Anda di halaman 1dari 13

Novel sejambak

Novel sejambak bakti


bakti

Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang
pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga pengarah
yang bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar lelaki yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan memberitahu
ahli lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai pembantu kedai juga
dijemput hadir dalam mesyuarat itu.

Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan empat
orang guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi Pengerusi
Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan Koperasi turut hadir dalam mesyuarat itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali
kerana dipilih sebagai penolong setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah bertujuan untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan
menolong diri sendiri dan antara ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi akan
menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik
bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan sebulat suara.

Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan
Silvam. Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak
Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir cemburu dan menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah..

Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam dan
Leong tidak datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee Lan, Ramlah, Harun, Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas mereka. Cikgu Zulkifli
berasa kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan barangan yang hendak dijual di kedai koperasi. Mereka juga hendak menyediakan
bilik bacaan dan akhbar dan majalah. Ayah Swee Lan, Encik Aik Hong telah memberikan potongan harga untuk kedai koperasi atas barangan yang akan
dijual di koperasi itu. Mereka juga mendapat bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan potongan harga buku sebagai 20% kepada
koperasi sekolah itu.

Studywithadmin – ns
Sebelum
Sebelumpulang, Munir,
pulang, Munir,Leong dan Silvam
Leong sedangsedang
dan Silvam menunggumenunggu
Ramlah, Swee Lan dan
Ramlah, Saridevi
Swee Lan untuk mengajakuntuk
dan Saridevi merekamengajak
menonton tayangan
mereka gambar.
menonton
Bagaimanapun RamlahBagaimanapun
tayangan gambar. dan kawan-kawannyaRamlah menolak ajakan itu. Munir berasa
dan kawan-kawannya marah ajakan
menolak dan menganggap bahawa
itu. Munir berasaRazalilah
marah yang
danmenyebabkan
menganggap Ramlah
bahawa
tidak suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.
Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.
Keesokan
Keesokanhari, Munir
hari, Munircubacuba
mendekati RamlahRamlah
mendekati yang sdang
yang menyusun
sdang rak buku di kedai
menyusun koperasi,
rak buku lalu memberi
di kedai Ramlah
koperasi, lalusepucuk
memberi suratRamlah
kepadanya. Ramlah
sepucuk
menolak dan meminta Ramlah
surat kepadanya. bantuan daripada
menolakRazali. Razali menegur
dan meminta Munir.daripada
bantuan Munir, Leong danRazali
Razali. Silvammenegur
meninggalkan kedaiMunir,
Munir. koperasi itu. Ramlah
Leong juga
dan Silvam
memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.
meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.

Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya
Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi
Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah telah memperuntukkan RMm 30 untuk membeli akhbar dan majalah dalam bilik
baca itu. Ketika mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan mendapati Munir telah
dihalau keluar dari padang kerana bermain bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah
koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada
Ramlah lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi

Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah
itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan
generasi muda.

Di Tingkatan 5C1 Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi Munir
asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir di dalam kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah, Swee Lan,
Saridevi, dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji tentang prinsip akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan
kawan-kawannya bersama dengan Razali dengan muka yang masam.

Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya disambut oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah menjemput
mereka masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun Razali mengajak mereka mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah sawah. Ternyata di situ sungguh
nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka di pondok itu..

Studywithadmin – ns
Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan
penjelasan tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di dalam kelas dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir tidak
mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak akan berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan sedar akan
kesalahannya.

Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu singgah di tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan
Razali. Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu,
Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu
Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.

Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah
tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh
sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca di pondok yang
terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya. Bagaimanapun, Mak
Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.

Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana terdapat aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal siasat,
Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong dan Silvam di dalam bilik pengetua

Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai kursus koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang
lain telah memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di stesen bas
untuk menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya

Studywithadmin – ns

Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama satu
minggu. Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda harus menyedari peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi yang berjaya di
negara kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan tempat-tempat di sekitar
Kuala Lumpur. Razali berasa amat terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih mereka untuk menghadiri kursus
tersebut.
Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam mesyuarat koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas tentang
pengetahuan yang diperoleh daripada kursus itu. Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka akan menyertai pertandingan untuk
memilih koperasi yang maju, berjaya dan baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Swee Lan
memberikan cadangan supaya mereka masuk pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga pengarah bersetuju atas cadangan itu. Cikgu Hassan
mengharapkan semua ahli lembaga pengarah berusaha dan menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi mereka pada tahun itu.

Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik
bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai koperasi mereka.
Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk bermain bola tanpa menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam
balik ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu,
mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat sesuatu
terhadap Razali lagi.

Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu
dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri
orang. Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan
pihak polis.

Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang.
Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk
membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat
sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan pengetua tentang kes itu.
Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk
pertandingan.

Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali
terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan peristiwa . Apabila ternampak
kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia hendak menghalau Razali keluar
dari rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika Razali dihalau, dia akan
mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan tergesa-gesa.

Studywithadmin – ns
Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana
ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali meminta ibunya
supaya memberitahu keadaan ayahnya. Mak Sopiah menangis dan merayu Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu
Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti
hati ibunya lagi.

Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu
Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan berjaya
mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang sama dengan nombor kunci
kedai koperasi mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang terdapat huruf ‘K’ seperti yang ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli sangat kesal atas
perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah Razali kerana tidak
suka Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk menghukum Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan
guru-guru disiplin untuk menentukan hukuman yang sepatutnya.

Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga
diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan kesalahan yang dilakukan
oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan digantung persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil ke depan, tiba-tiba Munir
menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali
berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.

Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia
mengakui kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf akan
kesalahannya. Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang. Razali
tidak keberatan untuk membantu Munir dalam pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia
telah mendapat seorang sahabat baharu.

Studywithadmin – ns
Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun dan sebagainya di kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek
ternakan ayam telur dan bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.
Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berbaris dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi
Negeri hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas. Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan
seterusnya menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam
Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali dipilih untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan pelajar bertepuk tangan
dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli lembaga pengarah dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.
Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman.
Cikgu Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau segera menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.
Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis
di kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan
meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat
tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik ke Melaka dan
berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan
bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat ayahnya berada kerana takut Razali akan meninggalkannya.
Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di
bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah
saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa sungguh besar
jasa koperasi sekolah kerana dapat mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan koperasi, Razali dapat bertemu
dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini. Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.

Studywithadmin – ns
Novel ini mengisahkan usaha murid dan guru Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan untuk membangunkan koperasi sekolah mereka.
Harun, Swee Lan dan Saridevi sedang bertugas di koperasi sekolah sebelum loceng untuk sesi pembelajaran berlangsung. Semasa sedang sibuk melayan
pelanggan, seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang pen tanpa membayarnya. Kehadiran Cikgu Zulkifli menamatkan
perbualan mereka. Cikgu Zulkifli datang membawa surat panggil Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut.

Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama pada petang itu, sebanyak sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik sebagai ahli lembaga
pengarah. Cikgu Syamsudin, iaitu pengetua sekolah sebagai pengerusinya. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan
Koperasi. Razali telah terpilih sebagai penolong setiausaha.

Konflik bermula apabila Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha. Mulai saat itu Munir, Leong, dan Selvam sering tidak
hadir bertugas. Munir sentiasa cuba untuk rapat dengan Ramlah. Namun begitu, cubaan untuk memberi surat dan mengajak Ramlah menonton wayang gagal.
Hal ini demikian, kerana Ramlah sangat rapat dengan Razali. Sikap Munir yang sering menganggu pelajar perempuan dan tidak hadir bertugas telah dirujuk
kepada guru kaunseling sekolah. Akibat daripada peristiwa tersebut,
Munir telah menumbuk Razali sehingga berdarah. Perbuatan tersebut menyebabkan Munir dihukum rotan oleh pengetua. Razali juga terpilih untuk
menghadiri kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia. Hal ini menambahkan lagi rasa cemburu Munir
terhadap Razali.

Dua minggu sebelum hakim pertandingan koperasi terbaik sekolah-sekolah datang mengadili pertandingan tersebut, seluruh warga Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan dikejutkan dengan berita koperasi sekolah mereka telah diceroboh. Barang-barang dalam koperasi telah dipunggah,
barangan yang ada berselerakan dan wang koperasi sebanyak RM 200.00 turut dicuri. Pihak polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Razali dan
Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Hal ini demikian kerana tiada sebarang tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan
hanya Razali seorang sahaja yang memiliki kunci tersebut, manakala kunci di bilik pengetua tidak terusik. Kejadian tersebut menyebabkan ayah tiri Razali
berasa malu sehingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah.

Penjenayah tersebut berjaya dikesan setelah pencerobohan dilakukan untuk kali yang kedua. Munir terperangkap kerana memiliki sekeping wang kertas
RM10.00 yang bertanda ‘K’. Dia dihukum tiga kali sebatan di hadapan tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Suasana menjadi
bertambah pilu apabila Munir sendiri meminta maaf kepada Razali dan mereka berpelukan sambil diiringi air mata yang berderaian. Razali dan Munir,
akhirnya menjadi sahabat baik.

Masa terus berlalu, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-Sekolah dari ANGKASA telah datang menghakimi koperasi sekolah mereka.
Berdasarkan penilaian ketiga-tiga hakim tersebut koperasi sekolah mereka telah diumumkan sebagai johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak
ANGKASA. Persoalan tentang ayah Razali yang sebenar turut terungkai semasa majlis penerimaan piala kemenangan tersebut.

Usaha dan kegigihan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah dan guru-guru membangunkan koperasi sekolah mereka.

Studywithadmin – ns
(a) Usaha yang baik selalu akan mendapat tentangan dan cabaran yang hebat.
(b) Sifat cemburu akhirnya memakan diri sendiri.
(c) Kekayaan dan kemewahan akan membuatkan seseorang itu sombong dan ego.
(d) Dugaan yang telah ditakdirkan mampu menjadikan seseorang itu tabah dan hebat.
(e) Sifat ingin membalas dendam mampu membuatkan seseorang melakukan jenayah yang besar.
(f) Kasih ibu yang tiada batasannya.
(g) Amalan muafakat akan membuahkan kejayaan.
(h) Sifat pemaaf merupakan sifat yang sangat terpuji dan sangat dituntut oleh semua agama.

RAZALI ( watak utama )

(a) Murid tingkatan 5.


(b) Seorang pemimpin sekolah iaitu dilantik sebagai Penolong Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah.
(c) Tinggal bersama-sama ibu dan ayah tirinya.
(d) Menghormati orang tua.
(e) Tabah dan sabar dalam menghadapi pelbagai dugaan.
(f) Anak muda yang berwawasan dan bercita-cita tinggi.
(g) Seorang yang pemaaf.

RAMLAH ( WATAK SAMPINGAN )

(a) Rakan baik Razali.


(b) Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.
(c) Tinggal bersama-sama abangnya, seorang anggota polis di Balai
Polis Simpang Empat.
(d) Anak tiri Pak Ramli.

Studywithadmin – ns
Swee Lan dan Saridevi ( watak SAMPINGAN)

(a) Sahabat baik Razali.


(b) Ahli lembaga pengarah yang sangat rajin dan berdedikasi.
(c) Sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada Razali untuk memajukan koperasi sekolah.

MUNIR ( WATAK SAMPINGAN )

(a) Matanya bulat bersinar-sinar.


(b) Pipinya penuh berisi.
(c) Berwajah bulat dan bertubuh tegap.
(d) Berpakaian kemas dan bermotosikal ke sekolah.
(e) Sangat cemburu akan Razali.
(f) Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah
(g) Pendendam dan kuat cemburu.

Leong dan Selvam ( watak SAMPINGAN)

(a) Rakan setia Munir.


(b) Sentiasa menyokong segala rancangan yang dirancang oleh Munir.
(c) Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.
(d) Bermotosikal ke sekolah..

Cikgu Zulkifli ( WATAK SAMPINGAN )

(a) Tubuhnya tinggi lampai, rambutnya genjur, dan berkumis.


(b) Guru displin dan guru koperasi sekolah.
(c) Sangat prihatin dan bertanggungjawab.
(d) Bijak memerangkap penceroboh koperasi sekolah.
(e) Rajin membantu kegiatan koperasi sekolah.

Studywithadmin – ns
MAK SOPIAH ( watak SAMPINGAN)

(a) Ibu Razali.


(b) Isteri kedua Pak Zakaria.
(c) Isteri pertama Pak Ramli
(d) Rajin melayani Razali.
(e) Seorang ibu yang memiliki kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap anaknya.

PAK ZAKARIA ( WATAK SAMPINGAN )

(a) Bapa tiri kepada Razali.


(b) Seorang bekas tentera.
(c) Rakan Pak Ramli semasa menjadi anggota tentera.
(d) Seorang ayah tiri yang garang dan tidak menyukai anak tirinya, Razali.

PAK RAMLI ( watak SAMPINGAN)

(a) Bapa kepada Ramlah.


(b) Bapa kandung Razali.
(c) Seorang bekas tentera.
(d) Rakan Pak Zakaria semasa menjadi anggota tentera.
(e) Bercerai dengan Mak Sofiah sewaktu Razali berusia satu tahun.
(f) Menetap di Melaka.

(a) Di Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayanga


(b) Di bilik mesyuarat.
(c) Di bandar Kangar.
TEMPAT (d) Di pinggir sawah.
(e) Di Kampung Serdang.
(f) Di bilik pengetua.

Studywithadmin – ns
(a) Pada waktu pagi.
MASA (b) Pada waktu petang.
(c) Pada waktu malam.

(a) Masyarakat yang gigih berusaha untuk memajukan koperasi sekolah.


(b) Masyarakat yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan
penternakan.
(c) Masyarakat yang masih mengamalkan sikap berdendam dan iri hati
MASYARAKAT akan kejayaan orang lain.
(d) Masyarakat yang yang taat pada perintah agama.
(e) Masyarakat yang terlibat dalam bidang pertanian.
(f) Masyarakat yang terlibat dalam bidang ketenteraan..

Studywithadmin – ns
permulaan
Pengarang memaparkan suasana pagi di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Harun, Swee Lan, dan Saridevi sedang bertugas di koperasi.
Kehadiran Cikgu Zulkifli membawa surat untuk mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut.

perkembangan
Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama diadakan pada petang di bilik mesyuarat. Sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik
sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi.
Razali telah terpilih sebagai penolong setiausaha.

PERUMITAN
Konflik bermula apabila Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha. Mulai saat itu Munir, Leong dan Selvam sering tidak
hadir bertugas dan sentiasa cuba untuk rapat dengan Ramlah. Sikap Munir yang sering mengganggu pelajar perempuan dan tidak hadir bertugas telah
dilaporkan kepada guru kaunseling sekolah iaitu Cikgu Muniam. Munir berdendam dengan Razali. Munir telah menumbuk Razali sehingga berdarah.
Perbuatan tersebut menyebabkan Munir dihukum rotan oleh pengetua.

KLIMAKS
Seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dikejutkan dengan berita koperasi sekolah mereka telah diceroboh. Wang koperasi
sebanyak RM 200.00 turut dicuri. Pihak polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Razali telah dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Hal ini
demikian kerana tiada sebarang tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan hanya Razali seorang sahaja yang memiliki kunci tersebut. Kejadian tersebut
menyebabkan ayah tiri Razali berasa malu sehingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah.
Studywithadmin – ns
PELERAIAN
Penjenayah tersebut berjaya dikesan setelah pencerohan berlaku buat kali kedua. Munir terperangkap kerana memiliki wang kertas RM10.00 yang
bertanda ‘K’. Dia dihukum tiga kali sebatan di hadapan tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Koperasi sekolah turut diumumkan
sebagai Johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA. Persoalan tentang ayah Razali yang sebenar turut terungkai semasa majlis
penerimaan piala kemenangan tersebut. Razali dan Munir, akhirnya menjadi sahabat baik.

• teknik imbas muka


• teknik pemerian
• teknik monolog dalaman
• teknik imbas kenbali
• teknik kejutan
• teknik saspens

personifikasi
Ketika matahari menumpahkan cahayanya yang lembut, Angin membelai-belai tubuhnya, Matahari sedang menyemarakkan cahayanya di dada langit,
Daunnya melambai-lambai ditiup angin.

simile
Kakinya seperti terpaku di tanah, Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga.

peribahasa
Janganlah kerana nila setitik menyebabkan rosak susu sebelanga, ada udang di sebalik batu, masakan tempua bersarang rendah, seperti isi dengan kuku..
Bahasa arab
Assalamualaikum, Waalaikumussalam.

sinkope
tak.

(a) Niliai kecekalan.


(b) Nilai brtanggungjawab.
(c) Nilai kasih sayang
(d) Nilai keprihatinan
(e) Nilai bekerjasama

(a) Kita perlulah cekal dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran.
(b) Kita perlulah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita.
(c) Ibu bapa mestilah menyayangi anak-anak walaupun anak tiri.
(d) Kita mestilah berani untuk menegakkan sesuatu kebenaran.
(e) Kita perlulah prihatin dalam membina persahabatan yang ikhlas.
(f) Kita mestilah bekerjasama untuk memajukan sesebuah organisasi.

Studywithadmin – ns

Anda mungkin juga menyukai