Anda di halaman 1dari 9

SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 1 - SEJAMBAK BAKTI

Bab 1 Kisah di Kedai Koperasi

Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah ditubuhkan kira-kira lima

tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga

pengarah sedang sibuk melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga

pengarah yang bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar lelaki yang cuba mencuri

sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa

pada petang, mesyuarat lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai

pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.

Bab 2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan

Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, mesyuarat Lembaga

Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan empat orang guru yang dilantik sebagai

ahli Lembaga pengarah dengan empat orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin

telah menjadi Pengerusi Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan

Koperasi turut hadir dalam mesyuarat itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana

dipilih sebagai penolong setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah bertujuan

untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri dan antara ahli. Beliau

menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah.

Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu pertama, koperasi

hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi akan menjual barang-barang makanan

dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak

menubuhkan sebuah bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan

sebulat suara.

Bab 3 Perjanjian Membalas Dendam

Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi

sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka
berasa tidak puas hati atas kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila

ternampak Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir cemburu

dan menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah.

Bab 4 Persiapan Kedai Operasi

Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani pelajar di kedai

koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam dan Leong tidak datang untuk bertugas di kedai

koperasi itu. Swee Lan, Ramlah, Harun, Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas mereka.

Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan barangan yang

hendak dijual di kedai koperasi. Mereka juga hendak menyediakan bilik bacaan dan akhbar dan

majalah. Ayah Swee Lan, Encik Aik Hong telah memberikan potongan harga untuk kedai koperasi

atas barangan yang akan dijual di koperasi itu. Mereka juga mendapat bantuan daripada Encik

Aziz selaku tauke kedai buku dengan potongan harga buku sebagai 20% kepada koperasi sekolah

itu.

Bab 5 Cita-cita dan Harapan

Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk

mengajak mereka menonton tayangan gambar. Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak

ajakan itu. Munir berasa marah dan menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan Ramlah

tidak suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.

Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak buku di kedai koperasi,

lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya. Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada

Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah

juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.

Bab 6 Persiapan

Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli lembaga

pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita,

Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah
Pembangunan Koperasi Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah

telah memperuntukkan RMm 30 untuk membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca itu. Ketika

mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli pergi

ke padang dan mendapati Munir telah dihalau keluar dari padang kerana bermain bola dengan

kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah

koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga

memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada Ramlah lagi. Munir berjanji

bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi.

Bab 7  Semangat

Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah

telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan

bilik baca. Beliau memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah

koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan

minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.

Bab 8. Mempelajari Ilmu Perdagangan

Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah membincangkan

kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi Munir asyik mengganggu pelajar lain.

Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir di dalam kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang.

Ramlah, Swee Lan, Saridevi, dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji

tentang prinsip akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan kawan-kawannya

bersama dengan Razali dengan muka yang masam.

Bab 9 Kerja Rumah

Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya disambut oleh ibu Razali ,

Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun

Razali mengajak mereka mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah sawah. Ternyata di situ
sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk

mereka di pondok itu.

Bab 10 Pengakuan

Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru kaunseling dan guru

kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan penjelasan tentang sikapnya yang suka

mengganggu pelajar lain di dalam kelas dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di kedai

koperasi. Munir tidak mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak akan

berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan sedar akan kesalahannya.

11. Melepaskan Dendam

Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu singgah di tepi jalan yang

menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali,

mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka

meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah

mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi

Razali enggan berbuat demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.

12. Kasih Seorang Ibu

Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya. Razali pun

menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang.

Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang

sombong dan angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan

anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca di pondok yang terletak di sawah itu.

Dia kecewa atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang

sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya kerana tidak

mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.

13. Dendam Membawa Padah


Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana terdapat aduan bahawa

mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal siasat, Cikgu Syamsudin mengambil keputusan

untuk merotan Munir, Leong dan Silvam di dalam bilik pengetua.

14. Berita Gembira

Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai kursus koperasi di

Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain telah memberikan ucapan tahniah

kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah

tiba di stesen bas untuk menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.

15 . Budi Baik Dikenang juga.

Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia telah menghadiri

kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama satu minggu. Penceramah itu telah menyatakan

bahawa generasi muda harus menyedari peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi

yang berjaya di negara kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat ke Jabatan

Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur.

Razali berasa amat terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana

memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.

16. Kesan Kunjungan

Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam mesyuarat koperasi sekolah,

Razali telah memberikan laporan ringkas tentang pengetahuan yang diperoleh daripada kursus itu.

Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka akan menyertai pertandingan

untuk memilih koperasi yang maju, berjaya dan baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan cadangan supaya

mereka masuk pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga pengarah bersetuju atas cadangan

itu. Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli lembaga pengarah berusaha dan menunjukkan

semangat untuk memajukan koperasi mereka pada tahun itu.


17. Semakin Jauh Terbang Burung

Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga pengarah bergilir-gilir

mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi.

Baik guru penasihat mahupun pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan

kedai koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk bermain bola

tanpa menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai

koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di situ lalu

diambil dan ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap

Razali kerana Razali menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat

sesuatu terhadap Razali lagi.

18. Malang Tidak Diduga

Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai koperasi itu. Keesokan

hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya

terkejut kerana semua barangan jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200

juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli

mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan pihak polis.

19. Misteri Kedai Koperasi

Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat siasatan. Mereka

mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali

dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai

polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa

Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang

terlibat dalam kes itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan

pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu.

Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk pertandingan.

20 Tindakan Ayah Tiri


Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung motosikal ke

arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai

koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan peristiwa .

Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di beranda terus memarahi Razali

sebagai pencuri yang memalukannya. Dia hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak

Sopiah segera keluar dan membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa

jika Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan geram, pak

Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan tergesa-gesa.

21. hidup yang Dirundung Malang

Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok sawah itu. Dia

berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana ayahnya. Dia asyik termenung tenang

fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi,

Razali meminta ibunya supaya memberitahu keadaan ayahnya. Mak Sopiah menangis dan merayu

Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya

kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk ibunya dan

berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.

22. Misteri Berakhir

Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan danMarzuki bahawa

kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan

mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu

Hassan berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir. Dari beg

sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang sama dengan nombor kunci kedai koperasi

mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang terdapat huruf ‘K’ seperti yang ditulis oleh Cikgu

Hassan. Cikgu Zulkifli sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu Syamsudin,

Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah Razali kerana tidak

suka Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk
menghukum Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan guru-guru disiplin untuk

menentukan hukuman yang sepatutnya.

23. Hukuman

Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan

perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga diberitahu dahulu dan mendapat

kebenaran dengan harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan

kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan digantung

persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil ke depan, tiba-tiba Munir menghulurkan tangan

dan meminta maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka

berpelukan. Air mata Razali berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin

mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.

24. Memasuki Dunia Baharu

Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir datang untuk meminta

maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui kesalahannya dan membuat fitnah

sehingga menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf

akan kesalahannya. Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya boleh mengajarnya

memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang. Razali tidak keberatan untuk membantu

Munir dalam pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi orang baharu

dalam hidupnya. Dia telah mendapat seorang sahabat baharu.

25. Harapan Berbunga Indah

Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGSAKA datang

untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti

barang jualan, buku-buku akaun dan sebagainya di kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau

projek ternakan ayam telur dan bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.

Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berbaris dalam

perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri hadir bersama, termasuk beberapa
orang ibu bapa yang dijemput khas. Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk

berucap dan seterusnya menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah

Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Koperasi

Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali dipilih untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua

guru dan pelajar bertepuk tangan dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli

lembaga pengarah dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.

Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki tua dan dapat

mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia

dalam pertemuan itu. Beliau segera menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.

26. Terbuka Rahsia

Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di Melaka, anaknya

Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis di kampung. Ramli mengatakan bahawa

Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak

Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu,

Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan

sebagai tentera, Pak Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya

Ramli balik ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama ini,

Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak

mahu memberitahu Razali tempat ayahnya berada kerana takut Razali akan meninggalkannya.

Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah yang dicarinya

selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah

tirinya, Razali segera menerpa dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah

saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan

Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana

dapat mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan

koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini. Mereka bersama-

sama ketawa dengan riang.

Anda mungkin juga menyukai