

Air mukanya kelihatan mendung,


Gagal menangkap burung kuma,

(Perbahasan/Syarahan)

Penyakit berbahaya wajar dibendung,


Dengan usaha kita semua.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,


Kajang saya mengkuang layu,
Datang tuan dating bertempat,

(Berjimat-cermat)
Pergi ke belukar memasang pukat,
Pulangnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat-cermat,
Rezeki secupak terasa segantang.

Datang saya menumpang lalu.

Anda mungkin juga menyukai