Anda di halaman 1dari 24

UJI MINDA

Lengkapkan teka silang kata dengan istilah sastera yang sesuai. sesuai. Uji Minda.docx

( ZAEN KASTURI )

MAKSUD SAJAK
SESUDAH MENGISI MIMPI SESIA DIRANJANG NYEDAR APAKAH YANG SEMPAT KITA KUTIP LEWAT DARAH DAN AIR MATA POYANG MOYANG YANG TUMPAH KECANGKIR RESAH RESAH MENGGELIAT KE TANAH RESAH MENGGELIAT KE RIMBA RESAH MEMULAS KE TULANG BANGSA

RANGKAP PERTAMA : Mengenai kisah negara kita yg pernah dijajah dan penduduk di negara ini terpaksa hidup dlm keadaan derita. Keresahan dirasai oleh seluruh bangsa. RANGKAP KEDUA : Hasil negara kita jatuh ketangan org asing. Hasil tersebut seolah2 dicuri oleh penjajah dan kita berasa gugup dan tidak boleh berbuat apa-apa langsung.

BARANGKALI KITALAH PENANAM PADI-PADI HAMPA MEMBIARKAN ANAK-ANAK KERIDIK MENCURI MERISIK MALINJA DAN MAHSURI DIBENDANG GALAUAN HINGGAP GUGUP MENGATUR GENTA PERTAMA GUGUP LAHIR DIMATA KITA GUGUP LAHIR DISUARA KITA GUGUP MEMBIAK DIMANA-MANA

KITA TIDAK LAGI BERTANYA KENAPA MANUSIA HARUS JADI MANUSIA TANPA MENOLAK KEBENARAN UNTUK JADI MANUSIA YANG TEGAR MENIUP SERULING KEMANUSIAAN YANG LIGAT MEMETIK KECAPI KELUHURAN KERANA KITA LUPA APA YANG TERSIMPAN DIALBUM BANGSA ALBUM BANGSA PERNAH MENYIMPAN SEJUTA POTRET LUKA LUKA BERPINAR KE NYALI JAGAT LUKA BERPUTAR KE ROHANIAH UMAT LUKA MENYENTAK HALUAN KIBLAT

RANGKAP KETIGA : Manusia cekal memperjuang nilai kemanusiaan dan juga keluhuran hidup. Bagaimanapun, kita sebenarnya lupa akan sejarah hitam yg telah berlaku di negara kita .

ESOK KITA BAKAL MENGGALI TANAH DAN MENGGALAS CANGKELONG MAUT DARI KULIT SENDIRI KE MANAKAH BANGKAI DOSA AKAN DIKIRIM KE KALI TUJUH PENJURU GUNUNG ATAU KE LAUT TUJUH PENJURU TANJUNG SEDANG KITA PERNAH MENARI ALA CANGGUNG MAHARISI DIKAKI BICARA NIHILISME.SEMPURNAKAH KEKESALAN KITA DGN MELIMPAHKAN AIR MATA NANAH LUKA BANGSA?

RANGKAP KEEMPAT : Suatu masa nanti mungkin sejarah ini akan berulang lagi dan apakah yang akan kita lakukan untuk berhadapan dgn suasana ini, sedangkan pada suatu masa kita pernah hidup aman dan bahagia.

JERIT KITA NANTI CUMA TULANG2 YANG TIDAK SEMPAT DITALKINKAN PADA SAAT PERTAMA LOLONG ANGIN TENGGARA MEMINTAL DUKA BERSAMA PEKIK KITA NANTI CUMA DARAH2 YANG TIDAK SEMPAT DIKEBUMIKAN PADA SAAT PERTAMA RAUNG HUJAN SELATAN MENGANYAM GUGUP YG BERGANTUNGAN DI DADA

RANGKAP KELIMA : Kesesalan kita suatu masa nanti boleh dianggap terlewat dan tidak boleh diselamatkan lagi. Pekikan kita juga tidak membawa apa2 erti kerana setiap masyarakat akan berasa gugup dgn apa yg terjadi. RANGKAP KEENAM : Penyajak meminta kita menghayati dan memikirkan masa depan dan diharap masa depan bangsa akan bermakna dan tidak sia2. RANGKAP KETUJUH : Generasi akan dtg diharap dapat hidup dengan penuh bermakna. Hidup mereka mestilah diselubungi ketenangan dan kedamaian di samping beriman kpd tuhan.

MARI KITA LAGUKAN CANGGUNG KATARSIS ARENA KITA NANTI BUKAN LAGI SAUJANA PADANG LALANG MUZIK KITA NANTI BUKAN LAGI TUBUH SAYAP MERPALANG

DODOI ROH ANAK KE PINTU HAKIKI DODOIKAN NYALI ANAK KE PERABUNG MAKNAWI TEMANI MEREK DGN MIMPI2 WANGI DAN SELIMUT IMAN DARI TUHAN

TEMA
CINTAKAN TANAH AIR. Penyajak melahirkan rasa cinta kepada tanah air dan menyesali pejajahan yang berlaku ke atas tanah air. Penyajak berharap generasi baru berusaha mempertahankan tanah air.

PERSOALAN
SEJARAH HITAM NEGARA. Negara kita pernah dijajah dan penduduk terpaksa hidup dlm kegelisahan dan pederitaan. MASA DEPAN GENERASI BARU. Penyajak berharap generasi baru dinegara ini dapat hidup aman damai dan tidak bernasib malang seperti generasi terdahlu.

HARAPAN UNTUK HIDUP BAHAGIA. Penyajak berharap generasi baru dapat hidup bahagia pada masa hadapan. KEIMANAN KEPADA TUHAN. Beriman kepada tuhan untuk memastikan kesempurnaan dan kebahagiaan hidup.

MESEJ
Pentingnya tanggungjawab menjaga generasi baru agar sejarah lama tidak berulang bagi mereka. Pentingnya rasa cinta terhadap tanah air. Dalam sajak ini pengarang menyesali sejarah hitam negara iaitu negara kita dijajah.

NILAI
CINTAI TANAH AIR/PATRIOTIK. -Penyajak mencintai tanah air dan menyesali tanah air yg pernah dijajah suatu ketika dahulu. TANGGUNGJAWAB. -Tanggungjawab yang dipikul oleh generasi baru supaya keamanan di tanah air dapat dikekalkan.

GAYA BAHASA
i. PENGULANGAN Resah menggeliat ke tanah Resah menggeliat ke rimba Resah memulas ke tulang bangsa
(ms 304/R1:B4-6)

ii. Arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang iii. Muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang
(ms 305/R6:B2-3)

METAFORA i. Kerana kita lupa apa yang disimpan di album bangsa


(ms 304/R3:B5)

ii. Album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka


(ms 304/R3:B6)

PERSONIFIKASI i. Resah menggeliat ke tanah


(ms 304/R1:B4)

ii. Luka menyentak haluan kiblat


(ms 304/R3:B9)

PARADOKS i. Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
(ms 304/R3:B2-1)

ASONASI i -: sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar


(ms 304/R1:B1)

u -: ke kali tujuh penjuru gunung


(ms 305/R8:B4)

ALITERASI m -: gugup membiak dimana-mana


(ms 304/R2:B7)

p -: Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa


(ms 304/R2:B1)

BENTUK
RIMA
R1 : a-b-c-c-b-b R2 : a-b-c-a-a-a-a R3 : a-b-c-c-a-a-d-d-d R4 : a-b-c-d-d-d-e-f R5 : a-b-b-c-d-d R6 : a-b-b R7 : a-a-a-b

JUMLAH RANGKAP -Mempunyai tujuh rangkap JUMLAH BARIS DLM RANGKAP -R1,R5 : 6 baris -R2 : 7 baris -R3 : 9 baris -R4 : 8 baris -R6 : 3 baris -R7 : 4 baris JUMLAH PERKATAAN DLM BARIS -Jumlahnya antara 3-10 perkataan sebaris JUMLAH SUKU KATA DLM BARIS -Jumlahnya antara 8-22 suku kata sebaris

NADA
SAJAK INI BERNADA PATRIOTIK KERANA PENYAJAK MENFOKUSKAN MASA SILAM TANAH AIR DAN PERASAAN MASYARAKAT TANAH AIR EKORAN DARIPADA NEGARA KITA DIJAJAH. PERJUANGAN SECARA SIMBOLIK DIKETENGAHKAN OLEH PENGARANG MENERUSI HARAPANNYA UNTUK MELIHAT GENERASI BARU HIDUP DALAM BAHAGIA.

SOALAN PENGUKUHAN
Berdasarkan sajak Ke Ruang Katarsis karya Zaen Kasturi (a) Jelaskan tema dan dua persoalan sajak ini. (10 markah) (b) Huraikan gaya bahasa dan unsur bunyi sajak ini.

JAWAPAN
(a)Sajak ini bertemakan cinta akan tanah air yang menjadi tempat tumpah darah penyajak yang tercinta. (1 M) Dalam sajak ini penyajak menjelaskan tentang rasa cintanya terhadap tanah air. Penyajak menyesali penjajahan yang telah berlaku ke atas tanah air. Oleh itu, penyajak berharap generasi baru dapat mempertahankan tanah air. (3 M)

Dua persoalan sajak, pertama sejarah hitam negara (1M). Penyajak menjelaskan bahawa negara kita pernah dijajah dan penduduk terpaksa hidup dalam kegelisahan dan penderitaan. Perkara ini jelas dalam rangkap album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka luka berpinar ke nyali jagat luka berputar ke rohaniah umat. (2M) Kedua, masa depan generasi baru (1 M). Dalam sajak ini penyajak mempunyai harapan yang tinggi terhadap generasi baru. Penyajak berharap generasi ini dapat hidup dalam keadaan aman damai dan tidak bernasib malang seperti generasi terdahulu. Contohnya, dalam rangkap ayunkan roh anak ke pintu hakiki dodoikan nyali anak ke perabung maknawai temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi (2 M)

(b)

Gaya bahasa sajak yang pertama ialah perulangan (1 M). Terdapat perulangan anafora dalam sajak ini iaitu: resah menggeliat ke tanah resah menggeliat ke rimba resah memulas ke tulang bangsa (2 M) Kedua, metafora.(1 M) Penggunannya adalah melalui ayat berikut: kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa (2 M) Ketiga, personifikasi. (1 M). Terdapat penggunaan gaya bahasa tersebut iaitu: resah menggeliat ke tanah

Gaya bahasa yang keempat ialah unsur paradoks (1 M). Contohnya, kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi manusia (2 M) Seterusnya ialah unsur bunyi, iaitu asonansi, contohnya, sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar (i) 1 dan aliterasi, contohnya, gugup membiak di mana-mana (m) 1 barangkali kitalah penanam padi-padi hampa

Anda mungkin juga menyukai