Anda di halaman 1dari 15

Penulisan Ayat

1. Budaya Malaysia – keisitimewaan


2. Rakyat Malaysia – makanan – pakaian – permainan
3. Kaum Melayu – nasi lemak – tarian joget
4. Kaum Bajau – berlumba kuda – memburu
5. Kaum Cina – kipas – tarian singa
Bukan sahaja…. Tetapi juga
Bukan sahaja… malahan
dan ,
Selain terkenal dengan berlumba kuda, kaum Bajau juga
suka memburu.
Penulisan Karangan
Malaysia - tumpuan pelancong
Setiap tahun - beribu-ribu - membanjiri
Keunikan Malaysia - pelbagai budaya
Rakyat Malaysia - pelbagai keisitimewaan

Masyarakat Melayu -

Masyarakat Cina -

Masyarakat India -

Masyarakat Bajau -

Budaya Malaysia - Sangat unik


Pelancong - teruja
Pelancong - kagum - terpesona
Budaya Malaysia - buah mulut

BM UPSR Kertas 2 - Bahagian C ( Nilai Murni &


Pengajaran )
Tafsiran Nilai Murni:

BAIK HATI
- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang
lain)
- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan
perasaan orang lain apabila
membuat sesuatu tindakan)
- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada
mereka yang
memerlukannya)
- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima
pandangan serta
memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi
kemaafan)

BERDIKARI
- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh
melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan orang lain)
- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri
sendiri dan sanggup
mencuba)

HEMAH TINGGI
- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam
pergaulan)
- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan
diri sendiri serta
sanggup menerima nasihat)
- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua
orang)

HORMAT-MENGHORMATI
- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran
tetangga dan pemimpin
(menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut
dengan memberi
layanan yang baik)
- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat
kepada kerajaan
serta lambang-lambang kebesaran negeri)
- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
(Menghormati
kepercayaan dan adat resam semua keturunan di
Malaysia)
- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi
undang-undang yang telah
ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan
menggunakan masa
dengan berfaedah)

KASIH SAYANG
- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri
sendiri dan orang lain)
- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara
kehidupan flora dan
fauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN
- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh
dan bersesuaian)
- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan
dan keputusan sama
ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas
peraturan dan
undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga,
sekolah, komuniti,
masyarakat, negara dan agama
KEBERANIAN
- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara
yang baru dan
mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain
dengan mengambil risiko
yang akan dihadapi)
- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu
yang diakui
sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL


- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga
oleh setiap individu
untuk hidup sihat)
- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling
supaya rapi dan
bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang
terpuji yang perlu
diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan
orang lain)

KEJUJURAN
- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu
tugas yang diberikan
dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan
orang lain)
- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa
menokok tambah
atau berselindung)
- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa
mengharapkan balasan)
KERAJINAN
- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan
inisiatif, kreatif dan
inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)
- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan
tenaga untuk perkara
yang berfaedah)

KERJASAMA
- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara
beramai-ramai dan
sukarela)
- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri
untuk mengelakkan
berlakunya perselisihan)
- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di
peringkat keluarga,
masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN
- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan
berkelakuan yang
tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau
menimbulkan
kemarahan orang lain)
- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri
dan kepentingan
orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya
supaya Memuaskan diri
sendiri dan orang lain)

KESYUKURAN
- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk
menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan
pemberian)

PATRIOTISME
- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang
tinggi untuk menjaga
keselamatan, nama baik negara)

RASIONAL
- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik
buruknya sesuatu
perkara sebelum membuat keputusan)

SEMANGAT BERMASYARAKAT
- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan
kerjasama dalam sesuatu
pekerjaan bagi kepentingan bersama)
- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-
menolong, dan bekerjasama
dengan jiran tetangga)
- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
(Menyedari masalah
masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)
Latihan Contoh 1:

Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati


daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50
patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton


televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat
bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke
sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di
persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah
lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan
ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid
telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke
tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang
semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi
berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak
pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah
hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk
pulang ke rumah.

Isi-isi cadangan:

- Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa


ke sekolah.
- Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan
kerana menjejaskan
kesihatan. Tidak cukup tidur.
- Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu
mendapatkan tenaga
untuk belajar.
- Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu
bapa untuk mendapat
restu.
- Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan
raya demi keselamatan.
- Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk
menghormati lagu
kebangsaan.
- Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.

Jawapan Contoh 1:

Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal


supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang
berlaku kepada Hamdan. Kita tidak sepatutnya menonton
hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan
kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan
terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang
belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu
bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita
hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga
keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita
hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita
dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan
oleh Hamdan yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita
memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan
bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah
mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan
harian kita.

Latihan Contoh 2:

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati


daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah
tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,


Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,


Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,


Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,


Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.
Isi Cadangan:

- Membelai penuh manja (Kasih sayang)


- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang
jasa)
- Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
- Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih)
- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)
- Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-
menghormati)

Jawapan Contoh 2:

Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni


dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai seorang
anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa
kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh
kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang
jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang
yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah
berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur
kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik.
Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua
ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan
menghormati mereka.

Latihan Contoh 3:
Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

- Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni


yang boleh kita ambil
ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih
sayang

Dalam sungai dipasang bubu,


Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

- Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu


dan bapa kerana
mereka telah banyak berjasa kepada kita

Limau kasturi jangan dilupa,


Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

- Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang


yang
bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai
pengorbanan semasa
membesarkan kita.
Kacang dicampur santan kelapa,
Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.

- Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa


kita dan
bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang
baik
- Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan
menghormati
kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa
kepada kita

Jawapan Contoh 3:

Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni


yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya
dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah
sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana mereka
telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu juga, ibu
bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab
dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa
membesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterima
kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi
kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya
kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-
dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai