Anda di halaman 1dari 10

Novel Tingkatan 1: Sejambak Bakti

[ Kupasan Novel ]

SINOPSIS

Novel Sejambak Bakti ini mengisahkan usaha sekumpulan murid dan guru Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan membangunkan koperasi sekolah. Dalam usaha
mereka membangunkan koperasi sekolah, terselit pelbagai kisah suka dan duka dan konflik
sesama sendiri. Nilai-nilai murni dalam novel ini dipaparkan dengan jelas oleh penulis, antaranya
sikap amanah, bertanggungjawab dan jujur dalam sesuatu pekerjaan, terutama sekali apabila
murid menguruskan koperasi sekolah. Peranan guru sebagai pendorong dan pemberi nasihat
kepada murid dalam novel Sejambak Bakti dipaparkan sebagai panduan kepada murid supaya
dapat memilih nilai positif dalam kehidupan seharian.

Kisah bermula dengan situasi yang digambarkan di koperasi


sekolah sewaktu Harun, Swee Lan dan Saridevi bertugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah
koperasi. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh Lembaga Pengarah dan ditubuhkan kira-kira lima
tahun yang lalu. Seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang ahli lembaga
pengarah begitu sibuk melayani pembeli-pembeli yang berkehendakkan layanan segera. Mereka
melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Meskipun didesak dan disindir, senyuman
masih juga terukir di bibir. Semasa pembeli sedang sibuk membeli barang keperluan sekolah,
seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang pen dan terus
memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya. Harun menegur perbuatan tersebut dan
murid itu  tersengih selamba dan segera mengeluarkan wang untuk membayar harga pen yang
diambilnya. Saridevi mengingatkan rakan-rakan yang bertugas agar betul-betul mengawasi
tindak tanduk pembeli.
Tidak lama kemudian, Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan untuk memilih jawatankuasa.
Dalam mesyuarat ini Razali terpilih sebagai Naib Setiausaha. Pemilihan Razali sebagai Naib
Setiausaha ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan dendam dalam hati  Munir. Dia turut
disokong oleh dua orang kawannya iaitu Leong dan Silvam. Mereka merancang untuk membalas
dendam terhadap Razali. Mereka jengkel melihat Razali yang mesra dengan Ramlah, Swee Lan
dan Saridevi. Cita-cita dan harapan seseorang itu terpendam di lubuk hati. Dia akan berusaha
dengan pelbagai cara untuk mencapai cita-citanya itu. Demikian juga Munir, Silvam, dan Leong.
Sebenarnya mereka mempunyai cita-cita dan harapan yang sama. Disebabkan itulah tiga
serangkai itu begitu baik perhubungannya seperti isi dengan kuku. Jika sungai, seperti aur
dengan tebingnya. Sewaktu pulang dari sekolah hari itu, tiga serangkai tadi menunggu Ramlah,
Swee Lan, dan Saridevi keluar dari kedai koperasi. Ketika gadis-gadis itu sampai di tempat
mereka menunggu, Munir memberanikan diri menegur Ramlah dan mengajaknya menonton
filem. Ramlah menolak dengan baik. Tetapi Munir sakit hati dengan sikap Ramlah yang tidak
menerima ajakannya.

Kedai Koperasi ini membuat perancangan untuk memajukan perniagaan tidak terhad kepada
jualan sahaja . Dengan kerjasama PIBG sekolah, mereka membina bangsal ternakan ayam telur
itu terletak di hujung kawasan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Bangsal itu
diperbuat daripada kayu, beratapkan daun nipah. Panjangnya kira-kira 50 meter dan lebar 20
meter. Bangsal itu dibina oleh PIBG sekolah tersebut secara gotong-royong. Ahli Lembaga
Pengarah Koperasi sekolah itu amat berbangga dan berterima kasih terhadap sokongan tersebut.
Ibu bapa pula menyedari sokongan itu patut diberikan untuk menanam semangat berkoperasi dan
berniaga kepada anak-anak mereka. Zaman sekarang, berniaga dan berkoperasi merupakan
sumber kehidupan yang lumayan, tidaklah mengharapkan jawatan-jawatan kerajaan semata-
mata. Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi, dan beberapa orang ahli
lembaga pengarah yang lain, begitu sibuk menjalankan tugas masing-masing.
Pada waktu yang sama, di suatu tempat lain pula, Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun,
Silvam, dan Leong serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu sedang
mengemaskan bahan bacaan di dalam sebuah bilik. Bilik itu telah dikhaskan oleh pengetua
sebagai tempat membaca bahan-bahan bacaan ringan seperti akhbar, majalah, dan risalah. Bilik
itu dinamakan bilik bacaan. Murid-murid sekolah itu sama ada pada waktu rehat atau pada waktu
petang dapat membaca bahan-bahan tersebut untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Bilik
tersebut dikelolakan oleh ahli koperasi sekolah. Cikgu Zulkifli bertanyakan tentang Munir yang
tiada di situ. Silvam memberitahu cikgu, Munir berada di padang bermain bola. Cikgu Zulkifli
menggelengkan kepala.

Cikgu Zulkifli ke padang mencari Munir. Munir berjalan longlai keluar dari padang. Dia
berhenti  berteduh di bawah pokok ru sambil mengelap peluhnya. Dari arah bangunan sekolah
kelihatan Cikgu Zulkifli berjalan menuju ke tempat Munir berehat. Cikgu Zulkifli memberikan
nasihat kepada Munir. Sepatutnya dia menolong menjalankan kegiatan koperasi sekolah kita.
Munir telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah. Munir berjanji tak ponteng lagi.

Munir bukan sahaja tidak menjalankan tugas di koperasi, malahan dia juga selalu mengacau
rakannya di dalam kelas sewaktu cikgu sedang mengajar. Kisah kelemahan disiplin Munir bukan
sahaja diketahui oleh Cikgu Zulkifli dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu, malah
guru-guru yang lain termasuk juga Cikgu Saiful. Akan tetapi Cikgu Zulkiflilah yang begitu
kecewa kerana Munir merupakan ahli lembaga pengarah koperasi. Cikgu Zulkifli khuatir
sekiranya disiplin Munir tidak dibaiki mungkin banyak ahli koperasi dan murid yang lain akan
bersungut. Disebabkan itulah Cikgu Zulkifli berunding dengan guru kaunseling atau guru kerjaya
sekolah itu, Cikgu Muniam supaya menyiasat dan membimbing Munir. Hari itu Munir dipanggil
oleh Cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Dia bersama-sama Cikgu Zulkifli menunggu Munir di situ.

Munir tidak puas hati kerana dia telah dipanggil untuk sesi kaunseling. Dia beranggapan Razali
yang telah membuat aduan kepada cikgu kaunseling. Petang itu mereka bertigamembuat
rancangan untuk memukul Razali. Mereka melihat Razali sedang mengayuh basikal melalui
jalan itu menuju ke arah mereka. Jalan itu ialah jalan menuju ke rumah Razali. Razali
menggunakan basikal untuk berulang-alik ke sekolah. Mereka menunggu kedatangan Razali
dengan reaksi yang penuh dendam untuk bersemuka dengannya. Sesaat mereka rasakan sehari
kerana Razali mengayuh basikalnya dengan perlahan. Dia mengayuh dengan tenang seperti hari-
hari biasa. Akhirnya sampailah Razali di tempat yang ditunggu oleh Munir dan rakan-rakannya.
Razali kehairanan melihat anak-anak muda itu menahannya. Dia turun dari basikalnya. Dia
melihat wajah- wajah itu seperti hendak memukulnya. Petang itu Razali telah dipukul dengan
teruk . Kejadian itu menimbulkan kemarahan kepada Pak Zakarian, ayah tiri Razali yang
memang tidak suka akan Razali. Dia mengatakan Razali memang suka bergaduh. Mak Sopiah,
ibu Razali memenangkan anaknya.

Di sekolah, Pengetua telah mendapat aduan tentang perbuatan Munir yang memukul Razali.
Cikgu Syamsudin ( Pengetua ) telah memanggil mereka bertiga ke Bilik Pengetua. Cikgu
Syamsudin merotan punggung Muniir sebanyak dua kali. Pukulannya agak kuat menyebabkan
muka Munir berkerut menahan kesakitan. Kemudian, rotan itu singgah di punggung Leong dan
Silvam pula. Masing-masing dikenakan rotan sekali. Cikgu Syamsudin memberikan amaran, jika
mereka bersalah lagi, jawatan sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah ini akan
dilucutkan.

Pada masa yang sama Cikgu Zulkifli membawa berita gembira buat Razali. Cikgu membaca
surat yang ditujukan kepada Razali. Razali  telah terpilih mengikuti kursus koperasi bersama-
sama dengan wakil koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia. Kursus ini akan diadakan pada
24 Julai yang akan datang, bertempat di bangunan Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya,
Selangor. Semua ahli lembaga koperasi mengucapkan tahniah kepada Razali.

Sekembalinya dari kursus, Razali telah diminta untuk melaporkan hasil kursus di dalam
mesyuarat koperasi. Razali bangun dan terus berucap, menyampaikan pengetahuan yang
diperoleh tentang koperasi ketika menghadiri kursus itu. Koperasi merupakan suatu badan yang
boleh menggembleng penyatuan ahli dalam sesuatu institusi atau golongan tertentu untuk
meningkatkan daya usaha dan pendapatan. Sesebuah koperasi merupakan tunjang bagi sesuatu
kelompok masyarakat yang ingin membangunkan institusinya.

Pengetua mengumumkan koperasi sekolah akan bertanding dalam Pertandingan Koperasi


Terbaik anjuran ANGKASA. Persetujuan untuk turut bersama-sama dalam pertandingan
koperasi sekolah-sekolah itu amat menggembirakan mereka. Setiap pertandingan mesti ada
persediaannya. Kalah atau menang bukanlah sesuatu yang menjadi matlamat sehingga
menimbulkan kekecohan. Yang penting usaha bersungguh-sungguh untuk memajukan koperasi
itu, seperti pendapat Swee Lan dalam mesyuarat yang lalu. Di samping membuat persediaan
pertandingan tersebut secara tidak langsung koperasi mereka juga akan lebih teratur dan kemas.
Demikianlah juga matlamat pertandingan yang diadakan oleh pihak ANGKASA terhadap
koperasi-koperasi sekolah itu. Setiap petang, ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus
projek yang telah dilaksanakan oleh mereka. Bangsal ternakan ayam mereka sentiasa dijaga rapi.
Begitu juga dengan bilik bacaan.

Dalam diam Munir merancang untuk membuat kacau. Dia mencuri kunci bilik koperasi ketika
semua orang sibuk bergotong royong. Pada malamnya dia menceroboh masuk ke dalam koperasi
dan menyepah-nyepahkan barang. Pada esoknya, semua ahli lembaga koperasi yang bertugas
terkejut. Alat tulis seperti pensel, pen, pembaris, dan getah pemadam berselerak memenuhi
lantai. Pakaian sukan pula seperti baju dan seluar berlonggok dan terperonyok di atas meja dan di
atas lantai. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Perasaan kesal dan kecewa
menyelubungi diri mereka. Mengapa tidak? Dua minggu lagi koperasi mereka akan diadili. Para
hakim akan datang untuk melihat pengurusan koperasi itu.

Dua orang anggota polis yang berpakaian kemas masuk ke kedai koperasi. Mereka mengambil
tindakan segera setelah dilaporkan oleh Cikgu Zulkifli mengenai perkara tersebut. Kedua-dua
orang anggota polis itu terus memeriksa bangunan kedai koperasi seperti pintu, dinding, tingkap,
atap, dan sebagainya. Ternyata tidak terdapat tempat yang rosak atau lubang yang boleh
dimasuki. Setelah mereka puas hati memeriksa bangunan itu, lantas mereka keluar menemui
Cikgu Zulkifli dan Razali yang menunggu di luar bangunan.

Munir membuat fitnah dengan mengatakan Razali yang menceroboh koperasi. Munir juga
memberitahu Pak Zakaria. Razali dimarah dengan teruk dan dihalau dari rumah. Mak Sopiah
membela Razali. Berlaku ketegangan dalam keluarga Razali. Razali sangat berdukacita dengan
nasibnya yang malang. Dia mengenang nasibnya yang tidak mengenalinya bapa kandungnya.

Cikgu Zulkifli dan Cikgu Syamsudin menyusun strategi untuk menangkap penceroboh koperasi.
Selepas itu, Cikgu Zulkifli bergegas ke pejabat untuk membuat pengumuman. Cikgu Zulkifli
memegang pembesar suara itu. Suaranya bergema ke seluruh bangunan. Semua guru diminta
memeriksa beg dan pakaian murid seorang demi seorang. Guru lelaki memeriksa murid lelaki.
Guru perempuan pula memeriksa murid perempuan.

Akhirnya penceroboh sebenar dapat ditangkap. Munir didapati bersalah dan dikenakan hukuman
rotan di perhimpunan sekolah. Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir
akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak tiga kali. Hukuman itu terpaksa dilakukan demi
menjaga disiplin sekolah itu. Diharapkan dengan hukuman itu akan menginsafkan Munir
daripada melakukan lagi perkara-perkara yang tidak baik. Diharapkan tindakan itu menjadi
peringatan kepada murid yang lain. Sebelum hukuman itu dijalankan, kedua-dua ibu bapa Munir
diberitahu terlebih dahulu. Mereka memberikan keizinan dengan harapan disiplin Munir akan
berubah kerana ternyata di rumah juga kelakuannya tidak terkawal, meskipun ayahnya cuba
membentuk perangainya.
Selepas itu Munir berubah sikap. Tiba-tiba dalam suasana yang amat memilukan itu, Munir
menghampiri Razali dan menghulurkan tangannya. Razali menyambut tangan itu. Mereka
bersalaman. Munir memohon maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk. Ketika itu juga
tidak tertahan rasa pilu di hatinya, segera pula dia memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan.
Air mata Razali juga berderaian di pipinya. Semua murid dan guru yang menyaksikan peristiwa
itu turut terharu. Setelah sekian lama mereka berpelukan, lalu kedua-duanya berjalan masuk ke
dalam barisan semula.

Dia menyesal akan kenakalan sikapnya terhadap Razali. Dia telah dikenakan hukuman gantung
persekolahan. Peperiksaan sudah hampir menjelang tetapi dia digantung persekolahan. Razali
menawarkan diri untuk membantu mengajar Munir pada sebelah petang.

Munir telah kembali ke sekolah setelah menjalani hukuman. Selama itu pula dia dapat mengikuti
pelajaran di sekolah melalui Razali, anak muda yang kehilangan ayah itu. Budi dan bakti Razali
tidak akan dilupakan oleh Munir buat selama-lamanya. Pada hari itu juga tiga orang hakim
Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang menghakimi Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka disambut oleh pengetua, Cikgu Zulkifli, dan
Razali. Ketiga-tiga orang hakim itu masuk ke kedai koperasi. Mereka meneliti barang jualan,
buku-buku akaun, baucar, resit, dan sebagainya. Pada hari itu, saat yang sungguh bermakna
apabila Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dinobatkan sebagai Johan
Pertandingan Koperasi Terbaik.  Ibu bapa turut hadir pada hari itu untuk menyaksikan
penyampaian hadiah.

Tidak disangka-sangka, pada hari itu juga Razali akan dapat bertemu ayah kandungnya yang
telah lama dicari-carinya. Ayah kandungnya juga merupakan ayah Ramlah. Suasana yang cukup
mengharukan itu disebut oleh Cikgu Syamsudin sebagai jasa koperasi yang sangat besar dalam
mempertemukan dua orang insan yang terpisah selama 16 tahun.

Sinopsis Mengikut Bab

TEMA :
Tema novel ini ialah kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah. Hal in
dibuktikan menerusi watak Razali yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha. Dia dibantu oleh
Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi sekolah mereka diumum sebagai
koperasi terbaik di peringkat kebangsaan. Walaupun mendapat cabaran seperti kedai koperasi
diceroboh sebanyak dua kali, namun mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh Cikgu
Zulkifli untuk memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan.

PERSOALAN :
1. Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja
contoh Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan
seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.
2. Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal

contohnya Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan hubungan dengan
Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah Razali menceroboh koperasi sekolah.

3. Menyimpan rahsia kerana takut kehilangan orang yang disayangi


contohnya Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali kerana tidak mahu anaknya
itu meninggalkannya kelak jika Razali mengetahui ayah kandungnya yang sebenar.

4. Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remaja


contohnya Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya membelasah Razali
menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh pengetua.

LATAR TEMPAT & LATAR MASA


Latar Tempat
Novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan,
Perlis Sebuah sekolah yang terdapat empat buah bangunan yang bercat kuning tersergam indah.
Pengetua sekolah ialah Cikgu Syamsudin. Sekolah itu mementingkan disiplin dan semangat
kerjasama dalam kalangan pelajar. Sekolah itu terdapat kedai koperasi, bangsal ternakan ayam
telur dan sebagainya. Kebanyakan pelajar daripada keluarga petani. Salah satu peristiwa yang
penting yang berlaku di sekolah itu ialah Munir dirotan oleh pengetua di hadapan perhimpunan
kerana melanggar pelbagai masalah disiplin. Selain itu, Koperasi Sekolah itu telah berjaya
memenangi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah
mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Tambahan lagi, terdapat peristiwa tenang pertemuan
antara Razali dengan bapa kandungnya, iaitu Pak Ramli. Kedai koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayang Kedai koperasi itu diuruskan oleh seorang pembantu kedai, 12
orang pelajar dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Kedai
koperasi itu menjual pelbagai bahan keperluan pelajar, seperti alat-alat tulis, baju sukan, buku
dan sebagainya. Salah satu peristiwa yang berlaku di kedai koperasi itu ialah Munir telah
mencerobahi kedai itu dan mencuri wang sebanyak RM200 serta sengaja menjadikan semua
barangan jualan bertaburan di lantai. Bukan itu sahaja, dua orang polis telah datang ke kedai
koperasi itu untuk membuat siasatan. Mereka mendapati bahawa pintu kedai tidak dikopak
orang. Oleh itu, mereka mengesyaki penceroboh itu ialah pemilik kunci kedai koperasi.
Akibatnya Razali telah dibawa ke balai polis untuk mendapat siasatan lanjut. Selain itu, terdapat
peristiwa tentang semua ahli lembaga pengarah bekerjasama untuk mengemaskan bilik kedai
koperasi itu sebagai persediaan untuk menghadapi Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah tetapi
Munir tidak hadir dan bermain bola di padang. Rumah Razali Ramah Razali terdapat di kawasan
sawah. Razali tinggal bersama dengan ibunya Mak Sopiah dan ayah tirinya, Pak Zakaria . Salah
satu peristiwa yang berlaku di rumah itu ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari
rumah itu setelah mendengar fitnah daripada Munir bahawa Razali telah mencerobohi kedai
koperasi dan mencuri wang. Peristiwa lain yang menarik ialah Munir datang ke rumah Razali
dan meminta maaf kepada Mak Sopiah dan Pak Zakaria atas fitnahnya terhadap Razali sehingga
nama keluarga mereka terjejas. Selain itu terdapat peristiwa ialah Razali meminta ibunya supaya
memberitahu nama bapanya dan kedudukan bapanya ketika itu tetapi Mak Sopiah enggan
memberitahu keadaan bapanya kepada Razali Pondok di tengah Sawah Pondok itu tidak jauh
dari rumah Razali. Tempat itu sunyi dan lapang. Oleh itu saban hari, Razali akan mengulang kaji
pelajar di pondok itu. Selain itu, dia juga mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk
mengulang kaji di situ. Ketika menghadapi fitnah dan dimarahi oleh bapa tirinya, Razali akan
berada di pondok itu untuk menenangkan jiwanya. Di samping itu, Razali juga membantu Munir
dalam pelajaran di pondok itu setelah Munir insaf akan kesalahan. Maktab Kerjasama, Petaling
Jaya Razali dan wakil-wakil sekolah lain telah dipilih untuk menyertai kursus seluruah koperasi
sekolah Malaysia di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Razali telah mendapat banyak ilmu
pengetahuan tenang koperasi dalam kursus itu. 

Latar Masa
Latar masa bagi novel ini ialah pada zaman sekarang. Terdapat latar masa pagi, petang dan
malam. Latar masa pagi Peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah ketika Razali dan
beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut kerana kedai koperasi
mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual bertaburan di lantai. RM200 yang disimpan
di dalam laci meja juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu
Zulkifli. Peristiwa yang menarik yang lain ialah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan telah menenangi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun
itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Selain itu, peristiwa yang menarik
ialah Razali dapat bertemu dengan bapa kandungnya, Pak Ramli pada waktu pagi juga. Latar
masa petang Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah Razali telah dipukul oleh Munir,
Leong dan Silvam di tengah jalan setelah pulang dari sekolah. Razali tersungkur dan mukanya
berdarah. Peristiwa lain yang berlaku pada waktu petang ialah Pak Zakaria hendak menghalau
Razali keluar dari rumah setelah mendengar fitnah daripada Munir dan Leong. Latar masa
malam Peristiwa menarik yang berlaku pada waktu malam ialah satu lembaga hitam telah
membuka pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke dalam kedai itu. Lembaga hitam sanggup
memunggah kedai itu sehingga barang-barang di kedai itu besepah dan tunggang-langgang

WATAK & PERWATAKAN


Razali
Razali merupakan watak utama dalam novel Sejambak Bakti. Razali ialah anak kepada Mak
Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria. Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah
Koperasi sekolah, Razali sentiasa menjalankan tugasnya dengan amanah. Sebagai pelajar, Razali
sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di
tengah sawah.

Dia juga bersikap suka membantu. Contohnya dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan
Saridevi dalam pelajaran. Selain itu, Razali juga sayang dan hormat kepada ibunya. Contohnya
walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti
hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.
Razali juga bersikap sedia memaafkan. Misalnya ketika Munir meminta maaf kepadanya, Razali
segera bersalam dengannya dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala
kesalahan Munir terhadapnya. Razali juga bersikap ikhlas. Dia sanggup menerima Munir sebagai
sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan membuat fitnah terhadapnya, malahan
sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya.

Munir
Munir berasal daripada keluarga yang berada. Dia juga merupakan salah seorang ahli lembaga
pengarah koperasi sekolah. Munir bersikap sombong dan angkuh. Dia suka memacu motosikal di
jalan raya. Munir merupakan ahli lembaga pengarah yang tidak bertanggungjawab. Contohnya
dia sanggup ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang. Munir
juga bersikap pendendam dan iri hati. Contohnya dia cemburu apabila melihat Ramlah sering
bersama dengan Razali. Dia sanggup memukul Razali di tengah jalan ke rumah. Dia juga
membuat fitnah bahawa Razali telah mencerobohi kedai koperasi. Bagaimanapun Munir telah
insaf akan kesalahan dirinya setelah dirotan di depan perhimpunan. Dia telah meminta maaf
kepada Razali dan keluarga Razali.

Mak Sopiah
Ibu kepada Razali dan isteri kepada Pak Zakaria. Dia juga bekas isteri kepada Pak Ramli. Dia
telah bercerai dengan Pak Ramli 16 tahun yang lalu, iaitu Razali baru berumur satu tahun. Mak
Sopiah bersikap penyayang. Dia sangat sayang akan anaknya Razali. Sebagai contoh, dia sangat
membela Razali malah mengikut Razali keluar dari rumah jika suaminya hendak menghalau
Razali keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu memberitahu keadaan ayah kandung Razali kepada
Razali kerana tidak mahu Razali meninggalkannya. Mak Sopiah juga seorang yang mesra.
Contohnya dia melayani kawan-kawan Razali dengan ramah-tamah dan menghilangkan
minuman dan pisang goreng untuk mereka.

Cikgu Zulkifli
Cikgu Zulkifli ialah guru yang bertanggungjawab terhadap Koperasi Sekolah. Sebagai salah
seorang ahli lembaga pengarah, Cikgu Zulkifli sentiasa memberikan perhatian dan bantuan untuk
memajukan kegiatan koperasi sekolah. Beliau seorang guru yang dedikasi dan
bertanggungjawab. Beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menguruskan
perniagaan kedai koperasi dan projek ternakan ayam telur di sekolah itu. Cikgu Zulkifli juga
seorang guru yang mengambil berat terhadap pelajaran dan tingkah laku pelajar. Contohnya dia
sentiasa memberikan nasihat kepada Munir supaya bersikap positif terhadap pelajar dan tugas
dalam koperasi sekolah.

Cikgu Syamsudin
Cikgu Syamsudin merupakan pengetua Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
Cikgu Syamsudin bersikap tegas dan sentiasa mengambil berat akan disiplin pelajar. Oleh itu
beliau sanggup mengambil keputusan untuk merotan dan merotan di hadapan perhimpunan
pelajar terhadap Munir yang sering melanggar peraturan sekolah. Beliau berbuat demikian demi
meningkatkan disiplin pelajar. Beliau sentiasa prihatin terhadap kokurikulum pelajar. Contohnya,
beliau memberikan sokongan yang sepenuh terhadap kegiatan koperasi sekolah dan penyertaan
Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Pak Zakaria
Pak Zakaria ialah bapa tiri kepada Razali dan suami kepada Mak Sopiah. Dia bersikap prejudis.
Contohnya, dia sering menganggap bahawa anak tirinya bersikap sombong dan angkuh. Semasa
melihat keadaan Razali yang telah dipukul, dia terus mendakwa bahawa Razali suka bergaduh
dengan orang lain. Apabila diberitahu oleh Munir dan Leong, Pak Zakaria terus mempercayai
kata-kata mereka, iaitu Razali telah mencerobohi kedai koperasi dan mencuri wang di dalam
kedai koperasi itu. Tanpa usul periksa, Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah.
Bagaimanapun dia juga bersikap sedia memaafkan, iaitu dia terus memaafkan Munir apabila
Munir meminta maaf atas kesalahannya yang memfitnah Razali sehingga nama keluarga
merekaterjejas.

Ramlah
Ramlah seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut. Keayuannya telah memikat hati
Munir. Sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah, Ramlah aktif menjalankan tugasnya
dengan penuh tanggungjawab. Dia seorang pelajar yang suka membantu orang. Contohnya dia
telah membantu Razali untuk membuat minit mesyuarat lembaga pengarah koperasi sekolah.
Selain itu, Ramlah seorang pelajar yang tekun dalam pelajaran. Oleh itu, dia dan Swee Lan serta
Saridevi meminta Razali supaya dapat berulang kaji tentang pelajaran yang tidak difahami. Dia
juga bersikap setia kawan. Contohnya dia percaya sepenuhnya terhadap Razali bahawa Razali
tidak terlibat dalam kes kecurian dalam kedai koperasi sekolah.

Selain itu terdapat watak-watak samping yang lain seperti:


Swee Lan , Saridevi, Harun, Norlela, Cikgu Robeah, Cikgu Hassan, Leong, Silvam, Cikgu
Saiful, Pak Ramli, Encik Ali dan sebagainya.

NILAI & PENGAJARAN


Nilai-Nilai dalam Novel Sejambak Bakti

Nilai amanah
Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dapat
menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab. Mereka sanggup
mengorbankan masa dan tenaga untuk meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha
untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan sekolah, seperti membina bilik bacaan.

Nilai tolong-menolong
Razali mempunyai nilai tolong-menolong. Ketika kawan-kawan menghadapi masalah dalam
pelajaran, dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan. Contohnya dia membantu Ramlah,
Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Ramlah juga
mengamalkan nilai tolong-menolong. Contohnya dia membantu Razali untuk melengkapkan
minit mesyuarat.

Nilai kerjasama
Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa
mengamalkan nilai kerjasama. Contohnya, mereka bekerjasama dan bergotong-royong untuk
membersihkan reban ayam, bilik bacaan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk
menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Nilai kasih sayang


Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia bersikap penyayang. Dia sayang akan anak
tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan perasaanya. Dia sanggup keluar dari rumah
ketika suaminya hendak menghalau Razali dari rumah. Dia juga enggan memberitahu Razali
tentang bapa kandungnya kerana tidak sanggup berpisah dengan Razali . Selain itu, Razali juga
berpegang teguh terhadap nilai kasih sayang. Dia sayang akan emak dan tidak mahu menyakiti
hati ibunya. Walaupun sangat ingin mengetahui bapa kandungnya, tetapi dia tidak mahu
memaksa ibunya untuk memberitahu keadaan bapa kandungnya.

Nilai jujur dan ikhlas


Razali mengamalkan nilai jujur dan ikhlas. Dia ikhlas menerima Munir sebagai kawan setelah
Munir insaf akan kesalahannya walaupun Munir pernah membulinya malah membuat fitnah
terhadapnya. Dia juga bersikap jujur dan ikhlas untuk membantu pelajar lain yang menghadapi
masalah dalam pelajaran.

Nilai Tabah
Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak teruk. Dia sentiasa
sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri, sombong dan suka berlagak. Dia
sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya. Setelah balik dari balai polis, Razali tetap
tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai pencerobah kedai
koperasi dan pencuri. Selain itu, Mak Sopiah juga mengamalkan nilai tabah. Dia tabah
menghadapi pengalaman yang pahit, iatu dia diceraikan oleh bekas suaminya Ramli pada 16
tahun yang lalu.

Nilai tanggungjawab
Sebagai pengetua, Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab. Beliau menjalankan
tugasnya sebagai pengetua dengan penuh tanggungjawab. Beliau sentiasa menjaga disiplin
sekolah itu dan menggalakkan pelajar menyertai pertandingan untuk mengharumkan nama
sekolah. Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah juga menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan penuh tanggungjawab, seperti Razali, Cikgu Zulkifli, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi.

Anda mungkin juga menyukai