Anda di halaman 1dari 20

INFORMASI BAHASA - RUMUS ANEKSI PERSONA

INFORMASI BAHASA
22.6.2016
RUMUS ANEKSI PERSONA
RUMUS ANEKSI PERSONA
Aneksi - susunan serangkai yang hubungannya sangat erat dan tidak dapat disisipi oleh sebarang unsur.
Persona - merujuk nama diri, pembicara, atau orang yang berperanan dalam pembicaraan.
Aneksi Persona - merujuk penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama kedua dalam
frasa kerja pasif.
Ayat Aktif - Ayat Pasif Biasa - Ayat Pasif Songsang
(KGND Pertama)
Contoh:
1a.
Saya telah membeli buku itu di Syarikat Muda Osman.
1b.
Buku itu telah saya beli di Syarikat Muda Osman.
1c.
Telah saya beli buku itu di Syarikat Muda Osman.
Ayat Aktif - Ayat Pasif Biasa - Ayat Pasif Songsang
(KGND Kedua)
Contoh:
2a.
Engkau tidak menjelaskan bil itu.
2b.
Bil itu tidak engkau jelaskan.
2c.
Tidak engkau jelaskan bil itu.
Ayat Aktif - Ayat Pasif Biasa - Ayat Pasif Songsang
(KGND Ketiga)
Contoh:
3a.
Beliau akan menyampaikan piala itu kepada pasukan Harimau Malaya.
3b.
Piala itu akan disampaikan oleh beliau kepada pasukan Harimau Malaya.
3c. Akan disampaikan oleh beliau piala itu kepada pasukan Harimau Malaya.
Kenal pasti dan betulkan ayat-ayat yang berikut:
1. Buku itu saya telah baca kelmarin
2. Gadis itu saya pernah lihat di pusat beli-belah.
3. Khemah kalian sudah dirikan.
4. Tuanku patik baru hadap sebentar tadi.
5. Pemandangan yang indah itu beta sedang nikmati.
6. Aku masih sayangi Nadia kerana dia cinta pertamaku.
7. Mengapakah kamu enggan ikuti program ini?
8. Awak patut laporkan hal ini kepada pihak polis.
9. Usul itu kami mungkin kemukakan kepada Perdana Menteri.
10. Jersi itu engkau belum kembalikan kepada jurulatih.
11. Kamu akan selesaikan masalah ini.
12. Kepada beliau kita perlu hadiahkan cenderamata.
13. Encik mesti sertakan salinan kad pengenalan untuk urusan bank.
14. Pensyarah itu kami tidak hormati kerana sikapnya yang panas baran.
15. Nasi makan saya.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 15:31 No comments:

18 June 2016

INFORMASI BAHASA - PERIBAHASA YANG MELIBATKAN PENGUNAAN


KATA RAJA"
INFORMASI BAHASA
PERIBAHASA YANG MELIBATKAN PENGUNAAN KATA RAJA"

1.
(a) Raja adil raja disembah, raja tak adil raja disanggah.
(b) Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
maksud: Raja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan.
2.
(a) Kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek.
(b) Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek.
maksud: Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain
3.
Kasihkan raja di atas usungan.
maksud: Kasihan yang tidak pada tempatnya.
4.
Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.
maksud: Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya.
5.
Seperti raja dengan menteri.
maksud: Seia-sekata dalam semua perkara.
6.
(a) Tohok raja tiada dapat dielak
(b) Tohok raja tiada dapat dielakkan
maksud: Kehendak orang yang berkuasa sukar menolaknya.
7.
Tiada raja menolak sembah.
maksud: Tidak ada orang yang tak suka dihormati.
8.
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.
maksud: Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula
hilang.
9.
(a) Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati.
(b) Beraja di hati, bersultan di mata
(c) Bersultan di mata, beraja di hati
maksud: Menuruti kehendak hati sendiri.
10.
Ayam itik, raja pada tempatnya.
maksud: Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.
11.
Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.
maksud: Walau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan

kesenangan di rumah sendiri.


12.
Menunduk kepala menghadap raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang menghadap
musuh.
maksud: Melakukan sesuatu haruslah menurut tempat dan keadaannya.
13.
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala
makanan.
maksud: Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang
rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya.
14.
Anjing kepada orang, raja kepada kita.
maksud: Buruk baik anak sendiri juga.
15.
Ternanti-nanti bagai berlakikan raja.
maksud: Berhajat kepada orang yang tidak berkehendak kepadanya.
16.
(a) Enggang lalu atal jatuh, anak raja ditimpanya.
(b) Enggang lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya.
maksud: Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
atal = buah kayu makanan enggang.
17.
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.
maksud:
Pemberian yang tidak ada ertinya.
18.
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.
maksud: Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.
SELAMAT MEMBACA!
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 15:25 No comments:

PENGGUNAAN ISTILAH "TERHARU"


PENGGUNAAN ISTILAH "TERHARU"
1. Saya terharu atas pemberian saudara.
2. Saya berasa terharu atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis perkahwinan saya.
3. Saya amat terharu kerana mendapat pengiktirafan daripada kalian.
Penggunaan "terharu" dalam ketiga-tiga ayat di atas tepat atau tidak tepat. Hal ini dikatakan
demikian kerana mengikut Kamus Dewan, "terharu" membawa maksud "berasa hiba (kasihan,
rawan hati, dan sebagainya)
Contoh:
Dia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu.

Kamus Pelajar pula memberikan maksud "terharu" kepada beberapa erti yang berikut:
1. berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yang tidak menyenangkan.
Contoh:
Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dengan hati yg amat terharu.
2. berasa tidak aman (kacau); terganggu:
Contoh:
Fikirannya terharu apabila memikirkan masalah-masalah yang akan timbul nanti.
Jika ada pandangan, mohon berikan. Terima kasih.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 15:06 No comments:

CAKNA EJA
CAKNA EJA
semi-profesional
semiprofesional

semi profesional
semipro
semi-pro
semi pro

semikonduktor
semi-konduktor
semi konduktor
semiparasit
semi-parasit

semi parasit
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 15:05 No comments:

INFORMASI BAHASA - PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUD (CATATAN


KETIGA)
INFORMASI BAHASA
PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUD (CATATAN KETIGA)
1.sangat karib
(a) Setikar seketiduran
(b) Dua badan senyawa
(c) Satu nyawa dua badan
(d) Sejiwa dua tubuh
(e) Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran
(f) Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
(g) Selauk senasi
(h) Seperti dua senyawa).

2. Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain


(a) Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
(b) Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan
(c) Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
(d) Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
(e) Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan
3. Sesuai benar
(a) Seperti telap dengan tudungnya
(b) Bagai cembul dapat tutupnya
(c) Bagai dulang dengan tudung saji
(d) Cembul dengan tutupnya
(e) Seperti telepa dengan tudungnya
4. kembali ke asalnya / pulang ke asal
(a) belut pulang ke lumpur
(b) misai pulang ke bibir
(c) pulang ke kandang
(d) Ikan pulang ke lubuk
(e) Sirih pulang ke gagangnya
5. Berturut-turut mendapat kesusahan
(a) Sudah basah kehujanan
(b) Lagi jatuh ditimpa tangga
(c) Sudah hamba diperhambakan pula
(d) Sudah jatuh ditimpa tangga
(e) Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula
(f) Terjatuh dihimpit janjang
6. Seia-sekata; sehina semalu.
(a) Sekebat bagai sirih
(b) Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
(c) Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
(d) Serangkap bak lembing, serumpun bak serai
(e) Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
(f) Serumpun bagai serai, selubang seliang bagai tebu
7. Besar belanja daripada penghasilan
(a) Masuk tiga, keluar empat
(b) Masuk bagai lubang penjahit, keluar bagai lubang tabuh
(c) Masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh
(d) Masuk lima keluar sepuluh
(e) Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh
8. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah
(a) Dapat durian runtuh
(b) Dapat harta karun

(c) Dapat kijang teruit


(d) Dapat tebu rebah
(e) Dapat harta timbul
9. Lahirnya baik, batinnya jahat
(a) Di luar merah di dalam pahit
(b) Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu
(c) Di luar berkilat di dalam berongga
10. Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan
(a) Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut
(b) Malu bertanya sesat di jalan, malu berkayuh perahu hanyut
(c) Segan bergalah, hanyut serantau
(d) Segan berkayuh, perahu hanyut
(e) Malu berkayuh, perahu hanyut
Oh, indahnya peribahasa Melayu!
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 15:03 No comments:

INFORMASI BAHASA - FRASA ADJEKTIF DENGAN PELBAGAI


KEADAAN BINAAN UNSUR-UNSURNYA
INFORMASI BAHASA
FRASA ADJEKTIF DENGAN PELBAGAI KEADAAN BINAAN UNSUR-UNSURNYA
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Kata Penguat + Unsur Keterangan +
Ayat Komplemen
Frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu, dua kata penguat, dua kata adjektif, unsur
keterangan, dan ayat komplemen. Kata adjektif yang pertama merupakan inti yang wajib bagi
seluruh binaan itu, sementara unsur-unsur lain ialah unsur tambahan yang bersifat pilihan yang
menerangakan unsur inti.
Jika dua kata adjektif hadir berderetan yang membawa makna yang berlawanan, maka keduaduanya tidak boleh digugurkan. Misalnya:
(a) tinggi rendah
(b) baik buruk
(c) kecil besar
Sebaliknya, jika unsur adjektif yang kedua membawa maksud keserasian atau berunsur rima, maka
perkataan yang kedua boleh digugurkan. Contohnya:
(a) riang gembira
(b) hitam legam
(c) gemok gedempol
Di bawah ini diberikan contoh frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur-unsurnya.
1
Kata bantu + kata adjektif

(a) masih kuat


(b) sudah kurus
(c) belum sihat
(d) mahu cantik
(e) telah gering
2
Kata penguat + kata adjektif
(a) sunguh cantik
(b) amat dalam
(c) lebih baik
(d) paling tinggi
(e) agak kecil
3
Kata bantu + kata penguat + kata adjektif
(a) masih agak kecil
(b) belum terlalu lewat
(c) mahu benar pandai
(d) masih terlalu banyak
(e) sudah amat jelas
4
Kata adjektif + kata penguat
(a) besar sekali
(b) cantik sekali
(c) baik benar
(d) banyak sungguh
(e) panjang sangat
5
Kata bantu + kata adjektif + kata penguat
(a) masih awal sangat
(b) sudah baik sungguh
(c) belum masak benar
(d) mahu pandai sekali
(e) sudah tua betul
6
Kata penguat + kata adjektif + kata penguat
(a) amat cantik sekali
(b) sangat indah sekali
(c) sungguh tinggi sekali
(d) sungguh indah nian
(e) sungguh permai nian

7
Kata penguat + kata adjektif + unsur keterangan
(a) sangat manis pada bahagian pangkalnya
(b) sungguh cinta akan tanah airnya
(c) sangat sibuk dengan pekerjaan
(d) amat malas oleh sebab kejemuan
(e) sungguh halus ibarat sutera
8
Kata penguat + kata adjektif + ayat komplemen
(a) sungguh yakin bahawa mereka telah tiba
(b) amat percaya bahawa budak itu pernah datang
(c) sangat sedar bahawa kita masih lemah
(d) amat insaf bahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu
(e) agak ragu bahawa berita itu benar
9
Kata adjektif + kata penguat + ayat komplemen
(a) sedar sungguh bahawa persiapannya tidak mencukupi
(b) percaya benar bahawa anaknya telah berjaya
(c) yakin betul bahawa pasukannya akan menang
(d) insaf benar bahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu
(e) percaya sungguh bahawa ayahnya akan pulang
10
Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif
(a) masih riang gembira
(b) tetap gagah berani
(c) sudah besar panjang
(d) pasti letih lesu
(e) pasti gemuk gedempol
Ingatlah bahawa frasa adjektif yang terdiri daripada dua kata adjektif boleh didahului oleh kata bantu
tetapi tidak boleh disertai kata penguat. Contohnya:
(a) *masih amat riang gembira
(b) *tetap sangat gagah berani
(c) *sudah besar panjang sungguh
(d) *pasti terlalu letih lesu
(e) *pasti amat gemuk gedempol
Kesimpulannya, kita harus menguasai frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsurunsurnya. Dengan penguasaan tatabahasa ini, penulisan kita menjadi lebih gramatis dan kesalahan
bahasa dalam soalan mudah kita kenal pasti. Saya yakin bahawa soalan tatabahasa dalam
peringkat UPSR, PT3, SPM, mahupun SPTM akan menguji calon tentang topik frasa adjektif. Saya
berharap semoga nota di atas dapat membantu kita menguasai frasa adjektif dengan lebih baik agar
dapat menjawab soalan peperiksaan dengan keyakinan yang tinggi.

Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 15:02 No comments:

PERIBAHASA YANG MEMBAWA MAKNA PERBUATAN YANG SIA-SIA


PERIBAHASA YANG MEMBAWA MAKNA PERBUATAN YANG SIA-SIA
(a) menjaring angin
(b) menghasta kain sarung
(c) menanam bumbang
(d) menaikkan bendar sondai
(e) wau melawan angin
(f) bakarlah air ambil abunya
(g) bakar air hendakkan abu
(h) bagai menghitung bulu kambing
(i) bagai mengail kucing hanyut
(j) didengar ada dipakai tidak
(k) itik diajar berenang
(l) menohokkan lembing ke semak
(m) menjual bedil kepada lawan
(n) menggantang anak ayam
(o) membandarkan air ke bukit
(p) pisang ditanam tak berjantung
(q) seperti membubul jala buruk
(r) tertanam di biji hampa
(s) arang habis besi binasa
(t) anjing diberi makan nasi takan kenyang
(u) berkelahi di dalam mimpi
(v) bagai si kudung pergi berbelut
(w) bagai si buta pergi bergajah
(x) laksana layang-layang melawan angin
( y) menyurat di atas air
(z) menulis di atas air
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 15:02 No comments:

16 June 2016

SOALAN SEBENAR SPM ULANGAN 2016


Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan soalan BM SPM Ulangan 2016 yang baru diduduki oleh
calon semalam, mohon muat turun soalan-soalan tersebut melalui pautan di bawah.

(BM SPMU KERTAS 1)


https://drive.google.com/file/d/0Bw6YnKnVSzZyQ21HVXV3ZlJjVGs/view?usp=sharing

(BM SPMU KERTAS 2)


https://drive.google.com/file/d/0Bw6YnKnVSzZyZHJZdngtaTZhTzg/view?usp=sharing
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 06:33 No comments:
10 May 2016

Senarai peribahasa yang membawa maksud yang sama


Senarai peribahasa yang membawa maksud yang sama:
1. Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
(a) sambil menyelam minum air
(b) belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
(c) berkayuh sambil bertimba
(d) berkayuh sambil ke hilir
(e) sambil berdendang, biduk hilir
(f) sambil berdiang, nasi masak
(g) sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar
(h) sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau
2. Menuruti kehendak hati sendiri
(a) nafsu-nafsu, raja di mata, sultan di hati
(b) beraja di hati, bersultan di mata
(c) bersultan di mata, beraja di hati
3. Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri
(a) tiada sakit, makan ubat
(b) memelihara gajah putih
(c) menolong orang ditangkap harimau
(d) menolong kerbau ditangkap harimau
(e) mendukung biawak hidup
4. pergaduhan antara adik-beradik yang tidak berpanjangan
(a) air yang dicencang tidak akan putus
(b) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(c) cencang air tiada putus, pancung abu tak berbekas
(d) biduk lalu kiambang bertaut
5. penyesalan yang terlambat
(a) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna
(b) sudah terhantuk baru tengadah
(c) sudah kalah baru berkubu
(d) sudah kecurian baru mengunci pintu
(e) sudah lulus maka hendak berlantai
(f) Teperlus maka hendak menutup lubang
(g) sudah lulus maka hendak memasang lantai
(h) berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian
(i) apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat
6. Kesalahan orang lain nampak, kesalahan diri tak nampak
(a) kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
(b) langit dapat dilukis, sudut kabut diserayakan
(c) seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar
(d) kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiad tampak
7. berhati-hati apabila memperkatakan hal orang lain

(a) bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar


(b) bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
(c) berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 18:02 No comments:

6 May 2016

SOALAN PERIBAHASA SPM 2016 - KBAT


Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 12:27 No comments:

29 April 2016

SOALAN TATABAHASA SPM 2016 (KBAT)


SOALAN TATABAHASA SPM
ANALISIS AYAT BERUNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
SET RAMALAN 1
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 2
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka
bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 3
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta
yang terletak di Kuala Lumpur.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 4
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu
bintang kehormatan di Istana Negara.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 5
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam
pokok bunga pada hujung minggu.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 6
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya
pada malam Jumaat yang tenang.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

(v)
(vi)

Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 7
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan
bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 8
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
SET RAMALAN 9
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas,
Puan Siti Zharafiyah Shaerra.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.
Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]

SET RAMALAN 10
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut
permintaan ayat.
Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis
perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.


Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
Senaraikan satu perkataan yang berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas.
[6 markah]
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 18:47 1 comment:

19 April 2016

BUKU KOLEKSI SOALAN RAMALAN MORFOLOGI PT3

Atas permintaan ramai, saya ingin memperkenalkan buku terbitan baharu saya dalam bentuk buku tip
peperiksaan PT3. Analisis lengkap soalan dan teknik penggubalan baharu soalan morfologi merupakan
keunikan utama buku ini. Selain 200 kesalahan umum dalam tatabahasa telah saya sediakan, saya juga
telah memuatkan 40 latihan morfologi (SATU KESALAHAN BAHASA) dalam buku ini berserta skema
jawapan yang lengkap.
Buku ini sesuai untuk murid-murid tingkatan 1, 2, dan 3. Dapatkan buku ini sebelum terlambat!
Harga buku:
RM5 sebuah.
PEMBELIAN MINIMUM: 20 buah buku (RM100) yang sudah termasuk kos penghantaran.
Pembelian minimum: 20 buah buku, iaitu RM100 yang sudah termasuk kos poslaju ke semenanjung dan
ke Sabah serta ke Sarawak.

Berikan butiran berikut untuk tujuan penghantaran:


Nama penuh:
Alamat penuh:
Nombor telefon:
Butiran Bayaran:
Bank: HONG LEONG BANK
No. akaun: 10801002719
Nama: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
No. Telefon: 0122099440
Mohon hantar mesej kepada saya secara peribadi (Telegram/Whatsapp) untuk butiran lanjut.
Terima kasih
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 10:51 No comments:

11 April 2016

BUKU RUJUKAN DAN LATIHAN BAHARU 2016

Atas permintaan ramai, saya ingin memperkenalkan buku terbitan baharu saya bersama Cikgu
Khairuddin Ayip, dan Cikgu Esah Bujang. Analisis lengkap Komsas baharu, novel baharu, soalan
sintaksis dan morfologi baharu dan membina ulasan yang menepati permintaan soalan semasa
merupakan keunikan utama buku ini.
Harga buku:
TINGKATAN 1: RM9.30
TINGKATAN 2: RM9.30
TINGKATAN 3: RM9.30
TINGKATAN 4: RM9.90
TINGKATAN 5: RM9.90
Pembelian secara asing dan pakej disediakan.

Pembelian pakej:
Buku Tingkatan 1-5 RM47.70
Kos poslaju:
*RM12.30 (semenanjung Malaysia)
*RM15.30 (Sarawak)
*RM 17.30 (Sabah)
*kos poslaju di atas anggaran sahaja. Jika ada baki, saya akan memulangkannya kepada pembeli.
Jika tak cukup, saya akan menanggungnya. Jangan bimbang.
Total :
RM60 (semenanjung Malaysia)
RM63 (Sarawak)
RM65 (Sabah)
Berikan butiran berikut untuk tujuan penghantaran:
Nama penuh:
Alamat penuh:
Nombor telefon:
Bayaran:
Bank: HONG LEONG BANK
No. akaun: 10801002719
Nama: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
No. Telefon: 0122099440
Mohon mesej saya secara peribadi untuk butiran lanjut. Terima kasih
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 19:40 No comments:

10 April 2016

INFORMASI BAHASA - IMBUHAN AWALAN PINJAMAN SANSKRIT


PASCA
INFORMASI BAHASA
8.4.2016
IMBUHAN AWALAN PINJAMAN SANSKRIT PASCA
Awalan pasca- ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata untuk membawa pengertian sesudah,
selepas, dan setelah. Contohnya:
pasca + kolonial = pascakolonial (selepas penjajahan kolonial)
pasca + majlis = pasca majlis (selepas berlangsungnya sesuatu majlis)
pasca + matang = pascamatang (bayi dalam kandungan yang berkembang melebihi tempoh
matang)
pasca + mati = pascamati (setelah mati)
pasca + merdeka = pascamerdeka (selepas merdeka)

pasca + modenisme = pascamodenisme (selepas zaman moden)


pasca + siswazah = (penuntut yang meneruskan pendidikan yang lebih tinggi selepas menamatkan
ijazah pertama)
Informasi bahasa berehat pada hujung minggu dan akan menyusul Isnin dengan akhiran -wan, -wati,
dan -man. Sekian, terima kasih.
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 12:30 1 comment:

INFORMASI BAHASA - IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT YANG


MEMBAWA PENGERTIAN BILANGAN (2)
INFORMASI BAHASA
IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT YANG MEMBAWA PENGERTIAN BILANGAN
Satu, dua, tiga, ...... biasanya kita menulis begitu dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, eka-,
dwi-, tri-, panca- merupakan bentuk imbuhan pinjaman yang menerbitkan kata nama untuk
membawa pengertian bilangan.
tri bermaksud tiga
panca bermaksud lima
tri + atlon = riatlon (pertandingan olahraga yang menghendaki setiap peserta menyertai tiga acara yg
berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan larian jarak jauh.)
tri + atom = triatom (molekul yang terdiri daripada tiga atom.)
tri + bahasa = tribahasa (terdiri daripada, mengandungi, menggunakan tiga bahasa)
tri + brata = tribrata(tiga dasar kewajiban polis. )
tri + bulan = tribulan (tiga bulan (suku tahun)) triwulan.
tri + ca = trica (beca)
tri + tong = triftong (gabungan tiga bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan
kedudukan lidah)
tri + gon = trigon (kedudukan atau keadaan dua planet yang berjarak 120 di antara kedua-duanya. )
tri + gonometri = trigonometri (ilmu mengenai sudut dan sempadan segi tiga).
tri + hujung = trihujung (tombak atau serampang yang hujungnya bercabang tiga, trisula. )
tri + kaki = trikaki (penopang kamera yg berkaki tiga)
tri + kotomi = trikotomi (pembahagian kepada tiga kategori)
tri + lion = trilion (nombor atau bilangan yg diikuti oleh 18 angka sifar dalam penggunaannya di
Britain, Perancis dan Jerman dan diikuti oleh 12 angka sifar dlm penggunaannya di Amerika Syarikat
dan Kanada.)
tri + lipat = trilipat (rangkap tiga)
tri + logi = trilogi (siri karya sastera yang terdiri daripada tiga buah novel dan lain-lain yang saling
berhubungan dan mengembangkan satu tema.)

tri + maran = trimaran (kapal layar laju yang bentuknya seperti katamaran, tetapi mempunyai tiga
badan kapal yang bersambung selari antara satu sama lain.)
tri + matra = trimatra (berukuran tiga, tiga dimensi. )
tri + murti = trimurti (keesaan dari tiga wujud, orang, dan lain-lain), tritunggal
tri + niti = triniti (keesaan dari tiga wujud Tuhan (Bapa, Anak dan Roh Kudus) menurut kepercayaan
Roman Katolik, tritunggal, trimurti.
tri + nomial = trinomial (ungkapan yg terdiri daripada tiga angka atau nilaian. )
tri + o = trio (1. gubahan lagu atau irama untuk tiga suara atau tiga alat muzik; 2. kumpulan daripada
tiga orang penyanyi atau pemain muzik; 3. kumpulan daripada tiga orang atau benda. )
tri + pleks (helaian yang terdiri drpd tiga lapis)
tri + plet = triplet (kumpulan tiga not yg mempunyai nilai masa yg sama.)
tri + pod = tripod (alat yang berkaki tiga untuk menopang kamera, teleskop dan sebagainya, kaki
tiga.)
tri = prasetia = triprasetia (sumpah taat setia atau ikrar yg terdiri daripada tiga perkara. _
tri + rangkai = trirangkai (sajak yg terdiri drpd tiga baris).
tri + sula = trisula (sejenis tombak atau serampang yang hujungnya bercabang tiga (untuk
menangkap ikan dan lain-lain)
tri + tunggal = tritunggal (keesaan drpd tiga (wujud, orang, dan lain-lain), trimurti. )
tri + wangsa = triwangsa (tiga kasta (iaitu Brahman, Kesatria, Waisya).
tri + windu = triwindu (tiga windu (24 tahun). )
tri + wulan = triwulan (tiga bulan, satu suku tahun )
tri + wulanan = triwulanan (tiap-tiap tiga bulan), tribulan.
panca + bicara = pancabicara (1. sejenis perhiasan bercabang lima yang dipakai pada destar raja
(pengantin) pada waktu pertabalan (perkahwinan); 2. campuran lima jenis bunga (bau-bauan dan
lain-lain)
panca + buta = pancabuta (unsur-unsur yang lima (bumi, air, api, udara, dan eter).
panca + darma = pancadarma (tugas atau kewajiban yg lima jenis.)
panca + indera = pancaindera (deria atau alat perasa yang lima (deria rasa, deria bau, deria dengar,
deria lihat, deria sentuh)
panca + logam = pancalogam (1. campuran lima atau berbagai-bagai logam (batu).
panca + lumba = pancalumba (pertandingan sukan yang menghendaki tiap-tiap peserta memasuki
lima acara (seperti lari, lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, dan lempar lembing).
panca = negara = pancanegara (lima negara.)
panca + pada = pancapada (baris puisi (sajak) yang terdiri daripada lima pola irama atau matra. )

panca + persada = pancapersada (1. tempat tinggi yg bertingkat-tingkat, tempat bersemayam raja
waktu pertabalan (tempat orang besar-besar dan lain-lain) 2. tempat mandi yang bertingkat-tingkat;
3. rumah yg bertingkat tempat berehat-rehat.)
panca + sila = pancasila (lima dasar falsafah kenegaraan Republik Indonesia (ketuhanan yang Maha
Esa, kebangsaan, perikemanusiaan, kedaulatan rakyat, dan keadilan sosial).
panca + warna = pancawarna (1. lima warna; 2. bermacam-macam warna, berwarna-warna.)
panca + warsa = pancawarsa (perayaan, peringatan setiap lima tahun.)
Sekian untuk entri eka, dwi, tri, dan panca. Kenapakah tidak wujudnya imbuhan bilangan empat (4)
dalam bahasa asing (Sanskrit)? Adakah hal ini berkaitan dengan astrologi, astronomi, feng syui?
Saya mohon pandangan yang lebih budiman dalam hal ini

Anda mungkin juga menyukai