Anda di halaman 1dari 11

(Sinopsis Novel Sejambak Bakti)

Bab 1 - Kisah di Kedai Koperasi


Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah ditubuhkan
kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang pembantu kedai dan tiga
orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk melayani pembeli-pembeli dengan sabar
dan baik. Sebagai ahli lembaga pengarah yang bertugas sebagai jurujual telah
menegur seorang pelajar lelaki yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk
ke kedai itu dan memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat
lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai pembantu
kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.

Bab 2 - Mesyuarat Melaksanakan Harapan


Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, mesyuarat
Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan empat orang guru
yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat orang guru manakala
pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi Pengerusi Koperasi sekolah itu.
Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan Koperasi turut hadir dalam mesyuarat
itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih sebagai penolong
setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah bertujuan untuk
menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri dan antara ahli. Beliau

menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat menjalankan tugas dengan
penuh amanah.
Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu pertama,
koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi akan menjual
barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian sukan dan bukubuku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu
diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan sebulat suara.

Bab 3- Perjanjian Membalas Dendam


Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah
koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Sebagai ahli
lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas kemenangan Razali dipilih
sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak Ramlah sedang membantu Razali
untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir cemburu dan menyindir Razali sengaja
mendekati Ramlah.

Bab 4 - Persiapan Kedai Operasi


Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani
pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam dan Leong tidak
datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee Lan, Ramlah, Harun, Saridevi dan
Razali terpaksa menggantikan tugas mereka. Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap
Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan barangan yang hendak dijual di kedai
koperasi. Mereka juga hendak menyediakan bilik bacaan dan akhbar dan majalah. Ayah
Swee Lan, Encik Aik Hong telah memberikan potongan harga untuk kedai koperasi atas
barangan yang akan dijual di koperasi itu. Mereka juga mendapat bantuan daripada
Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan potongan harga buku sebagai 20% kepada
koperasi sekolah itu.

Bab 5 - Cita-cita dan Harapan


Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee Lan dan
Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar. Bagaimanapun Ramlah
dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir berasa marah dan menganggap
bahawa Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin mengajar
Razali.
Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak buku di kedai
koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya. Ramlah menolak dan
meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan Silvam
meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu
Zulkifli.

Bab 6 - Persiapan
Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli
lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya Ramlah, Cikgu
Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan bilik bacaan kerana
minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagain Sekolah akan
melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah telah memperuntukkan RMm 30 untuk
membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca itu. Ketika mereka sibuk menjalankan
tugas pembersihan, Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan
mendapati Munir telah dihalau keluar dari padang kerana bermain bola dengan kasar.
Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga
pengarah koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu
Zulkifli juga memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada Ramlah
lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi.

Bab 7 - Semangat

Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi


Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan pujian atas usaha dan
kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau
berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga, semangat
bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.

Bab 8 - Mempelajari Ilmu Perdagangan


Di

Tingkatan

5C1,

Cikgu

Saiful,

guru

mata

pelajaran

Perdagangan

telah

membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi Munir asyik
mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir di dalam kelas untuk
menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah, Swee Lan, Saridevi, dan Rozita
hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji tentang prinsip akaun. Ketika Munir
turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan kawan-kawannya bersama dengan Razali
dengan muka yang masam.

Bab 9 - Kerja Rumah


Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya disambut
oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah menjemput mereka masuk ke
dalam rumah. Bagaimanapun Razali mengajak mereka mengulang kaji di pondok yang
terletak di tengah sawah. Ternyata di situ sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut
menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka di pondok itu.

Bab 10 - Pengakuan
Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru kaunseling
dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan penjelasan tentang
sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di dalam kelas dan selalu ponteng ketika
menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir tidak mengakui tuduhan itu. Setelah diberi

nasihat, Munir mengaku tidak akan berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar
Munir akan sedar akan kesalahannya.
BAB 11 - Melepaskan Dendam
Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu singgah di tepi
jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan Razali. Ketika
ternampak Razali, mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur dan
mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan
Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir, mereka
ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat
demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.

BAB 12 - Kasih Seorang Ibu


Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya.
Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali, Pak
Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus
menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh sehingga bergaduh
dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan anaknya. Pada petang itu,
setelah makan, Razali membaca di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa atas
layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang
sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya
kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.

BAB 13 - Dendam Membawa Padah


Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana terdapat
aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal siasat, Cikgu Syamsudin
mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong dan Silvam di dalam bilik pengetua.

BAB 14 - Berita Gembira


Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai kursus
koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain telah
memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu Zulkifli, Mak
Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di stesen bas untuk menghantar Razali
yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.

BAB 15 - Budi Baik Dikenang juga.


Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia telah
menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama satu minggu.
Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda harus menyedari peranan
koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi yang berjaya di negara kiga. Selepas
kursus, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di
Kuala Lumpur dan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur. Razali berasa amat
terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih
mereka untuk menghadiri kursus tersebut.

BAB 16 - Kesan Kunjungan


Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam mesyuarat
koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas tentang pengetahuan yang
diperoleh daripada kursus itu. Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul, iaitu sama
ada mereka akan menyertai pertandingan untuk memilih koperasi yang maju, berjaya
dan baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan cadangan supaya mereka masuk
pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga pengarah bersetuju atas cadangan itu.

Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli lembaga pengarah berusaha dan


menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi mereka pada tahun itu.

BAB 17 - Semakin Jauh Terbang Burung


Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga pengarah
bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik bacaan mereka
sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun pelajar sebagai ahli lembaga
pengarah telah sibuk mengemaskan kedai koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong
dan Silvam ada di padang untuk bermain bola tanpa menjalankan tugas mereka. Atas
arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai koperasi. Ketika Munir
berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di situ lalu diambil dan
ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali
kerana Razali menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin
membuat sesuatu terhadap Razali lagi.

BAB 18 - Malang Tidak Diduga


Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai koperasi
itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu dengan kuncinya,
dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan jualan mereka bertaburan di
lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan hal itu
kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian
itu kepada pengetua dan pihak polis.

BAB 19 - Misteri Kedai Koperasi


Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat
siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang. Mereka
mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu
Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat siasatan lanjut.

Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam
kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat
dalam kes itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang
dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba
merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu persiapan
mereka untuk masuk pertandingan.

BAB 20 - Tindakan Ayah Tiri


Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung
motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat dalam
kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria
amat marah akan peristiwa . Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria yang
berada di beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia
hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan
membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika Razali
dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan geram, pak
Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan tergesa-gesa.

BAB 21 - Hidup yang Dirundung Malang


Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok sawah
itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana ayahnya. Dia
asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba
menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali meminta ibunya supaya memberitahu
keadaan ayahnya. Mak Sopiah menangis dan merayu Razali supaya tidak
meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya
kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk
ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.

BAB 22 - Misteri Berakhir


Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan danMarzuki
bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu Syamsudin sangat marah atas
kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu
demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai
koperasi itu, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang
sama dengan nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang kertas RM10.00
yang terdapat huruf K seperti yang ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli sangat
kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu Syamsudin, Munir mengakui
bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah Razali kerana tidak suka
Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk
menghukum Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan guru-guru disiplin
untuk menentukan hukuman yang sepatutnya.

BAB 23 - Hukuman
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan
perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga diberitahu dahulu dan
mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah
mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh
Pengetua sendiri dan digantung persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil ke
depan, tiba-tiba Munir menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali
mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali
berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua
pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.

BAB 24 - Memasuki Dunia Baharu


Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir datang
untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui kesalahannya
dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria
memaafkan Munir yang telah insaf akan kesalahannya. Selain itu, Munir juga datang
untuk meminta Razali supaya boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM
semakin menjelang. Razali tidak keberatan untuk membantu Munir dalam pelajaran.
Munir terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi orang baharu dalam
hidupnya. Dia telah mendapat seorang sahabat baharu.

BAB 25 - Harapan Berbunga Indah


Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari
ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun dan sebagainya di
kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek ternakan ayam telur dan bilik
bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.
Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berbaris
dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri hadir bersama,
termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas. Jabatan Pembangunan
Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan seterusnya menyampaikan hadiah.
Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada
tahun itu. Razali dipilih untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan
pelajar bertepuk tangan dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli
lembaga pengarah dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.

Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki tua
dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin
berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau segera menjemput mereka ke
bilik pejabatnya, termasuk pengarah.

BAB 26 - Terbuka Rahsia


Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di
Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis di kampung.
Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang
lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu,
dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak
Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak
Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik
ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama ini,
Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan
bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat ayahnya berada kerana takut
Razali akan meninggalkannya.
Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah yang
dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu. Setelah
mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa dan mencium tangan Pak
Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah saudaranya. Mereka tersenyum riang
melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri
mengatakan

bahawa

sungguh

besar

jasa

koperasi

sekolah

kerana

dapat

mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan


koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini. Mereka
bersama-sama ketawa dengan riang.

Anda mungkin juga menyukai