Anda di halaman 1dari 5

Rangkap 1 : syair ini mengungkap maksud riak atau takbur.

Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik. Rangkap 2 : Ada perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Namun hakikatnya, kebersihan tubuh badan tidak diambil kira.

Rangkap 3 : Orang sebegini berpura-pura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangkakan warak, iaitu tidak mementingkan keduniaan. Dia juga sering berhemah , sedangkan hatinya memang memandang keduniaan. Rangkap 4 : Ada pula perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas menunjukkan kehebatan berceramah atau bersyarahan dalam pelbagai ilmu di majlis keraian . Namun, dia sering mencampuradukkan perkara baik dan buruk.

Rangkap 5 : Ada perbuatan riak dinunjukkan melalui percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan bahawa dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat demikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan diberi ganjaran tertentu. Rangkap 6 : Ada perbuatan riak ditunjukkan dengan cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan.

Rangkap 7 : Ada perbuatan riak ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Orang sebegini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun, niat atau maksud sebenarnya adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan tersebut atau untuk mendapatkan pengaruh. Rangkap 8 : Sesungguhnya, semua perbuatan riak tersebut akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Alah Taala.

Anda mungkin juga menyukai