Anda di halaman 1dari 29

Syair Cintai Alam Sekitar Tema: Cinta akan alam sekitar Persoalan:-Kepentingan alam sekitar kepada manusia -Pencemaran

alam sekitar akibat perbuatan manusia -Tanggungjawab memelihara alam sekitar Bentuk:-Terdiri daipada 14 rangkap -Empat baris serangkap -Empat hingga lima patah perkataan bagi setiap baris -9-12 suku kata sebaris -Berbentuk terikat atau tidak bebas -Setiap baris adalah maksud -Rima akhir: a-a-a-a Gaya Bahasa:-Personifikasi : Ombak berlagu memukul pantai : Lapisan ozon semakin derita -Imej alam : Tanah, sungai, parit, lautan, ungags, udara dan ombak Nilai:-Kasih sayang -Kerjasama -Tanggungjawab Pengajaran - Kita hendaklah mencintai alam sekitar dengan menjaga kebersihannya -Kita hendaklah bersyukur dan menghargai alam sekitar pemberian Tuhan -Kita hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan khazanah di dunia ini termasuk tumbuhan dan haiwan tidak pupus dan tercemar

Syair Tenaga Muda Tema: Kepentingan tenaga muda untuk mempertanahkan negara Persoalan:-Kekuatan tenaga yang dimiliki oleh pemuda -Keperluan mendidik pemuda dengan nilai-nilai yang terpuji -Remaja mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan bangsa Bentuk:-Terdiri daripada lima rangkap -Empat baris serangkap -Empat hingga lima patah perkataan bagi setiap baris -9-13 suku kata sebaris -Setiap baris adalah maksud -Rima akhir: a-a-a-a Gaya Bahasa:-Simpulan bahasa :Berputih tulang Nilai:-Berani -Tanggungjawab -Kasih sayang -Cinta akan negara -Yakin Pengajaran -Kita mestilah mementingkan tenaga pemuda untuk menjaga tanah air -Kita mestilah mendididik,mengasuh,dan memimpin tenga pemuda supaya mereka menjadi generasi yang berguna di kemudian hari -Kita mestilah berani memperthankan tanah air daripada ancaman musuh

Sajak Bahasa Tema: Kepentingan bahasa dalam kehidupan Persoalan:-Bahasa dapat membaiki peribadi dan prestasi diri -Bahasa amat penting dalam pendidikan -Bahasa dapat memupuk perpaduan -Bahasa dapat mengukuhkan ibadah Nada: Romantis Bentuk:-Sajak terdiri daripada lapan rangkap dan bentuk bebas -Satu hingga empat patah perkataan -Empat hingga 12 suku kata -Rima akhir bebas dan tidak terikat Gaya Bahasa:-Diksi : Ranting perasaan yang bersiur -Metafora : Terlihat cinta biru -Inversi : Bagaimana akan kita setujui Nilai:-Bertanggungjawab -Muafakat -Kerjasama Pengajaran -Kita hendaklah mencintai bahasa kita -Seseorang insan itu hendaklah memiliki keperibadian yang mulia -Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala anugerah yang dikurniakan-Nya kepada kita -Cinta akan bahasa

Sajak Bila Berjauhan Tema: Perasaan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak semasa berjauhan Persoalan:-Kerinduan kepada keluarga semasa berada diperantauan -Hubungan keluarga bertambah erat semasa berjauhan -Isteri dan anak-anak menjadi sumber kekuatan seorang ayah dan suami Bentuk:-Terdiri daripada tiga rangkap -Dua hingga lima patah perkataan -Empat hingga 14 suku kata Gaya Bahasa:-Inversi : Orang yang kutemui tapi tak kukenali -Repitisi :Kau semua mesti di sisiku Kau semua mesti menikmati Nilai:-Kasih sayang -Bertanggungjawab -Kemesraan Pengajaran -Sebagai umat Islam, kita mestilah selalu berdoa kepada Allah -Apabila berada dirantau orang kita hendaklah mengenali orang di sekeliling kita. -Kita hendaklah mempunyai semangat juang yang tinggi -Kita hendaklah menjadi seorang ayah atau suami yang bertanggungjawab -Kita mestilah sentiasa mengingati Allah

Sajak Ketika Kami Bercerita Tentangnya Tema: Pengorbanan dan harapan seorang bapa kepada anak-anaknya Persoalan:-Kekaguman anak-anak terhadap kegigihan bapa membesarkan mereka. -Penderitaan dan kemiskinan hidup dihadapi dengan tabah -Kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya Bentuk:-Rima akhir bebas dan tidak terikat -Terdiri daripada lima rangkap -Satu hingga enam patah perkataan -Dua hingga 14 suku kata Nilai:-Kesyukuran -Ketabahan -Keinsafan Pengajaran -Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. -Kita sebagai anak-anak mestilah menghormati bapa -Kita hendaklah memelihara perhubungan dalam keluarga supaya sentiasa erat -Kita hendaklah tabah menghadapi takdir -Kita haruslah berusaha untuk memenuhi harapan bapa

Sajak Usia Tema: Bersyukur terhadap nikmat usia yang diberikan oleh tuhan Persoalan:-Usia yang bertambah menyebabkan jangka hayat semakin pendek. -Peristiwa-peristiwa dalam hidup akan berlalu seiring dengan peningkatan usia -Peningkatan usia bermakna bertambahlah pengalaman dalam hidup. -Hidup dan mati telah ditentukan oleh tuhan Bentuk:-Terdiri daripada tiga rangkap -Dua hingga lima patah perkataan -Lima hingga 11 patah perkataan Gaya Bahasa:-Metafora : Segaris cahaya :Lorong kecilku -Perlambangan :kupu-kupu-usia remaja :kristal-kematangan hidup :ungu-kesedihan Nilai:-Kesyukuran -Ketabahan Pengajaran -Pupuklah pengalaman kita supaya kita menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara -Kita hendaklah melengkapkan diri kita dengan ilmu akhirat kerana hidup di dunia ini tidak akan kekal -Kita mestilah mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita -Kita perlulah menyedari bahawa usia kita semakin meningkat

Prosa Tradisional Raja Bersiung Tema: Kezaliman seorang raja yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat Persoalan:-Rakyat hidup menderita akibat perbuatan raja yang zalim -Negara huru-hara kerana rajanya yang zalim -Penentangan rakyat akibat raja yang zalim Watak dan Perwatakan a) Raja Bersiung- nama sebenar: Raja Ong Maha Perita Deria, bersiung, kegemaran gulai bayam lecek, berumur 50 tahun, mementingkan diri sendiri, zalim, keras kepala, tabah b) Permaisuri- prihatin, bermuafakat c) Menteri Keempat- menghomati raja, berani menentang raja, mementingkan keadilan Latar 1) Latar masa -Tengah hari rembang: raja mandi -Malam:Menteri Keempat cuba berbincang dengan Raja Bersiung untuk mengelak raja membunuh rakyat 2) Latar Masyarakat -Raja yang zalim: sanggup membunuh rakyat untuk kepentingan diri -Masyarakat menentang raja yang zalim -Masyarakat yang bermuafakat: bekerjasama membanteras kezaliman raja 3) Latar Tempat -Istana Raja Bersiung: perbualan antara Raja Bersiung dengan tukang gerau mengenai rahsia keenakan masakan yang dimasak oleh tukang masak -Hutan di sempadan negeri Patani: Raja Bersiung melarikan diri ke sini Plot Permulaan Cerita

-Raja Ong Maha Perita Deria memerintah negeri Kedah. Mula ditumbuhi siung dan dinasihati oleh pembesar negeri supaya menghentikan tabiatnya makan gulai lecek. Baginda digelar Raja Bersiung. Perkembangan Cerita -Raja Bersiung termakan masakan yang bercampur darah. Baginda mula membunuh rakyat untuk mendapatkan darah dan hati. Perumitan Cerita -Kampar menduga kehandalan Raja Bersiung. Kampar gagal ditewaskan oleh Raja Bersiung. Klimaks -Menteri keempat dan rakyat menyerang Raja Bersiung. Raja Bersiung tidak dapat bertahan dan melarikan diri. Peleraian -Raja Bersiung sampai di sempadan negeri Patani dan bekerja dengan orang dusun di sana Teknik Plot -Dialog: Mana gerau menanak gulai? -Pemerian: Gaya Bahasa -Bahasa klasik: gerau, dusun, kemasyghulan -Pengulangan: Jika tiada aku berkata benar tentulah mati. Jika berkata pun mati juga(muka surat 40) -Hiperbola: Sungguhpun tiada luka tetapi sangatlah sakitnya. Pelurunya itu pun habislah terpelanting ke sana ke mari menjadi kemik pelurunya itu. (muka surat 45) Nilai:-Prihatin -Muafakat -Bertolak ansur

Pengajaran - Kita hendaklah bekerjasama melakukan sesuatu pekerjaan -Kita mestilah mengambil berat terhadap orang di sekeliling kita -Kita haruslah bertolak ansur antara satu sama lain

Cerpen Pertemuan Tema: Ketabahan dan kecekalan dalam menempuh dugaan hidup Persoalan:-Manusia yang zalim terhadap haiwan -Kemewahan tidak menjamin kebahagiaan -Kecekalan meneruskan kehidupan -Haiwan yang memerlukan simpati dan kebebasan Watak dan Perwatakan a) Mun- Seekor kucing yang kotor,kurus dan berkurap, hidupnya melarat dan menderita, Mun gigih berusaha untuk mendapatkan makanan b) Jonny-nama penuhnya ialah Amadeus Gonzales Johnhem, Jonny berketurunan kucing yang baik dari parsi,berbulu cantik dan berwajah bulat, hidupnya mewah kerana dijaga baik oleh tuannya, hidupnya menderita kerana terkurung di dalam kandang besi Latar 1) Latar masa -Waktu siang -Siang cuaca mendung 2) Latar tempat -Gerai makan -Tepi jalan raya -Kawasan rumah besar berhampiran kurungan Jonny 3) Latar masyarakat -Masyarakat yang tidak ada belas kasihan terhadap haiwan: pemilik gerai,ibu Mimi dan Tuan Jonny -Masyarakat yang mementingkan diri sendiri -Masyarakat kucing yang terbiar dan menderita dan terbiar diwakili oleh Mun

Plot Permulaan -Mun tiba di sebuah gerai untuk mencari makanan tapi dihalau dan dipukul oleh manusia. Perkembangan -Mun melarikan diri dan terus mencari makanan tetapi terserempak dengan anjing garang. Konflik -Mun lari menyelamatkan dirinya sehingga sampai di sebuah rumah cantik. Mun berjumpa dengan Jonny, seekor kucing Parsi yang hidup dalam kemewahan. Mereka bersepakat untuk bertukar tempat. Klimaks -Mun cuba membebaskan Jonny dari sangkarnya. Walau bagaimanapun, tuan Jonny ternampak lalu memukul Mun dengan kayu sehingga badannya luka. Peleraian -Mun lari dalam keadaan cedera. Sepasang suami isteri telah menyelamatkannya dan menghantarnya ke klinik. Teknik Plot -Dialog: Eh, mama, kucinglah. Kasihan! Lapar agaknya. Seorang anak kecil berwajah mulus cuba mengusap kepala Mun -Monolog dalaman: Di luar sana,derita adalah satu permainan.Kau akan hidup dalam ketakutan.Kau akan menjadi buruan anjing yang kelaparan.Kau akan dihamun malah dipukul kerana mengharapkan simpati daripada manusia! Kalau itulah yang kau maksudkan kebebasan, aku lebih rela kehilangannya! Aku tak perlu kebebasan itu!

Gaya Bahasa -Diksi: Kepedihan menjalar mengisi setiap rongga Mun,menyelinap ke seluruh sara -Simile: Pertanyaan Mun ibarat satu tamparan yang melukakan. -Metafora: Dada langit : Hidup diladungi derita. -Perlambangan: Air jernih (air mata) -Hiperbola: Meneguk air liur :Tulang-temulang Mun sudah hancur Nilai:-Kasih sayang -Baik hati -Kerajinan Pengajaran -Kita perlu memiliki perasaan belas kasihan kepada sesama makhluk. -Kita janganlah menyeksa binatang kerana binatang pun mempunyai perasaan seperti manusia. -Kita perlu memiliki sifat sabar sebagaimana Mun yang sabar menghadapi bermacam-macam kerenah manusia

Cerpen Dugong Tema: Kepupusan dugong akibat perbuatan manusia yang tamak Persoalan:-Perngorbanan generasi tua kepada generasi muda -Sifat degil memudaratkan diri sendiri -Kehidupan dugong yang terancam Watak dan Perwatakan a) Tuk Dugong-tua, berpengalaman luas, suka memberi nasihat, sanggup berkorban, mengambil berat terhadap kaumnya c) Nak Dugong-yatim piatu, berasal dari perairan Afrika Barat, cepat marah, setia kawan Latar 1) Latar masa -Zaman moden: kerana banyak manusia yang bersikap tamak dan tanpa belas kasihan terhadap haiwan 2) Latar tempat -Lautan Hindi -Afrika Barat -Barat lautan Hindi 3) Latar masyarakat -Masyarakat dugong -Masyarakat yang mengikut perasaan -Masyarakat prihatin -Masyarakat yang suka menyalahkan takdir Plot Permulaan - Tuk Dugong dan Nak Dugong bercakap tentang ancaman hidup yang sedang mereka hadapi.

Perkembangan - Nak Dugong 1 dan Nak Dugong 2 mencabar Nak Dugong supaya menyertai mereka pergi ke seberang laut Perumitan - Nak Dugong 2 terkena lembing sementara Nak Dugong 1 terperangkap di dalam jaring dan di tangkap oleh manusia. Klimaks - Tuk Dugong terbunuh dalam usahanya untuk menyelamatkan Nak Dugong. Peleraian - Nak Dugong berenang meninggalkan kawasan itu dangan hati yang sangat sedih. Teknik Plot -Dialog: Gaya Bahasa -Personifikasi: Mataku mula terasa panas : Mereka berenang perlahan-lahan membelah air -Peribahasa: Takut nanti habis madu, terbuang saja sepahnya. -Metafora: Dadaku tiba-tiba menyemarak dengan api dendam. Nilai:-Simpati -Tolong-menolong -Pengorbanan Pengajaran - Kita perlulah mengambil berat terhadap hidupan laut seperti dugong yang semakin pupus. - Kita janganlah bersikap kejam terhadap hidupan laut sebagai manusia membunuh yang sanggup membunuh dugong untuk mengaut untung. - Kita janganlah memburu hidupan laut untuk mendapatkan keuntungan. -Kasih sayang -Baik hati -Prihatin

Cerpen Hikayat Mat Jenin Tema: Kegigihan dalam perjuangan untuk mengubah cara hidup sehingga berjaya Persoalan:-Orang miskin sering dipandang rendah -Rajin tangga kejayaan -Menabung amalan mulia untuk masa depan -Nasihat yang baik menjadi pendorong dalam kehidupan Watak dan Perwatakan a) Mat Jenin-anak yatim piatu(usia 7 tahun), sebatang kara(usia 15 tahun), seorang yang mendengar nasihat, berjimat cermat, paatuh, rajin, gigih berusaha, berjaya b) Cikgu Rosli-adik Haji Sapudin, cikgu Mat Jenin, pemberi semangat dan sokongan kepada Mat Jenin c) Haji Sapudin-majikan Mat Jenin, tubuh gempal, pendek, berkulit hitam, jujur, pemberi nasihat kepada Mat Jenin, banyak pengalaman dalam perniagaan Latar 1) Latar masa -Mat Jenin berumur 7 tahun -Mat Jenin berumur 15 tahun -Mat Jenin berumur 17 tahun -Mat Jenin berjaya dalam perniagaan 2) Latar tempat -Kampung Kelapa Condong -Restoren Haji Sapudin -Bilik Mat Jenin 3) Latar Masyarakat -masyarakat gigih

-masyarakat baik hati -masyarakat prihatin -masyarakat miskin Plot Permulaan -Latar belakang Mat Jenin yang kematian kedua ibu dan bapanya diikuti dengan kematian nenek dan datuknya -Setelah menjadi anak yatim, Mat Jenin dijaga oleh datuk dan neneknya -Datuknya banyak memberi galakan kepadanya untuk terus bersekolah Selepas menduduki SRP datuknya meninggal dunia Perkembangan -Berhenti sekolah dan bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa -Bertemu Cikgu Rosli dan menggalakkan Mat Jenin berhijrah ke bandar untuk menimba pengalaman -Mat Jenin bekerja di restoran Haji Sapudin (abang Cikgu Rosli) sambil menuntut ilmu perniagaan daripadanya. -Mat Jenin membuka restoran sendiri. Perumitan -Pada awal pembukaan restorannya, Mat Jenin mengalami kerugiaan. -Mat Jenin berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Raja Nor Mustaqim. Klimaks -Mat Jenin berjaya dalam perniagaan -Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah Peleraian -Mat Jenin menyambut kelahiran anak sulung

-Mat Jenin pergi ke majlis perasmian cawangan restorannya ketiga. -Dirasmikan oleh seorang Menteri Teknik Plot -Dialog: Nampaknya kamu minat berniaga. Baguslah. Dulu Nabi pun berniaga, ujar Cikgu Rosli. -Monolog: Dialah majikanku, dialah guruku! Gaya Bahasa -Simile:Matanya seperti bintang timur. :Macamlah aku ni anak monyet yang baru ditangkap dari hutan :Bagaikan matahari telah hancur dan tidak muncul lagi -Metafora:kotak ingatan -Personifikasi:Matahari baru saja menjenguk dari sebelah Timur -Simpulan bahasa:air muka -Hiperbola:belajar sampai nak pecah kepala Nilai:-Berdikari -Baik hati -Jujur Pengajaran -Kita hendaklah mengamalkan semangat tolong-menolong dalam keluarga dan masyarakat agar kita dapat hidup dengan aman dan harmoni. -Kita harus menghargai budi dan pemberian orang lain terhadap kita dengan seikhlas hati. -Kita tidak harus mengeji mereka yang hidup dalam kemiskinan. -Kita hendaklah menghormati mereka yang lebih tua daripada kita. -Kita harus bertanggungjawab dan jujur dalam mengejar matlamat hidup. -Tabah -Rajin -Ketekunan

Cerpen Rahsia Tema: Kasih sayang dan penorbanan seorang ayah kepada anaknya yang dikasihi. Persoalan:- Kekuatan mental dan emosi sewaktu menghadapi dugaan - Ilmu pengetahuan dan pengalaman - Tindakan dan sikap manusia -Kepercayaan kepada hantu atau puaka Watak dan Perwatakan a) Amar-penyayang dan bertanggungjawab, sering menghadapi konflik dan tekanan jiwa, pandai menyembunyikan perasaan cemas, juruterbang yang berpengalaman, kehilangan anak dalam kemalangan pesawat b) Kapten Rashid-rakan sejawat Amar, ketua juru Terbang, tenang menghadapi keadaan cemas, berpengalaman, bertanggungjawab dan gigih c) Zulfakar-anak Amar dan Siti Zubaidah, patuh kepada orang tua, tidak sabar Latar 1) Latar Tempat -Lapangan Terbang QU. -Pondok kawalan Lapangan Terbang QU. -Di dalam pesawat Boeing 737. -Ruangan kokpit pesawat. 2) Latar Masa -Berlangsung dalam sehari. -Bermula pada suatu hari apabila pengarang mula bercerita tentang kisah di sebalik Lapangan Terbang QU. 3) Latar Masyarakat -Masyarakat yang menderita kerana kehilangan orang yang tersayangi

-Masyarakat yang terpaksa akur dan tabah ketika berdepan dengan kemasan -Segelintir masyarakat yang mempercayai sesuatu yang karut Plot Permulaan -Seorang pembocor rahsia menceritakan rahsia orang yang bernama Amar -Perkembangan -Dalam kisah tersebut,Amar berdiri di sebuah pondok kawalan lapangan terbang lama sambil mengenang kembali peristiwa pahit dalam hidupnya Perumitan -Amar terkenang semasa dia dan anaknya,Zulfakar dalam sebuah pesawat yang sedang menghadapi masalah teknikal.Amar diminta untuk membantu juruterbang pesawat tersebut iaitu kapten Rashid . -Dalam kenangannya,Amar masih ingat kegawatan yang mereka hadapi apabila mereka terpaksa membuat pendaratan cemas. Klimaks -Amar dan Kepten Rashid berjaya mendarat di Lapangan Terbang Qu tetapi pesawat itu meletup beberapa ketika selepas pendaratan tersebut. Peleraian -Pembocor rahsia (kemungkinan Amar sendiri) memberitahu bahawa lapangan terbang itu tidak Berhenti seperti yang didakwa oleh penduduk tempatan.Lembaga yang mereka sangka hantu itu sebenarnya ialah Amar sendiri yang sering pergi ke tempat itu kerana merindui anaknya,Zulfakar. Teknik Plot -Dialog: Abi, kita akan jumpa ummi, kan? -Imbas kembali: Amar menceritakan semula kejadian yang berlaku kepadanya.

Gaya Bahasa -Diksi i. Bahasa Inggeris Amar menggerakan control column ke kanan dan melihat heading indi cator 25 darjah. ii. Bahasa Arab Siapa ana?Nama ana?Tidak perlulah. -Pengulangan Panas Tidak tahulah aqmar, panas oleh kebosanan atau panas oleh Kerinduan -Simile:ruang penumpang pesawat ini bagaikan tempat simpan mayat :pedihnya bagai disengat sekawan tembuan -Inversi:dilantai pesawat terdapat lubang tidak tutup rapat Nilai:-Kerjasama -Kasih sayang -Bersyukur kepada Tuhan Pengajaran -Kita perlulah tenang apabila menghadapi situasi yang cemas supaya setiap tindakan yang kita lakukan tidak membahayakan orang lain. -Janganlah mudah percaya kepada khabar angin atau cerita tentang hantu dan penunggu. -Kita haruslah menghidari sikap terburu-buru dan mementingkan diri sendiri. -Bertanggungjawab -Ketabahan

Cerpen Anak Bumi Tercinta Tema: Kehidupan masyarakat kampung yang miskin dan menjalani pelbagai rintangan untuk meneruskan kelangsungan hidup Persoalan:-Kasih sayang dalam keluarga -Kepentingan pendidikan kepada masyarakat kampung -Kerajinan mencari rezeki para petani -Semangat kejiranan antara penduduk kampung -Pergaduhan sesama adik beradik Watak dan Perwatakan a) Matain-baru bersekolah, anak bongsu daripada 4 orang adik beradik, rajin, suka bergaduh dengan kakak, sensitive b) Kak Jarah-anak kedua dalam keluarga, penyayang, sering menyebelahi Matain, berdisiplin c) Sitiawa-anak ketiga dalam keluarga, sering bergaduh dengan Matain, dimarahi oleh Kak Jarah d) Mak Esah-emak Matain, rajin, tegas, penyayang Latar 1) Latar masa -waktu tengah hari -petang 2) Latar tempat -di rumah Matain -kebun -telaga 3) Latar masyarakat -masyaraktat Melayu kampung -masyarakat Melayu sebagai petani dan tukang rumah

-masyarakat Melayu yang miskin -masyarakat bergontong-royong Plot Permulaan -Penceritaan bermula apabila Matain mahu mengikut dan menolong emak berkebun. Emak mahu membuat peneduh pokok terung. Perkembangan -Matain bergaduh dengan Sitiawa dan membaling tanah keras ke mukanya sehingga mulut Sitiawa berdarah. Matain merajuk apabila dipukul dengan belakang tangan emak. Kak Jarah memujuk Matain dan memarahi Sitiawa yang suka bergaduh dengan Matain. Selepas bergaduh dengan Sitiawa sekali lagi, Matain ke kebun. Dia hendak menyiram pokok terungnya. Emak memberitahu dia terdengar sesuatu jatuh ke dalam telaga dan menyuruh Kak Jarah melihat jika benda yang terjatuh itu ialah timba. Klimaks -Kak Jarah dan emak terkejut melihat ada kaki manusia di dalam telaga. Dengan bantuan Pak Cik Bakar dan Pak Cik Isa, mereka mendapati Matain yang telah terjatuh ke dalam telaga. Peleraian Matain berjaya dibawa keluar dari dalam telaga. Pak Cik Bakar dan Pak Cik Isa mengesahkan Matain sudah meninggal dunia. Kepulangan Pak Cik Amat dan Abang Jali disambut oleh bau Kemenyan. Teknik Plot -Dialog: Tidak boleh duduk dekat. Kalau duduk dekat hendak mengkerekah saja kerjanya Gaya Bahasa -Simile: Poket seluar menggelembir di pipi kiri kanan jadi macam telinga gajah. -Perlambangan:tidak ada lagi(meninggal dunia)

-Personifikasi: daun-daun larak tidak bermaya dan berdebu -Bahasa Arab: lailahailallah -Peribahasa: kecil hati, sakit hati, belah tangan Nilai:-Kasih sayang -Ketabahan -Tolong-menolong Pengajaran -Kita harus memberikan kasih sayang serta memperhatikan sesama. -Mengamalkan sikap tolong-menolong apalagi jika ada yang kesusahan atau mempunyai masalah -Berbakti pada orang tua seperti Matain yang suka membantu ibunya di kebun. -Janganlah suka bergaduh dengan sesama saudara. -Kerajinan -Hormat-menghormati -Berdikari

Sajak Wanita Zaman Ini Tema Sajak ini mengungkapkan tema kemasyarakatan,iaitu menyorot kehidupan wanita moden yang menganggap hidup bersendirian lebih baik daripada perkahwinan. Persoalan Antara persoalan yang cuba diketengahkan oleh penyajak ialah: -Kaum wanita hari ini berjaya dalam semua bidang, setanding dengan kaum lelaki. -Wanita pascamoden lebih pentingkan pekerjaan -Perubahan arus kehidupan -Ketentuan yang harus ditempuhi Bentuk -Sajak ini mempunyai dua rangkap sahaja. rangkap 1 mempunyai 4 baris iaitu berbentuk quatrain rangkap 2 mempunyai 8 baris iaitu berbentuk oktaf. -Rima bagi sajak ini ialah rangkap 1 : a, a, a, a rangkap 2 : a,a,a,a,a,a,a,a. rima bagi sajak ini iaitu bagi rangkap1 berbentuk syair tetapi tidak menepati ciri syair sepenuhnya. -Jumlah perkataan dan suku kata terbanyak ialah 6 perkataan dan 15 suku kata iaitu: Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi (R1:B3:Halaman 19) -Jumlah perkataan dan suku kata paling sedikit ialah 2 perkataan dan 4 suku kata iaitu: Nasib diri (R2:B7:Halaman 19) GAYA BAHASA -DIKSI/KATA Diksi atau kata-kata yang digunakan oleh penyair adalah biasa dan mudah difahami.w

wanita zaman ini (baris 1:rangkap 1)

-SINKOF Terdapat penggunaan sinkof,iaitu penyingkatan perkataan atau kependekkan perkataan yang terdapat dalam puisi atau prosa.Contoh sinkof dalam sajak ini ialah tak berasa perlu bersuami (baris 2:rangkap1) -PENGULANGAN Pengulangan baris yang diselitkan dalam sajak ini juga menjadikan sajak ini indah.Unsur pengulangan terdapat dalam baris pertama rangkap dan rangka kedua. Wanita zaman ini UNSUR BUNYI - RIMA Rima akhir sajak ini adalah sama. rangkap pertama : a-a-a-a rangkap kedua : a-a-a-a-a-a-a-a. Contoh rima akhir rangkap pertama : Wanita zaman ini a Tak berasa perlu bersuami a Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi a Mereka begitu mampu hidup berdikari a

- ALITERASI Aliterasi ialah pengulangan bunyi-bunyi konsonan yng terdapat dalam baris-baris puisi atau prosa.Contohnya: Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi (R1:B3:Halaman 19)

- ASONANSI Asonansi ialah pengulangan bunyi-bunyi vokal.Penyair banyak menggunakan unsur bunyi asonansi dalam sajaknya.Contohnya: Lebih bahagia hidup sendiri (R2:B2:Halaman 19) Nilai -Bertanggungjawab -Ketabahan -Keberanian -Berdikari Pengajaran -Janganlah kita takut kepada alam perkahwinan kerana ia merupakan tuntutan agama -Wanita pascamoden yang telah berjaya hendaklah dicontohi oleh wanita desa -Hendaklah kata berani menempuh dugaan walaupun hidup bersendirian -Usahlah kita mengharapkan bantuan daripada orang lain -Janganlah kita terlampau mengejar kebendaan hingga lupakan tuntutan agama,iaitu perkahwinan -Kita mestilah berdikari atau berdiri diatas kaki kita sendiri apabila melakukan sesuatu perkara -Kaum lelaki hendaklah mencontohi kaum wanita yang telah berjaya dalam pelajaran

Cerpen Anak Bumi Tercinta Tema: Kehidupan masyarakat kampung yang miskin dan menjalani pelbagai rintangan untuk meneruskan kelangsungan hidup Persoalan:-Kasih sayang dalam keluarga -Kepentingan pendidikan kepada masyarakat kampung -Kerajinan mencari rezeki para petani -Semangat kejiranan antara penduduk kampung -Pergaduhan sesama adik beradik Watak dan Perwatakan a) Matain-baru bersekolah, anak bongsu daripada 4 orang adik beradik, rajin, suka bergaduh dengan kakak, sensitive b) Kak Jarah-anak kedua dalam keluarga, penyayang, sering menyebelahi Matain, berdisiplin c) Sitiawa-anak ketiga dalam keluarga, sering bergaduh dengan Matain, dimarahi oleh Kak Jarah d) Mak Esah-emak Matain, rajin, tegas, penyayang Latar 1) Latar masa -waktu tengah hari -petang 2) Latar tempat -di rumah Matain -kebun -telaga 3) Latar masyarakat -masyaraktat Melayu kampung -masyarakat Melayu sebagai petani dan tukang rumah

-masyarakat Melayu yang miskin -masyarakat bergontong-royong Plot Permulaan -Penceritaan bermula apabila Matain mahu mengikut dan menolong emak berkebun. Emak mahu membuat peneduh pokok terung. Perkembangan -Matain bergaduh dengan Sitiawa dan membaling tanah keras ke mukanya sehingga mulut Sitiawa berdarah. Matain merajuk apabila dipukul dengan belakang tangan emak. Kak Jarah memujuk Matain dan memarahi Sitiawa yang suka bergaduh dengan Matain. Selepas bergaduh dengan Sitiawa sekali lagi, Matain ke kebun. Dia hendak menyiram pokok terungnya. Emak memberitahu dia terdengar sesuatu jatuh ke dalam telaga dan menyuruh Kak Jarah melihat jika benda yang terjatuh itu ialah timba. Klimaks -Kak Jarah dan emak terkejut melihat ada kaki manusia di dalam telaga. Dengan bantuan Pak Cik Bakar dan Pak Cik Isa, mereka mendapati Matain yang telah terjatuh ke dalam telaga. Peleraian Matain berjaya dibawa keluar dari dalam telaga. Pak Cik Bakar dan Pak Cik Isa mengesahkan Matain sudah meninggal dunia. Kepulangan Pak Cik Amat dan Abang Jali disambut oleh bau Kemenyan. Teknik Plot -Dialog: Tidak boleh duduk dekat. Kalau duduk dekat hendak mengkerekah saja kerjanya Gaya Bahasa -Simile: Poket seluar menggelembir di pipi kiri kanan jadi macam telinga gajah. -Perlambangan:tidak ada lagi(meninggal dunia)

-Personifikasi: daun-daun larak tidak bermaya dan berdebu -Bahasa Arab: lailahailallah -Peribahasa: kecil hati, sakit hati, belah tangan Nilai:-Kasih sayang -Ketabahan -Tolong-menolong Pengajaran -Kita harus memberikan kasih sayang serta memperhatikan sesama. -Mengamalkan sikap tolong-menolong apalagi jika ada yang kesusahan atau mempunyai masalah -Berbakti pada orang tua seperti Matain yang suka membantu ibunya di kebun. -Janganlah suka bergaduh dengan sesama saudara. -Kerajinan -Hormat-menghormati -Berdikari

Anda mungkin juga menyukai