Anda di halaman 1dari 3

MASYARAKAT BERINTEGRITI MEMBENTUK BANGSA YANG BERMARUAH

Bismillahhirrahmanirrahim. Cuba kita taakul dan berfikir sejenak dengan pengaplikasian integriti dan jati diri Maharaja Meijing membina maruah bangsa kerana integriti dan toleransi Mahatma Gandhi berjaya memerdekakan India. Integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa. Maka benarlah kata Yusuf AlQhardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa. Salam aspiasiasi saudara pengerusi, barisan panel kehakiman penuh berintegriti, difdif kehormat yang dihormati, seterusnya hadirin yang diberkati, Assalamualaikum warahmatulhiwabarakatuh, salam ceria ikatan murni, salam 1 Malaysia.

Mayarakat Berintegriti membentuk Bangsa Bermaruah. Begitulah bunyinya mauduk pidato yang disajikan buat santapan minda warga merdeka. Justeru, mari kita bermula dan merungkai idea yang tersirat mahu pun pidato yang tersurat. Secara generalisasinya, Menurut Perdana Menteri 1 Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, masyarakat berintegriti membentuk bangsa bermaruah menuntut kita menganalisis atas satu sintesis tentang susur galur sejarah negara dan dibajai dan disemai dengan roh integriti. Usaha dalam memartabatkan integriti dan tidak dilupa tuai hasil yang berbuah daripada pengaplikasi integriti dalam memartabatkan bangsa. Justeru, bagi mengupas dan mengulas persoalan ini, 4 perspektif utama saya ajukan.

Pertama, Pengaplikasian intgeriti dalam mewarnai citra sejarah negara, kedua, usaha yang dicanai dalam membudayakan integriti, seterusnya, hasil kejayaan pembentukan maruah bangsa. Yang akhirnya, membina dan mempertingkatkan integriti manusia pastinya terserlah kebenaran dan membuka minda peria dan juwita dalam memahami masyarakat yang berintegirti membentuk bangsa bermaruah.

sidang saksi bermisi, Saudara dan saudari

Pertama- Pengaplikasian integriti dalam mewarnai citra sejarah negara

Mungkin kini sudah begitu lama untuk kita bangkitkan, untuk kita ungkitkan betapa untuk kita bangun meratapi muram durja, meratapi keagungan bumi Parameswara gugur rebah dimamah penjajah durjana akibat integriti tidak menjadi suaka. Justeru kita perteguhkan integriti untuk menuntut bela dengan kehebatan Dol Said menyusul pencak, rentapan Rentap menyusul jejak menyelamatkan bangsa yang dulunya dipijak,kembali agung tersemat di pundak Namun sayangnya gendang

kemenangan masih belum kedengaran, lantas kita ubah persepsi dan identiti bukan senjata jadi intipati, namun memusuhi integriti, juga keluhuran budi pekerti, Maka dengan rencah integriti, rempahnya toleransi, kaum muda dan tua bersatu hati bersama berdiplomasi menuntut kemerdekaan ibu pertiwi kemuncak ceritra bahkan pemimpin berintegriti pula ke tanah air atas nama bangsa yang perlu dibela, tersingkap di balik tabir sejarah kemerdekaan negara, 5 darsawarsa dahulu bukti jelas masyarakat berintegriti membentuk bangsa bermaruah.

Saudara dan saudari, Sidang penonton yang penuh santun, ke-2.

Usaha yang dicanai dalam membudayakan integriti Dalam mengharungi ledakan dan hambatan globalisasi kini, usaha perlu difikirkan kerana dengan usaha yang mampan Lopez Disequira menjumpai tanjung harapan. Justeru, gagasan modal insan idea cipta pemimpin yang disegani, memperkenal personaliti unggul dari gerakan glokal, lambang kerajaan tidak pernah sugul tidak pernah gagal dalam menitikberatkan integriti buat anak warisan. Semua itu, kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni dicanang integrasi nasional dijulang,semuanya demi matlamat yang tersemat menyahut seruan cabaran ke-4 Wawasan 2020 yang semakin dialpakan,satu visi ke arah masyarakat yang mempunyai nilai dan moral yang teguh,tidak cukup dengan itu perilaku perkhidmatan diperkenalkan, badan pencegahan rasuah dinaiktarafkan daripada keluarga sektor awam dan sektor korperat yang terang dan menyeluruh kerana kita yakin dan percaya yang melakukan rasuah bukan pesawah atau penoreh getah tetapi mereka yang ada segulung ijazah. Semuanya bermatlamat tidak akan ada lagi si Kitol dan Tun Mutahir, juga perilaku songsang yang berakhir dengan penaklukan halus di tanah air. Buktinya jelas, masyarakat yang berintegreti membentuk bangsa bermaruah.

Saudara-saudari, ke-3. Hasil kejayaan pembentukan maruah bangsa

Hari ini, selepas lebih 5 darsawarsa kita mengecapi nikmatnya kemerdekaan, Alhamdulillah segala benih integriti yang kita semai ,hari ini segalanya dituai. Bermula dengan tanggal Ogos 1957 kita mula melangkah dan berlari jauh demi integriti dan maruah bangsa yang semakin ampuh. Konklusinya, tatkala integriti menjadi budaya, imej dan kredibiliti negara dan bangsa terus diperkaya dan kehebatan negara bangsa menerajui pelbagai gagasan dunia iaitu NAM, ASEAN, OIC dan terbaru,Kerusi Terhormat UNESCO,semuanya membuktikan tatkala integriti menjadi teras kekuatan karisma negara dan bangsa dijadikan taruhan. Hadirin hadirat penuh hormat, Ke-4 Membina Integriti paksinya pastinya membina dan mempertingkatkan integriti manusia. Dunia akur dan iktiraf tamadun manusia jelmaan Junjungan Mulia. Tiada pertikaian terlipan integriti pesonaliti bak kerlipan bintang di langit, memandu dan penerang hasil cernaan insan mulia dalam kegelapan . Integriti para sahabat baginda seperti Abu Bakar Al-Siddiq, Umar bin Al-Khattab dan Uthman bin Affan begitu agung dan cemerlang. Acuan dan ramuan pastinya iman, penghayatan dan akhlaktul karim, akhlak yang mulia. Impaknya, kemungkaran dalam keluarga, masyarakat dan negara tercegah dan terhapus lantaran lahirnya individu yang yang menjadi paksi masyarakat berintegriti.

Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan integriti sebagai budaya dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah. Sebagai rakyat Malaysia suka untuk saya ingatkan , Pada hari ini, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang . Ingat, jangan biar ayam direban disambar helang, jangan biarkan padi di tangan menjadi lalang, mari bangkit dan sama-sama berjuang ke arah negaraku yang semakin gemilang.

Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai